About Me

Wednesday, March 28, 2012

Update

Setelah membanting tulang dari pagi, saya pulang rumah lalu terpengsan selama 2 jam. Kalau tak kerana nyamuk durjana idok la saya akan terbangun. Hish...

Maka saya pun menyambungla balik kerja disebelah malam dan kali ni membanting otak la pulak.

Then setelah selesai membanting otak, saya pun masuk tido balik untuk bangun awal for the activity membodek VIP dipagi hari esok. Nilah keroje saya 2,3 hari ni....menyundalllllllll aje demi memdapatkan uang. Untuk siapakah uang ittew?

Untuk orang macam Baizura yang memerlukan tempat untuk dia hidup tinggal dengan selesa. Untuk dia belajar menjahit dan juga skill2 lain lagi seperti bermain angry bird, draw something and tah hapa2 lagi benda yang fun yang mungkin pada masa ini tak terfikir oleh nya.

Tak pun, supaya dia boleh berkawan dan bercampur dengan orang2 yang lebih bernasib baik dari dia.

Pukul 3 pagi saya terbangun, terkenangkan Baizura yang tadinya takut2 nak senyum dengan saya, MB dan loyar sabung ayam. Saya menangis teresak-esak.

Dan saya merasa kecewa melihat nasib orang2 di Malaysia. Ini negara yang ramainya orang Islam tapi nasib OKU nya? Untung betul orang OKU di negara kapir tempat saya bekerja tu.

Saya tengok tabung special project Help & Hope yang minta ihsan anda2 yang membaca blog saya supaya menolong saya untuk menolong orang macam Baizura.

Lagi saya sedih....

Anda2 boleh bercerita dan berkompang hal duniawi anda. Mana anda pergi, barangan apa anda salutkan kebadan dan kepeningan anda untuk mendecide brand henbeg kasut yg mana anda nak pilih.

Tapi...£10.00 pun anda berkira. Tak apalah. Semoga anda dijauhkan masalah sulit dan perit.

Kepada anda yang baik hati....err yg saya mintak £10 tapi bagi lebih, Allah sahajalah yang akan membalas budi anda.

Sekian.

P/s To those who lives in KL, pergilah support cafe di ward psikiatri level 1, PPUKM ye.

Sent from my iTouch 4th Generation

Tuesday, March 27, 2012

Rindukah Kao Kepada Kiewww?

Kalau rindu..aku hapdate. Kalau tak...akan ku habiskan masa ku menyapu krim pemutih Nouvelle Visage yang dibeli kat PKNS semalam....(walaupun pi cakap kat orang saya pi beli telekung...)

Setelah nak masuk 3 minggu, centa hati belum lah nampak bulu hidung pun...lagipun saya busy menghitamkan kulit, menyumpah seranah mat motor yang suka mengonar baring tanpa rasa bersalah dan takut mati.

Tapi..sesungguh nya saya amat happy. Saya tak rindu UK pun...(cuma dikala panas aje) tapi saya rindu PC saya yang laju tanpa batasan. Saya rindu naik bus yang luncur laju tanpa traffic jam.

Orang itu gamaknya mimpi jumpa makcik tudung labuh cakap English accent. Hiks..tu bukan saya. Saya takdak accent pun. Tapi orang yang saya jumpa, rata2 ber accent Amerika. Kenapa? Adakah mereka baru pulang dari merantau ke Connecticut?

Perjalanan kerja adalah amat mudah...walaupun Pakcik Karim (name and shame) SSM Shah Alam tu telah menyombong dan memperkotak katik kan saya dan Desert Rose.

Doakan lah yang baik2 ye....mana yang banyak duit, sila derma kat Tabung Welfare kami nanti.

Sekian.

Thursday, March 08, 2012

Big Big Step

Kadang-kadang....tujuan dalam hidup boleh berubah.

Some of us....are lucky enough to face different challenge in life as to others. I was 19 when I first came to UK. I was in Liverpool (walaupun saya tak pernah menyokong pasukan bola tempat tu...pluekkks)

I have always wanted to study in the UK. Appa always talked about his time in Sandhurst. Tu bab positive nya. Sedara-mara I yang berbapakkan bapak kayo, talked about UK in more sarcastic tones. My rich cousins will tell stories about River Rhine and its cruise...during kenduri rumah Uwan. I am just a 9 years old kid who never even been to to Subang Airport..let alone pergi oversea. Appa and Amma always said..nanti belajar pandai2 ye...semua tempat boleh pergi. I belajar.....takdelah sampai pandai-pandai like Kiah...and funny enough I got to see places when I was berterbangan dengan kain ketat..and Appa said, kalau nak kerja itu, tak yah susah2 belajar sampai Hinglen. Ohh..mulut bapakku itu!

