About Me

Thursday, December 31, 2015

2015 And Finishing

Perasan tak..bila kat oversea ja rajin update?

Ye, I kat Tanah Malaya macam hamba sahaya busy nya. Kau UK ni I every single ladies gitu. Takda kucing nak dibagi makan dan dicedok tahik nya.

So, tomorrow is 2016. 

What is new?  No much by the look of it.

Manusia ni bertambah sakit gamak nya. Semua pun tak boleh menurut Keislaman Tanah Melayu tu. 

Menurut seorang ustaz instant yang dahulu nya kaki clubbing lagi bertukar-tukar pasangan dilaman pesbuknya, dia bersabda bahawa banyaknya kejadian tak bermoral adalah disebabkan pompuan tak menutup aurat. Hari-hari dia gasak cakap benda yang sama, sampai I ni naik lah terasa. Ya lah...as if jahat nau la Makji uols ni. 

Walaupun pompuan yang kena cabul/rogol/bunuh tu semuanya set-set bertudung, dia tetaplah kata betapa perlunya pompuan menutup aurat untuk tidak menjadi mangsa. Macamlah yang pi rogol pompuan2 mangsa tu adalah seorang pompuan yang lain...gayanya.

Ustaz/Setazah instant juga punyalah ramai muncul tanpa diundang kat laman sosial retis-retis Malaya yang of course la tak pakai tudung tu. Bila retis tu belanja selfie barang sekeping ka dua tiga puluh keping rata-ratnya memnag mintak diberi perhatian lah kannn, maka mulalah segala manusia holier than thou ni bergasak-gasak mengeluarkan macam2 hadis.

I wonder lah kat laman sosial jantan-jantan maskul lagi mendedah aurat berketak-ketak tu ada tak yang datang berdakwah agaknya?

Tak tahulah kenapa ada antara kita yang gemar benar menyempitkan otak dan menjerut hati demi nak menegakkan kepercayaan yang entah-entah...menyeleweng dari ajaran sebenar, kan?

Kalau nak mempromosikan aggresion tu kemainlah hebat nya...macam kes pompuan G25 tu lah. Bila pompuan tu kata something about jangan tangkap orang berkhalwat or something like it...maka terus lah amarah segala manusia dan terus ugut nak rogol pompuan tu.

Wahh...jantan like that lah kalau nak tunjuk kuasa. We know that rape is not only about uncontrollable urge but is it also about taking control.

Padahal kalau kita tengok lah balik cerita zaman nabi kita...mana ada disuruh pi skodeng-skodeng dan tangkap hambik gambau dan mendatangkan aib ni? Ada ka?

Suka nau jatuh kan hukum. 

Tu belum masuk ketakutan melampau kat babi dan anjing, anything babi or anjing terus boleh dapat kancing gigi adanya. Sampai adalah yang nak cuci darah kan?

Sometimes I feel that life is much better if we communicate directly to god. Apa yang kita buat, kita rasa etc, semua pi cakap directly. Then rujuk lah Al Quran, kalau rasa tak berapa nak paham tu pi la tanya orang pandai sikit untuk mentafsir nya. Eventually, gunalah otak, kan?

Tetiba lak cakap pasai agama. Takpalah. Lain padang lain belalang. After all ustaz and setazah instant ni semua hanya bising kat alam maya ja. Kat alam nyata tah macam manalah pulak kan? 

Semoga tahun baru akan lebih bermakna untuk kita semua. 




No comments: