About Me

Wednesday, March 30, 2011

....Dalam Botol

Err..macam-macam benda boleh berada didalam botol sekarang ni. Specimen kencing pun orang akan taruk dalam botol jugak kan?? I was reading about this movie dari mula dia dibuat sampailah sekarang dengarnya dah siap. If I am in KL sekarang, maybe I akan ajak MC pergi tengok..although I rasa dia lebih rela tengok cerita Kak Limah Rumah Berhantu (itu ke tajuk nya???) dari nengok cerita yang dia akan cakap..eh sayang, cerita apa tu??? Nak kata I am not cerita melayu biggest fan macam orang-orang Malaysia, tidak juga. I rajin tengok drama-drama melayu, however they are so mengarut pun. Some actors are good, but because they cari makan through films and dramas, they cannot afford to be so particular about the script. Yang tukan bikin pilem drama nya pulak, macam yang tukang tengok tu bodoh la sangat kann? Ye lah, how can some people in the drama got taken ill, batuk darah macam anak tekak kena tikam..tup-tup doktor kata, sakit buah pinggang? Tak ke orang macam Kiah rasa diperbodohkan???


So this movie maker the badminton man's wife...sungguhlah banyok pitih buat pilem yang dia rasa bagus, some critics pun kata bagosss...but still orang tak datang tengok. I pun tak pernah tengok her movie, sebabnya I pun bukannya kaki wayang. (I adalah kaki DVD haram, bleh?) So the story is about this gay man, who decided to underwent the knife replacing his bits to satisfy his lover. I doubt the motive was to satisfy the lover sexually...kalau dah sesama melayu, nak hidup secara normal dimata orang kampung, kalau dua-dua jantan maka susahlah kann? Maka jadilah seorang tu fomfuen. Things didn't work out between them so they parted ways. He returned to 'normalisation' and tetiba ber affair pulak dengan fomfuen yang anu nya melekat kat dia sendiri and bukan dalam botol. (If I understand the story wrongly, mintak mahap la ye..I pun baca sokabar you alll) The whole jalan cerita, although the producer tu kata ini berdasarkan kisah kawan nya...macam tak real saja.


I remember reading that the reason behind this movie was merely her observation around LGBT ni. She even quoted that anak nya 'hampir nak jadi gay' but now syukurrr, dah ada gilpren. (Ye lah..masa sekolah adalah gilpren...trophy kann?) Now, dia kata dia buat cerita pasal kawan dia pulak. The film whilst in making pun banyak gak hal nya...and Malaysian reporter who we all know very well like to make a mountain out of a molehill pun buat orang menyampah jua. The story about the actor acting naked, sampai mufti pun masuk kasik opinion. Macam-macam lah. So, what is the real theme and purpose anyway? That there is a poor gay man somewhere in the ceruk kampung think that the only way forward in his cinta terlarang is to potong anu nya?



The producer say, watch the movie ith an open mind. I'm sure the viewers will but that will not stop them having an opinion and expect the right wings to say they're under or misrepresented and the left wings will use religion to hate everything that moves. I read the movie is good. But I just wish that the story is more believable than one man's tale. (---kalau ada DVD haram, bak la sini post kat I ye..)

Tuesday, March 29, 2011

Ikan Tuna Adalah Ikan Tuna Jua...

I am not sure if I really dah malas or I just nothing good to write anymore..(eleh, macam lah aku selalu tulis menda bagus lagi bermoral kann, Kiah?) As we speak, I tengah demam...and I am still at work at 10.14pm ---tak akan balik rumah lah gamak nya ni.


Since last year I dah terkena penyakit omputih yang allergic sungguh dengan pollen dimusim nak keluar bunga ni. Apa ke hal nya? memang dah tanda-tanda nak suruh resign sangat lah dari UK kann? Couple of days ago, I telepon my amma. Mintak doa lah ni...I am booked to renew my practise test, exam yang Social Worker akan ambik every 3 years to remain excellent lah konon nya in practise. Physically since last year I ni tak berapa sihat with plenty of health tests to do dan yang agak menakutkan jua, so dalam kerisauan...plus ketidak tenteraman hti yang jauh dari kekasih hati (muntahh..muntah lah Kiah) my motivation, initation whatever have you dah turun dan tak naik-naik. Tapi berkat doa Amma, I sudah lulus..yeehah..walaupun tukang meluluskan itu nampak gaya meluluskan I kerna kesiyannnn yang amat sangat. Tak apalah...I bersyukur. Lepas tu, my sister pulak message I katanya, oii, aku dengar kau telepon Amma ye? Suka Amma ko telepon dia..hah, buat lah selalu. Iskk..malu I tau. Acquisition reban pun belum menampakkan hasil-hasil positive..dan I sudah rasa nak give up pun. Tapi bak kata loyar sabung ayam...yakin boleh, Insya Allah..kalau itu rezeki I maka jalan nya akan mudah..maka kuturut kan saja. Like she said, like everyone said..Insya Allah.


On the other hand, hidup merindu-rindu dan terindu-rindu memang lah payah. Dan kadangkala, saya rasa mahu bertukar menjadi ikan Tuna yang sejuk tubuh badan dan lebih suka tido dalam aircond dan tengok TV daripada ber Skype dengan saya. Akan tetapi dengan kerja saya yang tidak menentu, ada baiknya juga ikan Tuna itu membuat halnya sendiri... Bila saya baca sokabar recently, adalah keluar gambar KD berkahwin dengan boipren baru nya. Good for her. I think when you believe in something, then you must go for it. Beranilah membuat keputusan walaupun tak semua kesudahan itu adalah bagus.


Saya juga mahu memberitahu diri saya sendiri benda yang sama...buatlah keputusan. Ini adalah masanya saya fikirkan APA yang saya mahu. (Walaupun benda yang saya mahu tu belum tentu lagi ada hasilnya...)

Monday, March 28, 2011

Update

Semalam saya dan MB1 berborak-borak pasal kawan-kawan saya. Ye, saya sekarang sangat jarang berjumpa MB1 kerana saya bekerja ngalahkan buruh kasar. MB1 tanya, mana awak kenal mereka-mereka ni? Saya kata...yang awak jumpa semuanya kawan-kawan blog saya. Mana yang kita selalu jumpa adalah mereka yang saya berkenan perangainya. Mana yang kita dah tak dengar bunyi lagi tu, jodoh sudah habis. MB1 pun bagitahu lah saya siapa dia suka dan siapa dia rasa ada longgar sikit wire nya. Saya cakap dengan MB1 yang dia tidak oblige untuk berkawan dengan mereka-mereka ni just because dia orang tu kawan saya. MB1 tegurlah beberapa kawan saya ini yang dia kata agak 'opportunist' jua. Saya pun bagitahu lah dia...ohh, orang-orang yang you kata opportunist tu adalah set-set yang cakap bagus tapi habuk pun tak ada. So, kami pun compare laa...(jahat kann....mengumpat orang, di waktu-waktu lapang kami?) ye lah, kitorang ni bukannya beranak kat sini kann. Asal nya dok Mesia gak dulu. Tapi kami perasan yang orang yang kami jumpa sekarang, especially set-set yang tak nak kalah ni bila keluar makan sama-sama, bila bill datang buat tak tahu aje. Bila tengok orang lain bayar, bukan nya nak offer bayar separuh ke or just share hak dia pelantak tu, but memandang sepi aje macam takde apa-apa, padahal masa order tu macam Anwar Ibrahim pagi pidato. Saya cakap lah, orang-orang macam tu kena dibawak keluar makan dengan orang putih yang will them off direct saja set-set nak makan free ni. Nak jugak saya bertanya kat orang-orang yang tak pernah bayar bill ni, what make you think that others will want to pay for you? Kalau you pokai pun, wouldn't you have the audacity to offer a little percentage of your share? Some people think that just because they come and fetch you to this eating places, then you must pay for them. I went out for a dinner with this Datuk recently. Well, I kawan dengan dia pun before he dapat that title...so no question lah kalau I ni nak pilih VIP aje nak kawan. Masa dia pi basuh tangan, he pay the bill sekali. Me and MB1 offer to give him some money, dia cakap..tak pe, kawan-kawan. Lain kali I mai tempatyou all, you all belanja lah I makan. I dengan MB1 pun cakap lah mekasihhh ye. Then one of his fren pi bisik kat we all, biarlah Datuk bayar, dia banyak duit... I rasa nak pelangkung aje that guy. You think just bcos you rasa orang tu banyak duit, you kena pau dia ke?

Beringatlah kannn...orang lain pun ada masalah jua. Sama-sama makan..sama-sama laa bayar. Lainlah kau tu adik beradik, gilpren boipren ke...kan??? Pastu, tak malu ke order macam-macam pastu bila bill datang buat sadin aje?



I bagitahu dengan MB1, dah la..kalau you dah tak berkenan dan orang tu pun bangsa tak pandai nak bawak diri, takyah lah nak layan lagi. Saya cakap kat MB1, macam lah you tak biasa dengan orang yang resmi nya bercakap berdegar-degar ni..kebanyakannya kelabu asap. So biarlah orang tu berasap kelabu...



Tapi kawan-kawan ketat saya semuanyaaaaaaaaa baik-baik belaka. Ehemmmm (bodek!)

Wednesday, March 23, 2011

Update Tidak Depressed

The last update was more than 20 days ago.

Last night, I telephoned F. The Ex. Bila I telephone dia tu hari, takdelah kami bercakap lama-lama sebab dia tengah tengok bola. Bila dia dengar aje suara I dalam telephone, dia kata..ohh, saya menunggu-nunggu you telephone saya.

So, kami berborak-borak. Saya tanya apa khabarnya dan dia tanya apa khabar saya. Saya bagithau dia, memang saya sentiasa mahu telephone dia tetapi saya tidak ada sebab dan juga setelah kami tinggal berasingan, saya tidak mahu memberi message yang salah kepada dia. Saya beritahu dia, saya sedang menghadapi masalah kerja dan saya amat merindui common sense nya. Ohh tidakkah saya pernah beritahu you all yang F ini intelligent orang nya. Dia selalu memberi pendapat bernas dan membuat saya rasa dunia saya kembali melonggar setelah ianya disempitkan oleh masalah-masalah yang macam cinabeng.

