About Me

Monday, July 15, 2013

Pressure Yang Macam Haram

Hola uolssss......
I sekarang ni suka baca blog gossip. Ye lah nak kipap dgn Kiah dan konco-konco nya kan. I ni pikir, memandangkan I ni akan balik menetap di Malaya, maka, I kenalah ambik tahu siapa orang tu..siapa orang ni... ---memanglah uols takleh mengambik iktibar langsung dari I ye. Patutnya dibulan Remdan ni, berkhatam lah kannnn?

Taknak lah jadik macam masa I gi meeting dgn Mebeng tu hari..bila depa dok cerita pasal Aizat. I pun tanyalah...Aizat tu siapa? Maka loyar sabung ayam terpaksa cover kemaluan I dgn mengatakan yg sebab I ni dok oversea, I hanya kenal Justin Biebah aje.

Bulan posa kali ni..mmg besar dugaan nya. I pulak pegi lagi baca sokabar UM tu yang amatlah menyakitkan ati. orang ber debate dalam channel burung biru tu. Wah ego semasing....macam dia sajalah yang boleh menyelamatkan donia gituh.

Unless retis kita memang bernama yang pelik2 ataupun I ni dah ketinggalan zaman betul dimana zaman ni dah kurangnya nama-nama yang I biasa dengar like Noraini lah, Nuraina lah...Azlina lah...but now, nama semasing Neelofa, Leuniey (iskk cam gampang tau spelling menyusahkan hidup orang), Anjoulie...arghhh plenty!

Maka keluarlah cerita pasal Mamat ni yg pernah lah ada sesuatu dgn Yuna last-last dengaq nya dah takde apa2. Takde jodoh lah tu ye tak?

Maka sekarang, si Mamat ni dah digossipkan pulaklah dgn sibudak nama pelik ni. Gossip menda nya, kalau dah bergambar gi holiday sakan siap upload dlm Instagram dgn harapan..gossiplah kami cepat, kan? Gituh. Talking abt Instagram & Retis ni, I menyampah betul lah bila ada pasangan pakwemakwe yg sokmo lah berkawan biasa tapi sebanyak mana diorang ngaku diorang tu kawan biasa, sebanyak itulah gambo mereka berdua muncul kat laman gambor tu dgn caption yang tak bleh blah nya..like 'US'.

Akhirnya, Mamat ni mengaku. Ye..tu mmg makwe saya and kami dah cakap pasal kahwin, yelah...saya pun dah sebaya Mohamad Al=Fayed so, apa kenanya nak tunggu lelama lagi?

Dan pompuan nama pelik tu lantas syiok dgn malu-malu kucing nya kata...ohh that's so sweet. Kononnya memahami lah jiwa jantan tu dan tahu jantan tu dah berfikir kearah wad bersalin pulak sebab dia dah in his mid thirties katanya.

Okay...seperti biasa, apa yang I baca ditengah garisan selalunya akan jadik bahan posting. Lantak pulah depa dua nak berkapelan. Sama cantik...dan girl tu masih muda. Agaknya Mamat ni bertaste kan pompuan muda2 lah gitu sebab si ex nya yang pemes tu pun muda jugak dari dia.

Kita orang pompuan ni kadang2 terbawa dek arus syiok juga bila ada jantan yang boleh tahan lah macho, banyak duit dan ensem, declare yang dia syiok kat kita. Wahhh. Ni their case, unless pompuan ni ada cita-cita nak jadik doktor gigi dan kena belajar bertahun2, pompuan ni boleh je nak nikah cepat dgn jantan ni.

But don't you think it is selfish from that man part to 'pressure' that pompuan to settle down dgn dia sebab dia tu 'bukannya muda lagi'? Adakah salah pompuan tu ko jantan separa terlajak yang tetiba nak berfeeling chenta pulak?

Budak umur 19 tahun, nak nak pulak macam nak jadi retis fofuler, mestilah nak mengembangkan sayap kan? Nak gi travel ke, nak jadi pelakon sampai dapat award ke..tup-tup jumpa jejaka idaman, dan dia pulak kata..okay..takleh nak chenta lama2 ye, sebab I ni kubur dah kata mari.

Maka secara wajib, mestilah bukak ceritamu cerita ku kan, Kiah? Suatu masa dahulu, adalah jantan ni...dah berumur lah jugak. I baru sgt balik dari oversea dan telah di single kan.  Masa tu kan femes group mIRC semua, so kengkawan satu group I tu adalah dok nak kenenkan kat I kawan dia yg eligible bachelor ni. Kuang hajaq sangat kawan I tu, sebab dia nak gi dating dgn mamat ni, dia nak hangkut I, so untuk membuatkan I rasa tak awkward, dia suruh lah date dia tu bwk kawan. Maka jadi lah double date kan?

Wahh. Si mamat yg dikenenkan kat I tu mcm express rakyat aje gaya nya. Jumpa mlm ni, besoknya terus nak ambik I balik kerja. Masa ni I kerja kat KUBB Jalan Utara sana. Masa tu, bas METRO adalah harapan bangsa nak pi kerja so bila ada orang nak jemput kita dgn Pajero nya, tak kan kita nak kata tak pulak kann? So the whole week I macam occupied saja sebab ada instant drebar yang akan jemput I balik, bawak I gi makan..hantar I balik.

Hari yg I nak kluar dgn kawan I pulak, dia nak ngekot. Dia ni bukannya bangsa tepon-tepon. Kalau dia nak cakap dgn I tu, dia menjelma saja depan rumah. He was so gentleman, tak pernah lah dia menginvite dirinya masuk dan akan tunggu I kunci pintu dulu baru dia nak berambus (dan selepas line clear, I akan keluar balik dgn kengkawan lain pulak pergi cybercafe..hiks)

He is at least 10 or 12 yrs older. Every time I kluar dgn dia...melainkan malam Jumaat sebab dia gi mesjid, dia akan bercerita tentang betapa dia kena kawin cepat, umur dia dah banyak dan kawan2 dia semua nya dah beranak pinak. Ofkoslah, I akan buat muka sesadin-sadin nya bila dia cakap tu.

I think, agaknya sebab I dok kluar dgn dia hari-hari...maka I ni secara otomatiknya adalah gf dia kot. So bila dia cakap benda2 kahwin, anak and tua, I pun cakap lah balik..you ajak lah gf you kahwin. You bagitau I buat apa?

So men..next time, jgn assume ye. Declare lah intention you kat pompuan sebelum you ingat dia juga akan syiok kat you.

Mamat ni sgt lah marah...dia kata, eh awak tak nampak ke saya suka kat awak? I hanya mampu tersengih aje lah masa tu. ---see, pompuan memerlukan harapan walaupun sedikit.

Maka setelah declaration paksarela tu, maka secara exclusive nya keluarlah kami berdua. Tapi..I masa tu baru lagi balik, baru lagi kerja...baru lah rasa nak menegok dunia.

Pada suatu malam, kawan2 meronggeng telah membuat plan hendak ke pusat joget-joget yg dekat A&W PJ tu..I pun lupa dah apa nama nya tapi tempat tu mmg lah heppeningssss tau. Disebabkan I tahu tu malam dia pergi mesjid, maka I cakap lah dgn dia..saya kluar dgn kawan saya tau malam ni. Memula dia kata okay...mesti dia ingat I nak gi makan nasi lemak aje. Awak jangan keluar lama2 ye. I jawab lah..entah, mesti sampai rumah pagi agaknya. Dia pun terperanjat lalu menguatkan suara, awak nak pergi mana? Dgn tak malunya I cakap...disco lah...

Within 20 menet, dari Sentul dia dah terpacak depan rumah I di USJ dgn kain pelikat, baju melayu dan kopiahnya. He called me out from his mobile and ask me to masuk kereta. Saya nak cakap dgn awak ni, katanya. Malam itu kena tarbiyah I dalam kereta nya disamping ugutan..kalau awak pergi jugak, saya akan masuk dan tarik awak keluar. Walaupun dia cakap secara gelak ketawa, I pun terpikir..ko apehallll?

Starting from that, I pun gigihlah membuat perangai samdol. Every time dia ajak I kahwin, I akan mengelak. Everytime dia hantar I pi outstation, dia akan hint yang nanti dah kahwin, I dah tak boleh travel2 selalu sangat for work camni.

I think to him, he really thinks that he showing 'care'.

So pada satu malam...bomb pun meletup. With him wanting to rush and me wanting to see more of life. Hasil dari pergaduhan maka Pajero pun telah melanggar divider. He was shocked, not sure because of the langgar divider or bcos aku maki dia. He cried and I demanded to be sent home. I never want to see him again after that. BTW Kiah, he is the Dato  I was telling you about.

I pun ada gak dengar cerita all the hubungan tak kesampaian pasal jantan pressure yg mcm ni jugak. Ironically they were a good catch. But time wasn't right. Seriously.

And course, jodoh tak ada. But jantan kann..kalaulah tahu nak kahwin sesangat, awatnya ko tak cari akak-akak yang dah ready ke? Ko nak gak pi serbu budak baru keluar sekolah buat apa?

Sekian.

Saturday, July 13, 2013

Kahwin Sorok

Duluuuuu kannn....saya pernah tinggal serumah dgn sorang ahkak ni yang juga adalah bini nombor dua seorang abang macho pembawak taksi. Ahkak tu takdelah advertise kat kami-kami penyewa bilik ni yang dia tu bini ke dua, but setelah menengok keadaan dia dan lakinya yang hanya berjumpa on hari-hari tertentu, dan juga keadaan lakinya yang hanya check in diwaktu burung antu, maka terkeluar lah kisah benar...abang tu dah bebini sebenarnya.

Ghopenya...mereka dah menjadi laki bini selama 2, 3 tahun uols...tanpa pengetahuan bini pertama abang tu. Masa tu saya masih muda rumaja, boipren pun kejap macam ada...dan takda, saya taklah paham sangat betapa seriusnya 'kesalahan' ini. Kalau sekarang...maybe saya akan judge lah...takpun mengomen sinis, kalau dia boleh buat kat you (menipu bini pertama nya) maka dia juga boleh buat kat orang lain. Lagipun..abang tu baik orang nya dan..saya masa tu student yang semanjang stress nak kena pass peksa so, dia bini kelapan pun...tiada celanya dan tiadalah akan menyusahkan perut saya.

Bebaru ni...saya telah dikejutkan dgn cerita yang sorang sedara jantan saya yang ala-ala pijak semut pun tak mati ni telah kantoi berkahwin dua. Masa dia terkantoi tu, dia kira dah lama gak kahwin. Terkantoi pun sebab bini baru nya beranak. Dah la duduk pekan kecik kat satu negeri di Malaya tu, maka...bangkai kucing pun lelama orang akan terbau juga. I will have to spare how the bini finds out lah ye..(tu pun orang yang cerita) sebab...I takleh tukar fakta nya so takut nanti ada pulak ter familar kat telinga uols. Hiks. Apparently the wife and children's are taking it real hard apaknya kahwin lagi satu, so who knows who might be reading this.

For the life of me...I taktau kenapalah jejantan yang berani kahwin dua, tiga ni tak pulak berani nak bagitau bini diorang tu yang diorang tu nak menambah cawangan.

Kenapa eh? I was told that a decision to ask a girl to marry you adalah one of many of the hardest thing a man have to do. Ye lah..ko berani ajak Zara Salim Davidson, pre Raja Pompuan Muda kawin dgn you? Kalau dia kata NO NO NO? Tak ke memang nak lari masuk laut rasa nya? ----ni berdasarkan pengalaman kawan I yang ditolak proposalnya, lalu bertahun dia tak pergi tempat yang di frequent kan oleh gadis yang menolak lamaran nya.

Not only that you have to ask a girl to marry you...tu belum lagi part you must tell your parents, her parents..and in some cases..awek2 lain yang telah ko beri 'hint' yang kau adalah pakwe steady nya.

So, you gone through all that... and now when the 2nd time time round, I suppose to ask the 2nd girl to marry you adalah kacang putih because..hey, what have you got to lose? Kalau dia ni tak nak, yang dirumah tu ada...tapi, apasalnya susah benar nak bagitahu yg kat rumah tu..yang you nak menambah cawangan?

Kita tahukan..jejantan ni tak suka memikir benda yang remeh..pada pendapat mereka. So, alangkah sampainya hati uols merasakan hati pompuan ni perkara remeh ya? Kalau masalah opis, masalah kereta...or anything apart from the wife is PENTING sangat.

Tapi, cuba kalau wife you lupa buat air you..or tergossip sikit hal kain sarung you kat orang...copekkkkkkkkkkk yo you teghaso ati kan?

Alasan will be..tak nak kecik kan hati bini...ye tak? The process nak pujuk is ages. Not many women will want to share. Knowing so well how men is not good at sharing. Sayang bini-bini bukan sama dgn sayang anak-anak. You can sayang your twin boys but it will not match you sayang your two binis.

Bila jantan berbini banyak mati...trust me..all wives will have a different sides about him. I can't help to think that to 'cari makan' the husband had to be a different chameleon at every houses.

Antara script yang I pernah dengar, the husband tell the 1st wife, you are my 1st love..and the love is different compared to the others. Elehh...kenalah keep nombor satu tu sweet kan?

