About Me

Tuesday, December 31, 2013

Masalah Yang Kita Misti Bagitau Orang (Ramai)

U
Uolss....bak kata homputis problems halves is a problems solved. 

Termasuk kah problem yang macam ini uolss?

I ni pernah la jugak menjadik pengamal media...so I tau la kenkadang problems yg dipublished dalam sokabar tu adalah problem buatan sendiri....ye lah...dah nama pun sokabar nyamuk kan?

But let say problem ni problem yang tidak palsu...bukan ke hal hal cenggini patut pi ke ruangan tanya doktor tak pun tanya mak bidan etc etc? 

Jangan la jadik macam I ye uolss...perut kucing I boncet sebelah I pi tanya loyar. Cerita specimen tahi kucing kat Doktor Gigi untuk tanya apa sakit. 

Put aside problem zakar di atas...err, nak je I jawab..kalau you punya barang kemas bagak dan menyerupai spec pak Mentari Court. ..apa kata abang gi je ngorat minah Mentari Court?  

Looking at the bigger picture. ..we tend to indiscriminate listeners when sharing problems. Wahh..apa itu? 

Sebagai contoh..problem laki bini....kita kan suka pi bagitau org lain daripada pi bagitau kat si dia yg pencetus problem itu. 

Tak pun..tengok je lah pesbuk...berapa banyak status updates berupa problems yang diwar war kan kat timeline yang berupa masalah peribadi yang sangatlah peribadi? 

Problems yang patut share macam....problem anak ganas tak pulak dia nak tanya pendapat orang...

Adakah sifat sifat kemaluan uhuksss ....seseorang boleh diukur dgn ketidakmaluan nya berkongsi hal dalam kain nya?

Atau...adakah stress memikir problem telah menghakis sifat sifat maliewww?

Is there a difference between mintak pendapat dan meluah perasaan? Meluah perasaan ni selalunya akan mengundang unsolicited advice yang kebanyakkannya akan berbunyi dan...bersifat puaka. Bila meluah perasaan via pesbuk...maka kenalah sedar pesbuk tu adalah tontonan umum so bila ada nasihat atau feedback puaka...toksah lah meghoyan naaa....

So...untuk selamat...gunalah kaedah coverina tanyalah Ustaz yang sering digunakapakai oleh para para bijaksana seperti Kiah dan Piah i.e. masalah sendiri yg di moonlight kan sebagai masalah kawan...

Sebagai contoh....

Salam Ustaz Jenal...
Saya mengesyaki swomi kawan saya ada menyimpan hati pada Pandak Maya Karing...sebab kawan saya terjumpa borang keahlian Kelab Peminat Maya Karing dalam wallet nya. Bila kawan saya tanya suami dia tak ngaku...suami dia kata dia minat Maggie Smiths yang tua tu (sebagai langkah coverina...ye lah MS tu kan dah tua)

Kawan saya bercadang untuk menyantau kedua dua swomi nya dan Pandak Maya Karing. 

Saya nak tolong kawan saya ni..sebab saya geram kat swomi nya. 

Apa pendapat Ustaz dalam hal ini? Psttt....ustaz ada contact bomoh power tak?

Yang benar,
Kiah bukan nama sebenar


Sent from Samsung Mobile

Monday, December 30, 2013

For You The Houlier Than Thou

Chapter (17) sūrat l-isrā (The Night Journey):

Whoever is guided is only guided for [the benefit of] his soul. And whoever errs only errs against it. And no bearer of burdens will bear the burden of another. And never would We punish until We sent a messenger.

Aminnnnn.

Sunday, December 29, 2013

Chenta Itu.....Fill In The Blank

Yes uols...I memang gigihs.

Let's buat update berkonsep #throwback ye hari ni. Tahun ni productivity tak se active tahun lepas but tahun sebelum tahun lepas adalah amat teruk....ye lah, orang galak berchenta kannn?

Soklan nya....masih adakah chenta? Jawap nya ...entah entah. Chenta yang tak direstui kengkawan gitu lah...ada aje halangan. Apakah penting nya influence kengkawan dlm donia chenta kita? 

Penting uolsss. Serupa penting nya dgn minyak RON97 kat kereta kita. Sebabnya..bila kita dilamun chenta...sebelum tunjuk kat makpak, kita perlukan feedback kengkawan dulu. Walaupun tak semestinya kita ambik bulat-bulat...it is very important that taste kita tu di approve oleh kengkawan. 

Tapikan uols..walaupun kita pompuan ni dok lah berkobar bff forever, girl power segala haramzadah...kita adalah kawum yg tak mau dengar cakap kawan dimasa yg sepatutnya.

Jantan...ye dengar pendapat kengkawan..walaupun diorang akan katalah dgn nada coverina yg keputusan itu keputusan mereka sendiri but ekcherli nya...atas saranan dan juga idea export telepathy kengkawan mereka. 

Sebagai contoh....kawan kita ni doklah berchenta dgn Jantan set set Shah Jaszle (ye...he was used blatantly here)....kita sebagai bff dengan rasa kasih dan tanggungjawab serta tak rela diri ini di telephone tatkala kawan tu frust menonggeng...berbuih mulut bak super busa menasihat kawan kita yang seakan dirasuk hantu konek tu...ops!

Tapi...kawan kita pun pulak...tak rela dituduh boipren sendiri sebagai pengkhianat chenta sejati oleh boipren yang telah berjaya mengaburi mata nya dgn bebulu siamang nya.

Opkos jejantaz shialll akan kata...u nak dengar cakap siapa? I ke bff you? Kita ni nak sgt la award gilpren paling mithali...terus terpana gituh.

Alaaa....mcm Serap Moslem la....quoting...saya dah cakap dgn mereka (isteri2 saya) kalau nak bahagia..dengar cakap saya. Ko hado, Piah?!

Then yes...we disregard every wise words completely. 

Yes...that us girls. Let the jantan win. Serap Moslem is happy playing husbands....Shah Jaszle has successfully pulled out a wool from the girl's eyes. 

Then...there's Adis Putrak. Maka kita semua tahu dia adalah jantan paling pemalueww....according to the wife. 

Paling kita tak larat dengar..bila jantan tu pi khabarkan serata alam yang kau itu terpaksa di clash kan kerana suka na makan cakap orang. Pastu jejanz tu boleh pulak kata...kita kengkawan ketat ini adalah jelezzz akan kebahagiaan mereka. 

Jelesss la dgn muka pecah rumah ksu tu. Chetsss!