So bersama-sama, dia menolong saya membuat kerja saya. Saya kadangkala memerlukan pendapat neutral person dalam menyelesaikan masalah orang yang juga masalah saya. Seperkara yang saya sangat suka tentang F ialah dia pandai mencungkil idea-idea terpendam saya. Macam bapak saya jugak. Teringat saya dizaman sekolah, bapak saya selalu yakin boleh yang saya pandai buat benda-benda yang saya rasa diluar kemampuan saya. Bapak saya selalu kata saya ini berbakat tapi kurang tahap keyakinan so puaslah saya digasaknya dulu. Pasal tu lah walaupun kadang2 hati saya menyampah dengan bapak saya, kalau tak kerana bapak saya, tidaklah saya 'berjaya' macam sekarang. If, this is called success.

Saya cakap pada F, yang kami berdua tak sepatutnya berhenti bercakap just because we are leading separate lives. Seperti biasa mulut saya yang terkadang peramah tak bertempat ini bertanyalah, what is new with you? Meet new friends blablabla...

F kata, tak ada. Lepas tu dia tanya saya, so you ada kawan baru ke? Saya kata, kawan saya yang itu aje lah...

Pastu saya tanya lagi...so are you seeing anyone? Dia cakap dengan gelak-gelak..ohh tidak. Dan dia tanya saya dengan gelak-gelak, why? are you?

Saya cakap...tanpa gelak-gelak. YES, I am.

Terus tiada siapa yang gelak-gelak lagi. Maka bermulalah soal jawab yang panjang-panjang hingga F terpaksa meletakkan telephone kerana terlalu sedih katanya. Lepas dia letak telephone, saya pun tidur. Tak lama lepas tu, telephone bimbit saya berbunyi dan nama dia keluar.

'I think it is best that we don't speak to each other anymore for now. I can't be your friend. I'm still in love with you. This whole thing is so upsetting'. Saya jawab 'okay lah'.

Hari ni tadi saya dapat panggilan dari bank di KL. Saya sudah fed up sebenarnya. Macam-macam benda yang tak kena dan tak seperti bank-bank di UK, bank-bank di KL di govern oleh boss-boss yang tak mengikut buku. Selepas saya bercakap dengan bank KL itu dan kawan saya, saya terus berborak dengan MC. MC seperti biasa berkata, sabar lah sayangggg. Itu saja. Lepas tu saya tanya MC, bila awak nak datang ni? MC kata travel agent dia kata flight fully book sampai bulan 5. Saya kata..ohh. Habis macam manalah, saya bertanya. MC kata, tengok lah. Saya pun jawab..mm, okaylah. Tengok ajelah kan. Semua benda sekarang ni dok nak tunggu tengok-tengok aje. Saya diam dan dia pun diam. Selama berjam-jam until pukul 9 waktu Malaysia tadi. Dia message saya...dia hantar gambar kartun berpeluk. Saya pun balas...you marah saya ke? Dia jawab, takkk. Saya tak marah...tapi saya tak happy. Dia taruk muka sedih kat message nya.

Sebagai gf yang mithali lagi prihatin...saya terus telephone dia. Bila kami bercakap...saya tanya, kenapa ni? Kenapa tak tak happy? Kan sudah malam...you tu kalau tak happy tak lalu makan and susah tidur. MC cakap, saya rindukan you. Kita tak boleh hidup macam ni...you bekerja siang malam. Sekarang ni you dah nak beli rumah tu, saya dapat rasa you tak akan balik. Tak boleh lah macam ni...sudah setahun kita macam ni. Kita bukan budak-budak lagi. Sampai bila you nak duduk kerja kat sana?

Dan MC pun bercakap tak henti-henti. Saya sungguh jarang dengar dia bercakap tentang saya...dan saya pun diam saja sampai dia yang kena panggil saya banyak kali. Diakhir perbualan, dia kata, saya tahu you selalu cakap saya tak sayang you. Kenapa you selalu nak menyusahkan kepala you pikir benda-benda yang bukan-bukan. kalau saya tak sayang you, saya akan cakap. Sudah. Kita tak ada problem...janganlah menambah problem yang sedia ada ini. Kita tak payah tunjuk kat orang atau cakap kat orang kita happy ke tak. Asal kita tahu apa dalam hati kita.

So, Kiah....usahlah kau ber depress lagi.

Sunday, March 06, 2011

Stupid Razorblade Thoughts

This entry is also being published at a laterrrrr date. Sukati I la kann...Kiah?

I really am struggling to write nowadays. That is because I realised there's a lot of things I hear and heard about has started to affect me as a person. People like me are trained not to take sides, not to judge and only gives opinion when needed. That is of course, with full awareness that the opinion may be override by either rational and irrational ideas others may and may not have.

I haven't been supervised for a while. That is because since last year (or more than that) I have stop giving counselling. I always believe that one is in no position to help to ease others mind over matter when one is actually 'drowned and drowning' by his/her mind over matter. When this happen, I am as blunt as a rusted razor...not useful for it purpose but may able to still inflict injury.

If we want to see ourselves as a razor, well apart from the potential hazard that we can cause if not use or cared for properly, knowing the harm we can cause to people and ourselves, then defy ourself from our common purpose. Ohh..bangangnya menggunakan razor sebagai analogy, but I can't think of any at the moment plus, I have just cut someone with a razor. Not on purpose though. I have to teach this man how to shave his face because he can't remember how to, after his relapse and because I was standing in a position that does not favour my hand to move vertically, then piapppp...darah dia keluar menitik-nitik. Nasib baikkk laa tak dalam and tak teruk.

So, kalau kita ni razor blade dan tahu akan keupayaan kita menyebabkan kemalangan dan kesakitan slain dari menghasilkan sesuatu yang baik, sebaiknya kalau tak nak bermasalah..berhentilah jadi razor blade. In life, we bound to get hurt and hurt people. Intentional or not. Some gain something out of others pain. The pain inflictor usually aware of the pain he/she is causing. Quite usual, we condone that by saying that pain is inflicted on us thus this is the result. How selfish is that?

What some of us refuse to realise is that we usually allow ouselves to be the victim. Having pain is bad luck but that is rectifiable when we are ready to rectify it.

My sister (the one very successful amongst us siblings) have been married to her husband for 11 years two weeks ago. He is not her type infact I remember the type of 'boyfriends' that came to our house. From what I heard my sister is his first and only. My brother in law is very pemalu and he talks very little. I think it become very obvious to all why she married him. He is nice. Their 11 years is not smooth (menurut CNN utama) and the amount of time my sister walked and about to walk out is countable with both hands.

My sister spoke to our closest Aunt about her marriage, maka pastu dia pun kena sebijik. My Aunt apparently said..you young people always go on and on about love..love lost lah, love is not what it used to be la blablabla...all this because you don't want to love his weakness. My Aunt told my sister, you think you are so perfect your husband cannot fault you? Of course he sees your weakness, of course your imperfection is obvious to him...but has he said anything? No, because he is trying to find or maybe found other things to love about you. Ah..men kalau tak suka tak kan tunggu lama. What can you moan about apart from your feelings is not the same? He is good to your family, he is a good father, he comes home every night..he gave you what you want. If you can't be nice then stop being horrible.

I am ow friends with the one yang dah mati Uni mates. So we reminisced about the past. This guy asked, you must be so hurt before. I said, yes I was but I respected him because he was genuine and honest enough not to lie and caused me more hurt.

So I told MC recently, that I was never really angry dengan dia walaupun perangainya serupa beruang.

Because at some point before, they both stop being razorblade. I was upset and heartbroken...but thinking now, I was never really hurt because they do love me...with the only way they both know how.

Saturday, March 05, 2011

Saya Suka Menunjuk....

If I say I am so busy, you will say...elehh..so is everybody else. Hehehe.

The fact is, I really am...and I know that others are busy too. Dengan anak, laki, PHD...huiiiiyai. Sempat lagi diorang pergi boutique LV dan membuat tayangan perdana kann?

This entry is published way too late...I know that. But I don't write for money and you didn't paid to read this. Technically, we don't owe each other anything.

I read that people moaning about how intrusive other have been to them and their life. Intrusive yang macam mana pulakkk? This person komplen-komplen...orang dengki kat dia laa pasal dia dok berjalan sana berjalan sini, beli bag tu, beli pinggan mangkuk ni. Katanya, dia punya suka laa.

Memang la kak oii...awak nya suka la awak nak buat apa punn..nak hambik gambar tergolek gelantang at every destination yang you visits...hapdate status FB selang 15 minutes. Makan goreng pisang..baru lepas berak pun nak bagitau orang.

But dengan membuat tayangan hidup you dalam web, bukanke mengundang penonton yang rata-rata nya tidak bisu?

Penonton pulak...ada yang bangsa look see look see and ada pulak yang bangsa..look see and memaki. Kalau you dah tunjuk gambar you berjalan serata alam, tunjuk gambar makan restoran besar-besar hari-hari dan pergi beli LV Gucci bagai hari-hari....haruslah ada yang mempersoalkan keadaan ekonomi mu kann? Biasalah orang...you banyak duit orang misti apa benda nak cakap. You buat kenduri kawin kompem habis juta-juta pun dalam pada orang nak puji cakap cantik, ada gak suara sumbang dan tak berapa sumbang akan kata..elehh..nak tayang dia banyak duit la tu.

So senang-senang, kalaulah memang you ni ada perangai berupa exhibitionist, maka sediakan diri dan telinga you dengan comment-comment camni. Janganlah nak marah-marah pulak. Dah pandai menunjuk, pandai lah menjawab dengan graceful nya.

Oh ya..hari ni tadi saya tengok cermin. Dan tetiba saya rasa muka saya ada iras Angelina Jolie. Tapi semalam ada orang kata muka saya cam Winona Ryder pulak. Hehehe..Kiah, comment la cepat. Adakah saya seorang yang mega perasan?

Wednesday, March 02, 2011

Blue Moon

I'm not sure...if this is a typical traits of Capricorn or me being the middle child yang sejak azali nya mempunyai issue dalaman yang boleh disalah ertikan sebagai penyakit mental.

I think I live long enough to know that I have this mild type of personality. Ye lah kot. We often think that we know ourself better than anyone.Well if we are the self absorbed, obsessed like maybe lah. Kita dok cakap pasal kita aja berulang kali sampai kita pun boleh convince diri kita yang kita ni ada iras-iras Angelina Jolie, kan Kiah???

To blame it on menstruation pun dah overrated sesangat. Bad mood tanpa sebab-sebab pun bulan mengambang tu jugaklah nak yang disalahkan. I think what it was is when bulan kita datang, kita akan berasa tak selesa macam kucing kucing beranak tak lepas sekali mengeluarkan enzim-enzim kemarahan. Since I bertukar kerjaya dari pengira duit dan ratu perasan cantik ke pekerja sosial kepada orang-orang UK ni yang rata-rata terlampau sial pasal tu lah demand untuk pekerja sosial adalah banyak melebihi supply, I sangat jarang nak naik hangin tak pasal-pasal. Nak kata dulu I kuat marah, takdelah jugak...tapi dulu elemen kesabaran dalam diri adalah kurang dan radiator I memang cepat panas masa tu. Tapi sekarang...sebelum nak marah.....I akan pikir dulu dan bertanya kepada diri I yang kenkadang bengong ni, oh..perlukah aku marah and if aku marah, apa pekdahnya pada diri ku dah orang itu? Kalau takde, I akan dok dendiam dan meminum kopi. I am so lucky that I'm not this person who is nicotine dependent walaupun semasa muda dulu, adalah jugak peer pressure bangang nak menunjukkan orang yang I pun pandaiii...boleh gak hisap rokok. Syukurrr la sesangat.

Cuma, once in a blue moon...I have this sudden (hopefully temporary) insanity yang akan mentransform kan I jadi seorang yang mega unreasonable dan terencat akal. The moon was indeed blue yesterday.

First I got really angry at work. With the people, everyone's knows better there is never any point in arguing. Thus, we at this job rarely argues. We only argue with the bosses. But yesterday I have this patient telling me...you better have your brain checked up. Oh I must tell you, working in the secure unit with 'them', you get this remark loads of time. 'They' are really in this mission to upset the bones of you. Really, is the test of every inch of your patience.If I mengadu kat orang-orang, I imagine they will say ini dugaan tuhan. Tak lah jugak I nak percaya ni dugaan tuhan kat I..sebabnya ini semua dugaan verbal yang harus dikatup mulut masing-masing tu dengan penumbuk. Tapi negara-negara Eropah ni mempunyai law yang luar biasa bangang nya. Orang ni maki hamun you...you hanya boleh senyum simpul dan membuat lambaian Miss Universe saja. All this time, I'm quite good at concealing. There's time when my assistant expect me to explode but I didn't. And I will have the whole office offering me coffee so that they can ask me how I am. So selepas mangkuk hayun tu cakap dengan I yang kepala I ni patut di examine walaupun seantero London tahu dia tu yang sewel, I pandang dia balik dengan setajam-tajam nya. Dia cakap, kenapa I pandang dia? I pun jawab..because I cannot believe what you just said. Are you sure about me getting my head checked? You're having a laugh? Look at you..look at how many pills you have to swallow to stay safe? Look at where you live? You're sick as well as stupid! Don't go telling me to check my head. You get out of my face or I'll have you in long enough you cannot tell whether it is day or night. Pissed off! Pastu dia pun marah-marah cakap kat I yang I takleh bercakap dengan dia mcm tu (iskk..mmg tak bleh pun) and I dengan hati kering nya menjawab..go..go and make your stupid complaint. See who they will believe, lying piece of shit like you or me? POMM I tutup pintu.

And I feel like shit after that. People always say that kalau marah kena luahkan...iya. Luahkan apa yang perlu saja.Getting yourself lower like the perpertrator, tak membawa hasil jua.

And there's me and MC. Thing that we must never talk about is trip dia nak melawat I kat sini. Perjanjian syaitan nya masa memadu janji kelly dulu is, dia akan datang tengok I setahun sekali...tapi semalam, mulut I yang kenkadang brek tak makan ni bagitahulah pasal Malaysian Airlines cheapfares. Dia cakap, ohh I tahu. I cakap, so datang lah. You kan tak suka naik flight lompat-lompat, ni dah ada flight direct yang reasonable ...maka datang lah. Dah lah I ni lambat lagi nak mai tengok you.

Seperti biasa....dianya kata I sibuk laa...I cannot plan. nanti laa..nanti I datang okay. I beli je ticket, I terus bagitahu you.

Hmmm....ni nak cakaplah sikit dekat sesiapa saja yang berpartnerkan orang yang kununnnn nya tak banyak songeh cam I ni. Maybe 1 out 10 songeh kita tak lah banyak...mainly sayang lah ni.Sebab sayang, kita malas nak gaduh. Kita nampak segala benda yang tak berapa betul. Tapi chenta punya pasal, kita diam saja. Tetapi orang yang tak berapa banyak songeh ini jugak..bukanlah bangang.

I've been schtum...for 24 hours. Sebab sayang la punya pasal ni...mulut harus ditutup.

Monday, February 28, 2011

The GBU

THE GOOD - I am the laundry girl in the flat. I think I'm good at it because the box of Persil 48 washes tablets lasted longer when I'm in charge. On the surface, I am this kemut+kedekut domestician (is there such word?) but what I really am is the one who is very good at looking after money. Well, that is not the good part I want to tell you about.I spoke to my sister today and my little niece menyebok nak bercakap sama.She told me about how her ibu tak sembahyang and she had to sembahyang alone. I said to her, ibu got reason and tell her next time if Ibu tak sembahyang, go and sembahyang with Ayah. She said no. I ask, why lah? She said...sebab Ayah punya baju lain. Tak besttt. I think she is referring to telekung. I said..okay lah. Next time if Ibu tak sembahyang, go and sembahyang with Lola (her kakak) She said no. I asked why? Apparently Lola is gila and she 'tak kawan' Lola. She then said, when is Mak Ngah coming back? I said..errr, maybe soon. Okay, can you come and sleep in my house and we sembahyang together. I said, okay.And she said...but you must let me stand in the front okay? I cakap..ahhh? Ye lah...ni kan bukan rumah mak Ngah, so Mak Ngah semayang kat belakang la, Mia kat depan. I said..okaylah. She made me tell her Ibu that it is our promise.When I got off the phone...the first thing I did was searching for my long lost telekung. I have drifted. After this cycle...I have to start swimming back to the shore.




THE BAD - I have a patient who is a (suppose to be) recovering drug addict. I have been working with him for the last 6 years. He is on and off recreational drugs. When he is in deep schizoid state, we have pull the plug (drug) away. Not easy. I can handle him but not the risk pose by the drug pushers.So the amount of time I had to go to the panel to request for him to be sectioned and become the most hated person in St Charles...aiyah. To make matters worst (macam lah yang ada ni pun kurang) he is now HIV positive. Aiyahhh...lagi pening. But kerja I memang ada clause 'pening' dalam job specification nya. Nak buat ceana kann? Semalam I kena panggil oleh spital tempat dia di section itu. Katanya Nurse gagak ni, si polan ni tak balik dari semalam. I tanya...siapalah yang authorise day release? Gagak tu kata...oh, Psychiatrist kata okay. I cakap lah...okaylah, kalau macam tu, you pi lah tepon si Psychiatrist yang buat recommendation tu. Mengadulah kat dia. Kan I dah kata...bila dia macam ni, dia tak boleh keluar, dan kalau dia hilang, report polis saja. You all ni, cakap I, recommendation I tak nak pakai...tapi bila dah jadi cam ni, barulah cari I kannn? ---Okay, I tipu. Ni semua version dalam hati. You must not take out your frustration on nurse-nurse yang hanya dibayar untuk kerja, nak nak gagak yang bangsa kita cakap satu..dia bagi thesis. takpe..I kata. I tak tahu nak kata apa dah. I cakap dengan Nurse tu, I will call the police now but please let the department know. Lepas I called police, I pun cakap dalam hati...mati tak nak setan ni. 12 noon today, police told me that they found his body.Terduduk I. Then I hantar email kat this Consultant Psychiatrist, dengan copy kepada semua safeguarding board, demanding inquest to the event prior to his death. Jahat sungguh I. Orang tu baru mati and I macam tak sempat-sempat pulak nak wage war dengan spital tu. Mana perginya simpati I? That's so bad. I tell you, I ni kalau dalam mood nak gaduh tu, nak gaduh habis-habisan. Padahal orang yang centre dalam hal ini masih lagi dalam peti ais mortuary tu.



THE UGLY - Ohhh perangai orang kannn? My opismate yang IT savvy ni (tapi apasal lak ko jadik Social Worker..patutnya gi la kerja jadi IT Technician ke apa-apa, idok la stresss manjang) install me this application in pesbuk where I boleh tengok siapa yang block I. I cakap dengan this guy..ohh, this is only pesbuk laa...why la you nak hambik pot siapa remove you, siapa block you etc..etc. Dia gelak-gelak saja. He ask if I want to know siapa remove or block I, I cakap...eh takde pekdah. Dalam I cakap takde-takde pekdah, I tengok jugak. Adalah 2,3 orang yang dah removed I. Not that kesah sebab I tak berapa kenal pun...and diorang jugaklah yang nak add I pun asalnya. Nasib baik bukan Kiah. Kalau tak siapppp laaa. Then pastu I tengok block list pulak. I punyalah konpiden I ni kan budak baik..so takdelah orang nak block I kannn? Ohh salah tu. Ada satu orang yang sudah block I. Eh...tergelak terbahak-bahak I. I think orang yang block I tu baca blog I. Elehhhh...dia ni pun yang muka tak malu (hambekk kau Melah) nak kawan dengan I dulu..agaknya dah kena sound sedas dua...ye lah, kita takleh nak condone perangai huduh kan? Maka agaknya pasal tu lah dia ni gi susah payah block I. Takut la kat I tu kot...dohs! Dah tu tu pun dohs. Ni kalau I bagi tahu dgn geng geng karat, sure kita akan gelaks beramai-ramai kannn? Ops..jahatnya mulut I. Tak apalah...biarlah. Kita sudah bahagia...kau yang belum agaknya.