2nd wife, 3rd wife...lain pulak aishah nya.

A guy 'left' me to be with another woman. Of course my situation is millions time different lah...belum jadi bini pun masa tu...tapi sudahlah kiranya jantan tu berjanji to menyapu I dari kaki I ni. But to deal with the aftermath tu..haiyooo.

I can only guess..in some cases, kalaulah Allah nak bagi petunjuk yang laki kau tu adalah Ular Tedung Selar, cemana sorok pun...truth will always find its way to come out. Dalam kes sedara I ni, I rasa..banyak betul benda yang dia kena hadap.

Satu...disebabkan news lakinya kahwin lain tu datang dari mulut orang lain...mestilah si akak bini sedara I ni malu, semalu-malunya. I don't know lah if dia ni bangsa bini yang suka up up laki..ohh my laki is the best hasben in the world etc etc. Lagilah malu berganda kann..kalau you dah cakap kat semua orang betapa mithalinya laki you.

Dua...bengang lah weihhh sebab kena tipu. Kena bodoh. Like, satu kampung aje dah tau, kau je belum. Or maybe the signs are everywhere and kita je tak nampak

Tiga...how do you deal with your own family? Anak2 sure memberontak kan? Tu belum lagi ada kalau makpak kita set-set panglima garang, pantang anak aku kena madu etc etc..ko pergi mintak cereyyy dgn laki kau. Aiyakkks sangat. Well, can you blame them angry family members? Nak nak kalau bini tu adalah bini mithali, put everyone's needs before her..and tup tup...pompuan karaoke tah mana2 dapat naik takhta?

Four...ni yang payah sekali I rasa. How can you cope with his betrayal? Boleh je raya tahun depan mintak maaf..or you be able to forgive lepas dapat barangan Copat, kereta Cayenne sebijik dan other extras. But every time you look at him...you know you are sharing him with another woman and you will forever remember his lies that once broke your heart.

So that's that. I overheard my mother cakap dgn my female relative ni, kalau laki kita nak kahwin..bagi sajalah. Nak tahan2 pun tak guna. Orang jantan kalau nak cari penyakit, biarlah dia.

I know of many yg jadi bini nombor dua. But apart from that kakak landlord I kat paragraph atas sekali tu...their existence is known to the 1st. It wasn't easy for them too. Yes, the husband mampu. In their cases, I really think is the jodoh that connects them sebab orang yg I kenal tu idoklah set-set perampok uols. (But, if you know you're courting with married man, idok ke sama je motivation nya nak kahwin dgn dia..lantas, pulling him away from the 1st?)

Okay lah..cannot win. Ada sebab lah kalau benda2 terjadi pun. Nak jugak orang tu amik kita jadi bini nombor dua daripada dok diusung kulu kilir takde apa2 ye tak? And, laki kita tu idoklah buat dosa sokmo bertiduran dgn sesapa...kan?

But, be honest lah...saves everyone from the heartbreak like this, in my sedara case, si bini dan  bini dah bagi kata dua, her or me gituh. Boleh tahan kannn? Sure lakinya pening, dah la baru beranak kecik.

Semacam mana gedik dan berani nya you nak berbini lagi, maka match lah kegedikan dan keberanian itu dgn memberitahu dunia ye?

Friday, July 12, 2013

Pet Peeve

Dulu kan...saya paling terrer spelling. mana tak nya, aruah Appa itulah kerja nya bila dia free-free. Dia suruh eja ni lah..tu lah. Appa saya punya English fuiyooo. Orang Snadhurst lah katakan. Walaupun dia takde accent berabuk, dia pernah kata standard English Language nya adalah standard aruah loyar Eusoffe Abdoolcadeer.

Uols kenal siapa pakcik ni? Silalah google.

Nak kata BI saya ni terrer, idoklah se terrer budak Cheltenham Girls School tu ye. Kami dulu dihantar buat English Course kat Sg Siput aje. Disebabkan saya ni sekolah konben yang hari Jemahatnya kena gak cakap homputis serta dekat rumah mmg Appa cakap homputis dgn kitorang kecuali kalau dia mengamuk, maka belum pernahlah masa kat sekolah saya tak paham apa orang cakap...walaupun ada Cikgu Mamak mengajar BI ni kadangkala cuak kerana saya boleh paham words yang susah...like...charred. Darjah 3 masa tu...satu kelas dah bangun sebab taktau, tapi saya relax je duduk. Budak2 yg perasan pandai pun memandang sinis kat sana..ingat saya ni purak2 nak berlagak pandai agaknya.

Selalu jugak dalam pesbuk saya nampak kesilapan-kesilapan bahasa yang ..agak mengeramkan. Bukan apa uols, ada words yang bunyi sama dan maknanya lain. Sekurang-kurang nya..check lah dulu kalau tak pasti. Ada yag saya tegur secara halus tapi tetap gak dia tak perasan. Nak tegur terang2 kang..orang ngata pulak..amboi kau, hinglen pun kelaut ada hati nak fefeeling cikgu kannn?

Kadang2 kesalah penggunaan perkataan dan spelling membuat saya jadik geram jua. Tak lah semua but ada few yang memang selalu disalah guna-eja kan. Tanpa rasa apa-apa oleh sipengguna nya. Hishh...pet peeve jadik nya ke saya.

Antara yang membuat kan seluar spentot saya terbelit adalah....

1. Have a save flight katanya....
Aiyo...knowing the intention situkang wish nya..kenkadang I macam tak sampai ati pulak nak betul kan spelling nya dikhalayak ramai tu.Unless kalau dia adalah Kiah...sebab budak TKC yang dapat masuk boarding school kat UK for A-Level kalau spelling pun masuk hutan gak..memang lah mengundang tarian pom-pom girls sambil menyanyikan lagu 'kau bodoh...yeh yeh kau bodoh..yeh yeh kau bodohhhhh'. Giteewww. Okay, safe and save..bunyi lenlain okay..makna pun lenlain..dan dalam konteks ini...safe. SAFE.

2. Wahh...anda bakal menjadi makpak?? Wow..congrates.
Hah...CONGRATES kau kata?? Tang mana pulak congrates tu adalah singkatan kepada word 'congratulation'? Nak berfeeling Los Angeles sangat kannn walaupun tah hapa-hapa ejaan nya. mana datangnya huruf E tu, mak dia aje yang tahu. Cakap jelah...congratulation. Sonang. Betul you..terasa I nak 'grate' je mulut mereka tu.

3. Post gambar kat FB makan candle light dinner dgn abang swomi dgn caption...Rib Eye steak, Mr Hasben's threats. Thank you sayangggggg.
Ya Allah Kiah...kena 'threat' dgn laki boleh lagi kata thank you sayangggggg? Its 'treat' darling...treat. Having said this..you mummy out there..teats and tits...sama fungsi tapi different meaning ya..ehemm. Mana yang suka ber communicate dgn laki dekat open wall tu jgn lah dok suruh laki pi Boots or Superdrugs ke..Yang..can you get me two pairs of tits please...aiyakkk sangat.

4. My dateline is tomorrow...matilahhh.
Date line lah sangat kannnn? Ada line dibawah date ke? It's dead. Deadddddline yo!


Apa lagi eh Kiah?  You know bila orang tu nak bagitau you yang dia tu masih ada upaya lagi dan bukannya tak berfungsi akal badan fikiran nya. Tapi nak spikang bagitahu orang sambil jerit to his highest pitch ni...I am not an invalid you know?? Tapi sebut invalid as 'in valid' . Padahal sebutan betul nya adalah 'invellid' gitu.

I still can't get over Tony Fernandez and his 'goodself'. You will be having dinner with my 'goodself'. Kan ke senang kalau ko cakap..you be having dinner with so and so and me.

Okaylah. My goodself blah dulu ye...

Thursday, July 11, 2013

Puasa Dan Expectation nya...

Selamat Berpuasa uolsss....

Puasa kat sini bapaklah lama nya. Nak nak sekarang...ada yang nak dekat 20 jam. Kalau ikutkan time sepatutnya tak sampai lah...tapi cemanalah nak buka posa kol 9.30pm pastu melepek cam biskut kena rendam sampaikan nak tunggu masuk waktu Isyak tu rasa terseksa and then waddayaknow...kol 2pagi nak kena bangun balik untuk bersahur.

Wehh..memang tak sahur lah gamaknya. I akan tidor lah sebelah Ribena, set alarm kol 2.30pg, minum dan tidur. That's my sahur. Pastu matahari terbit barulah terkedek nak ber subuh. Memang kompom kena sumpah laknat but nak wat caner uolsss?

2,3 hari lepas semasa I kat dalam tube..I terdengar lah bebudak student Malaya ni berbors-bors sesama mereka ---ahkak pakai Ipod lah konon, tapi habis apa depa gebang tu I dengar. Mesti bebudak ni baru datang dan nilah agaknya pengalaman berposa kat rantauan gituh.

Maka mereka membayangkan betapa azab nya nak posa sampai 19 jam dalam keadaan yang agak panas (eleh..Hinglen ni, panas mana lah sangat..cer kau ki Kuching ke, Kota Bharu ke..hah..cair tau MAC)

Wah adik2 macho...sampai sebut word 'azab', 'sengsara' and 'boleh mati' alangkah over nya kannnn?

Senang dik..kalau tak tahan..buka. Tak ada nya yang azab, sengsara dan seksanya dalam membuat ibadat (opps..self-reminder) Sini bukannya ada orang nak tegur you puasa ke tak puasa, ada orang Jabatan Agama nak skodeng you makan openly ke...tak ada.

Ahkak kau ni...sebagai pompuan, ada hari-hari nya yang I takleh puasa. Ada hari pulak...akak bukak sebab macam tak convenient aje nak puasa. Ni pun menjadi cemuhan orang I must tell you. Last year or so, I posa and pergi meeting. Lepas aje meeting Boss nak bawak makan, so I cakap lah uols pergilah..sebab I posa. Maka sipolan2 tu terus tak nak makan sebab segan and kesian kat I. I dok cakap tak pa, tak pa uols pergi aje, maka homputis2 sensitive tu tetap gak tak nak. Boss yang organise meeting tu pulak aialah Boss yang kami hanya dapat jumpa setahun 2,3 kali aje. Maka I pun cakap..okaylah..I ikut. Maka, terbukak la posa I hari tu.

Terus apa aku dapat pastu? Trust that orang melayu, yang Islam ni..cubalah kalau uols tengok bab-bab nak mencemuh orang dalam FB tu kan? Akidah saya dipersoalkan pulak sebab membukak puasa. Elehhh. Kan ke dah tertulis, kalo tak puasa, kena ganti, ye tak?

Kenkadang orang lupa apa iktibar nya kita disuruh berpuasa ni...selain dari menjadi rukun Islam yang wajib kalau you tak sakit and etc etc, ia juga untuk supaya kita insaf, berperasaan empathy for those who are less fortunate, menguatkan disiplin diri dari pada macam2 nikmat duniawi kan?

Tapi...disiplin orang kat Malaya tu sungguhlah kuatnya kannn..sampai orang agama lain pun takleh makan depan diorang. 

Cuba kau kena...why do you have to fast? Silly thing innit depriving yourself for no reason? Ye uols...kadang2 ni lah yang kami-kami kat UK ni dapat. Tu belum lagi kau tengok saudara sesama Islam kau (nak nak si puak Arabs tu kan) yang dah le tak puasa, respek kat bulan Remdan ni takdak langsung.

Kita ni..bila tubuh badan ni dah banyak ditorture dgn benda2 tak patut, mulalah zat tu kurang, zat yang ni kurang and sometimes, abstinence even for a shorter period is not easy. Kalau tak boleh buat..tak apalah. Tapi tak yah lah kata 'mesti mati' kalau puasa 20 jam tu, ye? Lagipun..adik tu jantan macho...kalau takleh puasa, senyap je lah...takyah lah kompang.

Bulan puasa ni memanglah banyak nya dugaan. I ni, selalunya payah gi toilet. tapi dalam bulan puasa, aktiviti melabur ni kenkadang takyah dipaksa-paksa gamaknya. Menderu-deru aje barang pengisian tu keluar. Tu baru pukul 7 pagi maka separuh rizab dah habis...caner pulak nak bertahan sampai kol semilan malam nanti?

Tahap kesabaran...ni pun sama gak penting nya. Semalam adalah siapa makhluk FB yang dok menyebar budak Alvin Vivian tu punya perangai yang konon nya..menghina Islam. Ish..apa pulak kononnya...memang dah tahap hina gila-gila lah tu kan..berbuka puasa dgn Bak Kut Teh. Tapi, kan ke itu dugaan kesabaran juga? Apa yang budak dua orang tu mahu? Nak tengok orang Islam mengamuk lah kannn? Bila dah mengamuk..nampaklah yang buruk pasal Islam ni. Kan ke tercapai hasrat mereka tu? Ambik lah pengajaran dari budak dua orang yang takde sentimen sosial tu...yang..what's you give..you get back. Semacam mana ada diantara kita yang suka menghina agama orang, macam tu jugaklah orang boleh buat kat kita ye?

Moral nya..next time..jangan pi kata agama orang tu !!! Kita jaga ibadah kita dan puak2 kita dulu ye...

Sekian

Monday, July 08, 2013

Happy....Happy Lah

Ada tak orang tak hidupnya sokmo tak happy?

Ada you. Sangatlah ada. Kadang2 situation orang tu sangatlah deceiving. Ye lah, kat pesbuk dia advertise kesempurnaan hidupnya.We should now call FB a free life advertisement, kan? Tapi..sila salahkan FB lah uols..sebab nya depa tanya...what's in your mind gitu. Kalau dalam pala you ada...boss ku adalah jelmaan puaka syaitonn nirrojim, how else can you put it in expression?

Ada yang advertise, betapa perfectnya dia dan agamanya. Mempunyai sifat Qana'ah pada tahap tertinggi gituh. Kita yang hidup serupa maksetan ni rasa kecik lah sangat. Sometimes, seriously I akan terasa. Terasa betapa...kurangnya I meng advertise ibadah-ibadah I (yang ekceli...ala-ala hidup segan..tak gak mati mati)

Ada yang advertise..betapa bahagianya mereka dgn swomi dan anak-anak. Wahh...pergi holiday jenjalan pegang tangan dgn Encik Asben. Wishing Encik Hasben ayat-ayat chinta. Nak communicate hal dalam rumah pun tulis kat Encik Asben punya wall ---hello sayang, kenapa tak jawab phone you??? Gitu uolsss. Cam lah takleh private message kan? Atapun, mungkin message disebaliknya nak bagi tunjuk kan sesapa kat dlm frenlist lakinya yang..hey, I am the WIFE so back off or, nak bagi mark kat swomi nya yang..you think I can't make a scene? Gituhh. Everything is for public information supaya orang tengok lah...there is something there...like kasih sayang..walaupun interpretation tah hapa2... orang macam Cik Kiah kan yang sokmo kurang kasih sayang tu haruslah sentap sebab takde swomi nak cari2 dia publicly. But hey...thnaks to me, at least frenlist mu taw yang kau tu hot hot stuff gak kannn?

Ada yang..tak yah susah2 nak tulis apa dia buat hari-hari yang membahagiakan..dia published scrapbook dan berita bergambar saja. Beli henbeg kat mana..mana dia pergi, mana dia makan..ohh segala-gala nya lah!

Happy sangat kehidupan mereka, nampak gaya nya. The underlying truth...hanya dia aja lah yang tahu kan?

Nak Iah I berdiskus sikit pasal hal 'happiness' ni. Ye lah..happiness has different interpretations to each its own.

Some of us want just simple things in life. Some of us...wants just everything. But we sure want something.

Ada orang tu..hanya menunggu 'pinggan' nya dipenuhkan. To the world..she has everything. Well, maybe not all...but sebagai manusia biasa, standard kita pun mesti ada limit. Ye tak? Kadang-kadang kita selalu harap kebahagiaan tu datang kat kita dan dipersembahkan kat kita.

Ada yang tak happy dgn bini. Tah hapa yang tak happy lagi dgn bini yang cantek macam Natasha Hudson, anak-anak yang tak berapa buas dari rimau kat Zoo Tepen tu, laki bini kerja okay..idoklah si bini tu hanya berfungis sebagai pemegang debit card aje keroje nya. Tapi..tetap gak dia pi ngadu kat gadis-gadis kat opisnya bertapa hidup nya tak bahagia. How the wife didn't 'get' him. Bila kita tanya kat dia..have you talked to your wife? Udah katanya..but nothing changed.

Then about a bini yang jugak tak tak berapa happy. Selalunya pompuan yang tak berapa happy ni (not all ye..not ALL) opted to be SAHM tak pun SAHW. Takpelah..laki ko kaya macam laki Baby Ezurin, ko habis kan jelah duit nya. Kalau tak you, siapa lagi, ye tak? Dah dibagi rumah besar, kereta, duit pun masih tak happy.

Dua tiga menjak ni, I mmg dah tak berapa happy kat opis. Pressure mmg banyak selepas ekonomi UK jatuh, dgn Encik PM nya sesuka jiwa raga memotong bajet sana sini. Orang yang kerja public servis cam I merasa betul tempias nya. Bila bajet dah kurang..tapi kerja tetap gak kena dijalankan macam biasa..beserta expectation, jgn ngabiskan duit negara banyak2. 

Ada servis yang mmg langsung tak boleh di compromise..tapi manakan Encik PM tu tahu, kan? Walaupun dia dulu ada anak yg cacat dan tahu cemana susahnya nak jaga kebajikan budak tu. So anak dia pun dah mati..maka dia lupa lah kat anak2 cacat orang lain.

So yes, I tak happy. I sudah cakap dgn Boss semalam betapa I rasa...the big-big boss macam nak perah tenaga sangat. The conversation lead to pengakuan hati ke hati lah sangat.

Depending on your current situation, your definition of happiness may differ. I always thought that the reason of me tak berapa happy is that sebab I jauh dari orang2 yang I sayang. Thinking deep, the relationship is actually made better because of the distance. Duduk dekat pun akan bercakar walaupun I ni taklah bangsa mencakar.

I selalu cakap dgn patient2 I yang sokmo tak happy tu yang bahawasanya, yang boleh membuat kita happy ni adalah kita sendiri dan yang boleh membuat kita tak happy juga adalah diri kita sendiri.

You can have all the things you wanted and need and can still be unhappy. And of course you tak tau apasal lah you masih tak happy walaupun macam2 dah dipersembahkan. Easy way is to salahkan orang lain padahal you tahu you tu adalah punca nya.

If there any counselor or psychologist reading this, you will agree that in that private room of yours...you meet and listen to this selfish lot who never seems to be thankful even  with the smallest joy in life. Nak aje kan..you cakap dgn diaorang, eh kalau ni pun tak happy tu pun tak happy...gi lah mati. Oops.

I really cannot fathom how people cope with their own grandeur delusion because, unless mmg mereka tu cacat otak, they must know that this delusion is not solvable/treatable unless they start appreciating their own weakness and deal with it.

They will often tell you that nobody understand them. Kalaulah kucing depa tu boleh bercakap dgn depa, kucing tu pun tak memahami emosi depa tu. Truth is, kau sendiri pun tak paham apa masalah kau, bila orang try to knock some sense into you and it doesn't sound right, maka secara automatic nya orang tu tak  kan paham masalah you.

Apa boleh kita buat? Tak de apa. Orang yang sokmo tak happy ni akan mencari happiness nya sorang diri. There's risk of losing precious things, voluntary and involuntary ---your loved ones got fed up and had enough of trying to please you.

Keep finding happiness. It will come sooner or later, with a price.  Either that or just try to snap out of your unhappy delusions and get on with it and make peace.

Posting ni tidaklah untuk menyindir siapa2 ye. Is it just a friendly reminder that sebagai manusia yang tak berapa kuat, kita perlu insaf dgn nasib kita. If your nasib is good, bersyukur. If not that good...make it good.

***(Then there be, oii..u ingat I ni tatau bersyukur ke??? Syukur ni besar pengertian nya. I am looking at my mother for example.Bad,bad things...but her thankfulness to life, even in the face of adversity, she is as graceful as ever. I can only wish to inherit that spirits)***

Wednesday, July 03, 2013

Di Dalam Emosi Ini

You know..a counselor is not suppose to spill the beans tau, walaupun kenkadang benda yang di confide kat you tu adalah modal gelak ketawa pecah perut. 

But, kalau ada niat..benda yang baik haruslah dikongsi untuk kesejahteraan ummah..tak apalah kann? As long as kita protect identity nya, kan Kiah? Apasal Kiah selalu di enterframe kan dalam posting I ni?

Well, digress sikit..Kiah suka kata I ni kurang menunjukkan kasih sayang kat dia. Kalau dia bagi I barang..katanya I macam emotionless. Susah tau pompuan yang sorang tu..semanjang mintak attention aje. Tu hari masa kitorang membuat dating plan ke Rumah Tasputra Perkim tu, dia dah pesan yang dia ada barang nak bagi kat I so sila tunjukkan minat mendalam supaya dia tu rasa dihargai. I can't remember if I did tunjukkan aksi-aksi pelik sebagai tanda terima kasih but..I did a sprint sambil lompat-lompat dgn excited nya nampak kereta merah yang tersangkut dalam jam depan bangunan BSN depan KLCC tu. Yes..I ran from KLCC building into the arms of kereta Kiah. Cukup lah kann...tak kan kau nak french kiss pulak?

Common thing orang selalu bawak masuk dalam counselling room ialah masalah relationship. So, perhubungan sesama manusia ni adalah masalah besar dalam hidup sebab sokmo, itu ajelah yang dijadikan alasan for anything that is bad in your life.

Wuishh..mulut ku ni kenkadang cam lahanat kenkadang.

Bila kita ada attitude problem mega, siasat-punya-siasat, hati ke hati punya talk...sipolan mulalah cakap..err sebenarnya saya jadik cenggini sebab saya tak happy so and so...dgn mak saya lah..dgn pak saya lah..dgn kucing kuning sebelah rumah saya lah.

But please don't read this wrong...not all of us are blessed with hubungan harmoni anak-mak-anak-bapak etc etc.

It is always easy to fall back on childhood to start looking for the roots of our 'unexplained' issue. Dah tu..apa lagi nak di investigate, kan?

Ada yang berproblem dgn makpak nya sedari kecik. Bila dia dah besar berbulu, maka issue nya tu macam dah dikitar semula gitu. Bapaknya dedolu not so 'fatherly' maka dia pun tak reti lah nak jadi 'fatherly' kat anak nya.

It is so easy to judge, I tell you. I ni dok pikir lah..sepatutnya kita belajarlah dari pengalaman kita. Yes, emosi sure nya akan tercalar sikit dek absent nya kasih sayang but perlukah itu dijadikan alasan untuk segala-galanya?

I know someone yang ada issue dgn omak nya dari dia kecik. Sebagai anak orang melayu ofkos lah dia tu akan disogokkan dgn kata-kata perangsang bangang yg berbunyi..manalah ada mak yg tak sayangkan anak. But truth is...(if this is) mak nya memang lah ada issue. Anak tu dari kecik lah dah terasa hati..tapi...agaknya rezeki mak nya lah, nasib baik anaknya tu tak membesar jadi rebel.

You know, there are mothers who are not maternal. Their kids grow up with frustrated kind of love to their mother. Yes, in some cases their mother inspired them. Nak nak kalau kau dapat mak yang bangsa narcissist nak mampos. U turned out okay and successful and yes, kalau mak kau lemah lembut penyayang cam Latifah Omar, takdenya kau nak jadik tough cookie cam tu.

There are plenty of you good girls and boys out there who can't bear to talk about these bad feelings. Because good children aren't suppose to hate their parents. Parenthood are so sacred that no parents, in the eyes of their children can do wrong.

Kalau nak cakap lebih2 kang..takut pulak jadik batu...kan Kiah. (Kiah lagi...)

Ada pulak anak yang cerita kat I yang dia rasa dirinya hanya disayangi dek makpak nya sebab duit yang dia persembahkan kat mereka. Kecik hati lah jugak..ye lah, penting nya dirimu kerana financial assistance je tapi tak tersebut lah..sebab rasa bersyukur dia dapat hidup sampai sekarang supersede rasa menyampahnya. Untuk memujuk hati yang terluka tu dia katalah..takpalah...I will be rewarded differently.

Oh ya..I too, have issues with my parents. But I doubt they even know there's ever an issue with us. Practical mind will ask...is there any point to get upset and dwell over what's past? No. Unless if you really feel that you have to. But trust me, certain things in life is best left unearthed. You must always remember that not everything is about result. This is not   a journey of projected anger, resentment or rage. This is all about understanding.

Some of us are brave enough to have mustered the nerve to broach the difficult subject to her. I did once, I menyesal lepas tu. Not menyesal because I said what I said but menyesal because I know that what had happened is not entirely her fault. But of course lah kalau mak I tu tough sikit maka tak jadik lah benda yang menyakitkan hati tu.

But...there's things that need to be said too. This is all about taking risk. The risk of upsetting your parents and risk of upsetting any other people in connection to them . Worst of all, you  might ended up upsetting yourself the most. Somehow, after taking the risk (tell them your peace) you might find it easier to move forward.

Ada pulak set-set..yang semua pun tak kena. Problem dgn makpak dia kata bottom line nya. Alasan standard selalunya kurang kasih sayang lah. And you start wondering what sort of kasih sayang these lot is actually lacking. Bila ber problem dgn laki pun cakap cenggitu juga...kurang kasih sayang.

What define 'kasih sayang' lah?

Kadang2 when we focus too much on orang lain lack of 'kasih sayang' to us we forgot that we might be lack of supplying our 'kasih sayang' to others that need it too.

Let's look back. If we kurang 'kasih sayang', what good it do to dwell constantly about it?

I must tell you...people who came in as 'victim' always turned not to be one malah, dia lah yang ber character devious nya. You can only make peace with your troubled past dgn memahami kenapa benda tu berlaku.

There are times..when there are no answers ----ni kes anak yang kena seksa dgn makpak lah. You don't know why...when fathers were supposed to protect but didn't.

What can we do?  A lot actually.

You can..use this issue at your advantage. Positive and negative. Positive is when think that you have 'been there' and know how hurtful it was and never want that to happened again.