Ada orang datang sini..terus jadi outspoken. Semua pun salah. System UK salah..system Malaya pun salah. Lupa agaknya..system adalah manusia jugak. Manusia yang tak nak.dan kadangkala tak mahu menerima perubahan. Lupa untuk insaf yang salah adalah untuk diperbetulkan dan diberi penerangan yang sewajarnya dan masuk akal mereka yang kurang luas...sebab mata pun belum luas.

Sepatutnya bila mata dan kepala dah luas, pengalaman itu digunakan untuk tengok balik kesilapan yang dibuat semasa mata dan kepala belum luas...dan insaf serta berterima kasih that, yes we did made that mistake...but we are still able to learn from it.

It is good to moan. I moan a lot. I komplen about every single things...sampai MC cakap...okay sayang..sayang nanti tulis surat ye ----answer to everything bila I cakap...eh kita kena tulis surat kat PLUS ni, apasal tol kat Subang tu ada 2 bijik aje bila kereta nak masuk ada berjuta?

But yang tukang komplen tu memang tak akan pernah puas (yakni aku la ni Kiah) hari ni I komplen pasal tol, bila nanti orang dah besarkan jalan tol tu, I akan komplen pasal tol mahal pulak. So akan sampai masa situkang komplen tu akan cakap pada diri sendiri, udah lah mengomplen...terima ajelah hakikat and sesuaikanlah diri dengan jem yang macam lahanat tu walaupun dah bayar tol (dan pergilah mengundi dan menukar government kalau rasa government yang ini tak buat2 apa melainkan mempropah aje)

Bekerja dengan local council (err ni pembetulan utk uols yang ingat I kerja kat spital ye) orang yang kerja spital adalah orang NHS yang berlatarbelakang kan bidang perubatan...walaupun tukang cuci, tapi tukang cuci tandas awam dan tukang cuci hazardous waste lain2 training ye? Kerja saya dipenuhi dengan activity berjalan dan mengejar bus/train serta melawat kawasan yang mempunya penduduk yang ada IQ dibawah 73 points dan mengalami psikosis. Kadang2 mereka ditahan dalam spital, so dalam spital lah saya kena pergi. So, kerja dgn council, saya dengar macam2 komplen. Komplen bagus untuk kesihatan...sila lepaskan apa yang terbuku dihati..walaupun sipendengar adalah kucing jiran kita. Tapi, kalaulah kita sendiri mengharapkan orang membuat perubahan..maka komplen kita tu tak ubahlah macam mengucap kata-kata centa kat Anuar Zain aje.

These last couple of years....I developed passion for the vulnerable, mentally and emotionally. I wrote a letter years ago (ni sure ended up in the wrong hands lah kot) about little effort government have and make about making life better for the vulnerable. I saw many lost soul jalan sensorang kat pasar malam, tak mandi..ill kempt...orang pun tak nak dekat. I went to kampungs, and talked to some makcik who worried sick about her brother yang 'tak berapa sihat'....I saw down syndrome child duduk sensorang takde budak lain nak kawan...

I wrote all my findings down...asking the goverment to develop a day centres or halfway house for this minorities lot...so that they can live life like us...or anything closer to what we can call a perfection.

Then I come across local church group who organise charitable things. Lagi sedih. Agama kita semuanya sama saja tujuan nya...menuntut manusia mempunyai sifat2 compassion. This makcik said to me, anak cepat balik deh...boleh tolong makcik jago so and so...mok cik dok rok doh...entah besok lusa Allah maghi jepuk. I asked her, takde tempat boleh hantar ke jaga sekejap? Adaa..tapi hok buke isle...

My unpaid leave have been approved. I have informed all my patients that they will not be seeing me in months. I got so many reactions. I even got £20 (terpaksa pulangkan balik...kalau tak jadi kes besar) from one. How am I going to live for the next couple of months..errkkk...takpelah...I have deprived myself from benda2 duniawi (ohh henbeg Mulberry...aiyakkk) but I know, one day...this will all be worth it. For the next few months...I will be on a mission. Little resources...little money, but big hope. My amma said, do good thing, and ALLAH and others will pray and do good to you.

That is all I want. If I have time I will write to you again. For those who have a little bit of money to spare, click here, help me to help this people. For those who don't have much to spare...pray for us. I really appreciate it.