Sunday, February 27, 2011

Ex Thoughts

I called my ex today. After many, many months. We literally stopped talking to each other last September. We have been separated for 2 years, today. I am now entitle for an annulment. However that was not the reason I call.


Apart from from wishing Arsenal good luck (now is bad luck, because of my call) I sajalah nak find out of orang tu okay. Birthday I pun dia tak call...Xmas card tak hantar, Valentine's Day...langsung takde apa-apa.


I think what actually prompted the call was my guilt.


There is some of us who enters into a committed relationship thinking and hoping that the new ventures will superseed the old, the damaged and the painful one. We convince ourselves that we need to take the risk, close our eyes and jump into something we know is uncertain with hope that it will be better.

With all the luck in the world, yes...some risks are worth taking.

At this point, I really have nothing bad to say about the ex..although masa bersama tu, semua benda yang dibuatnya adalah penyebab serangan jantung yang kronik dan sumber punca keganasan domestik dan amuk.

I feel so bad that while I'm loving up with someone else, orang itu yang telah kuberi harapan untuk hidup bersama sampai mati sekarang kena belajar hidup sendiri dan mengutip serpihan-serpihan hidupnya yang telah dirosakkan oleh ku. I'm not saying that when one relationship ended only one person is to be blame.

But we sometimes forget that we can also contributes to other person failure to function. And for this, I take the blame.

When I called F, all I want to say is sorry...sorry for not making things easy for us and sorry for making us believe that all this would work. Tapi tak tercakap pun sebab dia pun terperanjat dengar suara I, and of course Arsenal macam nak kalah..so memang silap masa lah I telepon nak membuka luka lama kann?

Macam ni laa...dalam perlakuan kita sehari-hari (okay, ni takde unsur agama ye Tuan/Puan) kita tak boleh tahu apa kita buat tu betul atau salah. Kita berkawan dengan laki orang..pada dasarnya nampak salah..tapi kita yang dalam perbuatan itu, dan tak rasa salah sebab berkawan, berkasih tu tak salah. Kita marah kat laki kita..yang kita rasa tak attentive. Padahal kita memang dah tahu dia memang macam tu dari mula kita kawin dengan dia...kita dah terima dia dan approved perangai tuna salmon dia tu, so bila sekarang hati tetiba je sakit, adakah ini semua salah dia kerana dia ikan Tuna? Will you blame a Tuna for being a Tuna?

My ex tu memang buruk perangainya....I dah tahu lamaaaaaa dah. Tapi yang buruk tu memang perangai nya. Yang baiknya dia. Masa kami berpisah dulu, I cakap kat dia...I dah tak sayang you lagi. Dia cakap kenapa dulu sayang dan sekarang dah hilang? I cakap...sebelum you I ada sayang orang lain dan tak hilang-hilang. Bila saya bermasalah dengan you, rasa sayang saya kat you hilang dan rasa sayang saya kat orang tu timbul balik.

Tapi saya sayang you...orang sebelum saya dah buang you...saya masih ada. Kita mesti cuba...katanya ex saya tu. I cakap, memang betul, tapi saya dah cuba dan saya tak mahu tipu you lagi dan diri saya lagi. Saya rasa elok lah saya hidup sendiri dulu.

Setahun saya single...lepas tu saya double.

I think the point I'm trying to make here is, if we are brave enough to take risk to enter into a marriage/relationship yang sememang nya banyak risks tu with our eyes open, then...kita kenalah berani juga mengambil risiko untuk keluar balik. Bila cinta sudah tidak ada dan tak ada apa-apa lagi yang boleh mendorong you kat dia...keluarlah semasa laut belum bergelora. I overstayed my term with my ex because walaupun tak chenta dalam-dalam masa tu, ada jugak benda pasal dia yang saya chenta and I was hanging on to it until there's nothing to hang on anymore. When the string has damaged, just let go...the less casualties is the better. We need to be happy, although sometimes our idea of happiness is stupid.

Wednesday, February 23, 2011

Some Happy Endings...

JT is in London this week and he thought he should give me a call, katanya. He said he's been busy (macam la aku tanya) and that's why he hasn't been in touch. Nothing at all mentioned about macam mana aku hamun maki dia tau, Kiah. Well, talk about men and their ability to omit crucial information.

Sebab I pun mega busy..I tak la berjanji manis nak jumpa dia bagai. We sort of communicating via text messages because I am constantly being sent to work in the clinic yang ada life support machine tu, so penggunaan henpon adalah dilarang. But because I am so caught up with my own little problem and I need a getaway, I said to him that this is the day I'll be in Central London too...and if he is free, I'll buy him coffee. He said laa...I can afford coffee la. Hati I kata, masih lagi nak berhati besar tu, nak jugak lah I cakap, I don't intend to insult your student status hence offering to pay for coffee...but I think, lately I have sum up that perangai orang Educated ni rata-rata nya serupa saja. They don't even make sense sometimes, makes you wonder adakah kepandaian mu menyebabkan mu jadik biol?

I don't have many friends working in Education. Kalau ada pun these are people that I've known since school yang sungguh bijaksana that not even their PHD dented their brain and made them different. I have all the trust in Kiah to remain normal after getting her extra title soon.

So yesterday with an hour to spare, me and JT agreed to meet at Cafe Nero yang famous tu. He had suggested Msian Hall, and I said NO. But I told him, if dia nak gi sangat he should go there first and jumpa I later. To my surprise, dia yang sampai dulu kat Cafe Nero tu, with my cappucino. Keen lah pulak kan, Kiah?

This time, he asked a lot about me. Apart from things I don't really want people to know about me, I answered all his questions. He said that I put on weight (and that is so rich coming from him) and I cakap, oh I've been backward and forward to KL since last year, so I had plenty of saturated fat intake. But of course lah kan..that remark buat aku rasa nak baling je kopi kat muka dia. I think back on how polite I have been to him never once I cakap pasal perubahan structure badan dia yang lebih dari biasa since I last saw him. And there he was, saying how I put on weight when I am still wearing size 12, like I always have 20 yrs ago. Ciss itu jantan.

Disebabkan remark nya tu, terbantut tau I nak makan carrot cake. Tu lah...talking about a woman being so vain at the most vulnerable situation. Then I ask him, so you dah officially single ke? Tu hari kan berebut pasu dengan your wife?

JT said he's been single for 6 months already. And he insist that the divorce is amicable. I tanya, how come? From what I remember you are not having any of her demand, this lah that lah...macam-macam hal masa tu. JT said thanks to me he see sense.

JT - I shouldn't have married her in the first place because I know it will be for wrong reasons, but I thought I can change me and forget about my past.Things kind of make sense and feels right at that time.

ME - So your realisation solved your problem then?

JT- No, it became the reason of all the altercations. The last summer holiday, I went and see her. Just like what you said, she was in the dark and shock. I told her how I feel and why I want to end the marriage. Rather than telling her this is not working out, I told her the truth that I am not in love with her anymore and prolonging the marriage is only going to make the feelings bad.

ME- She said?

JT- Well, she asked what have her done wrong so and so. You know lah...

ME- You tell her the truth in the end?

JT- It hurts her but it does help. I said to her that I'm not liking this either but I can't save the marriage if I don't feel anything anymore. She agreed. And I told her that I'm sorry that this happened. I went to see her family too...they were very hostile but I just need to say what needed to be said. She cried when we were doing the Mahkamah thing but she accepted that this is over.

ME- You feel good?

JT- I'm friends with her and we got on alright. I like to think I have helped her through it.

ME- Your pasu?

JT- I asked her to look after my house when I'm here. When I'm back she will be financially secured to get her own place. It is easy now that we communicate better than before.

ME- Tu laaa, kan I dah cakap..jangan buat jahat dengan orang. I'm glad you feel better.

JT- Hahh..now I dah bujang,...

ME- And I'm not...dah lah kau.

Habis. Still not happy about the weight remark though.

Sunday, February 20, 2011

Hari Ini Hari Ahad.....

Semenjak ada orang guna PC saya kat opis, saya rasa 2nd job saya sebagai penulis laman blog takde moral semacam akan terbongkar. Tapi saya tahu sangat, orang opis saya manalah ada masa nak membaca menda-menda camni...lagipun sayakan cakap melayu separuh, cakap English separuh.

Lagipun ada orang pandai bijaksana dah tegur grammar saya tunggang dan langgang. Maka, saya kenalah masuk kelas BI balik. Ye lah, kerja sosial services manalah ada cikgu atau professor yang nak check penggunaan BI saya kannn? Tapi tak apa...itu tidak mematahkan semangat saya, cuma dengan orang itu, menyampah tahap light-light sudah jadi fat-fat. Saya bukan menyampah sebab dia tegur saya. Saya menyampah kat ketrampilan dirinya yang dia rasa mega bagus tu. Adakah saya jealous? Ohh..tidak sekali. Bahan tulisannya adalah bahan gelak ketawa saya. Ketrampilan dirinya yang dia rasa bagusss itu adalah point untuk saya menginsafkan diri saya, bahawa sepandai-pandai orang, ada jugak bingai nya.

Saya rasa, semakin banyak kita bercakap pasal diri kita sendiri, semakin terserlah kekurangan kita. Orang yang saya menyampah ini suka sangat cakap pasal dirinya sendiri tak pun mengeluarkan pendapat ilmiahnya dan menjadikan dirinya sendiri sebagai reference. Kihkihkih...

Ada orang suka cerita pasal keperfect'an kehidupan dia swomi-isteri. Kita lupa juga, kalau swomi kita perfect, kita pulak yang syaitan. So, buat apalah nak puja-puji partner kita tu ketahap orang yang baca pun sampai nak muntah? Buat nya tetiba kita tertangkap swomi kita tu masa dia tengah berdating dengan kekasih gelaps nya?

Ada sorang ni pulak, sangat vangga dengan pengalamannya belajar kat UK sekaligus menjadikan dia penutur English dengan accent yang berhabuks-habuks. Takde pun. Mannerism English pun jauh sekali, yang ada cuma accent dia sendiri yang dia buat-buat. Tidak ada special nya accent orang di England ini, and if there ever was is the perfect pronounciation. Apalah yang nak di vangga kan ayat-ayat profanities yang lain? Okaylah if you want to make that your claim to fame that you use English as your master language.

But if I must, bagitahu you all...kalau nak dengar baca perfect English mannerism, bacalah blog Kiah, bekas kawan saya yang dah lama tak hupdate blognya tapi akan meghoyan kalau saya yang tak update.

Baru-baru ni, saya ada keluar dengan seorang kawan MC. Lepas tu saya cakap kat MC..lain kali, saya tak payah ikutlah. Kenapa katanya? Saya kata saya tak suka orang tu. MC tanya, apsal pulak? Saya katalah, oh dia kutuk this person (yang dia tak tahu saya kenal) padahal tu lah first time dia jumpa saya. Saya cakap lah, orang yang dia kutuk tu kawan you (MC) kan? Kawan you tu (situkang kutuk) tak terfikirkan perasaan you bila dia kutuk kawan you depan I? MC diam. Saya pun cakap dengan MC, you pun hati-hatilah apa you nak share dengan sikaki kutuk tu..tak pasal2, satu Malaya tahu cerita you.

Tapi, orang yang macam ni ada dimana-mana saja...di Europe dan Middle East, Afrika ceruks mana pun ada jua. Ish..saya ni suka cakap hal orang..ntah-ntah saya pun gitu.Tapi nak bercakap hal-hal orang pun ada caranya..yakni, bercakaplah hal-hal yang berkenaan dengan diri kita dan dirinya saja..hal dia dengan orang lain, biarlah dia settlekan sendiri. Takde guna nak cari pengikut, sebab kita sendiri pun tak tahu kalau kita bermasalah dengan orang, adakah salah tu salah kita ataupun salah orang itu.

Oh ye. Saya juga ingin mengucapkan tahniah tak berapa ikhlas saya kepada orang di Norway itu. Saya happy kerana dia berbadan dua tetapi saya adalah jealous sampai gelap bijik mata sebab dia nak balik Malaya for good.

Juga kepada kawan saya yang sedang merancang pembunuhan swomi nya, saya doakan...hambiklah dulu reta-reta nya sebelum dia mati. Pun begitu, mungkin dia berperasaan begini kerana dia sedang stress, yelah bila hati panas, semua pun panas. Kita sudah tahu kekurangan partner kita bila kita mula-mula kawan dengan dia...dan setelah bertahun-tahun, kita juga tahu, harapan untuk dia berubah untuk menjadi haiwan berdarah panas adalah tipis. Tetapi kita misti ingat, dialah orangnya yang berada dekat kita dan khidmat nya adalah penting jua dalam hidup kita. Ye, kita memerlukan penjagaan penuh dan perhatian. Itu betul. Tetapi, andai kata kita dapat orang yang memenuhi criteria kita, adakah kita mampu memberi penuh penjagaan kepada dia jua? Dan mampukan kita hidup di era baru dengan orang baru, setelah lamanya bersedap-sedapan dengan keadaan kita yang taklah berapa perfect tapi bolehlah bertahan?

Sebenarnya, dimasa saya pulang bebaru ni..saya juga balik dengan ultimatum. Saya nak cakap dengan MC, okaylah...saya dah puas turun naik kapalterbang dan setelah setahun, muka hidung awak pun takde saya nampak terbit kat pintu rumah saya. Kita sudah tua. Saya tak mahu membuang masa saya lagi. Panas jugak hati saya ketika itu. Tetapi bila saya dalam kapal terbang berbelas-belas jam itu, saya pun fikir....17 tahun dulu pun dia berperangai serupa ini jua. Kalau nak diugutpun..tak akan jadi apanya.

So, saya buat macam biasa saja....saya habiskan masa buat apa saya nak buat dan berjumpa kengkawan saya (ini adalah penipuan besar, kata Kiah & Sally) dan pada satu malam, MC tanya saya, you okay ke? Saya kata saya okay. Saya pun cakaplah dengan dia tujuan asal saya dan kenapa saya berubah fikiran. Saya cakaplah...dari dulu,saya tahu awak memang tak tahu apa yang awak mahu dalam hidup awak..tetapi saya tetap ada. So sekarang, tak ada guna saya nak start pasang harapan yang macam KLCC. Saya rasa saya sudah terbiasa dengan perangai awak yang huduh itu. So, tak apalah..selagi awak sayang kat saya..saya akan adalah, dan kalau tidak..saya pergilah.

So friend, we will get used to something not ideal but bearable. I think until we know what we want, let's just stick to what we know for now. Safe option.

Friday, February 18, 2011

Antisocial Networking

Jantan No.1
Dia satu kelas dengan saya semasa disekolah rendah. Di MRSM pun saya terjumpa dia. Rupanya boleh tahan tapi dia sangatlah old fashion, tak pun, dia akan pakai saja uniform yang dibeli makpaknya. Zaman saya dulu, budak2 jantan akan pakai seluar baggy and berambut George Michael, tak pun Bros. Tapi Si Mamat ini dah le pakai seluar sapu lantai dan berambut belah tengah. Habis kehensemannya. Dia juga adalah sangat nerd dan tak pandai mengambil hati budak perempuan yakni kalau I takde pencil ke, pen ke..jadilah knight in the shinning armour dan offer lebihan pen pencil kau kann? Tidak. Dia tak akan bagi orang pinjam pencil sharperner nya dan geometri set nya. Kalau dia bagi pun kerana terpaksa dan disertakan dengan kata-kata 'lainkali ingatla bawak barang kamu sendiri'. Dia tak macam budak2 lelaki lain yang sanggup dimarah cikgu namun kemachoan dan ke gentleman'an tetap terpelihara dengan budak-budak pompuan. Recently, dia telah terbit dalam Pesbuk saya. Seperti jejaka-jejaka sebaya saya, dia adalah ber saiz besar dari sebelumnya. Dari status-status pesbuknya, saya dapat agak dia ni sudah berbini dua kali. Dia suka benar mengata ex bininya dalam status pesbuknya. Dia juga, pada saya suka mereka-reka cerita. Dia kata dizaman sekolah, dia suka mengacau budak-budak perempuan. Dia kenkadang dengan konfident tahap Mike Tyson akan menulis kat wall kawannya, yang juga kawan saya...eh, ko ingat kan kita dulu suka kacau awek-awek kat Block C. Dia juga ada menulis kepada saya yang dia juga ada mengorat saya, tapi saya tak layan. Ish..pembongak sungguh. Macamlah saya tak tau kalau ada orang cuba ngorat saya. Selama beberapa bulan, dia adalah satu bahan umpat saya dengan kawan-kawan ketat saya yang perasan jugak akan 'split personality' dia tu dan kami akan ketawa secara berjemaah, walaupun berada di time zone lain-lain. Tetapi, baru-baru ini...saya telah me message nya secara peribadi dan memberinya sekeping fikiran saya. Dia publish gambar terbaru ex bininya...dan bersama bini baru dan rakan-rakannya, dia mengutuk bini lama. Dan mereka tergelak beramai-ramai dan memberi opinion yang sungguh kejam beramai-ramai. Tak patut sungguh. Saya rasa tidak patut kerana...dia ada anak dengan bini lama nya dan juga, seburuk mana pun bini lamanya, tidak kah dia terfikir yang itu akan memburukkan keadaan dia dengan ex dia dan tak terpikirkah dia, orang yang dikatanya secara berjemaah dalam open wall itu adalah ibu pada anaknya??? Didalam wall dan kutukan mereka itu, mereka cakaplah..ex bini dia pompuan sunds lah, ahli neraka jahanam la...dan macam-macam lagi. So, saya pun message dia...dan menegur betapa bingai nya dia...dimasukkan juga pendapat saya tentang perbuatannya dlm segi Agama, ye lah..dah dia pun kutuk orang tu takde iman la apa lah. Saya tanya, memburukkan orang itu menyerlahkan kuatnya iman awak kah? POMMM! Terus saya diremove nya. Hidup saya aman tanpa status bangang dia lagi.

Jantan No.2
Dia pun kawan sekolah saya tapi sebab makpak kami saling mengenal, dia juga adalah family friend keluarga saya. Dia sangat pendiam semasa disekolah...ataupun mungkin, dia hanya tak bercakap dengan saya saja??? Ye lah, masa kita muda-muda yakni 12 tahun kebawah, sesiapa saja jantan yang sebaya akan dijadikan mangsa gossip diluar kerelaan kita. I think pasal tu, kami sama-sama jadik malu. Kita akan diejek semahu-mahunya sampai kita nangis dan mengadu kat bapak kita. Orang yang mengejek tu pulak adalah adik beradik kita dan jiran-jiran kita juga. Beberapa bulan lepas, kami terjumpa dalam pesbuk. Dia sudah berubah banyak...ye lah dah berumur. Saya tanya...anak sudah berapa? Dia cakap dia belum kahwin. Dia kata dia pernah hampir nak kawin, tapi tak menjadi.Dia pun tanya saya soklan sama. Saya pun cakap saya belum kahwin. Dia jawab..ohh, ada chance lah ni. Saya gelak-gelak saja. Saya tengok gambar-gambar profile nya. Ikutkan mulut saya yang jahat lagi bacul ini, mahu saja saya kata mukanya persis perogol bersiri..tak pun pesakit mental yang kronik. Status-status update nya juga adalah membimbangkan....dia kata, marilah kita kawan dengan cicak, kerana cicak itu tidak akan menyusahkan kita. Tak pun, status update nya akan berbunyi begini...sesungguhnya susah betul orang nak memahani perasaan kita, dengan itu marilah kita membela lipan sebagai kawan. Status terbarunya, Hari Valentine adalah tidak membawa pekdah so marilah kita menukarnya sebagai hari biawak sedunia. Not funny. Kalau dia itu naturally nya funny, mungkin saya akan gelak sampai koyak ulcer mulut saya. Dan saya pun terus berfikir jahat...patutlah tak kahwin lagi. Pompuan manalah yang mahu kalau you obsessed dengan segala serangga makhluk perosak tu?