Sent from Samsung Mobile

Saturday, December 28, 2013

Over 'Inappropriately' Used Phrase....

Hola uolsss yang dikasihi....few more moments to new year (by the time this got publish sure tahun pun dah naik, kan Kiah?)

Tajuk merepet-repet hari ini ialah phrase yang suka di overused oleh orang bagi tujuan berdolak dalik. Err...maksud saya...he or she can just jawab dgn direct nya but prefer to cakap

'Something like that.....'. dan seterusnya dia rasa....oh my powerful vocab.

Yes...enriching vocabulary is good ye Tuan/Puan, tapi kalau hidup ini mudah bak agama Islam kita, kenapalah ramai benar yang suka menyusahkan diri dan lidah mereka ittew?

Dulu ada sorang pompuan yang dok lah pompang pompang kejayaan nya dibumi Malaysia yang indah ni. Tapi dia telah berhijrah secara haroms ke UK. I pun tak tau..katanya, dia dah published banyak buku, ada business besar etc etc..dup dup..tahan dia hangkut anak-anak dan kerja buruh kasaq kat London sinun. Kan ke bagus dia cakap aje...I am here for a better life, gituh. Ye lah..kalau dah ada business juta-juta ria, buat apa ko nak membasuh pinggan kan Malaysia Hall canteen tu kan? Very the sesuatu....

Suatu hari dipagi hari, I pun dapatlah panggilan telepon dari pompuan ni...katanya dia 'tersangkut'kat Heathrow dan mintak I tolong ayat immigration officer tu dengan mengatakan cerita sekian-sekian. Wahhhh....pepagi buta tu uols. Dengan I ni bekerja dgn gomen, uols rasa bijak ke kalau I sama nak menipusss? Nasib baik immigration officer hanya bertanya soklan-soklan yang mampu I jawab..dan fenifoo an Berjaya dilakukan dalam tepon..ye lah, kalau depan2 muka I akan sure fail.

Tup tup, dia muncul dekat rumah I...dan mintak I tolong dia kemaskan barang kat rumah sewanya. I tanya...what happened? Kata nya her entry visa was denied and she got 48 hours to round her things up. I tanya lagi...you got deported? Dia jawab...err something like that lah.

She could just say....YES.

Pastu ada sorang lagi jantan ni. Memang kaki dolak dalik. Dia ni laki orang tapi dia dgn bini nya mmg dah ada masalah rumahtangga. Kata bininya, laki got lain pompuan. Laki tak ngaku. Dalam ramai-ramai manusia dalam London tu, boleh kan I saja yang selalu terserempak dgn dia (the laki) dgn pompuan yang disosek sosek kan ada hubungan sulit dgn dia tu. Masuk kali ke tiga terserempak, I tanya lah that guy...so you are with her now? He jawab...err, something like that. GAMPANG sangat! Cakap je lah ye...kan?!

Seterusnya..penggunaan phrase ini sampai ke kemuncak kemenyampahan yang melampau semalam. I was doing an assessment. Yes...I have to asked a lots of question and analyse patient background as much as I could to understand the situation better and pastu, boleh lah buat rumusan kan?

This parent dok lah menjawab dengan something like that..something like that. Masuk aje soklan ke 8 dengan jawapan yang sama, something like that..I pun terus terbalik kan kertas dan letak pen.

Do you have problem giving me straight answer or you want me to guess what is the problems?

Terus dia diam. I cakaplah balik..uols ni komplen anak banyak masalah..tapi bila nak explain masalah anak dok lah ber guessing game something like that..something like that...like what actually?

Masa sessi kaunselling makpak pun bermula, setelah saya dgn direct nya bercakap...before we can get to the bottom of your child problem, perhaps we should sort yours first?

Moral dari cerita ni....kalau masalah you A, jawab lah A.Mengakulah A. Selesaikanlah A. Tak guna berdolak dalik, menyedapkan jiwa sendiri..lantas menipu emosi dan kesudahnya masalah tu masih lah dok berlegar dalam kepala hotak.

You love your wife? You want your marriage to work?

Mau jawab, YES I do ke..or something like that ?

Go figure eh.

Thursday, December 26, 2013

Boxing Day

Sometimes..you do wonder why....

Kau beriya-iya ni buat press conference, nak bagitahu donia yang Adisputrak tu telah menghantar gambo angry bird nya kat bini kau. By doing that, Kak Selamah mulut p*ntat yang dok kat Jalan Kenari tu daripada tak tahu, dah tahu dah cerita sensasi rumahtangga kau. Maka, bermodal besar lah Kak Selamah tu nak lakukan air Monabik nya sambil pi cakap hal kau sekali kannn?

Kes ni serupalah macam Kiah pi hantar wassap message kat NuarJen...memula kata, I enjoice your concert. Sahut menyahut message last last Kiah startlah hantar gambar barang kemas dia...I mean, cencen yang dia pi beli kat POKONG tadi. maka NuarJen pun tak puas ati, tayang gak barang COPAK dia. Berbalas-balas mesej sampai tak lena tidur laki Kiah dibuatnya...lantas kantoi lah kann (tu la, siapa suruh kau tak mute notification wassap tu?) Pastu, laki Kiah pi report polis lah, melodi lah...selamat pagi dunia lah akan hal ittew. Nak mencari kebenaran katanya.

Bukankah kebenaran yang pasti nya ialah..kalau kau tak makan petai, takkan kentut kau bau petai, gamak nya?  Vodohhhhh sangat tau. Pastu boleh tak Kiah dgn lakinya feelings pi buat report bergandingan bahu...buat muka ayu ayu Kak Ton...pastu pakai kain batik belah tengah yang telah di zoom maut oleh cameraman tu? Apa motip kau, Kiah? Apa motip kau!

Pastu kannn..pastu kannnn....jantan bintang pelem yang agaknya dulu masuk audition Raihan tak dapat, ye lah, muka Henry Gurney manakan dapat nak membimbing anak-anak kejalan soleh dah solehah kann, maka dapatlah dia berlakon cerita sekolah jahat tu. I tell you, memang sejak dari sekolah konben, ada species bebudak fomfuen yang memang suka dirinya mereka dikaitkan dgn ketua kongsi gelap Seri Ampangan tu. Tak pun, samseng pasar. Lagi jahat pakwe kau, lagi mencanak publisiti diri mu. People can either...ehhh, ko tau sapa pakwe si anu-anu tu? Hahhh..pakwe nya kaki gadussss. Kalau pakwe tak ganas pun, the species fomfuen into bad-bad boys ini, is into buaya dan monyet. Jantan tak hensem lagi berwajah Henry Gurney ni, bertukar makwe macam pergi jamban je gamak nya. Minggu lepas dia dgn budak Tunku Durah..pastu, tau tau, gossip terbaru disertai bukti dia pi makan A&W kat tasik sana, dia dah ber kapelan dgn budak KGV pulak. Wahhh....saka jin tanah betul kan?