---lompat bintang----

Saturday, March 03, 2012

Plan B

Pernah tak you all ada plan B dalam hidup? Semua orang yang saya kenal...(err tak ramai ya, I kan tak ramai kawan) semuanya ada plan B. Every step of the way ada plan B. Most are to do with relationship. Hek elehhhhh....

Why hek elehhh? Adakah saya memperlekehkan plan B dalam kehidupan berumah tangga? Takkk...bukanlah itu maksudnya. Kenyakan Plan B kengkawan saya dalam rumahtangga bunyinya sama aje..yakni meninggalkan partner mereka. Nak salahkan mereka, tak boleh jugak. Rata2 nya laki masing2 tu kalau tak kaki pompuan, adalah kerbau balau yang malas lagi tak mendatangkan hasil melainkan menderma sperm aja. I think orang yang ada plan B ni adalah set2 yang kasih sayang dan centa kepada laki mungkin dah tinggal sebanyak gigi amit gurkha.

Sebenarnya kan you all, buat plan B ni, although ianya semacam memberikan sinar harapan walaupun semalap lampu night club kepada pembuatnya yang sedang berhati patah, adalah tak baik untuk emosi. Kenapa saya cakap ianya tak baik untuk emosi ialah...sebab membuat plan B itu hanya akan memalapkan apa saja jalan keluar dari masalah yang kita alami. Ish pening nya....

Plan B,C,D,F dan seterusnya...literally means...okay, if this one tak jalan..we will do that one.

There shouldn't be any alternative dalam hidup berumahtangga. Zaman mak-mak kita dedulu, kalau menyampah nak rak kat laki, still mahu bersabar sebab mikirkan anak2. Ye la...jantan kan rata2 nya masa tu breadwinner, kang kalau lari dari rumah, tak makan pulak budak2 tu.

For some, break up is the end of everything...trust lah..hubungan pak/mak lah..ipar duai la...mertua la. Gituh ke? Macam manalah kalau kawin satu kampung kan? Sure kena cari jalan lain lah taknak lalu lalang depan rumah keluarganya si ex tu.

I spoke to somebody recently. Adat orang berumahtangga, kadang2 bergoyang..ada ke takde angin pun. Some of us really take things for granted in the relationship. Kalau partner kita tu bangsa sangat penyabar and kita pulak tahu dia tu tak lah berapa nak rajin marah2, kita ni doklah membuat benda yang kita tahu dia tak suka. Sehabis2 dia marah pun, kita tahu mana levelnya and takdelah nak meletaknya perasaan dalam top list kita. Hati kita yang kita jaga dulu..hati orang lain, rosak sikit pun tak apa.

Patut ke?

Ada orang memang tak nak dan tak kan berubah...unless kalau pada pengakhirannya, dia tersedar you akan terlepas dari tangannya. And if you terlepas, you akan tetap terlepas and dia kena hidup dengan benda2 bangang yang dia pernah buat. Ada orang berubah selepas you tinggalkan dia...(err ni macam ex saya...bila saya pi rumah dia baru2 ni, boleh pulak dia buat2 benda2 yang selama ni saya dok mintak sampai kering leher) and pastu mulalah sedih sebab dulu tak nak make effort mendengar cakap2 saya yang dia rasa tak berapa pandai ni. Padan lah muka hang kannn? But masa nak putus dulu, ada la jugak ugutan2 nak bunuh diri...dan adalah jugak sekali saya kena pi spital sebab dia depressed masuk spital...

Dengan orang ini, setelah beberapa tahun menahan hati dengan centa yang semakin surut, I takde pulak nak ada getaway plan, walaupun kiranya, kalaulah dia halau saya dari rumahnya..manalah nak pergi dgn sedara mara takada. In the end, saya buat apa yang saya nak...saya biarkan dia buat sesuka hatinya dan bila kali pengahbisan dia kata sila keluar dari rumahnya yang takdelah cantik mana pun..(cewwah berlagak) saya pun keluar dgn senang hatinya.

The prospect of living alone...walaupun masa berdua puas dek sakit ati aje..is daunting. But still is doable. Looking back, I should have leave sooner...because by the time I left, we have lost everything that is keeping us together.

We recently became good friends. Something that I never thought could happened.

Back to you with plan B, will be plan B make you happier? What is the arrangement like...err, if you don't change your philandering ways maka diriku dan anak2 mu or just diriku akan blah dari diri mu, gitu?

