About Me

Thursday, February 07, 2013

Assignment 2

Terpaksa Tukar Tajuk. Tapi tak apa, I ekcherli nak cakap pasal trophy dan hal-hal berkaitan dengan trophy.

Dalam department forensic Mental Health, trophy adalah sesuatu yang boleh dikaitkan dgn benda2 seram. And by seram I don't mean Ju-On. I used to work in High Security Mental Health Facility. Bolehlah setakat nak mencantikkan CV dan mencari pengalaman. Nak ber station lelama, takut I pulak yang mati sakit jantung. People always say that there is something for everybody. Some things are for you and some things not. Loyar Sabung Ayam pernah bagitau I yang kerja bergaduh hentak kaki tangan depan tuan hakim adalah bukan dia. Kepakaran bergaduhnya is limited to bergaduh dgn orang pejabat tanah aje. Tu pun bergaduh secara halus. She is by far, cannot match the skills of Karpal Singh. Skill Cik Seripah Lisenlisenlisen adalah jauh sekali.  

BTW, I am sure that Seripah Lisenlisenlisen tu ada issue dalaman, but let's that be another story for another day ye. 

Okay, let's do this for now. Sila kaji kenapa....orang suka kata lelaki yang hensekem adalah untuk fomfuen yang chantekk saja. Kadang2 comment puaka ni datang nya dari kawum2 pompuan dan ada jugak yang datang nya dari orang jantan----yang bermulut cam pompuan lah kann..in this case. I have read some similar articles discussing this.Reading the article makes me sad. 

Masa I kat sekolah ujung donia kat bukit gondol tu, I know this average looking girl yang ber BFF jejaka macho lagi pujaan ramai. If I am honest, you are talking Yusof Haslam & Fauziah Nawi. You would expect that Yusof Haslam would date the like of Noor Kumalasari or Aida Rahim and leave people who look like Abu Bakar Omar to chase after Fauziah Nawi. So yes, this Fauziah Nawi looking friend of mine baik dgn Yusof Haslam look alike. Too close that they sent V card to each other tapi tak pernah pun declare rasa chenta. I think my Fauziah Nawi fren diam2 menaruh hati. But of course, kita kan anak dara Gen X yang sungguh tinggi sifat kemaluan. You don't approach a boy to tell him you syiok him. But their open closeness begs kata-kata sumbang mambang cilanat like, pakwe dia ensemmm...girl dia tak berapa. Tak balance sangat. Kata2 itu akhirnya sampai jugak ke telinga si Fauziah Nawi ni, and hey...tak ke berdentum self-esteem kau dengar? That people think only women who look hot deserve devotion. Fabulous people deserve fabulous things / partners / etc. 

Last2 Yusof Haslam boy started going out steadily with Maria Arshad looking girl. Barulah ada acceptance gitu. But looking back and now, people think that one suitable pair is the one who is deem 'suitable pair'. Whether the partnership works on more reasonable foundation i.e. I get you, you get me..and we do understand each other jokes warts and all is a different story. 

If you are Aaron Ajis, (hensem ke dia ni?) and yes, you must go out with Fazura. Biarlah Fazura tu mengilai serupa Musang mengawan and thinks URTV is cool and everyone must have reading materials is Mangga Magazine. Trophy gilpren lah sangat. Tu kot yang agaknya kawin 2,3 bulan tak sampai pastu, buat lah statement, saya tak bersefahaman, kan?
 
I think that's what we're taught, right? Fabulous, or even just good people deserve good things & deserve to be appreciated for what they are. But how come so many people appear to not have learned the same lesson? Or, even if they had, don't practise it? Sometimes I'm quite surprised by the response of this but goes to show that it IS important to have people think like that. Like, to make people think a tad - and to make women who feel shit about themselves have more faith in their own identity and physical appearance. 

Being someone who had years of image issues, even now, I am still trouble by compliment yang berbunyi 'Makji, you're beautiful'. Automatically I pikir dia tu rabun tak pun ada babi disebalik kuehtiau. Mulalah I pun malu2 rimau jawab, you really think so? It's just not always the feedback that I've been given I think. Nasib I baik lah...I takde lah kawan yang pi cakap kat I yang I ni hitam lah, gemuk lah, gonjeng la..tak menarik jalan cam kingkong etc etc (but I am sure set2 perasan chantik tu akan cakap belakang2 I) 

In the midst of more and more campaigns to push for acceptance of different body sizes it is also far off from changing people's mindset. Ye lah...people like me, manakah layak nak berdampingan dgn Nuar Zain kannn? 

Kita pun sering disajikan dgn gambar2 kahwin sucessful man (if they are not blessed with good facial exterior) dgn all these doll up women. Kita yang tak berapa nak doll ni rasa, hmmm....unless if there's a little help from my fren Mr and Mrs Mak Esah dari Siam nun...jangan kau mimpilah nak merasa ber wedding of the year dgn jutawan. 

So back to trophy,  besides the material things we acquire along the way, bf/gf kita juga secara tak langsung boleh menjadi trophy material juga. Tak payah kata bf/gf lah, choices of friends, menantu pun termasuk jua.

I ingat lagi, aruah makcik I. Menantu sulong nya adalah Puan Doktor. Yess...sesiapa saja yang hadhir ke kenduri tahu akan fakta itu. But anak dia pun kerja2 biasa aje...dan Puan Doktor ini pun...average looking macam I lah. Cousin I tu hensem. But I am sure, Puan Doktor got good personality and fact is she is fun to be around with. But I am sure if my cousin is a Doctor or Engineer himself, he will be fishing for another fish with make up and eye lashes yang sama padan dengan nya. But her status, shut all the mulut puaka. Kau hado menantu Doktor? Kalau takdo, diam!

Oh ye, must you all know, Kiah is my trophy friend. Being around Kiah, made me feel so glamer. Ye lah...Kiah kan blogger famous. So, I sort of tagging Kiah for social climbing, bley?

But, beside the point though, it's like if a 'successful' woman is in a relationship with a seemingly 'slacker'-type man. Same shit, different permutation.

What about jantan yang membawak trophy future wife mereka untuk ditunjukkan kat mak? In this modern day, ada lagi mak-mak set Kampung Bongek yang nak anaknya keluar dgn pompuan set-set Wardina aje. Kalau secara praktikal nya of course jejantan akan memilih untuk berbinikan Zarina Anjoulie, tapi kalau kau nak merasa kena sumpah dgn mak kau, bawaklah Zarina Anjoulie tu balik kampung ye? Suruh Dia pakai skirt paling pendek dan baju paling sendat so that anything 32B can look like 36DD. 

Or it is, jantan hanya nak memperbinikan set2 Wardina saja but bersedap-sedapan dgn set-set Zarina?  Tu lagi macam sial. 

So whatever happened to accepting seseorang itu kerana keunikan perangai nya? 

So, is our current partner now, our prized trophy?

Sent from my iPad

Sunday, February 03, 2013

Assignment 1

Nota kakitangan: as at 15th February 2013, posting ini telah diedit owing to the pressure that was put on the writer these past days. Tajuk juga telah bertukar. Only word that can describe the agressor is BABI. Enjoy.


Someone commented about schizophrenia and ask this there's way to deal with it. Okay..saya pertimbangkan. 

Ada jugak yang mengaku dirinya 'loser' dan mintak saya buat karangan pasal loser. Hmmm. Talk about self-deprecating, kan?

Okay, let's address this loser issue first, shall we? So this anon, 20 plus...fomfuen, tak kerja dan tengah depress, katanya. Dia kata dia tak tahu strong point nya tang mana. Soklan pertama nak Makji tanya, apsal tak kerja? 

Soklan kedua, strong point? What is your definition of strong point? 

Ramai orang, nak nak graduan yang sokmo membising diri mereka tu tak kerja dan merelakan diri mereka menjadik depress. Dalam pada mereka membuang masa menangisi nasib diri mereka yang malang itu, masa2 terbuang itu telah diisikan oleh orang2 tidak tempatan merembat kerja-kerja yang sedia ada yang kurang nak dipandang oleh graduan2 kita yang agaknya lah terasa, setelah grad, mereka tu adalah kurang sikit je status dari pegawai atasan PETRONAS.