Jantan No.3
Dia ni kerja satu jabatan dengan saya. Satu kompeni tahu dia kuat komplen dan suka bercakap besar. Everytime kami masuk meeting, dia akan menyuarakan betapa dia dah menyampah tahap Thurdercats dengan kerja kami dan dia juga mendapat tawaran gaji besar dari council-council lain. Masalahnya, tak pergi-pergi pun. Kalau kompeni ni teruk sangat and kalau kau tu bagus sangat, apasal kau masih lagi masuk briefing sebulan sekali yang kau dok kutuk sambil mengabiskan biskut Digestive opis kita???? Semua orang tahu dia suka bercakap besar, sama besar dengan badan dia. Dia juga adalah pengeluar khabar angin dan pencetus gossip yang handal dalam kompeni kami. Saya tahu kerana saya adalah mangsa gosippannya. Pada suatu hari, ada orang telah menyampaikan gossip yang dia buat terhadap saya. Yang tukang bagitahu ni pun satu kapal gossip juga dengan si Jantan Gedempol ini. Saya cakap kat sipenyampai itu, tell him...nobody in this world will lose weight by gossipping. Pada bulan lepas, saya dapat tahu dia kena sound oleh Big Boss. Saya sangat suka. Lepas tu saya dengar cerita dia tergelincir dalam ice dan tangannya terkehel. Saya lagi suka. Semalam dia tulis kat status pesbuknya 'The Gunner will feel like shit tomorrow after tonight's result'. Babi sungguh dia tu. Tuhan itu maha kaya kann? Kalah Barcelona oleh Arsenal. Saya jawab comment nya..so, what is the shit taste like now?

Jantan No. 4
Saya tak kenal dia dan dia pun tak kenal saya (boleh camtu?) Tapi dia adalah kekasih gelap kawan saya dan juga suami kepada isterinya yang tidak tahu akan soSIAL networking nya dengan pompuan lain, yakni kawan saya ni. Saya ada juga tegur kawan saya...kenapalah you kacau laki orang? Kawan saya kata, laki orang tu yang kacau dia. Okaylah...takes two lah kannn. Kawan saya ni cantik juga orangnya dan jantan ini adalah mampu nak berbini lebih dari satu pun. Rupanya kawan saya ini pernah jugak bertanyakan kemanalah hala tuju mereka...takkan sampai bila dan berkasih dalam gelap kan? Menurut kawan saya, jantan itu jawab...so, kita macam ni lah. Maknanya..berkasih gelaplah kita. So, saya nasihatkan kawan saya itu...tak apalah..jadilah bini nombor dua, daripada you dibuat macam ini. Tapi pada saya, adalah sgt obvious jantan tu tak mahu bertanggungjawab. Boleh dia kata 'berdoalah pada Allah agar kita ada jodoh'. Ptuihhh kata saya. Saya cakap kat kawan saya, what is stopping him...unless memang dia yang nak main-main. Saya cakap kat kawan saya tu lagi, dia suruh berdoa kat Allah? You ingat Allah nak support ke hubungan-hubungan camni? Nampak sangat jantan tu bagi alasan bingai. Dah lah...saya cakap kat kawan saya, sekarang you boleh fikir lah. Kalau dia ikhlas, dia akan sanggup memintak izin bini nya untuk tak buat dosa dengan you. saya harap kawan saya tu akan berfikir dengan baik nya. Laki orang bukan seorang....


Sekian.

Thursday, February 17, 2011

Update Takde Makna...

One of my many favourite past time in KL is to watch cerita melayu dengan MC. After many years, it is hard to keep up with who is who on the telly nevermind bangang nya storyline itu.

Sometime pre Valentine, adalah cerita Melayu with that girl who thinks she sounded stupid when she speaks Malay. Also with this guy yang kononnya is the bintang pelem pujaan Malaya yang sumpah demi Allah if you ask me, I will say, hensem lagi pelakon Drama Minggu Ini Mazlan Hassan yang agaknya dah tua berbaya Pakcik I dah pun...(anyone remembers him? alaa..ni set-set zaman ND Lala dulu laaa)

I cannot understand the storyline of a guy meet a girl, bumped into each other few times in one day, proving their point of serendepity, fate whatever. In the end, the guy decides to toss the coin and they should marry if the coin tossed into tepak sireh 3 times. Wehh..so bangang lah to me. Tu belum lagi with him so called terminal illness that made him batuk macam nak terkeluar jantung, even when he is suppose to be in ICU where bunch of nurses were deployed to restrained him. Sakit apalah macam tu tu? In the end, I moaned and complaint and MC said, lainkali you janganlah tengok. (---eleh, ada ke you nak bawak I keluar jenjalan pun? Tidakkkk lah sangat kan?)

So, Malaysia sekarang dah keluar fatwa and forbid the Muslims celebrating the V day. Well, loving gesture may lead to illicit sex, rationale nya. I suppose that they discover high volumes of abandoned babies 9 months after V day, therefore must haram kan perjumpaan bagi bunga and pegang tangan takut terpegang benda lain nanti. What is my say on this one? Well, the authority must exhaust all effort in pursuit to limiting social misconduct. Nak kata cadangan bodoh, tidak lah juga. Kadang2 nak dapat cadangan yang baik, kita kena buat macm-macam benda yang kita rasa perlu juga. I can only imagine that the deciding authority is the not-so-open minded bunch of people, tak pun tak mau mengakui adanya gajah depan mata. Ye lah, kalau orang nak kongkek, takyah tunggu V day..bawah hidung makbapak pun dia boleh buat juga. Semua orang ada nafsu and with all gismos, internet access yang melangkaui batas, apa yang budak-budak muda bernapsu kuda lagi inquisitive tu tak boleh tengok?

Nak dibagi condom ke after morning pills, you can imagine one saying..ohh, that will encourage pre marital sex even more. Nowadays, do we actually marry the first guy we have sex with? While we respect others and their values, ada jugak yang tak makan saman nya and ni lah dia yang tukang membuang bayi dah le situkang tabur baja nya pun dah lari.

Nak kata kurang agama...I'm sure makpak dah ajar and sekolah Malaysia sekarang punyalah strict ada macam-macam kelas budak-budak kena paksa attand, sampai budak-budak sekarang ni sama pulak turun balik kerja dengan makpak kann?

Zaman I dedolu, ada gak set-set yang singgah semak sebelum masuk kelas. Tah hapa yang diorang buat, tataulah. But I remember one cikgu openly tell them off in the assembly, what you people do is what your parents did to produce you. Mode sindir-sindir gitu.

At this time, when everyone is so advance, there is a little chance to make them see sense when all we can think of is how unfair it is to deprive us from our rights. Tak kisah lah kalau kita tahu what is right and what is wrong pun..janji kena lawan. We can have one side too extreme and we have another too millitant against the extreme.

So, what do the authority hope to achieve in nabbing the Valentiners?

Sunday, February 13, 2011

Saya Adalah Sensitive Sikit Hari Ni....

Baru-baru ni masa saya balik Msia, saya ada buat benda berani mati sikit. Buat masa sekarang, takyah lah cerita apa benda yang berani mati tu...sebab selagi Loyar Sabung Ayam tak beri maklumat rasmi, saya ni ibarat Chin Peng yang muka takmalu nak mintak masuk Msia balik...selepas ramai orang dibunuhnya.

Dua 3 menjak ini, saya rasa sangat sunyi. Amma jauh...Appa jauh. Saya selalu baca/dengar cerita orang yang tak ngam dengan makpak nya. Syukur..saya takdelah pulak camtu.Nak kata ngammmm sangat sampai nak balik tido bawah ketiak tu takdelah. Nak kata manja, jauh sekali. Tapi, bolehlah...saya takde issue besar-besar dengan makpak saya. Syukur saya dapat Amma yang tak pandai berleter. Dengan Appa...merajuk zaman muda mudi tu ada laa...tapi saya jenis merajuk dendiam. Entah2 dia pun tak perasan saya merajuk.

Baru-baru ini Amma tanya, bila mau balik reban for good? Saya jawab...mana-mana reban pun sama juga. Amma takde tanya lagi. Tapi saya tahu, Amma sangat happy bila nampak saya...walaupun saya visit Touch & Go.

Lepas tu, on the way balik KL....saya terfikir juga. Saya memang tak pernah duduk sini punya reban. Saya Amma sudah berumur. Lepas saya kluar itu sekolah asrama dan masuk lagi campus dan terus berambus UK, saya memang permanently sudah tidak pulang Amma Appa punya reban, melainkan social visits saja.

So, saya rasa saya kena buat sesuatu. Mula-mula saya kena cari reban saya dulu. Saya sudah jumpa yang saya suka. Tapi seperti biasa, saya suka bertindak mengikut citarasa Robert Mugabe. Tak apalah...kalau ada rezeki saya, saya pasti akan dapat benda yang saya mahu itu. Insya Allah.

Ada lagi satu benda yang saya akan buat. Ianya tidaklah menepati cita-cita saya..tapi, saya adalah pengemis yang tidak boleh memilih. Tapi saya pilih yang bersesuaian dengan demand hidup saya. Mungkin jauh dari KL, tapi taklah sejauh sekarang.

Ohh..adakah saya nak buat ini semua kerana chenta baru saya? (Siap kau Kiah nak speku...) Tidak...si chenta baru saya itu boleh menjaga dirinya sendiri dan jumpa selalu pun boleh berbunuh juga.