Some, not all..relationships do change it course...we can grow out of love. We just do sometimes. We can love them with all our heart (and pants) today and the next year or so...still love but pants unstipulated. We can agree to...when sex is concern...carilah laki lain (dah nak ada boipren tak boleh kann?) or if we can live without physical presence of our laki, bagilah dia pi menyundal like tak hingat or kawin lain..and we do exactly what we want...keluar dgn kawan2 secukup rasa. Making plans when comes to relationship ni, serupalah dengan membeli masa untuk orang tu menyakitkan hati kita lagi and believe me, more and more reasons to undermine our feelings.

Hidup berdua ni, kalau centa dah tak ada..respect tu kena ada la...tak menjaga hati you makna..tak respect la kat you kan?

Thursday, March 01, 2012

The One With....

The one with....the batu api.
Apa sudah jadi dengan resolution I tak nak mengata orang pada tahun ni? Failed miserably. Must I tell you..some people really deserved diumpat cilanat oleh I. Again, I don't get riled up easily. But if I do and did get affected, orang yang menyebabkannya tu memang puaka syaitonnn nirrajimmm...ni ikut standard I la. Teruk kan I? Dalam perjalanan hidup kita ni, ki ta jumpa ramai orang. I have worked..and still working dengan orang ramai. Bezanya kali ni, orang2 yang I come across dalam kerja I sehari2 tu adalah sedikit (dan banyak) different dari yang you all pernah jumpa. But let's just say..masa I berterbangan berkebaya ketat dedolu..I pun banyak jumpa orang yang 'different' jua. So from someone yang dimasa kecilnya malu gila2 nak jumpa orang (dah besar pun masih pemalu...sumpah!) Okay..let me tell you about this batu api. Kawan lama I lah ni..although dia suka berfeeling2 buat statement, aku tetap seperti yang kau kenal dulu...reality nya is I tak lah berapa kenal hati budi nya. Infact bila I perah balik pala hotak I, orang yang I tahu kenal dia idok le sangat suka dengan dia. Okayyyyyy lah to cut the long story short, after dia menjelma balik dalam hidup I dan menabur budi..eleh, bukalah budi antara hidup dan mati ye uols, ini setakat budi yang kalau ada, okay..kalau tak ada pun tak apa kind of budi. But I have always make sure I reciprocate..ye lah, kalau orang buat2 favour untuk kita, kita pun pandai2 la kena balas kann...kalau tak..kalau dok asyik ambik budi orang pastu tak reti nak balas...e.g. kalau orang dok belanja kau makan...tapi ko 50 sen pun tak nak tolong orang tu bayar parking...sampai ke mati lah orang akan ingat, kan?! Kita tak tahu hati orang...hari ni dia okay..tak pun depan kita dia okay..dalam hati dia kalau terkandung zulmat-zulmat yang berkeladak (please be impressed ye, aku lately ni baca terjemahan Quran..hiks) manalah kita tahu kann? So dengan tetiba, sikawan ni in between dia cuba nak menunjukkan kat I betapa sucessful nya dia...di pun nak tunjukkan dia berjiwa rakyat jugak. Ohh..I tak pernah impressed dengan kekayaan material orang ke kejayaan duniawi orang. Kita semua ada kelebihan kita sendiri. What I find most impressive is a selfless act. You know..like the Nepalese woman yang against child prostitution tu...idok lah dia mendapat gaji ke apa and dia buat roadshow berhadapan dgn pak-pak ayam untuk menolong kanak2 teraniaya tu. Itu gua respek. So kalau setakat you nak cakap/tayang/tunjuk you got business deal seantero Melaka dan pendalaman nya or name dropping Kak Mah, Kak Jat, Abang najib, Abang Din..abang macam2 abang berportfolio tinggi dalam kabinet, you pergilah bergebang dengan orang lain ye? Kawan ni beriya-iya. I tak pernah nya excited...dengan ke beriya-iya an dia. There's always something that is holding me back. I tried to back out of it while we are stil in good terms. I tak suka gaduh dengan orang..but kalau I dah rasa orang tu ada potensi nak naik kan BP I, I akan jauhkan diri senyap2...better that way. Takk...dia pujuk/convince jugak. Okaylah..jagalah hati kawan kan? I don't lose anything...but bila lama2 tu (tak yah tunggu lama..2 minggu aje) makin terserlah kekelabuan asapnya. So enough is enough lah. I have better things to be stressed about. So officially I backed out sambil tu sempatlah bagi sepatah dua kata yang zassttt jugak. But being me, if I am not happy immensely about something, I akan bagitau..pastu I okay lah. Benda2 yang I zassst kat dia tu..dia tak lah jawab. (ye la..benda benar, kau yang salah..cemanalah kau nak zasst aku balik kan?)  so amannn lah donia I pastu. Aman in the sense..I really don't have to think about her and her promises. But orang sekarang kan menilai erti persahabatn through FB, so dia email la I tanya...apa dosanya kena remove from my FB. Laaa....sukati I l kan siapa I nak kawan dalam FB. FB tu kan banyak activity semasa I..so I am at liberty la to choose kat siapa I nak bagitau activity harian I yang kenkadang tak berapa sihat tu. Plus...I sebenarnya selama ni meluat la jugak dgn activity tayang-menayang dia tu....sometimes you are placed in the situation..biarlah, asalkan dia bahagia. But kalau terlampau, menyampah juga kannn? Betul tak Haji Semang Kota Bharu? I think kalau setakat dia tanya kenapalah hang remove aku dari pesbuk..marah benar ke..etc etc. maka idok lah hati I akan menjadi panas. But you know, she think..she bloody think she did good by telling me..oh this person (org yang dia dgn I kenal) said things about you..and I never told you what she said..etc etc.and tk cukup dgn itu, she attached the message that person sent to her talking about me. I think what she didn't realised is that the message the other friend sent to her was a reply of what was sent by her. But my point was, you send me olive branch disamping tu, apa perlunya kau memburukkan orang lain yang belum sahin lagi buruk ke tidak? That really sent me right to the roof and mulalah I cakap benda yang I dok selama ni simpan. Tapi yelah..kalau orang yang tak nampak gajah depan mata, you bagitau apa2 pun serupa ngabiskan duit beli rokok lah kann? Lepas dah ku zasst part 2 tu, boleh gi keluar statement, tak sangka kau berdendam dengan aku. Leh? Kalau dendam..takdenya keluar zasttt. Keluar bazooka segala. Betul lah buang masa. Some people just don't know how to change. But I am glad...bak kata Kiah yang tgh bertawaf tu, I ditunjukkan benda ni (perangai si dia ni) before anything gets medium. So officially, the friendship ceased. I don't care one bit kau buat apa etc etc. Satu je nak pesan...kalau nak menipu tu, siapkanlah log book ya. You tell so many lies you forgot what you said the first one. Orang ingat tau apa you cakap...hehehe.