Tah hapa masalahnya bintang-bintang pelem Malaysia sekarang..tak tahulah if this is tuntutan media, maka mereka macam terpaksa je (or sukaaa) bagitahu donia who they're going out with. Pastu gaduh dalam twit-twit macam orang footballer Taman Rashibah Indah tu. Yang sorang ni, jatuh chenta dgn pelakon seksayyy katanya. Baru kawan seminggu dgn Pak Haji jadian tu, terus kata ..okaylah, nanti I akan order tudung Fareeda gituh. Dah adalah list dalam kepala nya kat sapa lah nanti nak disedekahkan baju-baju brand tengkorak dia tu. Yelah..dah pakai tudung, macam mana lah tudung tu nak di mecing kan dgn gambar langsuir berdarah kannn?

Ye, kena gak bagitahu dgn melodi dan Utusan Malaysia ni yang dia nak kawin dgn pompuan tu padahal baru 3 hari hantar friend request. Kau ada, Kiah? Ko hadooo?!

Pastu kannnn....pastu kannnn...err, I terpaksalah clash dgn dia..sebab Mak Ngah I tak soka. Gituh. Gituh uols. Prompted you back tu jaman-jaman sekolah bila hubungan centa dgn janji nak sehidup semati hanya bertahan paling kuat pun 3 minggu, pastu clash.

Apakah alas an nak clash masa tu, may I ask? Ye lah..I ni dulu jgn kan kata ketua samseng, budak terencat akal pun tak mo kat I masa sekolah tau. Sedihhh kan? But besides me are all them girls yang cantik aje sikit dari badak, dah ada koleksi pakwe gitu. Apakah silap nya I masa tu, tuhan aje yang tahu.

You often heard that..bila orang bercerai...they will announce, ohh this separation is amicable. We are still in in good terms. Cemana tu uols? Kalau in good terms, apa kejadah ko nak bercerai nya?

Pastu, kalau yang dah clash tapi tak sempat nak buat declaration...kalau ada yang genteleman tu, akan cakap lah..kami tak serasi etc etc. But gambo istagram masa bebaru kawan menunjukkan keserasian tahap permanian berhadas gitu. mana yang tak gentleman macam Pijjy Pop akan menyalahkan kuasa seherrr... dimana dia terlupa dia ada gilpren yang di gilpreni nya selama bertahun-tahun, lantas bila jumpa fomfuens lain, terus kata I am available let's mingle. Gituh.

Pastu, bila dah tergadahkan uols...sangguplah balik menjilat ludah perisa oren tu balik ke gilpren lama yang ditinggalkan nya tanpa notis (konon dia kena sihir) dan buat announcement, yes..we are back together and saya akan pinang dia.

Tapi, cakap saya nak pinang dia tu..cakap kat reporter je la pun...yang patutnya info pi bagi kat mak pak pompuan tu haram nak dibuat nya.

Jantan apakah itu ya'lll?

Seriously, some men (some ye..some) got nerves! While we like to applaud thinking on his feet punya style yakni....bila kena asak reporter,  AdisPutra Ababa akan kata, saya ni manusia biasa, bukannya nabi..yang tak lekang dari membuang keshilapannnn gittew, tak kah terpikir yang tu semua jawapan vodoh?

Then budak jantan tu...ohh mahapkan lah kekhilapan saya...saya mengong dalam missi mencari isteri. Pastu cakap putau belit la sangat...dgn coverina yang paling tak larat...saya tak pernah kata dia tu kekasih saya? Eh?

Tu cerita artist ye uols? Semalam masa I baca sokabar bintang, maka adalah sessi interview Datuk ni, yang dah Berjaya ada public listed kompeni gitew. Katanya...to succeed, you have to be ruthless. Maka bila ditanya apakah makna kata-kata nya..boleh dia pi bagi contoh dia kahwin empat! Katanya he can marry because he is ruthless...so kiranya, perasaan bini idoklah dia nak ambik kira ye?

Seriously, what's in the mind sometimes...can make you cringe.

And still, there's women out there who thinks that these kind of men is to die for. Go die lah!

Happy Boxing Day ye anak-anak.... :)

Tuesday, December 24, 2013

Somebody That Is Not You

Hello y'all. Busy ke aiiii? Tak uols...tak sangat. Pasal tu boleh update ye.

Macam biasa laaa..bila tahun dah dekat nak habis ni macam-macam declarations kita boleh baca kat pesbuk la...instageraham la...twittwit laaa...tentang analisa sepanjang tahun takpun cadangan azam baru masing-masing. 

Ada yang berterima kasih dari hujung rambut ke hujung kaki pasal dia dikurniakan macam2 benda antaranya...anak yg dapat straight A's...(this is after the numerous statuses about the result) dapat pi holiday...dapat habiskan sebulan puasa tanpa halangan katanya (inadvertently hinting her menses irregularities dia tak sedar) kasih sayang swomi yang bertambah-tambah katanyaa...dan macam-macam lah rezeki yang jatuh keatas riba nya. 

Bila kita baca...tak tau nak menyampah ke nak rasa happy. Tengok orang lah kan. If kawan tu set yg sokmo dirundung malang and we know it, kita pun happy tengok dia bahagia. Ye tak? 

Tapi kalau kawan tu set yg dapat perfume sebotol hadiah Valentine gi iklan, dapat kek sepotong dari swomi pun iklan...dapat durian runtuh masa buat laundry swomi pun iklannn....agak2 apakah perasaan kita everytime menengok status update nya tu?

Adalah seorang pompuan penipu patologi ni....memang pemurah dgn iklan tentang dirinya. Dia makan kat mana...holiday kat mana..project hidupnya apa...macam2 lah. Thanks to pesbuk lah kannn...iklan iklan diri tu semuanya free. Imagine takdak pesbuk...tak ke haru nak bayar iklan dalam sokabar?

I am sure bila supplies dah terlampau banyak...ada ke punca demand nya? Makna...kalau dok menunjuk aje..adakah kebenarannya?