Negative is when...you use it to gain more and more attention. You went on hurting people (and along the way claimed that you are hurting too) act mercilessly and shift the blame as you see fit. Blame shifting to your lack of kasih sayang from your usual suspect lah.

I said to someone recently, as human with emotions, we don't always know what we want. We think we want our partners. We think we want all the love we can get. We keep saying that we want to be happy. Chances to be happy is somewhere out there if we want and know where to find it. But we don't always get it and..it is very unfair to blame others and ourselves.

Akhir kata....marilah bersama2 join Geng Mak Ngah Kasut Merah.

Stay Tune.

Monday, July 01, 2013

Hidden Reward

Nak cakap pasal kerja boleh??? Okay, sebelum tu perlulah nak bagitahu dunia yang kerja I ni tidak lah se interesting kerjaya orang lain yang ada

- Technical term lah
- Scientific term lah
- Or term-term yang menunjukkan ke 'posh' an sipengatur nya

In my line of work...kerja saya macam line of work Capt Lukmang & Mak Piah...walaupun saya ni kiranya dah lah naik pangkat sikit dari uols ye cuma glamer je dah kurang, term-term terbalik lidah tu asalkan tahu maknanya but yang paling penting..ye..paling PENTING ya..ialah ability to exercise political correctness dgn meluas dan lapang dada.

Ada hari,

Kita hanya mampu memandang ke muka orang yang macam sial itu dan seterusnya memandang kelangit lantas memintak pada tuhan agar penyakit rimau jadian kita tak akan keluar masa tu. Segagah gagahnya...kita senyum dgn kepayahan menyorokkan taring.

Ada hari,

When everything is wrong..so wrong and sampaikan kita sendiri rasa, apakah makna nya aku dibumi ini. Kerja penat, gaji sikit..korban segala benda..kekasih jauh dimata (sometimes ada hari, dia jauh dari hati jugak) rasa macam berjalan kat jalan mati, nak buat tu tak boleh..nak buat ni tak boleh. Nak start again? I dah tua uols. Despondent nak rak gittew...

Ada hari,

Tapi hari ni jarang2 tiba ye uols...the glory appears and kita rasa macam...Joan of Arc. Oops...marah pulak Islamist extremist saya bagi contoh patron saint kapir laknatullah tu. But, katalah apa you nak kata...ye tak? Macam...ada pesakit mental ni kena discriminate dgn jiran2 nya. Lalu panas hati I, I pergi rumah2 jiran yang tukang komplen tu bagitahu diorang betapa sempitnya pemikiran diorang. Cewwahhh...lepas tu satu kampung tepuk tangan. Glory is..when orang tu bila kau dapat case nya, mandi tak nak, keluar bilik tak nak..semua pun tak nak..but sekarang, dah masuk Uni buat MA lagi. Siap dedicate journal nya kat you lagi betapa dedication you telah mengubah hidupnya...(uiohh kau tak tau berapa bakul gua sudah sumpah lu)

Beberapa tahun yang lalu..ketika I masih jelita dan memakai kebaya secara full time, ber size 10 dan menyorong bag tajaan elvavi (korang ada MP, Capt Lukman? Ado? Ado? Cipsket nya kompeni korang tu) pernah lah I buat trip SIN-JED.  Zaman itu bukan macam sekarang dimana.. punyalah senang orang nak pi tempat tu..sampaikan boleh buat statement dalam majalah lagi, kami nak bernikah di Tanah Sucheeee. It was slightly better than the olden days, but kadang2..aircraft tu rasanya macam ward geriatric aje.

Yes, saya masih ingat Makcik ni. Makcik ni masa tu baru menyingle lepas abang sayang nya meninggal. Padahal sama2 ngumpul duit nak gi Mekah ni. Rezeki tak sampai..but dia tunjukkan kat I dalam beg hand luggage nya baju melayu teluk belanga, kain pelikat dan selipar aruah lakinya. Katanya, dgn membawak benda tu dia rasa abang nya ada dgn dia buat haji.

She is old..but not frail kind of old tapi masa tu dia macam ada selsema sikit so nampak lemah lah dia. But tak pernah naik kapal terbang. So memang rezekinya juga, dia dapat layanan 1:1 dari I lah gitu. Mintak air, dapat air..mintak tu ini..dapat tu ini. Pergi ke lavatory pun siap berhantar berjemput. Walaupun LS I nampak dan kata...makcik tu is not the only passenger, okay?

The makcik talked about how excitednya nak sampai ke JED dan mengerjakan haji. Makcik tu agaknya ada kuasa power rangers and macam tau-tau aje hati I baru terluka (untuk ke dua kalinya dgn siamang) dan kata, rezeki kamu bukan dengan orang itu walaupun itulah yang kamu nak. Mintak dgn Allah rezeki yang lain, yang lebih baik.

I senyum aje lah kan...tak terkata apa. But masa tu mmg siamang punya kes masih raw sangat. Makcik tu tambah lagi..bersedihlah puas-puas, tak apa. Bila rezeki kita tak sampai, kita mesti kena sedih. Tapi berdoalah ye...mintak rezeki lain.

Tah hapa lah dalam pala hotak I masa tu, I pun cakaplah..Makcik pun..mintaklah rezeki lain ye..manalah tahu, nanti ada rezeki, makcik boleh pergi Mekah lagi dgn orang baru. Makcik tu sengih2 saja. Masa nak landing...masa I dok check safetybelt masing2..and adjust balik seat Makcik tu, dia sempat bisik dgn I. Katanya..makcik ni pergi ada hajat. Makcik nak mintak rezeki depan Kaabah tu. Misti Makcik dapat nanti...

I jawab..Insya Allah, dapat lah tu. Makcik tu cakap terima kasih banyak2 kat I...dan dia doakan I selamat 'pergi kerja'.

Weeks..weeks later...flight back to SIN. I have forgotten abt the makcik completely. But another Makcik tegur I. Then I teringat yg Makcik yang ni dok sebelah Makcik yang hari tu..and I think, they did this pligrimage together. I tanya, makcik tu hari mana?

The makcik jawab..ohh sampai dah hajat nya. Dia nak sangat berdoa depan Mekah nak mintak 'balik' supaya dia boleh temankan suaminya. A day after tawaf selamat tinggal tu, dia sesak nafas and passed away.

Aiyak. Tekojut den.

Months after that, I left the sky to be on the ground and eventually, leave the airlines altogether. But in Oct 2000, my batchmate David Lim and few others perished in that crash in Taipei. In SQ, the trend was, we always fly in batch. I remember Farzana too...but she survived. When I heard the news, I teringat kat Makcik yang mendoakan I selamat 'pergi kerja'.

I was a step away from that Picadilly Line, exploded between King Cross & Russell Sq.

I was held up to the wall, screwdriver point by a frezied schizoid patient.

Kena cekik, kena lipat tangan and kena tolak sampai jatuh...berapa kali..toksah kata lah kannn.

But, with my parents doa...and that Makcik doa...and all the doa's I got and keep getting, sehabis teruk pun, tangan terkehel, lebam2 dan baju koyak je uols.

Yes, after 10 years...I now feel that my greatest reward at work is...to still be alive and well.

***boleh beli rumah, bayar bills dan belanja kawan2 makan...tu pun reward juga ye***

Sunday, June 30, 2013

Jangan Tinggal Daku (lahhhh sangat)

Haiyooo.....makin banyak pulak hal si Shah Jaszle yang shahjazel tu kan.

Katanya, dia nak kahwin lari kalau susah-susah sangat. Berapa umur sibudak shahjazel ni sebenar nya? Sama tahun dgn jagung ke?

Mesti orang akan mempersoalkan apa ke bangang benar gilpren yang juga ex tunang nya tu? Ada yang kata kalau dah cenggitu punya melekat susah nak let go walaupun banyak betul petunjuk suruh kau angkat kaki, adalah kerana dia tu telah di ngapsayot oleh shahjazel (5) darat tu.

Ishh..ishh...takbaik berburuk sangka, ye tak? Entah2 pompuan tu masih suci. Shah Jaszle ni nampak macam jantan yang suka memainkan peranan. Tah hapa peranan yang dia dok main sampai orang kesian dan melekat, tak tahu lah I. But he is sure one hell of a drama maker. Boleh jadi si pompuan tu suka berasa yang dia tu amat diperlukan. Pompuan kan suka rasa macam tu. Siapa yg tak lembik hati bila pakwe kita buat kita rasa macam kitalah heroine nya.

Untuk menunjukkan kat pompuan tu betapa dia adalah heroine drama tamil lakonan terbaru nya, maka Shah Jaszle yang shahjazel tu buatlah statement beranimati tapi bodoh nak mampus...ohhh demi chenta ku pada mu, meh la kita kahwin lari.

Weii pompuan, kalau Sultan Kelantan ajak kita kahwin lari ada gak pekdah nya kan? (Ampunkan Patik Tuanku) Dah le warak, berjiwa rakyat and anything a mother could wish for. Ni? Dah le tak berduit...pemain wayang yang potensi masa depan semalap malap nya lampu energy saving Philips.

Masa I sekolah dulu, I ada gak dengar cerita pakwe-pakwe yang suka benau buat aksi shahjazel dgn makwe masing-masing. Ada sorang tu dah diambang nak kena buang dgn gilpren lantas dia cakap dgn makwenya, kalau u clash dgn I, nak hisap dadah. Lalu si makwe rasa tak keruan dan tak jadi clash.

Ada pulak..yang buat statement merajuk sambil start motor kapcai...ohh patah hati I...sambil vrommmm vrommmm.....dia cakap, apa nak jadi jadilah, hinting yang dia sangat kuciwa maka dia akan bawak motor laju laju dan langgar pokok jatuh longkang lalu mati. Opkos makwe set lemah semangat takut lah kononnya dia lah punca kematian boipren nya...langsung tak jadilah mereka clash.

Tapi...tak pulak I ada dengar cerita pompuan bagi jantan kata dua bila mamat tu yg mintak clash. Ada ke kita dengar? Yang I tahu, hari ni dia clash dgn you, besok dia dah hantar surat nak berkenalan dgn awek lain. Ada dia peduli kalau kau nak minum Round Up pun?

Mesti Molly Temah Czarina dok kata apasal I ni takdak kerja lain dok ngumpat pakwe dia si Shah Jaszle ni. Ishh..I memang pantang betul dgn jantan cenggini. Kalau dah salah, dah kau yang perangai cam laknat, kau mengaku aje lah.

Ni tak...semua salah sipompuan kannn? Bila kau dah tergadah, ko panggil lak pompuan tu psycho.

Gewamp gewamp sangat tau!!!


Sent from my iPad

Saturday, June 29, 2013

Annoying 'Thing'

I am a massive fan of FRIENDS. The TV show. Tak cukup dgn tengok kat TV, bila dah berduit sikit, I bagged myself a box set DVDs.

On way home and back recently, I watch FRIENDS back to back too.

This one episode, they talk about their 'thing'. Kiah misti ingat I mencarut. But read on.

Monica's things is...being perfect. Give all attention to details.

Chandler's thing is being funny.

Joey's is sandwich.

Ross thing is...he reckons that his things is academic stuff.

Ye lahhh. All his friends said...his 'thing' is..he don't know when to shut up!

Today's post is about when people don't know when to shut up.

Adalah makhluk ini. Pandai orang nya. Academia. Dia ni selalu jadi mangsa umpatan I dgn Kiah. Takpelah..you nak kata we all ni hati hitam, busuk, karat sebab suka ngutuk orang..katalah. But syiok ohh..dapat mengata dan gelak-gelak.

Ani BNS kata si polan ni suka 'cerita ku cerita mu'.

MB1 & MB2 kata....ishh, kawan you tu gila.

There was this period yang I agak menyampah dgn dia. Bila I menyampah dgn orang...I tend to ignore them. Nak ditegur, bak kata orang tua2, kalau orang bodoh kau ajak gaduh, kau pun sama lah bodoh.

Bukanlah I nak kata orang yang I ignore tu semua bodoh ye...but, kalau you tak conscious yang perbuatan you dah menyakitkan hati orang, you rasa kalau I tegur..will it make any difference?

Lama jugak I ignore sipolan ni. Sambil ignore..sambil pre empt Kiah suruh check'status' terbaru orang ni.

Hari ni dia rasa dia macam Nelopak. Besok lusa..dia kata dia ada iras-iras Kim Kedasan. Tu kita belum baca prologue kisah dirinya lagi.

Epilogue chenta dgn orang itu, dengan orang ini...fuiyohhh.....macam lah orang nak tahu, kan?

Takpelah...nak komen lelebih, kang orang kata kita jeles..ye tak, Kiah?

Beginning of new year, I jadi lembut hati sikit. Bila dia tegur I, I tegur dia balik. Biasa-biasa saja. You think that the long hiatus will give people a thinking time. Ishh...tak ada nya.

I sangat lah perasan..dia suka sangat nak jadi the centre of attention dalam friendly banter antara kengkawan. Kadang2 conversation tu bukan pasal dia pun. Let say, I upload gambar I dalam tube, maka adalah kawan I komen..maka sipolan ni langsung menginvite dirinya dan buat komen..mula2 okay, tapi lama2 dia akan kluarkan cerita kisah aku, dia dan underground station.