Saya nak kembali macam dulu. Suka-suka bila saya ada masa, saya akan drive balik kampung jumpa Amma saya. Bila saya sudah tua, saya tahu tak ada orang atau anak saya akan buat macam tu kat saya (sebab saya takde anak)

Kepada kawan2 saya yang baik hati...tolonglah berdoa untuk saya. Saya juga adalah demam...that's why saya sensitive semacam ni.

Saturday, February 12, 2011

Saya Sombong Part 1

Meluat betul baca cerita orang bercinta-cintun-macam-ko-sorang-ajelah-ada-chenta kann? Ye, aku memaksudkan diri ku, bukan orang lain. Bukan apa...setelah pueh jugak I ngutuk MC dan ke ikan Salmon an hatinya, ada jugak benda-benda yang dibuatnya yang cukup menghappykan diri ini. Cewwahh. Ptuihh!

Memandangkan I tak lah se lucky orang lain yang didamba dengan hadiah yang memahal yang boleh ditayang diblog mahupun FB, I hanya boleh berpokpek saja tanpa gambar. Boleh gitu? Psstt...NBNS, sudah menyampahkah dikau padaku??

Guessed what, Kiah? JT texted me today. After many,many moons dia tidak menonjolkan dirinya yang menonjol itu. I was quite shock...ye lah, kan ke aku ni sombong dengan dia. Bukan sombong sikit uolss, tapi sombong banyak ni, as in orang tu cakap sikit, aku zasss banyak. Talking about being sombong, bukan dengan JT aje aku menyombong malah dengan beberapa umat lagi (NBNS kau tak termasuk ye..jgn lah terasa nahh) Ish..adalah sebab. Of course lah semua benda dalam dunia ni bersebab...kenapa orang tak layan you, kenapa orang tak berkenan dengan you..kenapa tu kenapa ini...so, takyah lah meghoyan pulak dalam blog ke, dalam FB ke or to other people who you happen to bump into and start to wallow self-pity. Ish...

Seperti biasa JT akan menanya khabar sakaligus melupakan betapa aku pernah menyumpah seranahnya...dang mengingatkan diriku yang bahawasanya yang kami ni dah lama tak ber coffee bersama. Banyaklah cekadak coffee kau kannn?

Ish, ada jugak manusia yang dilahirkan tak reti bahasa..tak pun, sangat kurang sensitive dengan surroundingnya. Mind you, kerana I pun bolehlah tahan buruk perangai, I am not usually good at covering up my real feelings. Sometimes I think I've been unfair to some..yelah, orang nak baik dengan kita..kita pulak berfeeling-feeling Diva Tak Hengat. But ada tu, I dah tunjuk terang-terang dah I tak berapa berkenan dengan dia...tunjuk physically tu pun ada jugak...ada tu I just simply tak layan.

Macam ni laaa..mana yang sudah terasa dan mengadu domba I tak layan dia tu, anggaplah saja I ni sombong bongkak ye uolss. Memang tak seswai jadi kawan uols yang peramah lagi perfect dan over confident ittew. Yelah, kalau you pun kalau bercerita, dok cerita pasal diri you saja and how the the world and the universe are against you, maka saya adalah menyampah juga. Berkawan pun kena ada chemistry. Chemistry I dengan you tak jalannn, so jalan lain-lain lah kita.

Sekian.

Sunday, February 06, 2011

Update

The Bunga-Bunga Chenta

The day I travelled home is the date of my 1st date after many years hiatus with MC. It's been a year already. Kawan and berscandal sudah lama...haiyaaa.We met at Subang Parade for lunch. We talked-talked-talked like 2 old friends.Little that I know MC got plan to kidnap me for the day that I missed out my another date with the then mak buyung NBNS.That night after dinner kat rumahnya,I balik tempat lepak sepenuh masa I kat USJ and cannot shleep.I then realised feelings is still there.I was sad.Sad because I know with MC, I will never stand a chance.Then and now.We continue to flirt-flirt via text messages.But while boarding my flight back to LHR, I cannot tahan and say...I still have feelings for you. MC reciprocated.And after a year, thanks to delivery girl patah tangan, I sent MC something spesial. I know dia takkan ingatnya benda-benda camni (walaupun dia kata dia ingat tapi tak sure hari bulan..eleh..srupa lah like tak ingat kannn?) But I just want to remember the fact that we are still together after a year, far from each other, in between tantrums, episode merajuk-rajuk yang tak kena pujuk and all that long distance travels yang memenatkan badan I.Both of us really not into bunga but bunga seems to be the most appropriate (and economical) option to show chenta. MC is not so generous with compliments (especially untuk I) but after the bunga, merasa aku dapat message-message feeling jiwang selama 3 jam berturut-turut. Okay laa tu...I have small demands okay?

The 'I Tak Nak You Balik....'

I hear this words so often from MC and it may as well almost ringing true. But deep down I know that as much as I want to be near, we are better off far from each other (but not la this far) but how lah? And everytime we talk, I will remind MC, you lah punya pasal ni...siapa suruh you cari I..kan dah susahhhh dah sekarang? (Chewwah..marah la konon kannn?)

The Always Not Easy Goodbyes

I always admire the fact that you made it very easy for me to leave. When I cry, you will buat taktahu and I will always pick myself up again.But this time, I cried so many times it becomes so difficult for you to ignore.But its good that you didn't pujuk.Always I ask, do you think this will work? We are very far from each other. We don't have any ties together, what is there to keep us? I told you to carry on doing what you want to do...see whoever you want to see. But you must tell me when it is over for you. I don't want you to feel guilty. I am too boring for you. I don't do things. You said you have accepted this. I keep asking if its bothers you. You said no. You said, past is past.

This intervals will be a long one. I am already besides myself missing you. The situation is not perfect. You are not and I am the same. We always want something we can't get. Tak apalah if the situation is not and we are not. The idea of you itself makes everything perfect for me.

Now I want to go and nangis...(again)

Sunday, January 16, 2011

Cerita Saya Sendiri

Post ni takde kena mengena dengan sesiapa...tetapi, adalah juga bahan gossip yang I dengar telah menyumbang kepada penulisan ini.

I always wonder why and what lead to other people having an affair outside their steady relationship. Tak chenta kah dia dengan current partner nya? Having said that...perasaan manusia ni cepat berubah..and we are very much capable to love again even after mencurah janji-janji Kelly Ng kat current partner kita tu. I think deep down we know this tapi adalah amat payah nak admit...yelah, sebab macam buruk sangat lah kelakuan bila kita terjatuh chenta untuk kesekian kalinya.

Marriage and relationship need to be nurtured jugak....cemana baiknya kita (if kita rasa kita baik laa) ada jugak benda yang tak cukup. Love is often unexplainable. Kita jatuh chenta dengan someone who made us feel so special about ourselves, walaupun masa tu kita dah ada steady boipren yang berperilaku hangat-hangat tahik ayam..(ish, cam familiar aje cerita ni) kita rasa guilty sebab dalam pada kita ber boipren chenta agung tu, kita telah ada scandal dengan yang sorang ni. Tapi, kalaulah si aruah boipren tu dulu tak mengamalkan konsep panas dingin maka tak kan adanya kita rasa smitten dengan attention yang dibagi percuma oleh orang lain, kann?

Apakah yang kita ni nak sebenarnya? Kita sendiri tahu kita tak boleh nak dapat semua. Kita komplen bila orang tu sibuk manjang dalam kita tahu dia tu sibuk buat kerjanya bukannya buat benda lain. Kita nak duduk dekat-dekat..tapi kita tahu sebab kerja dah jauh-jauh, kita kena realistic. Kalau dah orang tu bangsa Ikan Salmon beku, duduk dekat pun boleh buat menyakit hati juga. Bila kita komplen kat dia...mulalah kita cakap..ye lah..you tak sayang I..(script yang sudah basi tapi masih suka digunakan untuk membuat orang tu sakit hati) and bila orang tu start men jiwang, kita pulak sedih, sebab dia takde depan mata. So orang tu jawab balik, habis tu selama ni kenapa you ingat I tak nak cakap camni hari-hari? Kita jugak yang sedih kann? Betul jugak katanya...

We thought distance might helps. In a way, it does. But there's also someone around the corner who is able to provide everything we wants...

What can we do? We can't be everything in their wish list of a lover....we can hope orang tu sayang kita sepenuh hatinya...but orang tu ada keperluannya juga yang tak ada kat kita. Perlukah kita marah?

In reality, berapa ramai yang nak boleh accept partner mereka juga syiok kat orang lain...tapi at the same time sayang kat kita because kononnya quality yang ada kat kita ada yang takde kat orang lain tu? Can we openly accept yang partner kita dah terjatuh cinta kat orang lain? If we found out, what can we do, kill them?

Well, if its were me...I'm sad. Really sad. But I really can't do much...if there's a love between us, then I suppose we should stay and let the other person explore and pursue their 'other' happiness. But if we can't take it...we leave.

Sekian.

Saturday, January 15, 2011

And When We Think We Are Good....

Wehhheiiiii....Kiah dah paksa update neh? You think I got nothing better to do kah?

Okay, I think now there's need to put up a disclaimer notice...yang blog ini bukan lah blog berunsur ilmiah..so, harap janganlah digunakan untuk pedoman ataupun bahan untuk thesis, viva apa segala educational purposes.If you are so bijak bistari that you claim you were and very much will lose sleep over others grammatical error or by any means pronounciation not up to your liking, pergilah baca blog lecturer TESL.

But, if you think that there is more to life than ceritaku cerita mu, whether the world is so interested to know about your person specification type of future partner or the different between how American, Australian or England way of enunciating the word potatoes...then, please read on and be my friend.