Macam...punyalah pompuan ni nak tunjuk betapa loving nya laki dia kat dia...dia upload gambar bunga Rose merah and habaq kat donia yg lakinya kasi. But who knows...opis dia ada opening and banyak supplier bagi bouquet bunga ka apa...dia rembat bawak balik. Pastu tunjuk kat kengkawan...
Or...breakfast in bed yang kononnya laki dia buat....unless dia ada tunjukkan bukti bergambar laki dia bawak mai tray atas riba dia, maka susahlah kita nak percaya kannn? Elehh..tah-tah, Nasik lemak beli kat PETRONAS, pastu taruk atas pinggan cantik2..taruk atas dulang..place it on yr riba atas katih..pastu..zapp amik gambar dah haplod, dengan caption...breakfast in bed by Encik Swomi.

Pastu adalah 2,3 ekor kawan ketat (takpun lebih kurang aje gilo nya) yang dok like-like dgn ucapan..ohh suweettttt nya. Ptuii..ptuiii..ptuiii sangat rasanya kan?

Then masuklah pulak self-acclaimed successful businessman/woman ni. Kejap launch project ni..kejap launch project tu..well, unless dia tu jutawan MLM yang job descriptionnya diwajibkan menunjuk-nunjuk kat serata alam, do we honestly think people got time for social media dalam mengejar tender, buat kerja, main golf etc etc...benda yang biasanya dibuat oleh businessman/women yang genuine?

Siapakah kita yang sebenarnya? Pelahap sangat dengan attention kah yang kena tunjuk menunjuk ni tak pun..memang kita ni dilahirkan set-set exhibitionist?

Ada pulak yang set-set terang lagi bersuluh...(bodoh nya) yang pi lah hapdate status dia pi partay cam nak pengsan meriah nya, selfie kiri kanan tak sedaq diri..pastu besok nya pi update..don't feel well. Tak ke memang dah terserlah yang ko tu hangover dari partay binatang semalam nya?

Then this exercise freak (kononnya) yang dok semedang check in kat gym...pastu menjelang lunch time perkhabaran berapa pinggan lauk pauk serta air berkalori sama banyak dengan dosa pun terbit. Pastu caption menyesal..arghhh..there goes my diet!

I must say that 8 out 10 si pengiklan-pengiklan berhemah dalam pesbuk tu idoklah bahagia seperti yang di war-war kan. This friend I know, tatau lah apa yang nak ditunjuk nya, dapat benda baru aje kata hadiah dari sang laki, telepon hilang pagi nya..petang keluar gambar phone baru, dengan caption..thanks darling, padahal sokmo bagitahu kita kengkawannya betapa mereka laki bini pokai cam nak rak!

Okay lah...asalkan mereka bahagia..siapakah kita (yang takde banyak benda nak ditunjuk ni) untuk mempertikaikan ke happy an mereka itu kannn? Itu pesbuk account mereka...kata mereka, sukati mak ai la. Pastu mereka sure kata kita jeles..kerana kita tak happening cam mereka.

Iskkk..iskkk.

Tapi, apa-apa pun...makcik sorang ni lagi best. Status update nya berbunyi...(dgn gambar dia menadah tangan kelangit tak pun sambil ber posing depan kedai Ferrari)

Syukur Allah, dikurniakan rezeki....

1. Dah booking rumah lapan tingkat, bayar down payment 3 juta cash
2. Pergi KLCC terbeli rantai kapal rega 18 juta..so, niat pi umrah terpaksa ditangguhkan..sighhh (katanya)
3. Dah order beg dengan baju direct from Donatella. Kasut rekaan Manolo tu hari dah lunyai pakai angkat kotak meggi pi Kuantan.

Good things coming my way (katanya) Semoga tahun 2014 lebih berkat...

Humble sungguh makcik ni kannnn uols? Terharu kita membaca nya....rasa nak pijak ipad kita!



Sent from Samsung Mobile

Sunday, December 22, 2013

Rest In Peace, With Frozen Peas On Your Swollen Ego

Somebody said...if I have nothing better to do, I should hapdate. Well, to people around me, I may have appear like I did f*** all. Orang kata, I dok ber pesbuk all the time.

Ye lah..true. I am not as busy as I used to be. I used to bangkit at 5.30 am...mandi even dalam kesejukan winter, contrary to legend yang kami tak mandi during winter..ptuih! Do you know, mandi do make you feel warm? So, yes. We do mandi. Maybe tak sebanyak mandi orang kat Malaya ni...but we do wash...once a day, at least. I have no idea berapa kali pesakit OCD mandi.

I think I saw a comment somewhere kata, dia dah nak delete URL blog ni sebab, bila stress aje, I akan buat aksi terencat akal, yakni..memprivate blog I. Well, I hope by know you have done so. Seriously, I don't blog for you bebeh. I ni sombong orang nya. I don't write to get famous (nor to get lucky). I write for me...and for somebody else.

See, how pushy can we get sometimes, eh? When we think we are right and others not, we just want people to see and to hear how our way is the highway.

I can be pushy too. Especially when I am passionate about something. More, when I know I am right about something. But when  you are the minority, when everybody is saying this, this and this..as oppose to what you have in mind and belief, best to diam saja.

It is only normal, when you know about something...like, really knows it well, it automatically gives you the feelings that you know it all. Say you dah banyak asam garam dalam hal tu. Like, you dah pernah kahwin, pernah kena seksa dengan jantan, dengan mak mentua...and you rasa you lah orang nya yang patut bagi nasihat alam rumahtangga, as compared to orang yang tak pernah berumahtangga and orang yang tak pernah kena seksa.

Sekilas telinga capang jantan tu, you tahu dah dia tu kaki pompuan ka, kaki auta ka..yang tak boleh dibuat laki. Just because you dah ber pengalaman berlaki kan 18 jantan. Hek elehhh.

Tu bab jantan. Belum lagi masuk hal-hal keagamaan. You dah ikut ustaz kelakar tu on his nationwide road show. You ber guru sana, you berguru sini. Buku agama and quran you dah khatam, berapa kali nya tak terlawan. You listened to all the muftis, para cendiakawan agama tersohor.

And yes..with the knowledge, you feel that you can dispense ayat-ayat powerful, although memanglah nak diniat sebagai nasihat, but more than often...macam you pulak jatuhkan hukum.