Selagi kita tak melangkah keluar dari rumah kita dan bercampur gaul dengan orang, kita takkan tahu strong point kita. Ye lah...might you say, elehh Makji cakap senang, Makji kan glamer dah dok kat London sana...hek elehhhh. Ko nak tahu apa I buat lepas dapat B.Sc (HONS) ----tu dia, tetap mau tulis (ingat senang ke nak dapat degree adik non oii?)

Bila I balik dari UK, sebelum dapat kerja kat bank yang kurang tersohor tu, kat Dave Deli Subang Parade lah Makji korang ni kerja. Ye lah, nak tunggu placement kerja dijaman ekonomi merudum masa tu and of course, in a keparat world we living in is 'who you know' and very less 'what you know'. So, kalau mak/pak you atau sedara mara ketat you berpangkat kurang sikit aje dari Encik Kerry Jamaluddin, maka dunia keparat bergaji busat akan tersedia dgn mudah untuk mu.

But kalau you pun set-set asal dari desa and VIP dalam family you pun hanya taraf ketua kampung yang cable nya takat bau-bau pisang busuk dgn Ketua Amno cawangan kampung you, janganlah dikau ingat kerja receptionist CITIBANK tu dah ada dalam tangan ye. 

I have always say that what we do is a choice. Kadang2 kita tak ada choice lain dari choice yang kita sedia ada ni. Nasib manusia lain-lain. What we can do, well, saya bercakap ni sebagai orang Islam lah, ialah tu senantiasa berdoa apa yang kita hendak dimakbulkan. Tapi hidup mesti berjalan juga. 

Awak dah dua bulan tak kerja. So maknanya, dah dua bulan awak tak buat apa2...sekaligus mengiyakan fakta yang awak kata sendiri, tak tahu apa strong point saya. Ye lah, kalau dah tak buat apa2, macam mana awak nak tahu apa bakat tersembunyi awak, kan? Lainlah dua bulan ni awak isi dengan masuk pertandingan mengait. At least we know you can mengait, ye tak?

When I first work at Dave Deli, manager tempat saya kerja tu adalah Amoi Spinster yang sokmo kata kakitangan saya slow. Ye lah, kalau seumur hidup tak pernah disuruh tolong memasak kat dapur, what made you think I can slice your poxy onion any faster? Saya agak Amoi tu sangat insecure sebab dia ni set2 yang mula dari bawah. Kira hard graft gitu so, dia agaknya tak lah suka dgn younster macam saya. But dari situlah saya mula belajar buat Milk Shake, marinate ayam, buat sandwich etc etc. Sekecik mana pun skill, ianya adalah skill juga. Of course lah saya juga excell dalam mengikat plastik sampah dan mengemop lantai. But, adakah itu membuat saya down?

Oh tidak. Gaji saya $700 free free masuk poket. Makan boleh pilih dalam menu dan masa break saya digunakan untuk mengukur Subang Parade dari sudut ke sudut. Duit memanglah tak banyak mana tetapi yang penting nya

- Saya bangun pagi bersiap untuk pergi kerja as oppose to tidur sampai entah pukul berapa.
- Saya jumpa orang dan bercakap dengan orang, bergelak ketawa membuat joke bangang, mengumpat Amoi secara berjemaah dgn pekerja yang lain (juga sambil bergelak ketawa) as oppose to memandang dinding rumah day in day out mengenangkan nasib
- Saya dapat duit

Asalnya, saya sangat pemalu dan tak reti bercakap dgn orang. I think, sifat pemalu tu ada sampai sekarang cuma ianya sangat bertempat. Tetapi selain dari kena kerah buat tu buat ini dgn Amoi tu, saya jua berpeluang mengilap bakat dalam two way communication. Saya greet orang, orang senyum kat saya. Adakalanya orang tak senyum tapi, biarlah mereka tak nak senyum pun sebab tu masalah mereka. Mungkin skill yang macam ini tak membawak makna pada semua orang tapi bagi saya, ini adalah kepandaian yang saya dapat tanpa perlu masuk sekolah berbayar pun.

The most important thing is, the smallest do is crucial to keep moving. Mungkin kerja kedai ayam cenggitu is not ideal but at least it paves a way to another thing that may be better. I takdelah kata, selepas kita kerja kedai ayam tu, tup2 kita akan dapat kerja kat Menara Berkembar sinun, but kalaulah kita dapat interview kerja mana2 pun, kita dah ada built in confidence, kita dah pandai ber komunikasi (dari menjual ayam dan sebagainya) dan yang penting, kita tidak berada dalam keadaan tertekan.

Rezeki kita, Allah yang beri. Manalah tahu, bila you kerja kedai kopi atau kedai ayam, regular customer kedai tu adalah CEO tah mana2 korporat office yang terjatuh chenta pulak dgn you. Terus you tak payah kerja dan hadap je lah CEO tu, ngabiskan duitnya. Talk about postive thinking kannn?

Another skill yang mungkin kita ada tapi tak perasaan akan kekuatan nya. Kita ada skill jaga budak2. Kita sekolah tinggi ber degree/diploma bagai. Tahukah kita, ramai wanita2 ber career luar sana yang seksa sungguh nak mencari baby sitter?  You boleh turunkan ilmu you kepada bebudak tu, and then..dapat duit. I'm sure mommies would rather anaknya pandai buat benda lain dari menjadi billingual (BM-Indon)

So yes, stop moping start moving. Menangis mengenang nasib diri ni takde salah nya..tapi..kalau dah sampai dua bulan, karang benda lain pulak jadi. Ingat ye, perubahan emosi dan emosi boleh mendatangkan stress secara physical kepada otak dan mengkucar-kacirkan kimia dalam badan. Seterusnya, takyah lah saya bagi tahu....

Okay. Next is, bagaimanakah caranya saya dapat menolong sedara saya yang menghidap penyakit mental setelah putus chenta. Haiyooo....you got to be mentally ill to be  in love. Ni kan pula akibat nya setelah putus chenta. 

Saya suspect, sedara awak tu memang lemah tenaga dan membuatkannya vulnerable kepada gangguan emosi. Tak payah tunggu putus chenta nak trigger sakit nya. Tak dapat makan nasik ayam setelah  menunggu dgn lama pun boleh meroyan satu badan.

Apa yang boleh kita buat? Masyarakat Melayu dan orang Malaysia secara amnya walaupun berkompang-kompang kata mereka adalah masyarakat berbudi dan berhemah tinggi, adalah set-set yang paling inconsidrate sekali.

Kalau tak, masakah pompuan mengandung dan Ah Soh dibiarkan berdiri dalam LRT kan? Tu belum lagi, bak kata Dr Lurpark, kereta ber sticker baby on board, tapi bawak kereta macam lahanat tak pikir lah kalau jadi apa2, baby on board tu boleh jadi jenazah on board. 

Bila kita tahu akan orang yang terganggu mental nya, benda pertama yg kita buat ialah mengumpat mengenai nya. Hishhh. Typical. Always need to blame it on something. 

Nasihat saya, sebagai manusia, kembangkan kepala hotak kita. Terima kebaikan dan keburukan orang. Sakit mental adakalanya memang buruk consequences nya so terima lah. Jangan discriminate. Mereka juga macam pesakit2 physical yang lain. I want to ask on how you deal with a family member with chronic asthma?

- Jangan bagi dia letih
- Jangan bagi persekitaran nya berabuk
- Jangan dedahkan dia pada stress yang boleh memberinya palpitations

How you deal with orang ada sakit tiga serangkai tu? How you deal with people who has cancer?

Samalah jugak macam mana you nak deal with family member yang ada sakit mental. Tiada beza nya. Kita yang tak sakit ni mesti menjadi lebih sihat. Kita juga perlu penuhkan diri kita dgn skill. Skill ini boleh dipelajari dari google dan juga dikuatkan dgn keikhlasan hati nak menolong si pesakit tu.

Tak susah ye :) 

Hope this helps. Hope all of these helps.

Saturday, February 02, 2013

The Rebel...Yang Tak Kena Tempat

Hey Jamilah Jamilah sekalian...makji sungguh berfeeling nak mengumpat secara berperingkat hari ni ye. Untuk ittew, perlulah dibagitau yang cerita sebenar, nama sebenar dan fakta2 sebenar terpaksa diubah untuk mengcover sipengumpat dan siempunya hal. Analogy adalah sama.

Tema entry ini adalah sama dgn entry yang lepas, yakni..semakin pandai dirimu, semakin banyak pulak bendera merah mu.