The one with....the tata-titi-tutu-tattoo
Wahhhhh.....macam2 keluar dalam pesbuk kannn, pasal kak EB yang mula2 nya dah dibagi permission buat concert pastu kena kensel pulak oleh DRY (oh he is..literally) pasal menyentuh sensitivity orang islam di Malaysia. I believe, if EB is not by faith a muslim, she is certainly have full admiration to it, judging by works she done with the Palestinians and the Muslim Nation music projects. Tattoo literally is a body arts yang tak dibenarkan dalam Islam and forgive you me, I cannot find (ke belum lagi) evident to support this in Quran. (nampak nau laaa ceteknya pengetahuan  I about the Quran tu walaupun khatam membaca byk kali iskkk) but hey, that's my homework soon. From what I know...tattoo involve piercing and drawing that later embedded in the skin, that I believe..judging from what I saw, will be a skin in it self. macam dye rambut lah..rambut tu bertukar kaler tetapi ia tetap rambut. There's question before about the colour boleh bawak sembahyang ke tidak...but now, if the coluring of anything will be a subject of question....maka akan complicated lah hidup kan? Is there such thing of colour boleh bawak/tak bley bawak sembahyang? This if only if we want to take things deeper although one may argue the relevance. Sebagai manusia, kita kan ada sifat ingin tahu....gituh. So, EB ada tattoo..and the tattoo is of Allah & Muhammad SAW. Orang islam di Malaya berasa amat sensitive. Menghina islam kata mereka. Ada yang komen, ohhh I will now stop listening to EB, because of so and so. Beside all this, we forgot that EB is from USA and of Ghanaian descent, so pemikiran dia agaklah lain dari kita yang mega sensitive ni. Does she know how offensive tattoo is to the Malaysian Muslim? She probably don't. I think she sees it as..macam Mel C buat cross tattoo kat tangan nya. Some people expressed their belief in many shape of form, so EB...is fond of Allah & his prophet, maka bertatoo lah dia tulis Allah & Muhammad. Percaya tak kalau orang kata, defensiveness and hypersensitivity is arouse from insecurity? Hati orang, budaya orang lain-lain lah beb...kita sensitive, dia tidak..so nak salahkan dia kah kalau dia tak sensitive pada benda yang you rasa sensitive? I known a long term patient will tattoo of all god on his shoulder. Katanya, he believes in every religion. Katanya semua agama tu sama. Saya mungkin akan kata tidak..tapi itu pendapat dia. But to punish tanpa dulu mendengar sebab, itu yang tak betul nya. To think that anak2 muda/tua kita akan berbondong2 pi buat tattoo after tengok concert EB, menunjukkan betapa tak yakinnya kita dengan aqidah orang lain. People can form an opinion that they believe its true. Some people think having this and this is okay..some people don't. Ada orang anti Yahudi terus taknak gi Stabak. Point I am making is, lain orang, lain kepala hotak nya. Tapi tak semesti nya dia betul dan tak semestinya kita salah. So Muslim in Malaysia are sensitive towards anything that is agaisnt the norm of the religion and to Allah itself. But Blueboy tetap berdiri teguh di Bukit Bintang. It is still okay to have edisi terjah and mengaibkan orang dalam TV. It's okay to have gangster on film, kills here there, rogol, pelacuran etc etc. Mel C has a cross tattoo as long as her arms...believe me she was singing wearing shirt sleeve in PWTC. Dulu Francessa Peters ada cross stick dia pakai kat rantai and jadi cover album, pun jadi sangat sensitive and she was ordered another photoshoot. The same time, poster of David Beckham is flaunted everywhere. Ramai orang kata, kita kena pelihara Islam dan membendung gejala2 tak sihat camni. So, its okay to ban EB and her lack of sensitivity to Malaysianised Islam and still actively participate in some very low moral activity? Tell me, macam mana nak pelihara Islam kalau dok nak bergaduhhhhhh aje?