Biasalah, the power of knowledge seems to give you everything. You see so many Allah punya secretary, penerima dan pentafsir wahyu pun ada. Pastu dgn konfiden nya cakap...Allah cakap ni, Allah cakap tu. Tapi cara dia cakap kat you macam Allah bisik kat dia jam jam tu jugak untuk pass kan kat you.

Sounds familiar?

Correct me if I am wrong, ayat-ayat suci dalam Quran tu is open to interpretations. I believe at the end of the day, judgement Allah adalah pada you. Ramai betul messenger sekarang. One messenger kata jangan dok ucap rest in peace. Orang kapiaq mmg semuanya masuk neraka. Habih tu, nak cakap menda, go to hell kah? Then one ustaz will say, niat tidak menghalalkan cara. Walaupun takdak niat nak bersekutu dgn orang kapiaq by wishing Merry Kissmess, cara itu tetap tak betul. Ustaz tu kata...

Yeppp...Ustaz tu yang kata. Kata Ustaz tu, Allah yang kata. You refer to the ayat yang diguna oleh ustaz tu, adalah tersangat grey interpretations nya. Well, pick your battles lah. Serupa macam orang dok jerit-jerit kata, Allah knows what is in my heart. What is the difference, kan? If you think and rasa you bersekutu dgn puak Constantine tu, dok lah dendiam bila dia mati dan bila dia beraya. Kalau you, especially if you're once upon a time 'them', takkan gamak you nak habaq kat sedara mara you, hoi kapir...go to hell and pi mampos lah celebrate birthday tuhan hang.

Okay, since you dah against Xmas sesangat, come 25th December, jangan mengada-ngada ambik cuti ye? Cuti tu kan cuti orang kapir? You don't want to bersekutu kan?

What else you can be pushy and self-righteous about? Penjagaan kucing can be one of them too. You pergi Vet ni, dia cakap okay, you got to do this, this and this. You nak jawab lelebih kang, kita ni..kepandaian setakat pi beli biskut kucing and sodok tahik kucing. One object is always different from another, however strikingly similar.

Like a psychiatrist, can dgn terrer nya cakap dan diagnose orang ni sakit cenggini dan cenggini. Another person may have different experience. Sepatutnya two should combine...then tengoklah macam mana.

You can rear a million and one cat. Kucing bersin sikit you tahu dah itu influenza tahap A ke, B ke or whatever. You know what is best for them cats. Biskut jenis apa etc etc. All based on the millions cats yang you dok bela. Armed with that millions times experience, you think you know what best for other people cats too. Because you know better and you care, mistakes should not occur.

Situation macam Dr Mahathir, giving ways to his successor...only to criticise him left right centre. You pilih dia sebab you dah percaya kat dia kan? Yes, you have millions times experience, so orang lain tak boleh salah lah eh?


Do we really know when to dispense our words of wisdom, if any?  Is it when we think we are so bagus? I work with a lot of people and it is very important for me to know when to tarik my hand brake with people sometimes. Yes, we can easily get carried away, under the pretence that we care...or is it we want to show that we are better?

We can pick either one.

In the end, it's all about human cues. Was it "don't tell us, we'll tell you"? Or was it "we have said it and now it is up to you". If it's the latter, then good. Leave it as that. There's no need to be pushy. It's best to be calm assertive.

There..I said it.

Tuesday, December 17, 2013

Umpat Otis Part B

Ni saya kena cakap terang-terang..bekerja dengan bebudak bukan lah minat utama saya. Tapi dalam social services, kami-kami yang perasaan bagus ni takleh lari dari masuk department budak-budak. Makna nya, sebelum nak refuse point blank, kenalah ada alasan.

Macam, bila Boss bagi secondment kat children services, unless kalau saya dah pernah masuk service tu, saya takde sebab nak cakap NO.

Lagipun, orang melayu kat UK jarangggg sangat melawan. kami kan set-set suka nak mencuba dan juga nak tunjukkan kat homputis itu yang kita ni serba boleh gitu. Semua pun buat.

So, pernah lah kerja dengan budak2. Budak2 ada race...satu race anak orang...dan satu race lagi..anak jin afrit. Tapi, dah nama pun budak2. So..dalam 100, takleh nak salahkan bebudak tu 96%. malah, 96% tu perlu ditudingkan kat makpak atau penjaga nya.

Oh ye, tak semua anak-anak tu dijaga oleh mak pak ye.Biasalah kat negara homputis ni...yang bagus nya, remaja-remaja terlanjur, takyah sesusah buang anak tepi longkang. Diorang jugak tak payah mendengar dan memandang jelingan komen bersifat puaka dari nurse-nurse sepital. Doktor kat sini juga bukannya bangsa set-set ngumpat sambil provide nama sebenar. kalau dah puas meneran dan rasa, tak sudi pulak tengok anak tu, maka..mak mak nakharoms (oops) ni boleh je cakap dgn Nurse, call Social Services...I am having this baby adopted. Gituh.

Kerajaan UK adalah kerajaan kapir yang berhati perut. Bukanlah nak galakkan pemberanakan haroms kat sini, but, tindakan yang depa ambik adalah realistik. Budak dah lahir, so ni bukan masanya nak bagi tarbiyah. Dan juga...seperti mana yang kita tahu..kalau dah menggelitis nak beromen, tarbiyahlah sebanyak 30 juzuk Quran pun...kalau allah tak bagi izin cahaya tu sampai ke pikiran mereka, maka tak kan sampailah.

Then, pemberanakan haroms ni adalah juga hasil perbuatan binatang haroms bernama jantan, ni kes buka suka sama suka..tapi suka dan paksa. Kalau fomfuens tu dah termengand, masih kah kita pihak sepital dan pihak JPN nak judge lagi omaknya yang tak bersalah tu? Dah la omak jadi mangsa, anak pulak dapat hukuman gittew.

Well, macam biasa, syarahan perdana saya sentiasa tersasar. saya nak cakap pasal kanak-kanak autis ni. Saya tak suka kerja dgn kekanak dedolu adalah kerana perangai makpak nya yang kebanyakannya macam haramsjad.

Ada makpak yang macam ...okay lah, mereka ni set-set yang nak anak mereka tu pandai. kalau budak tu lambat cakap ke, lambat merangkak ke..merangkak kedepan tak pandai tapi dok gostan memanjang aje..terus meraka tu rasa..ohh anak ku ini musti dihantar ke sekian-sekian terapi. Okay..bagus. Makpak memang kena observe anak2 mereka. Early intervention is always good.