Adalah sikawan I ni...(okaylah...silalah kata yang I ni apasal banyak benau kawan yang besar sample size mereng nya? Well, masa nak kawan dulu I ni idoklah suruh isi borang and buat mental test bagai..so ni lah jadik nya) yang tatkala ini sedang gigih berurusan dgn jabatan gomen. Adalah benda yang nak dimintak nya so dalam tempoh yang agak lama jugak, terpaksalah dihadap pakcik gomen ni. Ni macam kes I dgn orang JKM. Nak mintak lesen, kenalah menyapu peanut butter, ye tak? Nasib baik lah loyar sabung ayam itu dijodohkan menjadi partner urusan I sebab hanya dia saja yang boleh tahan kesongelan orang gomen sebab I ni dah hidup/makan/minum nak bomb aje opis JKM tu. So minggu lepas, sikawan I ni telah melalui laman burung biru nya melepaskan rasa menyampah tahap gaban dgn orang gomen itu kerana, orang gomen tu telah mengganggu gugat hidupnya dengan.....meminta sponsorship untuk annual dinner diorang. Bley?

So, she is musing over, nak bagi ke tak bagi sampil hati nak meletup kata orang gomen tu tak beretika etc etc. Katanya, dia takut piula bila dia tak kasi, maka permohonannya akan di slowkan atau tak dijalankan langsung oleh orang gomen ittew. Dia kata lagi..kengkawannya yang lain menasihatkan dia..alah bagi ajelah hamper or Kipas Angin buat penutup mulut dan mengambik hati orang gomen ittew. Tapi dek kerana Victoria Principal dirinya, dia tak nak kasi sebab katanya itu adalah bertentangan dgn prinsip dirinya.

Setelah seminggu dia ber pokpek pokpek via FB (seriously, ohh) dan I ternampaklah dia telah menghantar tweet kat PM kita yang kononnya menyelar civil servant yang katanya, dah ala2 memintak rasuah ini. So, today I tegur lah dia yang yes, sebagai org gomen, kalau itu (mintak suapan or mintak favour sebab dia tgh hadap case you) lah tujuan orang itu, memang lah moral kurang. Sepatutnya gomen misti ada policy yang tidak membenarkan mereka menerima apa2 hadiah ataupun meminta hadiah dari stakeholder mereka.

Tapi saya cakap lah...Encik Gomen tu kan mintak sponsor aje, dan kalau you buat tuduhan dia makan rasuah when Encik Gomen boleh berpotensi cakap balik dgn you, lah..I kan mintak sponsor makan malam untuk Kelab I, kalau nak kasi, kasilah. I tak paksa...tak ke si penuduh itu akan malu jua?

I cakap la, secara dasarnya, orang Gomen tu taklah buat salah pun. Dia belumlah lagi membuat sabotage kepada urusan mereka berdua (walaupun sipenuduh ni dah suspect yang itulah yg akan berlaku jika kehendak orang gomen tu tak dipenuhi) I cakap, ikut you lah..apalah salahnya sponsor sikit makan malam orang tu, $20 ke $30 ke. Lainlah orang tu terang2 mintak duit Starbucks kannn?

Dia masih lagi berkeras, against dia dan lakinya punya principal. Dia kata even lakinya sanggup nak resign dari tempat kerja nya kalau dia diperlukan untuk memberi duit kopi kat authority untuk mempermudahkan kerja. Then I cakap, okay..kalau gitu..ikut you lah. Kalau you nak bagi, you bagi...kalau tak, cakaplah you tak nak bagi so that orang tu berhentilah menelepon you. ---For someone yang sungguh intelligent that righteous (menurut tweet2 nya macam dia ajelah yang betul) sanggup dia menyusahkan kepala hotaknya selama seminggu kerana benda sebesau pu*i ini?

Then teruslah dia mengutuk jabatan gomen itu ini...(just because dia bengang officer tu mintak sponsor) I cakaplah, kenapalah you nak stress over benda yang you taktau hujung pangkalnya. Okay, if your principal kata jgn bagi rasuah, then don't bribe. But, kalau orang tu pusing balik kat you kata, kami mintak SPONSOR HADIAH UNTUK MAKAN MALAM aje, kalau tak nak kasi takpe...tak ke you rasa malu? I cakap dgn dia, kalaulah betul orang gomen tu akan compromise permohonan you besok lusa, maybe you ada sebab nak meraung, but for now? Hal kecik aje ni. Lainlah gomen officer tu kata, you nak application you cepat langsai, masukkan 3 juta dalam bank I ye. Tu baru lah kalau kau nak mengilai.

Whoahh...terus keluar api uolsss. We cannot encourage this..blablabla, masuk pulak sorang lagi batu api kata, org gomen suka guna alasan annual dinner untuk mintak rasuah etc etc. Dia kata lagi, kalau macam ni lah, semua orang jahat boleh berurusan dgn orang gomen sebab criminal like pembunuh upahan, perampok etc etc can pay their way in. Ehh pulak!

Yang si Jabatan Gomen ni punnnn....annual dinner takkan takleh tanggung kot? Jabatan awak tu bukannya profit based kan? Bukannya ada untung rugi. Bila orang dah tak jawab permintaan sponsor, maknya org tu tak nak kasi lah. I tau sangat Jabatan Gomen yang suka main2 paksa ni..karang bila kita tak bagi, maka mulalah urusan kita dgn mereka akan 'di slow' kan. Cannot win, you see.

But dah budaya Malaysia macam tu, tanggunglah sendiri kannn?

Tapi, kalau I lah gomen officer itu, dapat ke tak dapat sponsor, I akan fail kan permohonan pompuan histeria ni.  Well, nak ke kita berurusan dgn orang yang emosi mengalahkan gunung berapi camtu?


Thursday, January 31, 2013

Marilah Menumpang Rumah Orang

Entry ini takde kena mengena dgn kawan-kawan saya....err, maybe sikit. Biasalah tahik lembu/kobau kan suka terpalit. Oktengsbai.

Menurut luahan rasa dari mulut Cik Kuda bukannamasebenar, dia sekarang adalah stress kerana dia sudah menjadi bahan kutukan sedaramara dan rakan taulannya di Malaya.

Ini adalah kerna, Cik Kuda telah menolak untuk menumpangkan kawannya serta kengkawan kawannya (how ramai lah?) dirumah nya.

Ceritanya begini. Cik Kuda telah mengikut swomi nya pulang ke kampung swomi nya di UK. Dah balik sini dia beranak pula. Nak kata dia orang senang sangattu tidak la, but enough la, dapeklah lakinya membeli rumah. Rumah pun taklah besar, takat 2 bilik je. Dah anak sorang, pejadah nak berbilik sampai 15, kan?

Cik Kuda kata kat I selama ni dia tak kisah sangat orang datang tumpang rumahnya. Kalau takat sorang for few days, takpe lah. Ada gak sedara mara nak datang, but katanya kalau takat couple dia tak kisah.

I ni bukanlah nak backing Cik Kuda but ada gak kengkawan I yang kemain berchotti chotti Eropah tapi mintak tumpang rumah I. Masa korang buat bajet holiday tu takde ke bajet tempat tinggal? Seorang dua orang I tak kisah. Ada kawan yg mmg I jemput lagi duduk rumah I. Kawan yang dijemput khas oleh tuan rumah adalah lain tarafnya dgn kawan yg menjemput diri sendiri, ye? Sebabnya, bila I balik Malaya pun bukannya I senang2 nak mintak tumpang rumah you.

Ada pulak yang mintak nak tumpang rumah you on behalf of kawannya. Maknanya, yang tukang tanya adalah kawan you, but yang nak tumpang tido and buat mcm sendiri rumah you adalah kawannya. Macam ni pun ada, okay?

Cik Kuda ngadu dgn I. Yang kengkawan dia yg masih bujang ada plan nak datang berpoya2 kat sini sebelum musim panas selama 2 minggu dan membawa sekali extra handbag (2 org kawan lain) sikawan kata, I dok rumah u, okay? Cik Kuda kata dia sebenarnya dah rimas orang datang rumahnya sebab selalu sangat sampai dia dgn lakinya takde privacy and orang mendatang ni jugak kadang2 bukannya independent pun mintak dibawak berjalan sana sini (hantikkk muka kau ye?) So, dia cakaplah baik2 dgn kawannya, susah sikitlah kalau 3 orang sebab biliknya satu aje dan offerlah kawannya pertolongan untuk mencarikan B&B yang affordable.

The next thing she know....dia dah jadi bahan kutuk. So sekarang ni sebab dia lah hok 3 orang tu tak boleh nak berjalan jalan cari pasal.

I nak buat sedikit guidelines untuk para-para pengunjung benua jauh dari tempat tinggal awak ye. Sebelum kita buat plan untuk mintak tumpang rumah orang, kita mestilah....

1. Kenangkanlah keadaan kawan you all itu. Adakah dia single or adakah dia double, triple, quadruple and quintuple? Kalau dia single, chances are, dia duduk menyewa bilik atau bedsit aje. Cemana nak tumpang kalau kucing nak lalu pun kena tarik napas bagi kempis perut? Kalau dia lebih dari seorang, perasaan orang yang lain dari dia kita perlu ambil kira jua. Buatnya toilet rumah dia ada satu, dan kita pulak set2 recording artist or mekap artist dlm toilet, tak ke menyusahkan?

2. Sometimes, tempat kediaman kawan you juga adalah tertakluk pada syarat2 yg diletakkan oleh council ataupun landlord. Kalau flat nya hanya sesuai utk dua orang, maka orang yg lebih dari itu adalah tidak dibenarkan. Like I said, satu dua hari tumpang tido je takpe, but 2 minggu tumpang parking, tumpang makan tumpang segala...tak pasal2 kawan you dapat notice piula. ingat nak cari rumah nak dapat sewa rumah kat sini senang ke?

3. Kalau kawan you tu homeowner, check dulu dgn siapa dia owned rumah tu. Kadang2 kawan you tu hanya penyumbang yg cipot ataupun hanya membayar bahagian nya dgn cara lain i.e. mengangkang dan menjadik onggaji. Kena lah dapat pelepasan situkang bayar mortgage itu ye?

4. This bit yang I rasa adalah agak fenting. Orang yang rumahnya kita nak tumpang tu, on the scale of 1 to 10 how close are you to him/her? Kawan dari tadika? Kawan yang pernah kita rampas pakwe/makwe nya? Kawan susah senang kita bersama? Kawan yang ujud bila ada hal saja? How important were you to the homeowner to be warranted a free lodging? Kalau poke dlm FB pun tak pernah, jumpa pun 14 tahun sekali...baik ko dok hotel lah. Because orang mcm you are likely to mengata tuan rumah even after being offered a place to stay. See, buat baik salah and dah bagi tumpang pun kena kutuk gak. Ye lah, karang bila apa Tuan rumah buat tak kena dgn jiwa you, you akan umpat dia balik sambil suka2 ati je you lupa yang dirumah dia jugaklah you menumpang, kan?

5. Janganlah bawak sekampung pi tumpang rumah orang. Kalau you yg berkawan dgn tuanrumah, you ajelah yg pi buat muka tak malu. Pesan dgn kawan you yang nak ikut jadi parasit tu jugak supaya menjaga kemaluan nya sendiri.

6. Kalau orang dah bagi tumpang dan walaupun kita ni disuruh buat mcm rumah sendiri, maka beringatlah yang rumah tu still adalah rumah orang. Chances are, walaupun kita bak kerbau balau kat rumah sendiri, rumah orang yang kita tumpang tu adalah penghidap obsessive compulsive disorder yang selang 3 minit mengemas rumah. Kalau orang ajak makan minum, makan minum lah persis Latifah Omar ye? Bawak lah buah tangan, hulur2 lah honorarium pada tuan rumah. You have saved a lot of money, takkan £20 pounds pun takleh sedekah, kan? Dahle kau sokmo balik dgn shopping bag dari Oxford Street nun. Kalau shopping ada duit, takkan lah makan minum pun nak harap orang tanggung kann? Pulak tu kau oleh lak cerita, ohh I want to go here n here...tempat yg you nak pi lawat tu orang yang dok sini pun tak melawat lagi. Ehh, ada pulak duit...tapi nak dok hotel tak mampoo gituh. Diskasting okehh?

7. Pandai-pandai lah baca dan rasa body language dan atmosphere dlm rumah orang tu. Kalau dah nampak tuan rumah tu dah ala2 menyampah dan suicidal, maka...blah la dari rumahnya. Cut short yr stay. For once, fikirlah perasaan orang lain pulak.

8. Kalau you ada anak kecik yang lasak, yang keroja nya nak menjerit, menterbalikkan benbarang rumah orang ataupun perbuatan yg sewaktu dgn nya, maka....duduk lah hotel kalau nak berfeeling feeling jadi tourist. Kalau tak mampu dok hotel, tunggulah sampai mampu.

9. Lastly, perlulah diingat, budaya tumpang menumpang rumah orang ni bukanlah budaya omputis ya? Dikala kita tak kisah tido berjimpit hatta kat dapur rumah orang sekalipun, orang putIh ni sangatlah menghargai space diorang. Rumah ku, rumah ku...ko pehal nak datang tido sini? Gitu. Sedangkan anak diorang sendiri pun disuruh pindah keluar the moment kawan tu dah boleh cari duit, inikan pula kita yang takde pertalian chenta dgn mereka.


Sekian.



Sent from my iPad

Wednesday, January 30, 2013

Dimanakah Silapnya?


Blocking Me Blocking You..ahaaaaaaa, There is nothing You Can Do

Saya adalah wanita gigih....(bukan kerna sindiran-sindiran tajam mieww okeh? you for one ada problem dengan status spoken for ku, apakah sebenarnya masalah mieww beybeh?)

In FB, I keep getting messages from tah engineer mana dari serata pelusuk donia..complimenting gambor aku yang kononnya tengah senyum. Masalahnya aku tak senyum langsung. And this ppl set-set gagak ni...ohh..mmg set-set diorang ni ajelah kan? Tak keep track ke dgn siapa dia hantar message? Nak buat business menipu pun, database kena lah jaga bang oii. MB's kata jangan lah layan message camtu buat delete je. But knowing me...at times boleh la jugak jadik syaitonn nirrojim, I pun jawab la message mereka itu dgn kata2..piss off back to Aprika, bley? Sungguh tak ferlu. But please la..muka macam Idi Amin ngaku Denzel Washington kan ke mintak dimaki?

So, from what I read...the governing body of the Islamic Dept kat Malaya nun...dah start mengempen balik mari anti V-Day. Sebelum tu pasal halal-harammm. Sebelum tu lagi pasal LGBT.

Dua tiga menjak ni...ada pulak kempen anti babi. I tataulah if kempen ni kempen kerajaan but orang yang menyebarkannya bersungguh-sungguh lah paksa kita LIKE wall dia demi menunjukkan betapa kuatnya kebencian kita kat babi tu.

Err, kena ke kita benci babi? Kan ke babi tu haram dimakan aje? Nak buat poster tahun baru cina pun gambar babi kena nyorok balik semak. Eh..raya cina and cina ramai yang makan babi, apsal lak melayu islam ni nak kecik ati or terasa sampai tahap yang tertinggi?

Untuk mengalakkan lagi orang nak faham Islam, bukan ke patut orang2 majlis buat program lain yang takde unsur venci memvenci? Kempen suruh orang jgn celebrate V Day, bukan ke lagi mencabar minda kritikal mereka yang sudah sedia kritikal ittew untuk lagi menyambut nya?

Buat la kempen mari sembahyang 5 waktu, mari mengaji..mari etc etc yang boleh menggalakkan syiar Islam wahai orang gomen oii. Bila tiang sudah kuat, nak elak apa2 yang patut dielak pun senanggggg, kan?

Semenjak membuat preparation nak balik Malaya secara permanent ni...I banyaklah juga kena introduce kat orang yang kiranya bolehlah tolong I dalam mengempen mission membaiki hidup pesakit mental di Malaysia tu. So thanks to this little social climbing, I got to meet and talk to very interesting people. And I got to meet sewel people too. I keep track of how many red flags I see.

Rumusan saya adalah seperti berikut -----semakin intelek dirimu, semakin kurang social skill mu dan semakin pelik pemikiran mu. Might you ask the difference between critical thinking and sewel thinking? Well, hidup ni tidaklah mendatar. Alangkan CT Nurhazali tu pun boleh dapat ilham dari kobis bunga untuk memperagan fesyen tudung nya, kita pun patut cuba dan menyoal benda2 baru untuk kita buat diri kita ni interesting.

So, berjumpalah saya dgn activist seorang ni. Dia lah panggil dirinya activist. Activist apa bendanya saya taktau, but I was told dia adalah femes dalam rangkaian burung biru ittew. Famous in giving her piece of mind. Since dah kena introduce, I bacalah jugak column nya kat sokabar online tu. Uish..I would rather read Kiah's ranting about BFF housemate nya dari baca pompuan ni punya opinion.

Once, she wrote about tudung and punyalah dia buat research pasal hukum pemakaian tudung ni. Well, kalau you orang Islam dan sudah mengaku dah baca Quran, mesti you tahu menutup aurat tu wajib kann? ---akak ni idok lah pakai tudung and never have I buat statement tunggu seru or pakai je tudung tapi akhlak ilek. Bila orang tegur mana hijab I, most I can say (tanpa nada gewamp gewamp) is..doakan lah eh...

Some intelectuals (ni yang set mengaku sendiri okay, bukannya bestowed upon them punn) have now openly tell you their views on sensitive subjects. I still find subject agama ni sensitive. Pendidikan agama kita lain2. Aruah Appa I dulu warak orang nya and I know bila duitnya cukup, benda pertama yang dia buat is pergi ke Mekah dgn Amma nya.

I also know someone who sangatlah baik orangnya but kuranglah sikit pendidikan agama sebab dah makpak nya begitu. Untung lah dia dapat laki yang boleh ajar dia sebab kalau nak harapkan makpaknya dulu, sikawan I ni kena malukan oleh setazah MRSM sebab dia tak reti sembahyang.

So sibudak pandai penulis column sokabar ni...openly cakap yang Religious Views nya ialah agnostic. So, ternampaklah oleh I argument2 dia dalam FB tu, if you ask me, the more she bark the obvious the stupidity shows. Maka I pun masuk lah bertanya, bukannya agnostic tu bermakna unsure and adakah dia maksudkan she is unsure about the existence of god?

Terus dia tak jawab I. I pun tambah lah perisa sikit dgn mengatakan yang orang bijakpandai yang kononnya tahu hukum ni, suka benar cari alasan nak meng excusekan kejahatan diri sendiri. Meaning, kalau you dah buat maksiat and anything yang tersasar, mengaku ajelah kann? Takyah buat argument besar2 pulak.

I said, like me, my iman kenkadang is very weng etc. But ngaku ajelah...dpd nak cari alasan intelektual kononnya. I ni pulak, some kewajipan I do, some I don't sebab memang my iman very weng. Not because I don't believe or deny it should be done. A lot of people seem to want to interprete Islam that suits their lifestyle rather then they fit into what religon asks of you. Hence the liberal activists. Githooo ucapan dasar I yang sungguhlah tak masuk akal tu.

I told her, first time aku dengar Agnostic Muslim. What rubbish is that? With apologies to her la (tetap menten sifat2 Social worker ni). Agnostics don't believe in organised religion but believe there is a supreme being which can be in the form of God. So how can be a Muslim Agnostic esp. If you recite the shahadah and proclaim you are Muslim. I think faith first of all is the complete belief in Allah and the way you prove this belief is doing everything that Allah bids you. Simple. How then can you claim to be a Muslim if you only believe in him but don't believe in the practise to do as he bids which is clearly in the Quran? One can argue til kingdom come about what imaams, ulama' interprete but there are some things in the Quran which is clear as light and day. Kalau tu pun awak nak question, wahh...cari masalah le awak.

Well, being defensive is still a popular choice of defence mechanism kannn? Hasilnya, dia kata I tak critical thinking bladibladila...dan I sudah kena block.

Well, one of many red flags.

Tuesday, January 29, 2013

The Bini of That Laki Orang

Tu dia tajuk macam naharrommms, kan?

Ekcherli, cerita nya pasal ni je....pasal sorang pompuan yang telah menenung I dengan tenungan lahar Karakatoa sebab I tegur lakinya.

Apsal lah I pi tegur laki orang, might you ask, Kiah? Well...kalau I kenal orang jantan tu and kalau terserempak kat mana-mana, ni kes terserempak yang dah at least 2 metres depan mata, so kenalah tegur kan? Bukannya laki orang tu kat Subang Parade and I kat Sunway Pyramid, pastu susah susah lak diriku nak mengharung jalan jem sebab nak tegur laki orang, tu memanglah I ni mintak penampar.

But, I dengan kasan jantan I ni pi la sopping kat tempat makan tak lalu mandi tak basah Dr Lurpak tu, ye lah...tempat ngabiskan duit siapakah yg dapat liupekannnn ye tak? So, lalulah sorang jantan yang boleh lah tahan hensem agaknya dikala dia muda belia. He is not so muda lah bila I jumpa dia. Dia tegur kawan I maka ber shake shake lah kami. Dia kata dia datang hantar anaknya balik sekolah kat Bristol sana so masa ni (masa jumpa tu la) dia temankanlah bininya bersopping. Lepas aje brokbrek dgn kawan I tu, dia mintak diri dan kawan I terus bak makcik wok cerits dgn I kata yang jantan ittew adalah scandal nya dijaman muda. Weihhh...and my fren juga cakap si Mamat itu adalah womaniser juga.

Suka ati mak kau lah kannn.....so that was that.

Tibalah hari nak menghantar orang balik ke Malaya dan mengelaim duit VAT kat T4 tu, aku jugaklah yang nak dihangkutnya beratur...maka beraturlah I ngikut orang yang sarat bersopping lalu kehabisan pitih dan menunggu duit VAT untuk sopping round kedua piula kat Duty Free ittew. Seriously, shopaholic ke, gilo namo eh ni?

Tup tup, I terserempak dgn laki orang itu. Dah depan muka, I cakap lah hello...pastu I dgn terover friendly nya kata, bukan I yg nak balik, but kawan I.Dia pun senyum senyum kelat, but I kan inneseng...manalah reti nak baca sign dgn short notice gitu bila orang tu sebenarnya menggelabah, kan?

Selepas ku tegurin lakinya, I noticed yang ada sorang fomfuen memandang I atas bawah lantas memeluk laki itu. Maka secara otomatik nya tahulah diriku ini yang ku tegurin itu lakimu.

Wahhh...tak senang berdiri I dibuatnya so I buat-buat cakap dgn my fren itu I nak gi toilet tapi sebab awan I penakut sangat macam orang kastam tu nak telan dia, maka I turutkan jua. I bagitau my fren pasal bini laki orang tu jeling I, maka dia kata, dah toksah tegur2 dia.

Persoalan nya sekarang.....perempuan itu, ferlukah nak bagi I tenungan macam I ni bini muda laki dia or I ni fomfuens kelab malam yang nak goda duit lakinya?!

Adakah you rasa dgn memandangkan dgn pandangan chetti itu boleh membuat lakimu selamat dari godaan perampok laki orang yang lain?

In general, adakah perempuan rasa insecure kalau lakinya ditegur pompuan lain?

At certain point of queue, mmg dah tak boleh elak maka I bertembung muka lagi dgn dia maka the laki pulak tegur my fren dgn ayat, you orang KL eh? My fren kata, ya. Laki tu kata, patut la you very familiar.

I dgn my fren rasa nak gelak guling2 mengenangkan betapa buduh nya dia. Dah tau bini kau camtu, ko pi cakap pulak kawan I tu familiar rupanya. Tak ke bini kau yang sedia ada insecurity tu mmg akan bertambah suspect bila kau pulak dgn konfiden nya buat statement muka familiar? Familar kat mana banggg? Kelab Malam Hilton ke?

So off they went as they finished claiming their money and bila I teman my fren check in, ternampaklah couple ni lagi. Maka bini nya pandang lah at we ols tak habis2...agaknya pikir kami akan naik sama flight dgn nya. The look she gave us macam kitorang gila la sangat kat lakinya tu. (banyak nau ke duit laki kauuuu?)

I dengan berlagaknya ikut kawan I checked in kat Business Class MH tu so the couple went passed us.

Diorang hanya naik QR economy je uols...heheheh. Ops, kecik ati orang QR.

Tu jelah cerita nya....

Sent from my iPad

Monday, January 28, 2013

Assignment Hari Ini

Between me and the lover (you know who you are, kan?) we keep our passion burning through..writing assignments. Bila dia siap satu, dia akan bagi hint2 kat FB.

Between me and her...yes, its a her, we evaluate our feelings with each other dengan jumlah assignment yang kitorang tulis. Of course, I la yang tulis lagi banyak...sebab sidia ini demanding. nasib I lah kan selalu sangat dapat lover yang demanding yang mana, apa dia nak dia mesti dapat dan apa I nak...I akan dapat lah jugak tetapi serupa sistem perkumuhan tanpa lactulose lah.

Setelah teruk I dikutuk kerana mengabaikan nafkah nya, hari ni..didalam banyak kerja yang menimbun setelah I mengular selama dua minggu, I tulis juga assignment. Untuk dia. Dia suka berburuk sangka dengan I. Katanya dah dapat gading bertuah (gading ke masalah nya?!) dia tu tak berguna lagi.

No. Walaupun I sangat occupied dgn gading bertuah I tu, she is always at the back of my head. Ada, tapi kurang active. With her, we always talk silly. With her, everything made sense.

Although bila I merengek mintak ration pemuas nafsu (ni nafsu yang lain..nafsu penambah kalori) it was Anis BNS yang came to the rescue bila dia dgn bongkak nya menjawab AKU ADA EXAM KAU TAU?!

Eesssh...ada ke dgn gilpren cakap macam tu?

I have never been a demanding person...err, I can be a demanding Boss but as a lover, I am as passive as a stone but a major pushover. So, walaupun I dikasari dgn kata-kata yang serupa itu, I takkan kecik hati nya.

I have turned 40 earlier this month. I called up Amma...tapi dia tak cakap apa2...agaknya dia lupa yang 40 tahun dahulu, ni lah anaknya yang keluar dari perutnya time subuh2 gelap itu.

Kekasih gelap dan terang dah pun bagi hadiah. Kekasih yang tengah hambik PHD tu....well, malas nak tanya. Dia wish I pun tidak and in fact, I wassappdog dia on my birthdate tanya mana prezeng I. Centa sejati lah sangat kan?

Okay...I now need to catch up on that Listen, listen..listen (apa kejadahnya tu?) and the William story. Seriously...I am so behind on news.

Wednesday, December 26, 2012

For Abang

This year is ending. (okay..kalau uols baca posting ni di tahun baru, silalah mahapkan kebengongan mobile phone tenet ku ini yeah)

For you who don't know...ye lah...I kan kendakang benda2 private tak suka share dgn orang gitu, this year I lost another brother. For this posting, I want to talk about him.

It is only 2 years gap between us. We were very close when we were growing up. From what I gather, he is Appa and Amma pride and joy. Sebab dia anak sulung jantan maybe.

I remember that he always gets what he wants.

I remember that he always gets things that is the top of the range.

I remember that he excels in getting himself out of the pickle situation he created.

As we get slightly older, our father spent most of his times working away. Not having a father around at the age when you are about to start questioning the world is not ideal. Looking back I think Appa must have regretted the effect on not being there during Abang's sensitive age.

What I remember clearly that he grew up to be the spoil-est self appointed brat who run rings around Amma.

Growing up seeing him manipulating my parents, hassling every inch of my parents life and causing heart and headache sort of molded me into a docile child who wish not to be the same as him and not adding anymore on top of many issues my parents were facing when the kids are growing up.

See, I chose to be the docile one because I have to.

Of course with him being super difficult and rebellious one, the parents allegiance switched to the anak2 yang tak membuat hal. The jealousy started. To Abang, I am Appa's apple. What worse, Appa pulak menunjuk-nunjuk, probably thinking that (showing me up to him) will change Abang's ways. Illek pochik!

We have good moments too, well..when he is not too consumed by his hard done by feelings. What he didn't know that we (the adik2) had to work hard to get what we want.

In the recent years, our relationship take turn for the worst. Tak payah lah I cerita banyak2 but suffice say, my kepala batu and his unreasonable behaviour is a concoction of bad cocktails. He is by all account, envied the hell out of me.

I can only suspect that he is envious because I am the one Appa trusted to lead the adik-adik. But I think most of all, he envied the fact that I am the person he is not.

But what Abang didn't know is that, I am too, envious of him. I am dead envious that he got to do exactly what he wants irregardless. He doesn't have any care for the world and for how others may feel. If you think that selfish person had it all, that is by all account is right.

Our family had a difficult 2 years. In that time, his irresponsibility causes frictions and pushing me right out of his way. He had a difficult 2 years too. His marriage collapsed. I was told that everything started to break into pieces when his wife left him. In that two years, he has upsets so many people, and his own family are not spared.

Abang died peacefully in his sleep. My sister told me that he spent his last week calling up people to apologise.Of course at that time nobody took him seriously ---the amount of time...I'm sorry but I'll do it again.He called up Amma and put her mind at rest, finally. 3 days after telling Amma that he has make peace with Allah and himself, he left us without a goodbye.

I am glad that his final journey was made easy, if only, that is the only easiest journey he had in his life.

I want to remember good things about him. After he left and until today, I did not cry. I dreamt of him, but because we bergaduh so much in our lifetime, mimpi pun mimpi bergaduh.

But my Abang, despite all the bad traits he developed thanks to his surroundings, is the kindest man I know. He taught me to do whatever my heart desires. When I decided to migrate to England and Appa wasn't happy, he encouraged me and said...if I were you, I just go. Nevermind if you be this anak derhaka for now as long as you are happy. No so nice lah..but still...

I get to do cool things with him too. When we were little, he taught me many adventurous things, an experience a girl can only learn from her brother.

I remember when he first joined the boy scout and got to go camping. He came back and told me how exciting the camping was and persuaded Appa to let me come with him camping. Appa said no. In the end, he re enacted camping scene with khemah and food cooking belakang rumah for me to see what the fuss is all about. (it short-lived ..masuk senja, Amma think it is clever to tell us that Si Panjang kaler hitam akan datang lalu lalang depan khemah----mencicit I dgn dia masukrumah)

I last properly spoke to him during my younger brother wedding. He was trying to make amend by buying me a blueberry cake for my birthday.  But I was too cooped up. Macam sial perangai. He was sad and he told Amma & Appa. At that time I am glad that I actually for once managed to made him sad.

Yes. I cried when typing the above paragraph. I cried because my one and only Abang, the coolest one as I like to remember, the one who will actually never stop trying to make things better even though it turn out worst, has died.

I will always love you....because, you are my Abang. Al-Fatihah.

Sunday, December 23, 2012

That Particular Guest....Again!!!

Iskkk...tak pueh hati ni. If you want to call me petty, silakan. Selepas banyak kali disakithatikan orang pada tahun ni, being called 'petty' wouldn't hurt me an inch.

So with the guest extending her stay in my flat without menanya kami-kami okay ke tidak...dengan rasa tak bersalah nya, I thought that sebagai punca masalah, ye lah..sebab aku lah yang bagi permisi dia dok rumah I kannn? So, I decided to take her out jalan-jalan. So that I can give orang dalam rumah tu meng enjoy cuti weekend mereka. Yes, I felt bad. Dah la kami2 ni set kerja buruh kasar kann, so any time off dalam rumah adalah ditunggu-tunggu. I know my flatmate wouldn't mind so much orang datang rumah, but with this particular guest, yang tak pandai bawak diri...they kira bengang gak la.

But MB1 kan berbudi bahasa tinggi gittew, maka dia pun ikutlah I bawak budak tu jalan2. I tanyalah...ada tempat yang dia tak teringin nak pergi ke? Maka budak tu kata dia nak pi sini lah, sanalah etc etc. I takdelah melayan nafsunya but I opted to drive ke tempat yang hanya 2 jam jauhnya dari rumah I. We try to have fun but ......okay, this is where I think that the more intelligent you get the more socially inept you become. Ye lah, your kepala hotak penuh dengan information saja. You may know about everything around the world, impressing people with your Mayan's analogy, your agnostics view what have you but...

1. You menumpang rumah orang...buah tangan pun tak reti nak bawak ke? Tidak lah tuan rumah mintak. No...to be honest, I don't think Tuan Rumah will ask for anything unless if he/she is profit orientated. Selalu, kalau I pergi rumah orang, tak banyak sikit pun I will bawak some goodies tak pun I will take the host out for meals. Ye lah, orang dah bangi you menumpang...tak kan belanja Mekdi pun boleh jatuh miskin kan? Nope. This girl, jangan kata nak bawak Ferraro Roche kotak kecik, by the time she left the house, I was told, she finished off our Hotel Chocolat box set. Yes we offered her for a taste, but perlukah kau habiskan satu kotak?

2. Seriously, I think me and the MB's are really peghak. We don't always know whats in the market and what is the latest in thing. But I think we are happy with what we have. Takde barang mahal2 pun tak apalah. Susah betul I nak respect orang yang bercerita betapa cool nya henbeg Michael Kors, telling you how they already have few in their collections and is about to get another one or two yang hok terbaru. So off we send you to your shopping heaven, but when we stop for coffee, you just sat there, tunggu orang tanya nak makan/minum apa and in the end pandai cakap aje nak minum sekian2 late with specific low fat milk. Takdelah tanya if we want any cash contribution ke...or jadi insan responsible sikit pergi bayar rega kopi kann? Tak. Haram takde. But with me, duit can cari. So MB1 bought me a cake I like and thought of sharing it with me. MB1 ajak dia rasa sikit. But she ended up eating the bing chunk of it and nothing left for me.

3. Total of 4 days dia dok rumah kami. Cadangnya satu malam and off the next day. But she invited herself for that extension and making plans to see her other friends. So off she go and meet all these friends of hers and came back telling us how lovely all those expensive French Pattiseries was and telling MB1 she was stuffed. So on the last night, lepas dia kata dia dah kenyang macam anak babi tu, when MB1 was reheating leftover for herself, dia dok mengendeng dekat2 MB1 and MB1 macam terpaksa lah tanya, would you like some....and she said YES. MB1 yang dah sehari suntuk tak makan tu, kau dgn muka tak malunya mintak leftover yang chiput tu?

4. Not only that takde pun nak offer chip in duit minyak kannn....bila MB1 nak gi bayar, dia boleh pesan MB1 belikan dia pastry and coffee dalam M&S tu. Well, MB1 said dia tanya if she wanted anything...and bila kita2 ni cuma mintak mineral water aje, dia melampau mengambik kesempatan mintak macam2 pastu makan dalam kereta sensorang and selit sampah kat kereta MB1. (Ohh..did I mentioned...she invited herself to sit on the co pilot seat and fiddle with the stereo? Yes...

5. On the day that dia berambus...err, partly because I refuse to accomodate her by driving her to the place she wants to go dan aku buat excuse tempat tu jam macam macam laknat, she thought she need to find a place closer to it ---boleh Kiah, dan dn tu, ada pulak kawan dok Central London nun. (Apasal kau tak dok rumah dia and come to mine? I'm not even your friend) And sebab dia dah shopping banyak lah jugak maka dia pun macam hint2 lah..ohh macam mana I nak hangkut barang2 I pi tempat tu? So...I offered to drive her to the closest station. Dalam hati..okay lah..dia pun dah nak berams kannn? But what I tak paham...tak rasa bersalah kah kau meng impose beban kau kat orang? Pandai bawak barang berat..pandai lah hangkut beg pergi naik bas, ye tak?

6. MB1 tidied up after she left. In my bin, MB1 found the empty box of 6 expensive cupcakes and a box of macaroons. I rasa macam kena tampar dengan bekas IGP yang menampar DSAI tu. All the food MB1 offered you, prepared for you...dapat tidur kat katil empuk I while I macam pelarian tido atas sofa...you have no audacity, to even offered us...a slice for 3 of us to share?

Seriously, I betul2 malu. Malu dgn MB's. Si orang putih tu cakap...she is as bad as budak berwawasan kawan cemolot Capt Lukman yang masa kami tergagau nak bayar parking takde coins and tak cukup 20p, he didn't offer us anything...but he in return just makan minum kat cafe yang ditaja oleh weols. Macam lahanat kan?

Mana budi bahasa kita? Adakah sebab kita student, kita rasa orang jangan expect kita to pay our way but to be subsidised? You think just because people are kind enough to HOST your stay, there will be no need to even show some puny gratitude?!

Tak banyak sikit...offer lah. Yes, if she had offered me money, I akan rasa tak sedap because that is not the reason for everything. But, dah le duduk menompang rumah orang, kau berfeeling2 duduk hotel mengunci pintu pastu tunggu orang hidang food.

MB Putih hari ni cakap dgn I....okay, can you not invite her again. Malaysian apart from Hjh Leemah, Fiona Shanana, Capt Lukman, Dr Lurpark and few of my other frens are RUDE and opportunist.

I wanted to tell this girl what I think....but MBs cakap....kalau orang dah tak ada rasa bersalah buat perangai cenggitu, you rasa dia akan sedar kah? Nanti you jugak yang nampak jahat.

(Mode panas hati)

Friday, December 21, 2012

Guest

Semenjak dua tiga menjak ni.....ramai pulak tetamu datang rumah. I dengan MB1 ni ber konsep, kalau orang datang rumah kita, orang itu membawa rezeki so, usahlah nak berkira-kira kerana Allah akan membalas budi baik kita kat orang. Githoooo uols.

Tapi orang putih dalam rumah I tu pulak...sama seperti orang putih yang lenlain pada am nya...akan berkata, eh, apasal nak duduk rumah ni? Tak boleh ke dia dok hotel?! Free loader sungguh! Ekcherliii....orang putih dalam rumah tu okay. Ye lah..ni yang kenkadang I dengan MB1 tak paham..orang2 melayu kita ni.

Dah le datang nak tumpang rumah orang...ada pulak set yang buat macam hotel tak pun rumah sendiri saja. Tu yang si putih tu kedang kala bengang juga.

Sementelah ittew...I think posting ini ditulis untuk tips dan guidance untuk orang2 yang bakal menumpang rumah orang dimasa depan ye...tak kiralah short term atau long term.

1. Rules Nombor satu....find out who owns the space and remember it. Ye, kita rasa kita pi tumpang rumah kengkawan kita tapi kita juga kenalah ingat, ada orang lain juga yang mungkin membayar sewa.Unless tempat yang you tumpang tu adalah hakmilik penuh kawan you, maka perlulah you menghormati si rakan kongsi tuan rumah ittew. Maksud I, macam...kalau I pi menumpang rumah Dr Lurpak, adalah tidak manis rasanya kalau I tak menegur swomi nya dan meng acknowledge yang T-Bag ittew adalah owner jua. Beringatlah...we are in someone's space.

2. Rules Nombor dua, always remember yang kita ni menumpang. Selalunya orang melayu macam I ni...akan mengutamakan keselesaan penumpang. Sebab I dah biasa masa I kecik2 dulu, makpak I ajar.Tapi kann....bila orang dah bagi you comfort, you janganlah pulak berfeeling2 duduk hotel dan lupa diri pulak. Okay...bebaru ni...adalah sahabat lama I mintak I tolong anak buahnya yang datang belajar di UK. I dgn makciknya dah kawan lama so kalau takat nak menompangkan anak sedaranya barang sehari dua, tak jadi hal. Of course I akan tanya hosmet I, mereka pun cakap okay. So datanglah budak ni. Dah le suruh makciknya yang organise tempat tinggal sementara nya, at least make lah effort nak menelepon I ke kan? So she came...muda lagi budak pompuan ni. Datang pun dah gelap. Bingung I...dah le kami2 ni bekerja..pastu nak make sure dia boleh masuk ke rumah. Tidok le dia reti nak bercommunicate dgn i nak bagitahu sampai pukul berapa. Tup2 hantar message kat I kata dah on the way. Lehhh. Nilah dia anak orang melayu alaf baru set-set yang didatangkan dari KL ye. Muka cantik, otak pandai (ye lah..buat postgrad, pandai lah kann?) tapi..manners...zilch. Dalam borak2, idoklah dia kata..thanks la Aunty sebab bagi saya tumpang rumah aunty bla..bla..bla...mulut dia berat. MB1 tanya, sudah makan ke, dia cakap belum. Maka dek kesiankan anak orang, MB1 mustered something to sort her tummy out.Habis kau tadi tak reti ke nak pergi makan sebelum sampai rumah orang? I let her sleep in my room pastu sepanjang2 her stay, bilik I tu macam bilik dia..gasaklah dia mengunci pintu pastu pandai pulak menunjuk muka time nak makan. Eh..kau ingat ni hotel ke kau nak ada2 privacy segala? Dia perasan I tidur kat sofa...tapi macam takdelah nak acknowledge yang I ni bagi keutamaan kat dia. Cakap dgn I pun sebab nak mintak WIFI password. Bleh? Dah perangai cenggitu, all one can hope is cepatlah masa berlalu..sebab rasanya makcik dia kata dia nak tompang 2 hari aje..tup tup, dia pi cakap kat I, dia tak boleh buat apa dia nak buat kat opis gomen kat London nun maka dia akan pergi balik opis tu hari lusa nya. Pun..masih tak tanya, okay tak..if I extend my stay? Takde uolsss...takde.