The one with...tersentap bila kena sindir
Adalah I nampak my fren ni..gigih berkempen suruh pompuan pakai tudung tutup aurat and she posted out so many articles yang I yang tak tutup aurat ni rasa nak beli tudung ekin sekarang jugak. Then I read about those yang sentap la jugak ditanya whether or not dia sembahyang semenjak dia dok dinegara kapir ni. Ohh bukan you aje...kalau kita merantau kat negara2 yang 1st languange nya bukan Arabic, bersedialah untuk ditanya soklan2 yang ropa itu. So adalah set2 yang kecik ati tersentap kerana sindiran bak pisau ceramic Tijah.Mulalah yang terasa tu jawab balik, ohh you ingat orang pakai tudung tu baikkk kah? Laaa..tak pasal2 kann..elok2 kita nak bagi nasihat kejalan benar, lalu jadi gaduh sesama kawan. The main point yang I nampak, bukannya mesej terangan yang diambil kira, si penerima sindiran atau information tu yang tersentap sebab 'cara penyampaian maklumat yang terpesong'. Macam ni lah ye. Menutup aurat..sembahyang lima waktu tu adalah dituntut. Wajib lagi. Kita tahu..orang yang sindir tu tahu ni adalah betul. Kalau kita tak menutup aurat..dan kalau kita set2 yang tak rajin nak sembahyang, maka terimalah itu kelemahan kita and do something about it. Biarlah orang nak sindir. Senyum aje lah. Kita dok menjawab2...jadi panas hati..nanti semua benda jadi tak ikhlas. Anggap ajelah orang yang menyindir tu bangang lagi tak mempunyai teknik pengajaran yang betul. Message tetap sama...mengingatkan sesama manusia. Cara ialah salah dan menyakitkan hati but let me tell you, lagi you tahan sindiran2 camni, lagi terbit keinsafan dalam hati. Kita kan tahu, ada orang yang set2 semakin dia rasa dia bagus, nak nak hal agama kann..maka pada dia semua orang lain salah. Biarlah dia. Allah itu adil. Kita mohon ajelah dia kuatkan iman kita...dan membuka hati kita membuat benda yang kita lalai nak buat. Aruah appa saya pesan..dosa2 besar ialah...menyukutukan allah dan derhaka kat makpak. Insya allah, dua benda ni kalau kita elakkan, selamat lah hidup. Yang lain2 tu, ikutlah kemampuan diri. (err derhaka dgn membuat makpak sedih sebab tak dengar kata, sama ke? iskkk...)


Moral is..we may not like and believe lot's of things. Chances are, we are right. But surely we can think. Kita sepatutnya anti-aggression darikan anti yahudi, anti yoga..anti macam2 anti.