Tapi..dah nama pun budak tu speed passola kann...baru hantar anak jumpa OT, terus harap anak tu speed Yamaha RXz. Tu takpe lagi. Bila anak dah besar sikit dan boleh masuk sekolah...nak anak tu terus boleh baca cerita Badai Semalam gituh...padahal dia pun tahu, jangankan novel Badai Semalam, (Kuih) Vadaiii Samalam by Krishnan Gurumurthy pun tak kan lepas nya.

Yang tak larat tu, mak pak tu feeling anaknya musti jadi genius bak Nor Amalina Che Bakri, tapi makpaknya...kalau takat SPM pun dapat Grade SAP, boleh tak sedar diri sikit?

Adalah seorang omak dan apak ni. Apak nya..ber communicate dgn saya through omak nya lah...padahal dia boleh je tanya soklah direct..tak, kerna sifat pemalu nya yang macam haroms tu, dia lebih rela berbisik kat bini nya depan saya, nak tanya...soalan a, b dan c.

Pastu, sampai pulak hati nya cakap anak nya takde social skills, kan? Bang..bontot kuali kaler apa, bang?

Omak dan apak kedua...ni omaknya kurang cakap...apaknya banyak soklans. Fuihhh...berbekalkan pengetahuan yang di google, maka apak tahu segala sebab anaknya macam 'itu'. Makna nya..kalau anak nya ada Asperger, maka berbekalkan info Dr Google, apak nya rasa wahh...teknik ni kena pakai..teknik tu kena pakai...

Dia lupa, anak nya tu adalah anak dia..bukan anak Dr Google. Of course, dalam banyak2 common traits yang dibekalkan oleh Dr Google, anak nya ada juga learned behaviour yang mungkin juga boleh dipelajari dan ditiru bulat-bulat dari bapaknya. Katanya, anak nya tu kuat meludah. But I can swear, dari dalam kereta dan dah keluar masa nak jumpa I, apanya dua tiga kali jugak hark tuih..harkkk tuih. Yeahh...asperger traitssssss lah sangat kan?

Ada case yang sangat classic...ni maybe orang Malaysia tak tahu..but...ada potensi, budak2 Autis ni akan develop severe emotional problems dan seterusnya menjadi...satu disorder. Extreme stress boleh meng haywire kan chemical dalam badan jua..lalu terbentuk lah...sakit mental. Ni, kami-kami kat UK panggil dual diagnosis.

Ada satu mamat...refer kat saya sebab sakit mental nya. Okaylah...dari cerita nya, symptoms tu memang serupa. Tapi bila saya tengok sendiri...yang banyak saya nampak adalah sesifat autis nya. Good news for ADHD, with early intervention, bila dah lepas umur 22 tahun, hypernya akan berkurangan. Insya Allah. Otak pun dah kembang sikit so, ilmu boleh bertahan dalam kapla hotak nya. Tapi jgn sesekali mengendahkan masalah emosi ye..sebab kita yang takde ADHD ni, yang senantiasa terdedah dgn stress...stress dgn laki..stress dgn kucing tak nak makan ubat, kucing yang melepas sesuka jiwa sampai nak memporak porandakan rumah tangga dan bisa membuat onggaji lari...pun kalau tak dirawat, akan menyebabkan sakit sosial yang teruk...salah satu dari padanya..menjerit kat kucing!

Kadang2 bila dah tua dan sudah dibiasakan berperangai teruk, maka susah lah sikit kita nak intervene secara cakap baik2. Maka jalan yang sepatutnya ialah A B C ----antecedent behaviour consequences lah.

Ko jerit kat aku sebab ko tak dapat apa ko nak, maka..saya bisa nelipun abang kongsi gelaps saya ataupun pak polisi untuk ajarin kamu kan?

Sepertimana consultant psychiatrist kat UK yang suka sangat berlagak sebab zaman-zaman baju dia dikoyak dan diludah sedah berlalu, mereka secara otomatik nya tak akan mengendahkan saranan-saranan nurse yang lebih banyak makan dan tengok garam. ...well, if you know what I mean. So, sebagai pengamal perubatan yang berdedikasi dan tahu lah apa yang dibuat, kita ni bagilah cadangan dari observation yang kita buat.

Hanya, di dismiss oleh Dr yang pandai itu dgn meng kopipes balik sebab-sebab bertulis yang saya bagi. Padahal Dr tu jumpa patient dia sebulan sekali...dan dalam sekali tu, orang yang sakit tu akan ada banyak banyak masa untuk rehearse dan bagitahu Dr dia apa benda yang Dr dia nak dengar, sekaligus Dr itu akan kata..tahniah..awak sudah sembuh. Padahal....chaits!

I am sure there's so many parents out there yang akan rasa info yang depa dok kumpul pasal anak mereka akan di nyah pakai oleh Dr yang terasa mereka terrer dan dok pandang buku dopopat jam.

Hello! Bak kata Stephen Fry...to be a good actor, you must be a chronic bipolar..kannn?

Nasihat saya...kalaulah kita jumpa Dr yang ghopa ini...yang sokmo tak balas email you, yang sokmo kata..ye ye ye ye..akan buat, akan buat..dan akan itu ini..yang sokmo kata saya busy ada conference this n that, padahal conference bulan depan dan you hanya mahukan confirmation or jawapan soklan you masa tu, yang kalaulah dia tu Dr yang mahir, dia boleh jawab sambil kentut aje..maka, carilah pendapat kedua ye?

Sekian.

Tuesday, December 10, 2013

Umpat Otis

This is not for the fainthearted...tak pun..kalau you rasa you lah orang yang berfikiran positive dan mahu sentiasa bersangka baik kat orang.

I need to talk about some people. And you might be one yang akan makan wasabe.

Sebelum itu, saya nak lah ucap takziah kat sesapa yang ada makpak yang dah tak berapa okay akal fikirannya. Ye lah..dah tua kan...akar umbi dalam otak pun dah reput hence, perangai dah nak balik ke asal gituh.

But they will be, your parents and manusia lah pada am nya.

Then if you ada pulak anak or sedara mara yang...tak berapa nak baik kesihatan mental nya. Be warned lah..if you're psychiatrist, you may find this...well, offensive. I don't intend to insult your intelligence, ye lah..to be in your place, nak kena study bertahun-tahun, masuk service tu, service ni..practical dalam sepital, on call manjang etc etc.