Hari ni tadi...I pergi party. Me and my friends upload lah gambar. Mula2 dia komen lah pasal gambar-gambar. Dah komen gambar kita tu, dia pun mulalah menanya soklan. Okay lagi. Kenkadang soklan yg melibatkan orang lain, perlulal ditanya secara private, kan?

Tak. Dimana orang ramai akan baca dan tengok...disitulah dia akan membuat persembahan.

Dan seterusnya...this is the bit I tak boleh tahan. (and of course...nasib lah kan..jadi bahan blog umpat mengumpat)

Masuk satu gambar...dgn pertanyaan yang dibuat secara public, dia bertanya...(dgn cara menulis) okay, so and so with boobs...tu anak so and so ke?

Tak terpikirkah dia yg sipolan ber attribute 'obvious' akan baca komen nya?

Macam Kiah lah..amik gambar sebelah mat Nigeria tah memana, langsung aku dgn takde decorum nya, tulis komen kat gambar tu..Kiah, Mat gagak sebelah kau tu siapa?

Of course Mat Gagak tu boleh baca dan tahu lah kan aku panggil dia gagak.

Mana kepala hotak lu eh???

Terus I angin satu badan. Why must I angin? I menyampah lah kat diri I sendiri. Dah mmg I tahu dipolan ni punya thing is 'don't know when to stop' tapi I tetap gak bagi bagi chance. It is like you know when one got potential to annoy you, and to elak untuk sakit ati dimasa akan datang, you patutnya..toksah lah layan kan?

Tak. Aku layan. Sekarang, aku bengang.

I can only wish kawan I yang ber attribute 'besar' tu ---btw, dia tengah mengandung....so what do you expect? tak sempat baca komen bangang sipenulis tu. Terus gua delete.

Besok lusa, kalau ati gua panas lagi..harus gua delete lu.

Thursday, June 27, 2013

Siapa Psycho ?

Cilaka betul Shah Jaszle yang shahjazel tu kan? Iskk.mulut I punnn. But, sebagai feedback kepada entry Kiah yang mengatakan business I makin maju (business je maju duwettt tarak) maka, sebagai jawapan kepada pertuduhan Shah Jaszle kepada gilpren-tangkap-basah nya yang dipanggil nya Psycho tu, ialah..

POMPUAN YANG PSYCHO ADALAH UNTUK JANTAN YANG PSYCHO SAHAJA

Well...in his case lah. Ada jugak pompuan baek yang dapat rezeki laki psycho and ada gak laki yang baik dapat bini yang psycho. Nak buat cemana? Ada case pasangan tertipu...ye lah, sebenarnya orang tu dah lama 'sakit', time berchenta indah belaka dan tak timbul sakit nya. Tup tup bila dah kahwin...keluar segala macam disorder.

Perlukah nak salahkan family orang tu yang tak warning kita dulu? Isk..cakap bab ni sensitip tau. Dulu arwah appa I pernah cakap...if you want to look for calon suami, his criteria adalah

- ada agama
- sihat tubuh badan

Dalam makna nya sihat tubuh badan tu. Ye lah, I dok pikir apsal appa suka diskriminasi orang sakit pulak...macam lah dia tu sihat sangat. Aruah appa mmg sakit darah tinggi as far as I can remember. Dah lah diri ini tak berapa nak jadi pujaan ramai masa muda rumaja, disuruh pulak jadi memilih. Meaning...kalau takde rotan, akar pun ada guna nya kan? Ni konsep wanita desperate lah kot macam I yang tak ada banyak choice. Kalau orang cam Badrul Muhayat tak suka kat I, kalau Badul nak, terima aje lah kannn? daripada tak laku langsung.

And how would you know orang tu sakit ke idok? When I was in MRSM, ada jantan ni terserlah kitidaksehatan nya...sebab perutnya yang buncchhh itu juga bermakna dia penghidap Thalassemia. So, boleh lah nak elak untuk terjatuh chenta, kan?

Unless you are medically trained tak pun mempunyai kehandalan Tok Bomoh yang pegang tangan je tahu orang tu ada kanser tulang, how can we escape dating jantan berpenyakit?

Little that I know at that time, maksud appa dengan 'sihat tubuh badan' itu maknanya...dia takde sakit 'gils'. Bless my father. Zaman-zaman tu mmg lah yang tak berapa nak bernasib baik tu set-set yang bila dah kronik akan dirantai bak Sidi Oraza in that Salmah film.

Then I terkenangkan orang Petronas yang ditikam dek laki nya atas arahan 'suara-suara halus'. Kesiannnn anak nya kecik2. Dapat tangkap..masuk jail. Diampun dek Agung maka lepaslah dia dari Tanjung Moktan. Elok aje dia keluar dari Tanjung Moktan, terus dia pi naik opis loyar nak saman pak mentua nya dan memintak harta sepencarian dia dengan bini nya yang dia dah tikam dgn screw drebar tu.

So si Shah Jaszle kata pompuan tu 'psycho'.  What prompted him..and any other men for that matter and even we women, to bestowed a 'psycho' label kat orang yang kita tak suka?

Kita ni suka sangat....bila tang orang tu terkeluar perangai tak reasonable nya, panggil orang tu psycho. Bukan lah I ni nak kata kita ni cepat nau nak judge orang. Ada yang memang psycho tahap KLCC. Cemburu buta, bila bini nak gi jemur kain pun kita boleh tuduh dia nak catwalk lalu menggoda jiran sebelah.

Ketahuilah..ada orang yang jenis nya memang kita tak boleh nak 'get on'. Kita cuba ikut rentak dia...tapi kesudahnya kita makin sakit hati dgn perangai nya.

Ada patient I pernah cakap yang dia tak tahu kenapa dirinya bertukar menjadi haiwan liar bila dia dgn gilpren nya. Pada dia, dia rasa dia sangat reasonable orang nya. Dia takde anger issue langsung sebelum dia menjalin hubungan dengan dgn gilpren nya.

Tapi...dia tak sedar yang, gilpren nya tu adalah pelakon drama bersiri lah sangat. Needy. This guy sangat placid. Needy dan attention seeker ni lebih kurang aje peel nya. Yes..hidup ini misti memerlukan. Masa kita belum berapa nak matang, kita perlukan mak pak kita. Walaupun at some point kita dah belajar berdikari, kita masih lagi perlukan attention makpak kita. Tapi apa ke hal nya insecure nak mampus sampai takleh nak berenggang pulak?

Ada mangsa keganasan yang mempunyai ciri-ciri...in sheep's clothing. Nampak baik, nampak vulnerable. Tapi...bila ada berlakunya keganasan, si mangsa pulak yang akan berkelakuan sperti pencurah minyak petrol kepada pemangsa nya.

Think...pompuan ayu-ayu macam Nilupa kena terajang dalam drama. Imagine lakinya geram kat dia pasal dia buat tuduhan melulu dan dah disuruh, diam...diam.. tapi Nilupa tetap gak pokpek pokpek maka zassss dia kena tampar. Dalam pada dia kena terajang tu, dia boleh lagi pokpek pokpek (read: tamparlah diriku...tamparlah diriku lagi) maka zass zass zsss dia kena penampar lagi. Padahal boleh je dia dok dendiam kan?

Yes, ada case yang mangsa adalah 'addicted' untuk diterajang sebab itu ajelah caranya dia dapat 'perhatian'. Ada pulak case yang kalau the laki tak bangsa kaki pukul, tapi naik marah jugaklah dan akan bercakap benda-benda kasar kat bini nya. So bila laki naik marah..maka si pompuan pun excited. Kena maki hamun kan kira dapat attention gitu. Negative attention lah pun. Dah kena seksa physical and emotional lebih kurang, maka lajulah akan dia mengadu kat orang akan perangai swomi nya. Suka betul dia kalau dapat bagitau orang yang dirinya terseksa.

Tak ke attention seeker tahap sialan tu?!

So, siapa psycho ni? Laki ka...bini nya?

You might also wonder why...kawan kita yang dok keluar dgn jantan jahanam (seperti yang di war war kan oleh mangsa itu sendiri) tapi tetap lah dok bertempek dgn jantan jahanam tu walaupun dah disepak terajang dan dilayan macam pompuan bodoh.

Tapi kan...apa pulak hal nya dgn pasangan kita yang tetiba jatuh sakit dan berubah menjadi tah hapa-hapa perangai nya?

Dulu ada jantan pernah bagitau I yang ex bini nya 'sakit'. I cakap...you tinggalkan dia sebab dia 'sakit' ke? Dia cakap, tak. Hancur luluh hatinya bila menengok wanita idaman hatinya yang dah janji nak sehidup semati ni, berubah jadi orang lain. Habis keluarga nya desak dia buang aje pompuan tu...tapi hatinya chenta dan cubalah dia bertahan..sampai kesudahnya dia dah takde upaya nak tahan lagi sebab bininya tu tak nak ikut dia balik.

Maka terpaksa diceraikan.

Dia kata, andainya kemajuan zaman sekarang ni ada pada zaman dia bermasalah dgn ex bini nya, maka he will fight for his love, katanya. I tanya..had you known about her 'condition' sebelum you kahwin dia, adakah you akan tetap kawan kawin dgn dia. Tidak katanya.

True lah..kalau kita tahu pakwe kita ada sakit jantung kronik, mahukah kita menyusahkan diri? Yes..it will break our heart a little...but we will somehow get over it.

What about...susah senang bersama? Ni kes lain lah dik. Ofkos masa chenta tu sihat tubuh badan..tetiba lak orang tu nak dapat kanser tulang lepas bertunang dgn kau, nak buat cemana kan? I think it will all be down to kita si pembawa penyakit tu sendiri. Kalau tahu diri tu akan menyusahkan orang... bukan ke bagus berundur?

Dah le tu dik ex makwe Shah Jaszle oiii. Takyah lah nak memalukan diri you lagi ye...dah la diri kena panggil psycho, kena letak jawatan pulak lepas kena serang kat opis (so..siapa yang psycho sangat nak serang orang kat opis..takleh tunggu orang tu balik rumah ke?) Ni kes belum masuk court lagi..lagi malu. Anggapkan Allah dah bagi warning kat you yang jantan shahjazel yang bernama Shah Jaszle tu memang tak patut dibuat boipren, apatah lagi laki.

Think about the losses you cut dgn jantan tak berduit tu. Biar lah dia. Selamat duit you.

Wednesday, June 26, 2013

Micro Credit Girlfriend

Voilaaaaa.....I tulis pasai Shah Jaszle, dengan tak semena-mena nya statistic blog I naik ke dekat 500 pageviews. Ni yang buat semangat nak tulis gossip pastu buat duit juta-juta dan pakai keta biemdabliu ni kannn?

Memanglah tengah musim mengawan nya kat media-media arus perdana dan tah hapa-hapa arus lagi...macam-macam cerita keluar. Terbaru, menurut Cik Tijah Kuek Temonung Dalam Keto ialah....

Shah Jaszle dah le minjam duit si Nilupa..pastu tak bayor???? Pastu si Nilupa kata..halal je lah. Apa? Halal je lahhhhh????

I think we would rather hear Abby Adidas tu 'menghalal' kan duit utang maskahwin nya dari Pak Polisi yang baru beranak kecik tu. Hutang cemtu patut dihalal kan. Ye lah..ape ke hal nya ko nak berkira sangat kan dgn ex laki kau yang sama-sama membesar kan anak jugak?

I nak tanya uols....opkos la benda camni tak pernah jadi kat I (pasainya I ni kan kedekut payau) dan I tak tahu nak ada opinion yang macam mana.

Patut kah jantan minjam duit pompuan? Ops..let's re word this again...kalau nak kata jantan...jantan could be any jantan. Apak kita lah, adik beradik jantan kita...kawan seopis jantan yang semanjang pokai sampaikan bini nak beranak pun dia tak berduit.

Patut kah boipren pinjam duit gilpren? Or mintak duit gilpren?

Sebagai pompuan, kita wajib memegang prinsip...duit mu duit ku..duit ku..duit ku jua. Sebagaimana besar nya pangkat kita dalam opis, dan klaulah jodoh kita merupakan despatch Norman KRU yang nampak je kaya tapi.......tapi.....nemind lah, kita bukan nak cakap pasal Normang Kay Are You hari ni ye. I say, kalaulah laki kita despatch Royal Mail ke, maka gaji nya yang seciput tu patut diagihkan 20% kepada bininya (yang kaya)

Yes, kita patut membantu swomi. Patut...bukan wajib. Dulu I pernah keluar date dgn jejaka yang I tahu gajinya kecik dari I. Sebabkan I ni malu nak kapur duit dia (sebab dia baik orang nya) I selalu cakap dgn dia..bagilah I bayar..you kan dah ambik/hantar I ke rumah gituh? In the end, the relationship tak ke mana..sebab I selalu rasa superior. My car was bigger (mahal) than his. This is also another story at another time ye?

But boipren? Pinjam duit kita? Ohhh. A girl really..in my opinion should draw a line. I think if we ever in a situation yang boipren tu dah on the verge nak kena potong jari dgn Ah Long pun, we should not bail him out. Kedekut kah kita? Yes and No.

But on the other hand, gilpren patut pinjam duit boipren. There is certain situation in life where feminism has no validity. That is about money. Men always claimed that they are better at ruling and saving the world and it is only fair, they should save our world too...financially.

Pastu...lagi baikkkk..if kalau awek kita pinjam duit, sebagai jantan macho...kita jangan pi mintak balik, kan?

Husband besor banyak tarap nya dari boipren. Even kengkawan jantan pokai kita kat opis adalah lebih patut ditolong dari boipren kita. Bagi kawan jantan pinjam duit dgn bagi boipren duit ialah dua situasi berbeza. Kawan jantan kita banyak gunanya dari segi practical. Kawan jantan is not necessarily have to be the giver. They may as well can provide help whenever we,the kawan yang lemah (lah sangat) mintak bantuan. Boipren...wajib menolong kita sepanjang masa kita perlukan nya (dan bila masa kita tak memerlukan pun)

Kalau laki kita tak cukup duit minyak nak gi kerja...yes...sebagai membalas jasa nya yang sudi mengahwini kita yang boleh tahan jugak lah songel nya...kita hulur lah juga. Sebab...tanpa kita sedari...duitnya pun banyak habis kat kita. 

Tapi kalau boipren tak berduit dan suruh kita isik minyak keta nya, topap tepon nya...or bayar breakfast roti canai nya, maka ini adalah peringatan kepada kita supaya mencari jantan lain. Yes, we must not expect the boipren to fork out everything kan? But we also must NOT pay for him.

So si Shah Jaszle yang shahjazel ni telah meminjam duit Nilupa RM 5 riboooo gittew. Punyalah Nilupa tu banyak duit sampai dia pun tak hingat (ye ke tak hengat...ke ko nak kaver malu sebab ko pernah date jantan fokai tu?)

Disini, nak lah saya cakap kat Cik Nilupa...kalaulah Cik Nilupa zakatkan duit 5 ribu tu kat rumh Tasputra Perkim...lagiiiiiiii banyak pahalanya daripada berzakat kat Shah jaszle yang shahjazel tu.

Say NO to jantan shahjazel. (di iringi musik latar...SPICE UP YOUR LIFE)

Tuesday, June 25, 2013

About Being Honest

'Do you want my honest opinion?' -----Orang selalu buat sentence camni kan?

Is there an opinion yang tak honest, you wonder? Yes. We gives dishonest opinion everyday. We sometimes don't know why. Orang selalu kata sebab nak jaga hati. Truth is, the not-so-honest opinion dispenser tu sebenarnya....nak nampak baik.

Not all lah kan...but kalau you all tengok and kaji balik, nak nampak baik ni ada audience nya tersendiri. Sebabnya, perlukah kita nak nampak 'baik' kat semua orang? Tak jugak, kan?

In day to day life, we will choose our own audience. Macam I lahh....I ni nak lah nampak baik dekat orang yang I sayang (or sayang kat I) Kat berapa yang takde makna tu, I buatlah perangai biasa-biasa jer...

Ada jugak orang yang kita gigih nak tunjuk perangai buruk kita. Memintak attention lah sangat. Trust me...orang yang tunjuk perangai buruk ni..kebanyakan nya ialah attention seeker, okay...

I selalu jugak bagi dishonest opinion. But I tell you...tujuan I bagi opinion tak ikhlas tu sebab I tak berapa suka orang tu. Situasi bila I kena tanya pasal orang lain. Si A tanya I, what I think of B. I don't have high regards for B. So bila A tanya..nak nak kalau I tahu A tu ada kepentingan dengan B, maka jawapan cover line is..B is okay. I don't know B that well....gituh. Walaupun si B tu adalah jahanam besar.

Youn know, some  people opinion really matters to us. Like..opinion laki or boipren kita sendiri. Dan..it depends lah jugak bagaimana 'significant' nya orang tu kat kita. I think..dalam reramai orang, partner kitalah yang paling tak honest sekali bila bagi opinion. Nak nak kalau yang bertanya tu adalah kita sendiri. Masa sayang nak mampus, segala opinion is clouded by perasaan. Perangai cilaka pun kata mulia. And now, setelah hidup bersama beberapa ketika, to give honest opinion pun..akan takut ter reflect kat kita sendiri. Makna nya..nak bagi tau orang opionion yang laki kita macam hamlau perangainya...terus kita paranoid yang mesti orang yang kita bagitahu tu akan judge kita, ohh betapa desperate dan bodohnya kita to put up with perangai jahanam cam tu.

Maka, terpaksalah kita bagi dishonest opinion, kann....laki ku adalah perwira negara gittew....when truth is, suruh cuci sawang lelabah pun pakcik tu mengelat.

What about..opinion kepada kengkawan? Pun bergantung kepada significant nya kawan tu pada you. I stop making contact with some friends recently. My reason ialah...sebab I dah tak berapa berkenan dgn perangai diorang. Nak ditegur, disebabkan dah lama tak jumpa, kita ni tak lah tahu apa permasalahan orang tu. Tapi apa yang kita nampak (dalam pesbuk) adalah memual kan.

Ada kawan I buat remark yang I sudah berlagak. I jawab...hmmm memang. I nak aja cakap...you tak kenal I. Kita kat sekolah pun cakap hit and miss saja. I have been out of your circle. I have grow to think differently from you. Well....what am I suppose to say to those yang buat statement...ohh I miss my zaman persekolahan etc etc. She might missed hers..but I am so glad that I am out of that time.

We hardly exchanged any plesantries at school..so sekarang bila ko dah start syahdu syahdu pasai sekolah, how on earth you expect me to follow?

Then I was invited to join this whatsapp group oleh sibudak sekolah lama I. Knowing yang I takde perkara common untuk diperkatakan, I remove myself out. Tup tup...orang tu buat statement pesbuk supaya, kita ni hidup jangan nak berlagak sangat.

I am sure that is meant for me. Tapi, kalau I ni pun tak masuk dalam list kad kahwin you, maka perlukah sekarang I berminat nak borak dgn you?

So kepada kawan yang cakap I berlagak tu....telah I hantar private message mengatakan yang, ye..memang I ni berlagak. Kesian jugak sebab dia baru tahu...sebab kalau dia rapat dgn I dari sekolah, maka dah lama dah dia tahu betapa 'berlagak' nya I.

Let's just re phrase back. Kalau orang mintak opinion kita...why don't kita cakap....err...honest or dishonest one? Be frank about your reservations.

Tapi kan..kalau orang yang kita nak bagi pandangan jujur tu (especially kalau peragai jujur nya macam cilaka) adalah pengamal ilmu hantu raya, polong, hantu paku, hantu setokin and anything memudaratkan diri kita...semacam mana cilaka pun perangai nya....simpanlah opinion tu dalam hati ya. If it doesn't bother you, maka buatlah tak tahu aje.

Tak gitu?

Sunday, June 23, 2013

Shah Jaszle II

Ni lagi satu contoh perangai-perangai shahjazel. A combination of 1, 2, 3, 4 & 5.

Tapi saya sangat kompiden yang si samdol berperangai shahjazel ni adalah berkaler hitam.

Saya selalu nampak puak shahjazel yang ni bersidai si Sunway Pyramid. Adoiyaiii...bertambah adoi lagi bila ternampak awek-awek terlebih 'cushion' dok menempek dengan diorang. Ohh adik...part mana pulak shahjazel mereka itu menyerupai Denzel Washington, tak pun Craig David, ahkakk pun tataw.

To each (taste) its own lah kannnnnnnnnnn? Kesian pulak I kat Puan Norma Syallieyana Nor Najib ni. Baca dgn lapang dada ye uolss....hihihi.


Dear Beloved one,




I will like you to read this mail showing some sign of concern to it. My name is Pn. Norma Syallieyana Binti Nor Najib a business merchant in Malaysia. As a result of my present medical condition now, my personal doctor confided in me few days ago that I have only but few more weeks to live and I see it as life been unfair to me. All my life i always pray for more opportunity of helping/contributing on humanitarian assistance.



In view of this setback, i want to donate my estate for humanitarian assistance, since this has always been the plan of my late husband and besides i have no child. I once asked members of my family to close one of my accounts and distribute the money which I have there to charity Organization in Somalia and Pakistan , they refused and kept the money to themselves. Hence, I do not trust them anymore, as they seem not to be contended with what I have left for them. In an effort to compliment the good work of God almighty and the wish of my late Husband I donate the sum of £2,000,000.00 (Two Million Great Britain Pounds) to you. On your acknowledgement of this mail and informing me of your nationality and current place of resident, my lawyer will facilitate due processes for transfer of this legacy to you. May God bless you as you use this money judiciously for the work of charity.



Sincere regards,

Pn. Norma Syallieyana Binti Nor Najib

Reply: syallieyananajib@live.com

Friday, June 21, 2013

Hapdate Dari KL

Hey uolsss....

Disini...dgn muka tak malunya nak lah kiranya I memberitahu akan progress project rumah agam I yang insya allah...akan beroperasi tak lama lagi.

Yes...cahaya-cahaya kebenaran dah dapat dilihat walaupun samar2. Furniture yang lebih kurang akan tiba tak lama lagi. 

Langsir pun telah dipasang. Puas I memanjat ye. I dgn loyar sabung ayam mengamalkan konsep sikit sikit...lama lama akan siap. 

I must thank all of you that have supported us...be it moral and financial. I really want it to be ready to occupy after Aidilfitri. So balik ke London lepas ni...akan bermulalah aktiviti menyamun bank sendiri. 

To those who knows of any individual yang memerlukan bantuan, please visit our website www.helpnhope.com and make your plight known to us. 

To those yang banyak duit dan tetiba lak rasa nak mengeluarkan zakat...sila hantar sebijik fridge, TV dan dapur memasak. 

Oh ye...selain dari mempromote project sendiri tanpa segan silu, saya juga ingin meminta jasa baik uols untuk membantu day centre untuk children with special needs di Tasputra Perkim, Jln Ampang Hilir 5, kat KL sana dgn membeli kurma yang ada dijual disitu. Sedang elok lah kita ni dah nak berpuasa tak lama lagi kannn? 

Pergilah uols singgah dan belilah barang sekotak. It will help them a great deal.

Semoga Allah merahmati anda sekalian. :)


Sent from Samsung Mobile

Wednesday, June 19, 2013

Shah Jaszle

Sepagi buta semasa kami tengah bersidang memikirkan masa depan serikat....I tanya loyar sabung ayam...weihh, siapakah Shah Jaszle ittew? And, most importantly...how the hell should we pronounce his name, Jaszle as it Jazli or Jazellll?

Apa ke naharrom nama susah cenggitu?  Dengan penerangan cik puan loyar sabung ayam dan juga bantuan google dan blog gossip retis ---btw, I cakap dgn loyar, maybe I should write gossip blog too...gossip retis atau orang fofuler lain la...yelah, who will want to read cerita spender Kiah benang berjurai kann? Or who wants to know siapa ahli akademik yang cilok spender laki nya?  Wahh...dah le cerita gossippan hanya cut and paste tak pun salinan semula edit lebih kurang sokabar or gossip column yang lain...but hasilnya? Dapatlah orang tu pakai biemmmdabliew. Jehlessss I. I dengan loyar sabung ayam puas lah pikir cemana nak menjana pitih untuk membantu orang tak berapa berduit dapat bantuan. Yes...I should write gossip. I must....I must.

Okay...so si Shah Jaszle ni. Maka gigih la aku membaca kisahnya. Muda lagi budaknya. I cannot remember seeing him in any cerita melayu yang I sempat tengok bila I balik Malaya. Hemsem kah dia? Well...my definition of hemsem is muka Adi Putra. Bertambahlah lagi kehemseman nya kalo dia pandai dan juara piala pidato sekolah tak pun...score A1 in that triple one nine paper. Fuhhhh....I love it when people can speak and write England well.

In a space of 2 maybe 3 years...si shahjezel ni telah bersusun makwenya. Daripada anak dara ke mak jands. Opkos la...lawa2 sungguh makwe nya. Belumlah lagi I baca kisahnya mengorat Kiah lantas ditangkap khalwat. Though Kiah is into pretty boy, I really don't think she will fancy this shahjazel boy. But I don't know....Kiah loves anything that is 6 inches...including Subway Sandwiches.

So, nothing good to read about this boy. I am sure kita semua dah tahu so dia sungguhlah tak ferlukan promo dan publisiti dari blog tanpa iklan I ni. Statement2 dari gilpren lama juga tidaklah membantu. Tak boleh blah lagi dgn dianya nak buat press conference lagi nak bagitau dunia pasal kisah nya. Pigidahhhh.

Kesimpulannya.....dia ni selalu ada scandal dgn dua orang pompuan dalam satu masa. Dan terkantoi. Hanya jantan babi saja yang ber peel ghope itu. So...katanama ganti bagi jantan babi ialah shahjazel (1).

Dia juga telah ditangkap khalwat. Ditengah malam pergi keruman fomfuen yang bukan tunang nya. Membuat alasan nak amik baju lantas tertidur dirumah pompuan itu. Sundal la sangat.  Katanama ganti bagi sundal ialah shahjazel (2).

