Updated 7/9/2013 - Hello uols yang cantik, jelita, gagah, perkasa dan berbadan six pack....
Dengan ini, saya denga sukacitanya memaklumkan yang pihak FITRAH MALAYSIA dan Perbadan Putrajaya telahpun bersetuju untuk menetapkan yang tarikh berjalan kaki ala-ala Cikgu Morni adalah pada 29th September 2013, bertempat di TAMAN WETLAND, Putrajaaya.
Please register and make a pledge. Ye lah..kita orang Malaya ni kan memang terkenal dgn cakap2 kosong nya..ye ye..aku datang, aku datang...tapi? Meh la kita copy sikit sifat orang Hinglen yang mana...
1. Kalau nak join, register terus. Clik aje disini.
2. Kalau tak sure boleh ke tidak..takut laki tak kasi..takut boipren ajak dating...cakap lah ye..nak join tapi by certain2 time, saya akan confirm gitu.
Please only register once. Jangan register banyak kali....unless kalau uols nak bayar banyak kali. Admin buat kerja memang slow sebab komputer pun slow. But rest assured, registration anda akan di reply.
Bukan apa uols, pasukan urusetia majlis ni pun manusia biasa.Mereka juga perlukan keseragaman kerja gitu. Nak tahu lah..berapa orang nak datang, senang kan nak buat arrangement awal2. Macam uols nak buat mejlis kahwin lah, kan senang kalau kita tahu berapa orang nak datang gitu. Ni kalau dok kata..eh eh, nak join tapi sampai sudah..kompom pun tidak so cemanalah pihak penganjur nak buat arrangement baju lah, air Milo lah (oops) kann?
So, yes. This is a fundraising events. Ramai yang akan dapat benefits nya especially kawan2 kita yang tidak bernasib baik diluar sana dan dipinggirkan. Gituh.
Err, dukacita juga dimaklumkan bahawa, Encik Ashraf Muslim telah menarik diri dari acara ini kerana beliau telah pun mati terbakar.
So yes,you all tahu yang I telah menggunakan kuasa mulut dan tangan I untuk memaksa kawan-kawan ketat untuk menyertai event ini.
Tapi...ketua pasukan Mak Enon dan Mak Piah adalah terikat dgn jadual penerbangan mereka. Maka, mereka telah pun memaksa wakit mereka bersedekah untuk acara ini.
Kiah pun telahpun I paksa masuk walkathon anjuran FITRAH Malaysia yang akan berlangsung di Putrajaya Wetland pada 29hb September 2013. Bukan setakat Kiah aje yang kena paksa...you all juga ye.
But sadly, there will NOT be a PASUKAN CIK KIAH KASUT MERAH.
Sebabnya, Kiah and I decided that although kitorang macam hangat hangit tahik babi nak pakai kasut merah dan berfeeling selebet rity, kami2 ni adalah pemalu. So, tak berani nak expose diri gituh. But instead, Kiah and I will be pushing a wheelchair for Tasputra Perkim's participants. Cepat lah sponsor bebudak tu uols pastu sesama la kita menolak wheelchair.
What you need to do is still the same.
Make sure you pergi ww.helpnhope.com/events and pledge to walk 3km. To pledge to walk for 3km is only RM 30.00 tak mahal langsung taww.
What you can do is
i) Paksa laki anda masuk walkathon ni. Hangkut sekali seisi rumah.
ii) Paksa opismate juga kawan2 Pesbuk anda masuk
iii) Kalau anda malas, mempunyai penyakit kronik lalu walkathon adalah membahayakan nyawa anda juga masa depan anak2 yang bakal beribu bapak tiri jika sekiranya anda mati, jenis bukan yang suka mendesak macam ex gilpren Mawi tu (ni Mak Piah ye yang cakap..bukan I) dan tak reti memaksa, anda boleh sponsor kanak2 dari Tasputra Perkim untuk berjalan dgn Cik Kiah & I. Maka pada hari itu, Cik Kiah dan pasukannya bukan saja akan menyelimkan kaki nya, mereka juga akan membina bicep dan otot-otot lain bila menolak wheelchair kanak2 tu. Anda register saja nama anda dan sertakan mesej yang anda sebenarnya membuat pledge untuk Taspurta Perkim menyertai walkathon ini.
iv) Kalau anda berada diluar Malaya, ketidakhadiran anda adalah amat dirasai. Pun begitu, ada juga boleh pledge untk anak2 yatim Rumah Kasih Harmoni untuk menyertai walkathon ini.
Senang kan? Bantulah...RM30 anda boleh pergi jauhhhhhhh.