Tapi, you pun manusia pandai yang kadangkalanya mesti dengar pendapat orang yang lebih banyak makan garam dari you. Eh..makan garam signifies orang yang lahir dulu sebelu you kan? Okay lah..tukar term..you kena dengar juga pendapat orang yang lebih banyak berendam dalam selut untuk menangkap ikan sawah..daripada orang yang look see look see je mostly kerja nya.

Then...kalau you adalah mak or pak kepada, anak anak autis ni. Yes, autis. I didn't know Malaysian called them autis. In England, you don't label. They are children. A person. Only they have special needs. We hardly ever see, label, Autistic Child. But we melayu muslim...tak taulah if you all nak sedapkan hati..ye lah..hati manalah tak luluh, anak kita tak serupa anak orang kan..kita panggil lah anak kita tu anak syurga.

But I really want to know, this anak-anak syurga yang sekarang ni you dok panggil, kot kot lah satu hari terdeveloped sakit lain yang pengakhiran nya masuk sepital Kuala Manggis selepas main parang, masih kah you all nak panggil dia anak syurga?

Yang I tau, orang sesedap rasa panggil inmate tu macam-macam nama. Masa comel gebu dedolu masih lah kita panggil anak syurga, kan?

I tak berapa kenal ramai psychiatrist dalam Malaya ni. Adalah sorang dua orang. Yang lenlain, bila I nak berkenalan, panggilan telepon I haram nak dijawab nya. Yang I pernah jumpa, sokmolah berjanji palsu. Tapi takpelah. Mesti kerja mereka tu stress kan?

Lucky for the Autises..(ohh) families, boleh lah pakat2 buat support group kan. Yang mana parents yang dah terlepas zaman-zaman payah, boleh lah turunkan ilmu kat parents-parents yang baru nak naik ni. I must say, saya sangat surprise lahhh. Kat UK, tempat saya dulu, ada gak support group, dan kerja kami masa tu bagilah input kat support group ni. Ye lah, kita yang bagi support, so..kita kenalah jadi ahli penting dalam support group tu.

Tapi, takdelah pulak support group tu sokmo bercerita apa progress anak dia hari-hari dan status update anak nya. Support group kat sini...tak cukup dgn update anak2, dapat pulak kita baca rintihan mak-mak yang mahu berjuang untuk anak nya.

Sorry, but am I seeing...loose plot here? Macam2 intervention centre dah ada sekarang kan? Sedangkan bini PM kita pun dah buat program batu nilam tu untuk anak2 autis ni. Tinggal nak dan tak nak je.

Pastu kann..kalau dah hantar masuk centre sana sini situ tu, janganlah berfeeling, besok anak you dah boleh cakap Mummy I love you ye. Lain orang lain kelebihannya. Yes, he or she maybe has autism, but self functional lain-lain tau. Cikgu pun kena pandai jugak. Tapi kalau hantar tempat2 gomen yang cikgu nya takde langsung nak dihantar training dgn orang yang sedikit arif, dah pulak tu bayar cipot tak pun free dapat pakai facility gomen, maka usah lah ngutuk kata cikgu tu tak bagus ye. Education ni continuous ye. Belajar kat sekolah pastu sambung lagi practical kat rumah.

Dan lagi satu, kalau lah anak kita tu kita pun takleh control, janganlah pulak demand anak kita tu boleh di anak soleh solehah kan oleh orang kat centre tu. Hishhh lah.

Lagi satu...parents melayu ni, boleh tak...jangan buat habit cakap merepet macam...bila orang tu post cerita progress anak jantan/pompuan dia..ni of course lah update positive like, ohh hari ni anak saya berjaya pakai kain pelikat tanpa luruh. Tup tup, masuk pulak komen mak si pompuan ni, ohh boleh lah buat menantu besok..hik hik hik.

You ada tak baca anak cina ka hendia ka..cerita pasal, Mrs Yong, I think my boiboi can marry your Siew May wohh...she so kreverrr.

I am sure kita dulu ghimas bila mak mak or pak pak kita cakap pasal jodoh-jodoh ni, and why must we follow suit? Ye lah..bebusak tu kecik lagi..tak pun kalau dah bujang berupa sikit, bukan ke hal-hal jodoh2 ni, hal intimate?

Umpatan ini akan disambung.

Friday, December 06, 2013

La Isla....Bongoknya

Penyakit suka main paksa via wassap Kiah telah berjangkit kat Capt Lukman. Venciks ai taw.

Seriously, selain dari ngutuk orang..cakap macam lah I ni bagos...ada ke lagi kelebihan penulis picisan cam I ni? BM masuk longkang, Inngerish..lagi lah...grammar, bak kata lecturer UKM yang meh sini I nak ngumpat, kesihatan mindanya adalah sangat questionable, kalo dia bercakap tu..accent nya confused, sekejap dia jadik Milli Cyrus...in 10 minutes..dia feeling Emily Blunt pulak. Lusa, dia bantai cakap arab...and bagi impression dia penari jaipong yang solehah. Pastu malam sebelum tido..dia start menghoyan KKS dari puak jantan.

Tapi tak apa. Sekurang-kurang nya spelling I lagi bagus dari budak passed TESL yang dok lah ter congrate..congrate. My bad grammar? Biaqlah...saya kan budak MRSM...kita kan set-set WARISAN. hark tuihhhh.

Writing under pleasure will not be a piece that is pleasure to read. Trust me. The anak and cucu (kucing) took so much of my time. Not physically...nasib baik ada jugak beriparkan jantan yang suka kucing pastu mereka telah melahirkan anak2 yang suka kucing macam apaknya.

Yes, I have loads and loads in my mind. But, that's not something to share lah.

Speaking of macam bagos...I tanya Kiah..do you 'worship' your kids? It is because I saw many,many of them parents expressing woes worries that lot about their kids. Everybody seems to hantar anak sekolah agama...katanya, that's the tanggungjawab and amanah Allah.

But this same person who scream amanah this, amanah that...adab pun kurang. Adakah dalam nak jaga 'anak' supaya anak kita tu jadi manusia dan bukan sehhtann, kita boleh pulak tak mem praktik kan seruan or syiar Islam kita tu?

No, I have nothing against sekolah Agama. But parents seems to expect anaknya tu paling lahabau pun jadik Ridhuan Tee. Hmm...tu macam rehab je bunyik nya.

When I was in NCUK, perangai budak sekolah agama, baik jantan baik pompuan...adalah sangat tidak boleh nak dipuji. Yes, they can fish out surah itu ini, hadis tu setakat makan koci aje to them...cerita Nabi & Rasul, fuiyoooh..as if they was there.