And where do I start? So, Cik..you were asking about whether you should or you should not warn your ex current partner of his tendency to menggunakan mereka sebagai mesin ATM segera. Why would you want to do that? Terpikirkan kita..kalaulah kita ini dikapur, ialah kerna kita sendiri rela dikapur oleh boipren kita yang muka tampal kulit babi ittew.Manalah tahu, besok-besok ex kita yang terkenal dengan reputation kaki cucuk duit itu akan dapat Hajah Bakhil sebagai gilpren...maka, wafer thin ice chance lah kan pompuan tu akan jadi mangsa kapur? Ish..tak payah lah you susah-susah..unless, if you takleh tido malam mengenangkan keselamatan purse wanita lain sejagat..then, ikutlah kata hati you. Hehehe...

And another....hal ini lah yang paling sensitip sekali. But I think I should write it as a post as ianya berlinkar-lingkar dalam kepala pala hotak ku semenjak dua menjak ini. Like a doctor, I am very much expose to penyakit teruk-teruk...I'm not referring to any scientific or medical evidence, but believe me, orang-orang yang direfer atau yang datang sendiri ke pejabat Sosial Services, mempunyai masalah yang kenkadang tu tak terjangkau dipikiran kita ni.

Kadang2 (amboiii..kadang2 aje ke?) I sungguhlah insaf dan bersyukur yang I takde lah ditimpa masalah berat macam orang yang datang mintak bantuan itu. But in a way, it alights me that kalau itu boleh jadi kat orang lain, benda tu pun boleh jadi kat kita juga.

It is not easy to be in a position yang sungguh lain dari orang lain. While I believe inner strength and penyelesaian masalah hanya akan datang dari kita sendiri dah Tuhan, kita juga memerlukan orang sekeliling kita untuk memberi sokongan moral..walaupun benda yang kita buat tu takde moral. It is important to be a friend. We sometimes gain from others pain..in a way. We tend to reflect, what is important and what is not.

I am very pleased to see..ramainya kengkawan I yang dah jadi alim ulamak...didalam FB..compared to zaman jahiliyyah memasing yang bed hopping lah..bar hopping lah..apa saja benda yang pada mereka is their part of growing up yang tak terbuat dek I yang sungguhlah pemalu tahik kucen lagi hidup dizaman batu berbapa kan Presiden Mugabe ini. While some of my friends ni is racing in the pursuit of kehidupan yang lebih baik didalam dunia dan dialam selepas tiada, I think diorang tu terlupa yang macam mereka dulu, orang lain pun agak lambat nak dapat cahaya and tak ada orang nak nak mengikut or cepat pandai dengan cikgu-cikgu yang garang lagi judgemental.

This guy in FB..yang juga kawan I...yang dok bagi syarahan berbau persecutory...yang satu ketika dulunya, berkongkek dgn ex gilprennnya, yang juga kawan I sampai pompuan tu termengandung dan membuat termination. This guy blah cenggitu aje. Sial tul mamat tu. But nowadays, dia jadi alim ulamak...dalam FB aje..cara hidup dia tak pulak I nampak dia bertukar menjadi set-set orang Pulau Melaka. So I dengan sakit hatinya, pi lah cakap kat ex gilpren nya ni..eh si Cibai tu, pernah tak mintak mahap dengan you. Yilekk uols. Ex gilpren nya tanya I..kenapa you tanya? I cakaplah..yang I actually berkawan dgn ex nya..so I macam menyampah tgk dia bersyarah macam dia sajalah yang betul orang lain salah dalam FB wall and status nya. Kalaulah betul dia dah bertaubat, patutnya dia mintak mahaplah kan dengan orang-orang yang pernah disakiti nya..orang-orang yang pernah dikapur nya...? Tidak.

Azmil Mustapha once gave interview..about his reformed way of life. He quoted 'orang kafir lah yang perlu kita musuhi'. Terdiam terduduk I baca interview itu. Allah menggalakkan kita membenci sesama manusia ke? Bukankah tiada paksaan dalam agama? The next I know..he was in ICU...fighting for his life. Thank god he survived.

This is what I think....kita ada akal dan kepercayaan kita sendiri. Kita mungkin salah dalam perlakuan kita sehari-hari. Kalau kita ada kesedaran, kita akan minta bantuan, minta ditunjukkan jalan.Tetapi kita juga tak lepas dari membuat salah dan menjadi bodoh. Tidak ada perlunya manyakiti orang lain...hatta dengan kata-kata kita sekalipun. We have to agree to disagree that kita adalah orang yang berlainan.

So, sebab itulah saya tak ada simpati pada orang Palestine. Saya lebih bersimpati kepada orang-orang cacat yang jadik mangsa keadaan. Kenapalah puak Mujahidin tu tak pernah menang dalam perjuangan diorang kat celah-celah batu tu? Have you seen how they treated their women? Do you know how many boys they sodomised?

Yes, Islam dan Allah itu benar..tetapi, jagalah akhlak kita dulu sebelum kita nak mengomplen dan menjatuhkan hukum ke atas orang lain.

Dengan ini, saya memohon maaf atas kata-kata kutuk saya terhadap mangsa-mangsa kutukan saya dalam ini blog. Semoga Allah akan memberikan saya cahaya kebenaran..dan berhenti mengutuk. Amin.

Sunday, January 09, 2011

All We Need Is.....Cake

When someone says they don't do birthday celebration hatta sekecik cupcake ditaruk lilin dan nyanyi 'Happy Birthday', please do not take that words at it face value.

Although we are not the sort of person who like being in the centre...unless sandwiched between Brad & Angie, we do..genuinely hope that there should at least a little fuss made for us on the day that doesn't come very often in a lifetime.

Because MC dah tahu how much my birthday this time means to me...maka dia pun membuat effort diluar tabii nya, yakni mengantar birthday card via postlaju yang until today, I can tell you bahawa it is not laju enough to arrive on my special day. Still no hint of a present apart from dirinya sendiri, I was actually quite please that I got a birthday mention from my love one...few times in one day.

If you come across some hard face person who warned you of no fuss to be made on their birthday, don't go giving in to what they want. Give them what they need. They need a little if not moderately huge birthday cheer, card and maybe small present to show them that there is actually someone who cares enough to go for all that bother to make a little fuss, that believe me, will eternally cheer them up.

Never, never and you must never not buy a cake. If its not the specially ordered one with name and small info you actually don't want people to know...please just go to the nearest M&S Food and get the birthday boy/girl a cake. Please...the only ever meaningful association with a human's birthday is a cake..however poxy small time sized cake.

We need cake.

Life is short...so, make an effort. Please.

p/s cake came 28 hours later.....tu pun lepas tunjuk perasaan.

Saturday, January 08, 2011

Saturday Notes

Looking back, undoubtedly, my blogging productivity have dropped quite significantly last year. I know Kiah would blame my undivided distraction now that I am in a relationship...yang tak serupa relationship pun, if you ask.

I have been quite depressed since before Xmas but I'm trying very hard not to let this affect me. Still trying though...and it is not easy.

So, I just want to write about things that I see and hear. Ada jugak yang akan terkena kepada mereka yang terasa, but biarlah.

Two of you wrote to me into my comment box (dan mintak dirahsiakan identity...amboi...mengadu pandai ye?) that you have suspect and feel that some blogger out there has quite blatantly copying my 'style' of writing. Ye ke? I don't realised I have a style. But lepas tu ada pulak I dengar, orang yang kunun nya meniru 'style' I tu kata yang dia dah ber blogging semenjak zaman Gajah Abrahah...so, inadvertantly suggesting kira I lah yang 'tiru' style dia. Macam ni lah....I don't know what actually is expected of me here. You all nak I pi terjah dia ke? I jarang baca blog dia...and no disrespect to that writer, his/her publication is not something that I will kill to read. Kalau dia nak tiru I and pass it of as his/her style of writing, biarlah dia. This is a free zone...people can write about anything. People can even write about your thoughts. If he or she choose to adopt my silly style then let them be. This is so not a big deal. My rationale senang aje, kalau you meniru, you menipu diri you sendiri.So, hiduplah you dengan conscience you. Tapi kalau dia kata I tiru dia..I nak jugak cakap..eleh, bagus ke kau...baik I curik idea Kiah. Lagi happening.

Move to the next one...eh, tak habis-habis lagi ke cerita Ebi, Memek dengan Pak Polisi ittew? Is this what we call an open and modern way to communicate? Now that we see Ebi is the one with a short fuse, might you want to blame her ex Pak Polisi to look for another 'cooler' alternative? But there's no smoke without fire kann...kalau lagi dia tak berperangai bagitu, Ebi tu pun mungking tidak akan menjadi bagitu jua. Kalaulah bekas suaminya dulu boleh membimbing dia menjadi wanita yang sabar dan berpikir dulu sebelum membukak mulut dia yang serupa naga itu. And the other woman, kalaulah you dah sambar laki orang, perlukah you nak naik sama mempertahankan 'maruah' you? When are they going to learn, that one should only speak when they have to. Ebi is obviously still feeling bitter although dah dok kompang...ahh, lantaklah mereka. And of course to Malaysian journalist, this is scoop worth money.

And of course sebagai follower gossip yang tegar, I take interest in that model ex husband court case against her new boipren. The ex hubs is suing the boipren for mengorating the bini and now he has enough evidence to show that the child they bore during their marriage wasn't his. Well, he is a businessman kan? Milk it for what its worth lah. Pride has now gone out of the window. Macamlah si pengorat tu taruk pisau kat leher ex bini dia. Isn't that enough indication, your wife didn't fancy the pant of you anymore? Pergi lah sue bini you...mintak balik duit belanja kahwin or whatever money you have invested in your marriage believing that she loves you. At least you have more reason to claim your dignity worth money compare to that Badminton man.

And I have no idea about the actress Kiah was talking about? Siapalah???

I would like to ask a favour here. You see my chat box? There's one kakak seems to like getting her knickers twisted by worrying about men. While I think she is simply being silly, and she might not...please help her. She want to know if men if different by race. Well, if you ask me..apart from the colour of their gun..they are all the same. Ramai betul orang lemah fikiran sekarang kan? Too bad, we haven't make enough money from my online shopping page yet for me to help this 'troubled' soul.

Sekian.