Ada article I baca pasal si Shah Jaszle ni selalu lambat datang appointment. Katanya dia susah bangun pagi. Dah ko tido lambat, maka liat lah ko nak bangun pagi kan? Apa ke bangang alasan tu? Sebagai manusia biasa yang tahu kita ni kenkadang kena hidup macam manusia biasa yang adakalanya kena kejar flight pagi, boleh ke kita kiranya nak ngamuk atau bagi alasan yang kita ni takleh bangun pagi setiap kali kita lambat datang appt? Alasan bangang sungguh. Katanama ganti untuk alasan bodoh ialah shahjazel (3).

Ohh...ye. Bila kita ditangkap khalwat, adakah kita kena buat press conference?

Boleh ke si Jantan ni pi bagitau kat budak fomfuen yg bukan tunangnya ni yang dia takde duitnak isi minyak kereta dan mintak dihambik? Wahhh....nama jek artis fofuler dan menjadi pujaan sirap naaa....duit nak isi minyak kereta pun takde? Ke, kita perlu bersangka baik yang card mebeng nya rosak, Piah oiii? So katanama ganti bagi jantan pokai ialah shahjazel (4).

Jantan yang menggunakan alasan bertunang/berkahwin atas paksaan keluarga untuk mengorat pompuan lain , apo makno eh tu? Yang si kena orat tu macam baru semalam lah hidup kan? Dah gambor bertunang keluar media bagai...seraya happy jer gamaknya...baju pun sepasang...adakah itu kena paksa gayanya?  Pastu...ko pulak hidup zaman apa? Ada ke lagi budak2 kena paksa bertunang? Siap kluar instagram twitter sehala...sendiri punya..lagi mau kata kena paksa? Kan ke jantan buaya namanya tu? Buaya is shahjazel (5).

Seterusnya....

Pelakon Shah Jaszle itu ialah shahjazel (1). Dia juga adalah shahjazel (2). Dia suka membuat shahjazel (3). Dia sebenarnya idokle bagus sangat sebab dia selalu shahjazel (4). Dia mmg la tak guna dan hanya layak dijadikan umpan untuk shahjazel (5).

Sekian.

Sunday, June 16, 2013

Semuanya Impromptu

Mebeng tuyu dgn sesuka jiwanya meng deactivate bankcard I. Tataulah apesal tau. I dengan kompiden gila balik Malaya berbekalkan duit £60 dalam purse, duit malaya ada dalam seratus lebih agaknya leftover from MB1 balik Malaya tu hari. I ni selalu lupa yang I ni pulang ke Malaya di era 2013 bilamana dah tak ada lagi Nescafe Ice yang reganya 80 sen. But trust me, apa saja propahan Kiah yang I ni sungguhlah high mentenen, I am as comfortable as hell makan di gerai2 tepian jalan tu. The only downside makan tepi jalan ni ni is that...selang seploh minit ada salesmen/salesgirls tissue. This will be another story for another day ye?

Tapi kannnnn.....selama 4 hari berturut-turut tu, hidup I persis pompuan simpanan ye..dimana, makan apa, nak pergi mana semuanya ditanggung halal. Walaupun tak berduit, diriku ini makan dengan melampau banyak nya. Dengan tak berduit juga, I tetap gigih nak pi kenduri kahwin kat bandar tempat yang pernah menjadi padang permainan I. Maka, dgn baju yang ditaja oleh Temah ehhh...Molly Czareena, maka we both transformed into Seripah Amani dan Seripah Aleya. I really love my baju kurung cotton. So, that's my baju raya this year sorted gittew.

So yes, trip balik yang sangat impromptu dam juga mengkemekkan bank account (not really thanks to zero percent credit card) adalah berjaya. Berjaya kerna dapat menghantar present hari ibu (excuse lah ni) kepada omak saya dan juga dapat berjumpa kawan ketat dan juga dapat pergi kenduri kawin kawan saya. Saya pueh hati. Pengantin jantannya sendiri menjemput saya masa dia dtg melawat saya di London.

Tapi saya happy. Saya happy kerana begitu ramainya kengkawan yang kata I best staying put kat tempat empat musim tu daripada balik ke Malaya yang tak pasti masa depannya (dan mentality yang err....too early to comment lah, lagipun dgn regular komplen dari mulut I maka, it is either I ni berubah or blah, kan?) I was miserable thinking of Amma.

Haiyooo....tak boleh tido dibuatnya. Sampai mimpi yang pelik2. Then, I missed MC. Bila kira-kira, barunya pun 2 bulan lebih tak jumpa tapi rasa macam lama. Hiks. So yes...setelah 3,4 hari...saya adalah kembali ke warna asal. Iaitu warna Tony Fernandez.

Akhir kata,sebelum update yang seterusnya....I lapyu Kiah & Temah.

Monday, June 10, 2013

Update

My appa & amma adalah orang gomen.

Saya pergi ke sekolah gomen. There's some years I kena masuk sekolah private sebab appa kena transfer over the sea, tapi not long enough to pump all the air inside.

Ohh...saya dapat pergi over the sea jua...dengan duit gomen. Syukur.

Saya sayang ibu dan bapa saya. Adakalanya kami bercanggah fikiran. Nak nak dgn bapak saya. Selagi saya hidup saya akan bersyukur kerana dek kerana kerja kuat bapak dan mak saya lah saya hidup dan dapat merasa apa yang saya rasa sekarang.

Tapi..percanggahan fikiran tetap ada. Dah namanya pun masing2 ada fikiran kan?

Semasa saya belajar disekolah psycho tu...banyak juga benda yang selama ni saya tak tahu ada dlm pala hotak saya, berjaya di unearth kan. Sebagai anak orang melayu dan beragama Islam, saya sentiasa diajar dan ingatkan untuk selalu menghormati makpak saya dan tidak menderhaka.

Semasa bapa saya masih boleh berkata-kata, saya pernah tanya, saya ni pernah ke derhaka? Dia gelak2 saja. Tapi katanya..saya keras hati.

Cikgu disekolah psycho itu kata, tak salah kita bercanggah fikiran dan marah pada makbapak kita. marah, percanggahan pendapat dan kasih sayang, adalah perkara berbeza. Sehabisnya pengajian saya disekolah psycho itu, saya rasa menyesal pulak. Saya tak sesalkan ilmu yang saya dapat, tapi saya menyesal kerana saya biarkan kepala hotak dan hati saya hanyut dgn segala anology emosi mereka.

Okay. Saya sebenarnya nak cakap pasal benda lain. Saya telah dihentam dgn teruknya oleh kawan satu sekolah yang menuduh saya Anti Gomen. Katanya, saya tak sedar dari mana saya datang. Saya rasa dia itu buat andaian sebab opinion-opinion saya lebih incline kepada parti pembangkang.

Oh ya...dari pengalaman saya, orang yang marah menggunakan emosi ni adalah lebih baik tidak dilayan dan tidak dilawan cakap nya. So bila dia tuduh saya yang bukan2...saya diam aje lah. Sehabisnya pun saya jawab..okaylah..itu pendapat you.

Saya kesian juga tengok orang yang kena tuduh sebagai si 'tak mengenang budi' ni. Hanya kerja dia tu tak ada pendapat sama dgn orang yang 'kononnya' mengenang budi ni. Nak nak pulak yang duduk over the sea macam saya. Kata mereka, saya tak ada disitu so, apalah yang saya tahu.

Saya tak tahulah apa tujuan orang lain mahu bercanggah pendapat dgn sistem kerajaan kita yang sekarang. Tapi saya tahu tujuan saya.

Budi dan tanggungjawab, adalah dua benda berbeza. Begitu juga dgn kasih sayang.

Bila saya belajar diluar negara dan bekerja diluar negara, ada certain benda yang saya rasa adalah lebih bagus dari apa yang ada di Malaysia. Sentiasa diperasaan kita terdetik, alangkah baiknya kalau orang Malaysia buat mcm ni..mcm ini. Bila saya rasa confident sikit, saya buatlah cadangan. Mintak 'tukar' sikit. tapi mestikah itu bermakna saya tak mengenang budi?

Pembangkang dalam negara kita ni..orang Malaysia juga. Wallahualam, if mereka bangkang untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi, salahkah membangkang? Adakah kerana saya tinggal di Subang Jaya maka saya tak boleh mengkritik Sungai Way?

Adakah kerana, makpak kita dah bagi kita makan (err..sebab itu tanggungjawab mereka) maka kita tak boleh nak tegur meraka?

Entah lah. Pendapat kita lain-lain, kan? Ada orang..baru tgk Heathrow Airport, belum pun panas bontot kat oversea, terus kutuk gomen Malaysia gila-gila. Nak kata dia dah berbakti kat gomen...takdelah jugak. Culture shock macam nokharoms sangat.

Ada yang..kampung sendiri pun tak pernah keluar tapi semua pun nak bangkang. Buat jematan, bangkang. Buat padang bola bangkang. Hidupku sunyi tanpa membangkang gitu.

Tapi, kalau tak dapat terima criticism orang, usahlah pulak nak kata orang tu tak patriotik ye? Yang tukang critic pun berpada2 lah..alangkan budak pun merangkak dulu baru boleh berjalan, ye tak?

But having said all that...apa pula yang patut kita label kepada waiter kapalterbang...idoklah dia sedar dirinya tu waiter ye, tapi mengutuk pax kaw-kaw macam dia tu lah yang bagus nya. Ni yg I tak paham...pax yg dia panggil bodo tu lah yg bayar duit tiket utk bayar gaji nya.

Dah tu, kalau kau rasa kau bagus, apsala ko tak pi kerja jadi dayang Istana aje? kan ke yang masuk istana tu semuanya pandai2?

Nama pun kau pilih kerja service industry...expect anything lah bai. Ish...

Sekian. BTW, saya pun pernah jadik waiter...so, yes, saya rasa saya sedikit qualified la nak tegur waiter2 yang kaki tak jejak lantai ni.