But the guy yang sokmo jadi Imam and punyalah vangga dia tu product SMA, selalu kelihatan berdating pegang tangan kat PKNS. Ada sekali I terserempak the Imam and pasangan nya, after makan kat stall kat Sek. 6 tu, nak parting balik ke asrama masing, the fomfuen cium tangan jantan tu as if mereka adalah pasangan somiseteri.

My pet peeve, apart from congrate, is orang tak reti nak respect time table orang ni. Janji kol 2, pukul 2 dia tak muncul..bila you call at 2.30 tanya dia kat mana, OTW katanya disertai dgn alas an-alas an yang berubah setiap seploh menet. Pukul 2 setengah kata OTW, pukul 3 kata...kereta rosak...dan bila jumpa kita sambil mintak mahap dia kata pulak diri dia yg rosak.

Orang yang sama jugak, kalau preaching tu..waduh waduhhhh....

Orang yang sama jugak, kalau ngutuk orang tu..waduhhh waduhhh

Imagine pengarah muka bulan tu...dia kan dah konsep Islamik sekarang tapi, kalau menunjuk peragai hamlau tu, langsung hilang Islamik nya.

Imagine Abby sebelum kahwin...mencari keredhaan Allah...and whaddayaknow next tweet, sumpah orang HAMNO.

Aiyohhh....very salah and tak kena the image.

Entah lah. I ni nak cakap orang lelebih kang, nak kata I ni mengamalkan cara hidup Islamik, idoklah sebagus Abby Adidas tu kot.

But, kenkadang I rasa over lah sangat orang yg tulis kat pesbuk depa...Ya Allah, takut nya aku etc etc...selamat kan lah aku etc etc...cukup ke pahala..cukup ke ilmu dia bekal kat anak2 dia etc etc.

Dan diiringi komen2 kengkawan...ohh takut jua..takut jua... and there you go, a bunch of ..nak kata paranoia, bley ka?

Tak yakin kah dengan janji Allah? Allah janji dah kan macam2 kalau kita ikut perintah dia...you dah buat sehabis mampu, bila rasa low self esteem, pi la ngadu kat Allah...pompang kat pesbuk buat apa? Perlukah buat thinking aloud cenggitu? I am not saying it is wrong, but can you brain a status oh Allah, berikanlah aku sorga mu etc etc..pastu petang sikit, weihh, apa ni perangai macam Yakjud makjud...kutuk tah sesapa openly.

Confuse kan?



Sunday, December 01, 2013

Pook & Poon (Entry Basi)

On the basis of safeguarding the rights of human nature, the real name of them two is kept confidential. Macam cilaka.

Poon selalu cakap dgn Pook yang dianya ada rasa nak membela kucing. Sejarah Poon ni..dia asalnya dari kecik idok lah suka bebenor dgn kucing, malah Poon adalah sangat sadis dengan kucing sampaikan amma Poon yang jarang marah tu pada suatu hari Poon balik ghumah from sekolah serama, telah memarahi Poon keran menyebabkan keguguran seekor Mak Kucing.

Poon was evil. Any cats that crossed her path kena sepak. Bukan sepak manja ye..sepak masuk goal gituh. Menitik ayaq mata Poon bila mengenangkan kejahatan dirinya tu. Rasa nak minum Clorox sangat. Tah hapa yang dibenci, tatau. Masa tu.

Padahal Amma & Appa Poon set-set yang suka kucing. Aruah Appa dedolu pernah lah kutip kucing dari pasar untuk adik beradik Poon tu bela. See, kutip kucing dari pasar okay...bukannya asal agro aje nak hantar kucing yang tak berapa nak cantik tu ke pasar. Ops...tersasar pulak story.

Poon ada sorang adik jantan yang lemah lembut budi pekerti. Segala binatang yang ikut dia balik dia akan ambik sampaikan labi-labi jumpa tepi longkang pun dia bawak balik sampai Appa mengamuk suruh dia hantar balik (Appa slow talk kat Amma, katanya that thing can be 'berantu')

Only the good die young. Adik kepada Poon meninggal dgn mengejutnya. Satu rumah terkejut. Semenjak dari hari tu, asal terpandang kucing, Poon terkenang kat adiknya.

Poon pulak lepas tu dok dapat partner yang suka kucing. So memang hidup dikelilingi kucing aje. Poon ada berkongsi membela kucing nama Monica yang buruk perangai tapi cantik ghope. Bila Monica tu mati mengejut (well, not really) Poon sedih jua.

Pook ni pulak, dah le crazy cat lady..kerja tak resmi nya ialah mengkidnap kucing anak dara salah laku yang dok membiarkan sperm donor bersedekah sperm kat mereka..lalu beranak, sambil mengenalpasti, kucing manakah dia boleh bawak lari dan simpan.

When Poon told Pook about her intention to get a cat, Pook kata, you have to wait for a cat to choose you. Dicampur dgn kesangsian Pook pada Poon yang kononnya takde sifat keibuan, memang dia macam tak caya je Poon boleh jaga kucing. Poon kan jetsetter?

Poon return to Malaya, well..for a considerable amount of time. Pook dok lah bagi catalogue anak2 kucing yang boleh dijadikan hamba ehh binatang peliharaan. Poon made it clear that she only wants a Tabby. Kucing muka segiempat, penyek etc yang makanannya lagi mahal dari Sushi King Poon tak minat.

Pook still has her reservations...I think..until pada suatu malam.....dia tak serabut perut tak leh tidur dan berak mengenangkan abandoned kittens she came across. Ramai pulak tu. Pook pulak..dah le ada kekangan dari segi emosi dari roommate nya, maka she kenalah think twice nak bawak balik kucing jalanan gittew.

Pook contacted Poon. To be honest, Poon didn't really know what she was saying yes too..but she knows its about cats and she knows Pook wouldn't be so cut up for small reasons.

Besoknya, with all the plan yang tak jadi, Pook round up Poon for mission. Poon realised that this is such a big deal for Poon. Poon has never seen someone so determined to make this world a better place.

That day, Poon returned home with a family of 7. Poon still cannot grasp what just happened...but the only thing she know is that Pook can sleep well that night and no longer worry.

Poon has good feelings after all that. It was quite a day. Before she switches off for the night, she felt happy. Not because she rescued the cats...but she, has made Pook happy.

Tapi, dengan cats pun happy lah jugak.

Sekian. I love you Pook...more than Red Velvet cakes.