Friday, June 07, 2013

Different Pages Of Us

Hello staff Kenny Rogers...dimana-mana cawangan pun (except The Curve) Uols memang lah bernasib baik sebab Cik Kiah hanya sampai hati mengomplen via blog dia aje sebab kalau lah uols kena kat I...err, ingat tak Capt Lukman & Fiona Shanana...service hempas cutleries kat Midvalley? Harus ku panggil Manager nya depan staff hempas-hempas tu and suruh dia buang 10% service charge dari bill kami. Jawapan saya senang aje...kenapa saya perlu bayar dgn service yang lembab, hempas menghempas dan muka yang sial? I rasa nak kerja aje kat Kenny Rogers. Seriously, most customer will mind their own business anyway..so, susah ke sangat kau nak buat kerja kau? Kalau tak nak melayan orang, janganlah jadik pelayan, kan? Tak malu ke mintak service charge weih? Itu untuk staff Kenny Rogers ye...(and I wish if that you are experiencing the same, stand up for your 10%) dan juga pesanan manja untuk para-para pembaca yang meminta agar saya 'menelek' if depa tu ada 'gangguan psikologi'. Saya sangatlah arif tentang betapa malu nya kita bila kita rasa kita ni lain dari orang lain... Tapi...dah nama pun ko nak mintak tolong, usah lah defensive bila kita saran jumpa pakar tak pun ambik ubat kan? Again..I bukan psychiatrist/psychologist. CPN pun bukan. You nak opinion medical, you pergi jumpa doktor. Unless health professionals yang you jumpa you set-set pakcik or makcik Wok ataupun blogger yang suka cerita apa pesen orang yang dia jumpa atau bagi service, I believe what is said and done is protected under patient/doctor confidentiality. What I hope to achieve here is untuk kita sama-sama membuka mata dan hati pada yang memerlukan. Mana-mana orang yang ada masalah, memerlukan support network yang kuat. Support network tak semestinya ahli keluarga, boipren gilpren etc. Kalau you majikan, ketua jabatan atau kengkawan pada orang yang ada masalah, seeloknya, bagilah moral support gitu. Dan kalau you kerja kat Human Resources dan ada access pulak pada info yang sensitive begini, janganlah you pi kompang tak pun buat bahan gossip berceita dgn BFF ye? Just so you know..mental disorder is not contagious. You can only get infected with HIV if you ada transaction berupa insertion dalaman dgn pembawanya. Setakat salam tangan, berkongsi udara satu pejabat dan cemolot, idoklah nak jadi apa ye? Malu bertanya..sesat jalan gitu. Ni dah le malu bertanya..kaki kompang takde work ethic lagi. Sungguh memalukan dan sewajarnya you pergilah terjun lombong. Nama je sekolah tinggi! Okay..you asked me about Personality Disorder. Penyakit ni ada 2 or 3 category kalau I tak silap la. Yang I pernah kerja dengan islah those yang ada Borderline Personality Disorder and another one is Dissociative Personality Disorder.I think the other one is just Personality Disorder kot..(hello any consultant reading? Boleh vouch tak?) Thanks to google, we can get access to so many information. And kepada yang suspek dia ada gangguan personality tu, terus je google dan start lah risau yang bukan-bukan nah? Nak jumpa Dr malu. Tapi..I tak lah salah kan you...bila kita ni sensitif, kita akan rasa paranoia sikit. Paranoia ni adalah perkara biasa. Kaum pompuan kan sensitif dan bila kita nampak atau rasa laki kita lain macam sikit...takde kita mempunyai rasa paranoid yang membuak2? Elehh..takyah cakap pompuan lah...jantan pun sama. Tapi tahap keparanoid an tu terpencil lah sikit kan...sebab nak cerita kat kawan malu. Takut jatuh macho. Orang pompuan pulak...information sharing mmg patut dipuji gitu. Bagus ada support network banyak2 ni..sebab lagi ramai orang tahu, lagi senang kita dapat info kan? Tapi..I sangatlah tabik kepada yang sensitive ni. Sebabnya, dia terlampau sensitive akan 'kelainan' dirinya dah dia tak nak lah pulak dia tu besok2 akan menjadi beban kat orang lain. Betul tak? Some of us...adalah terlampau concern sangat dgn orang yang sakit ni. Err, makji..my fren ni kan..ada gangguan emosi sikit and dia terus recluse himself from the world and shut people out completely. We are very worried, kata you. Perlu dingat, when we are close to someone, we will somehow know how is he or she naturally. Adakah dia tu bangsa semua benda nak cerita kat orang ke or dia bangsa cerita sikit2. Kalau dia tu bangsa kudis gatal kat bontot pun nak bagitau mak dia, maka bila dia tetiba shutdown tu, kita patutlah berjaga-jaga. When I say jaga-jaga tu makna nya..observant lah..bukannya setiap langkah orang tu kau nak check. In some cases, you katalah orang tu refused your help lah etc etc. Maybe it is now best that you take a step back. Orang tu refuse treament ke, refusing you sebenarnya? People with emotional problems mostly experiencing something that they don't quite understand themselves. You pushing them to open up to get help sometimes is not going to help them. You will get frustrated and so will them. Macam kalau kita ada anak bermasalah lah...kalau anak tu mmg set-set tak rajin nak ngadu, jgn lah dok setiap minit,oii habaq lah kat mak apa masalah hang. Tak ke dia rasa nak lari dari rumah..tak pun nak tikam muka hang? Talking about being in their face..literally kan? Majority of us think that personality disorder is something like, pagi ni dia Seripah Aini and malam karang, dia bertukar jadi Salamiah Hassan. Well, sort of but knowing us, we like to resort to something extreme lah sangat kann? Trust me, we ourselves will have minor episodes of personality disorder too. Maybe not as bad but yes, we all do. We ALL have mental health issues ye. I have somebody who tells me about her marriage to a husband with mental illness and the illness shut people away...her included. Listening to her stories, has arouse my suspicion that maybe it was her that pushed him. We sometimes quick to judge people sudden changes to 'tak centre'. Common stories we heard, my husband went away..and he came back a different person. Chances are, when he was with you, he lose sight of his 'original' self. Get away, regain another perspective and realised that, you are bad news. Is that 'mental'? No lah...tu case season change..people change. Another thing we must know about people with personality disorder ni, be it borderline ke, dissociative ke...depa tu social skill kenkadang ter affect and susah nak maintain hubungan dgn orang ni. You might wonder why kengkawan you lari. Selalunya orang yang lari ni sebab orang tu dah tak larat and dah tak tau apa nak buat dgn you. Ada orang nak jadi kawan saya. Kita ni kalau nak berkawan dgn orang, kenalah mengamalkan konsep gearbox kan? Gear satu...getting to know the person...dan gear-gear seterusnya. Ni tak, you cerita hal laki you lah, hal boipren you lah...and because I don't really know you, I am at lost to what to do with that information. Like, siang tanya I if I pernah pergi sembahyang Jum'ah dak then terkenang2 masa kat Tanah Suci dedolu rindu pastu malam gi cerita dia pi naik motor dgn boipren sampai eksiden. What do you want me to say? Bila I diam, tanya pulak..you marah I kah? Errr. I always believe that until you are comfortable enough to dispense information about yourself, it is always best to keep some to yourself. Inadvertantly, we give out our weakness and too bad, we got judged. Failing in relationships, although naturally will make us feel like a failed loser but if we confront it with an open mind, it will be an opportunity to gain back confidence, to set what was wrong to right and to set on another journey...alone or with people. Last word of comfort, yes..if you think you may have personality disorder...there are some great ways to uncover the keys to this disorder and thay may mean that living a normal life is very possible again. ------ni ayat yang saya copy dari poster kat bilik consultation saya. Hiks :)

Tuesday, June 04, 2013

Konsep Pasrah Yang.....Salah

Hola uols....disini ingin saya memberitahu yang tanah England adalah panas dan saja tidak ferlu memakai jacket  tebal untuk keluar rumah. Walaupun tidaklah sepanas Malaya, saya adalah bersyukur kerana dimusim-musim beginilah saya boleh menayang T-shirt saya.

Tajuk diatas adalah di inspire oleh kawan satu sekolah saya sebelum sekolah tepi bukit yang berhantu ittew. Kawan saya ini dijaman muda rumaja nya adalah digilai ramai oleh jantan sekolah sebelah, jantan dah habis sekolah dan jantan dari category lain-lain. Perlu ingat, dizaman ini belum ada lagi jantan flashy berkereta honda civic. Sehabis posh pun...jantan itu bermotor RXZ dan ada kerja tetap okay. Habis cerita, jantan yang kita tak payah risaulah bila kita gi keluar makan sebab dia akan membayar bil nya. Gitu.

Pada pengamatan saya...pompuan yang ramai peminat ni (ye lah uols, orang macam I nak dapat satu admire pun payah, yang diorang ni..beratur pulak jantan hantar surat) adalah berperangai pelik dari biasa. Why I say pelik is that..ye lah..agaknya sebab dia tu tahu kan dia ramai admirer, maka terserlah ke 'vulnerable' an mereka yang kenkadang tu sungguh tak ferlu..like...siapakah yang harus ku pilih lantas membawa stress, tak lalu makan dan sebagai nya? Habis satu sekolah tahu ko tengah dalam dilema..disana menunggu, disini pun chenta. Dunia kau nak runtuh betul masa tu. Everyone you know and you talked to tahu kau tengah bermasalah. Pastu buat statement, biarlah aku yang merana asal dia bahagia. Lerr...tak ke budus tu? (Pada I lah kann) You already have one pakwe, tak usahlah ko melayan pulak orang lain. Ni tak..ni ko layan..tu kau layan...(jeles nampakkkk?)

After years and years...pompuan lawa macam dia patutlah dapat good catch kan? Yes, she did. She bagged herself jantan idaman Malaya lagi dengarnya. Maybe her standard of idaman Malaya and mine is different but having gotten hitched that young (20 to 21 ?)  her idaman Malaya at that time is a local musician yang set-set keluar sokabar lah jugak. Fuiyooo. Macam kiranya..kita disambar Man Bai takpun Acis lah gituu..Kiah oiii. That was the last I heard of her. We were not that close pun masa sekolah..ye lah, with her having all that masalah yang mana satu pilihan kalbu kannnn?

But yes...FB brings the world together. It connect you to almost everyone, ex lovers..con man..future spouse..musuh ketat you name it.

With anak 5 orang in tow, she is now like living in a parallel, antara ada laki dan tak ada. Katanya. We got into talking recently. These days...my ex school friends only strike a conversation with me about how great it is living oberseas. Hek elehhhh. Ok..rezeki Allah bagi..syukur lah kan. Yupp, saya bersyukur. Rezeki dapat belajar obersea (thanks to appa yang garang), rezeki dapat kerja dan rezeki untuk segala-galanya. Syukurrr.

Maka acik tu berceritalah tentang jelesnya dia pada I. Judging from my photos, I must be happier than her. Dia pun katalah..tak kan lah ko tak pernah dengar cerita pasal aku...

I pun jawab la...ohh, ada cerita yang saya perlu tahu ke? ---nak aje ku cakap, ko hengat orang dok nak cerita hal kau aje ke? Or, dgn defensive tak bertempat nya I can jawab...ko ingat, kerja aku bergossip hal kau aje kah? Nope. Yes..I do heard stories tapi takde lah I ni mengiyakan khabar-khabar cyclones yg I dengar pasal dia. Ye lah... but what good will it do to a person you havent met but heard stories about? Maka dia pun bercerita lah.

Ohh what's new kan? Cerita jantan tak leh harap. Dalam pada jantan tu tak boleh harap...anak tetap bertambah dan problem bertambah banyak dari yang sedia ada. So, what do you make of one person with the same problem?

We will never be in a good position to judge someone else's life sebabnya kita tak lah tau masalah orang tu sebanyak mana orang tu tahu masalahnya sendiri, kan? Tapi kalau dah orang tu, dok lah bagitau you betapa rumitnya rumahtangga, dgn laki tak balik, duit tak kasi..anak2 dan dia nya pun terbiar, you can't help to wonder...eh, takde ke orang yang ketuk pala kau suruh kau berambus dari jantan tu cepat2? Trust that I asked the same question. Ye lah...of course kengkawan yang dok dekat dgn dia tahu masalahnya. With FB so handy, mulut dah takpayah bergerak dah. Post ajelah kisah rumahtangga kau nescaya habis semua kawan rapat, kawan tak rapat...dan kawan yang ko tak pernah jumpa dari umur 7 tahun pun tahu apa cerita dalam sepentot.

Katanya lagi..dia sekarang merempat, pinjam sana sini, mintak duit sana sini. Tapi, boleh pulak anak beranak hapdate FB kannn? Takpelah..bak kata Dr Unimas tu, kehendak dan keperluan is different. Macam orang putih kat sini lah..dok cakap, pokai..pokai..tapi ada pulak duit gi minum air setan tu kann?

Disebabkan I dok menyampah gila lah dengar dia wallowing self-pity dgn macam dia ajelah yang terseksa hidupnya, I tanyalah...why can't you do something? Pi lah kerja ka apa ka. Katanya payah..takde orang jaga anaknya. She has done what she could. Dia kata sekarang dia pasrah aje lah. Turun naik pejabat Agama. Everything is payah....

So, I bagitau lah...you kan dah ada anak2, and knowing that things can't change with the other half, bukankan ini masanya untuk kau berambus and do something for yourself and your anak2 too? Katanya, Allah belum nak izin lagi. Then of course lah, perangai zaman anak dara nya keluar...semangat tak kuat lah...I don't know what to think lah..pastu uols, dia boleh pulak kata, come and see how I live and then you will know.

I don't know about you...but I could set fire to her head!

Okaylah. I helped her all I can. Orang dah mintak kan...but just because I gave her the help she needs idoklah memberiku lesen nak ajar dia ngatur hidup dia cemana. So, I told her, takyah bayar lah. This is your rezeki from Allah, through me. So we stop talking.

Let's discuss character mangsa dan pemangsa, shall we? Some mangsa...really tak ada banyak choice. Like, kalau kita ber parents kan pendera anak-anak, so sebagai anak yang bergantung pada makpak, apa yang boleh kita lakukan selain daripada membuat planning untuk lari dari rumah. Some mangsa was so badly abused...and got emotionally affected memanglah takde nampak jalan keluarnya.

Tapi..ada jugak mangsa yang...tahu jalan keluar, ada otak jugaklah untuk berpikir. Ye lah, kalau kau sendiri tahu apa orang tu buat tak betul dan menyiksakan, tak ke bodoh ko nak jadi mangsa aje? Pulak tu...you know very well satu kampung dah tahu (dah kau pi cerita) and days on end, tu aje yang ku dok mengeluh-ngeluh.

Tak ke kita kenkadang suspect yang ada mangsa yang set 'suka' menjadi mangsa?

Ehh..ada uols. I do know of one mangsa yang memang suka 'mengapi' pemangsa nya untuk dia dipukul bertalu-talu..pastu memaafkanlah orang tu atas sebab..ohh he can't helped it..we love each other..ptuihhh ptuihhhh. Lusa kena terajang lagi...start again...and so on.

There is people who 'advertise' abuse inflicted on them to get attention. They almost love it to be the one you be feeling sorry for. They loves to rile up the pendengar akan betapa seksa nya dia. Kalau ada paruts lagi dia suka youuu.....and the mangsa will then tell you how their nasib is destined to be like that..yakni untuk diseksa sepanjang masa.

Babi la sangat, kan?

I kan uols..saspek kawan I pun macam tu. Sebab dia tahu orang kiri kanan dok kesian akan nasib nya yang dirundung malang tu. Bila suruh berubah dan membuat perubahan..terus macam tak ada upaya dan ber konsep-konsep pasrah pulak. Allah tak izin lah...Allah belum bagi jalan lah...kita yang nak menyelamatkan dia ni pulak rasa macam batu api.

Nak tunggu Allah bagi semua ke? Habis...otak tu bukan ke Allah yang bagi juga.

But seriously, chenta tu chenta lah jugak kannn? I ni pun idoklah bahagia dgn perangai panas-sejuk-suam-menggelegak the other half tu. But bak kata dia..you ni boleh tak jgn pikir bukan2..so, I ni idoklah nak berpikir bukan2 melainkan benda yang I dah sedia tahu (yang perangai nya macam cipan)

But...bak kata my fren tu..ko tak tahu..aku yang menanggung nya...

Ye lah kan Piah....kita ni apa tahu...(selain dari makan sushi sampai nak koyak perut)