3. Rules Nombor 3. Berbudi bahasalah..walaupun pertolongan yang kau dapat tu dihulurkan, bukannya kau yang mintak. Yes, I offered my place. (sebab makcik kau kawan baik diriku) so, apa kata kau belikan buah tangan kat orang dalam rumah tu tak pun..offer lah membasuh pinggan lepas orang nak bersilat masak untuk kau menterkedarah kannn? Ni tak...jangan kata Ferraro Roche...offer nak buatkan air untuk tuan rumah pun takde, pastu sedap betul kau memicit Remore Control Sky tu macam reta abah kau kannn? Kami tau student ni duit pun tak berapa nak banyak...(err tapi boleh pulak kau cerita kau pergi beli baju kat Selfridges) tapi apa kata, kau ajak kami ni keluar makan ke..tanda terima kasih, tak gitu?

4. Rules Nombor 4. Masalah kau bukan masalah tuan rumah ye? Dah la makcik ni..dah cukup baik bagi kau menompang so...dengan budi bahasa kau yang cantik sikit aje dari Lindsay Lohan tu, ko rasa ada ke aku kesah kalau kau kena ada kat station ketapi or bus sekian2 time? Kau ingat ini KL ke kau tu nak dihantar dijemput? Boleh pulak kau tanya..macam mana I nak be there on certain time..kalau you guys (yes,,she addressed us as YOU GUYS) takde kat rumah? Patutnya..kau tanya apa plan tuan rumah then kau buat plan kau ikut time tuan rumah, bukannya tuan rumah yang macam di expect kena ambik cuti menunggu kau kat rumah, making sure kau ada access keluar masuk.

Ni lah dia budak KL ye...to be exact..budak sekolah Convent atas Bukit yang rasa diri diorang sama bagus dgn budak TKC. Berlain betul dgn set2 gadis desa yang selang seminit mintak kebenaran..kak..boleh saya minum air kak..kakkk boleh saya guna toilet akakkk...

Okay...I tengah bengang ni. Syukur budak tu akan berambus hari ni.

Wednesday, December 19, 2012

Everytime...Just Be A Friend

Okay….I filters incoming comments. My reason is selfish, that is because I want to read it first before you do. I figure that since this is my blog, memang sangat tak patutlah kan kalau I dapat information 2nd hand gituh.


I have always been aware that….we may one day come to some disagreement. You don’t like what you read in here. To some of you, when that (disagreement) happens, best thing to do is to leave unflattering comments. Of course lah ni semua kerja manusia anonymous kan…bukannya nak challenge point of view orang dengan cara berhemah.

Adakah I kecik hati lantas tak mempublish comments uols tu? Ohh…kalau setakat uols carut, calling me all sorts of name that you can think of with your limited vocab and bad spellings too, apa yang I dapat dari tempat kerja I hari-hari lagi teruk dari tu. To me, orang yang suka buat kerja2 camtu adalah orang yang tak berapa sihat akal, so pada I, you pun takdelah sihat sangat akal you, and kesimpulannya, kalau I nak berkecik hati pun, I akan buang masa saja. But nasib lah comment you kena CTRL-ALT-DEL kann?

Okay…one for the road before I menyambung kerja. Untuk adik yang bercerita kat I betapa risaunya dia dengan keadaan bff nya yang sedang mengalami relationship problems. Problems tawww….bukannya problem and that with her sticking her oar in, in a caring way is driving a wedge between them.

Wah…where have I heard that before?

Okay, I have friends who tell me stuff too. Stuff that they can’t just tell anyone. I have always bear in mind that when people consult me for advice, one besides the reason that they think they can trust you, these people sometimes don’t tell you stuff because they genuinely want your advice. You could be another pair of ears for them and your views are only sought to validate what they have always known or wanted to do anyway.

If someone is in a bad relationship, chances are, they know about it.There’s a strong possibility that their judgement is clouded by whatever reason. Love is one of them. Other reason could be, kalau ada anak and kalau you dengan orang yang you ada masalah tu are in some sort of enterprise together. I really don’t mean doing business together only. Having a relationship with another person is a partnership that needs working on, day in and day out.

I am with someone that I can tell you now even my closest friends didn’t approved of. I know why. Many wrongs than right. But I am so in love that I am prepared to just ignore the snide comments. Maybe because I know this person so well than the others do. Truth be told, some relationship aren’t great. Our partner can be this philanderer who never intends to change his/her way. Our partner can be….the type who would rather do something exciting that exhilarate them that does not include you. Our partner can be as boring as hell and it is still dull no matter how much sparks one tries to energise.

These sorts of persons may not be ideal in our relationship world. We dream of someone perfect, someone who love us no matter what and worship the ground we walks on, someone who will just be there no matter what….someone Anuar Zain.

But no. We can have Anuar Zain who creeps the happiness out of us but berperangai macam lahanat.We can have the one who worship everything about us but, in many ways..did not ‘get’ us.

We can say that we have the perfect relationship than others or better than our hard done by bff. Unless kawan kita tu mangsa terajang dek laki or boipren nya, terajang physical ye, bukan terajang emosi, maka all we can do is tell our friend how we feel based on our observations. Kalau dia nak dengar, dia dengar. Jangan ingat dia tak dengar just because dia tak buat apa yang you suruh.

Always remember that you are not them. You are not the one who is being tested.

Once I know of a married friend who told me that she is having an affair. She got herself into a pickle and in the end I have to say that I am actually more upset with her, supersedes my sympathy for her and her marriage problems. On the whole I can see a perfect enterprise between her and the husband but maybe not so ideal. She is way too selfish. But that is her.

Then I know another….and that after I learned and observed some truths; hate the living daylights of the husband. I focus on my strength to beef up the wife emotionally. Ohh…that’s what we social worker does, we don’t solve problems but we enable strength to the vulnerable one. Only to realise that…the wife is as bad as the husband, scared of the truth and continue doing what they both do well together, sweeping the their household dust under their carpet.

My point to you is, adik…unless one person is ready to change, they really don’t need your help to change them. Obsessing about others imperfection will only make you despise your good quality. We made bad judgement too. We made as much if not less mistakes than our best mate to know that making mistakes is inevitable in life. We talk silly, do stupid things and practical things do escape our minds.If your friend means a lot to you, you shouldn’t let her imperfections ruins your friendship. Maybe your role will arise soon….to pick up the pieces.

But for now, just be a friend. See her through this. Believe me, you will learn something too.

Good luck 

Sunday, December 16, 2012

Malas Nak Fikir

Okay...for those who sent questions about certain issues that is mind bothering, nantilah gua jawab ye. Berblogging amat payah ketika ini.Alasann..alasannn.

For you who has been very kind to my community cause, yes..terima kasih. Email us privately, tell us your plan about merampok duit laki mu, duit laki jiran mu. Orang jantan ni kalau ada duit berlebih karang lain pulak jadinya...kalau dia beli Rolex takpe, buatnya dia buat masuk meminang pelakon drama swasta gediks tah mana2?

December seems to be our favourite month to reflect on what we have done for the past 11. Then we will start planning a new resolution. Tu untuk set-set yang semedang masuk tahun baru aje nak pasang resolution. I remember making many resolutions and can't remember sticking to any. I think I only stick to few...tu pun bila dah kena kat batang hidung sendiri and bila bubur dah jadik nasik. Like, some years ago...masa masih menjadik student, resolution masa tu ialah...dah malas nak menyibuk hal orang. Not like I ni suka menyibuk pasal orang but I remember caring too much and sharing too many. In the end, dapat pulak title batu api. Hek elehhh hai. I remember being confronted and lepas tu macam dapat reputation pulak menjadi pengadudomba. What saddens me is that orang yang I tolong tu terus tak nampak kebaikan I. So that is it. After that, kalau ada orang datang cerita kat I masalah dia, I dengar saja. Nak sambung lelebih, sorry naaa. But ini zaman sekolah. Zaman dah tua pulak, bila dengar cerita, cuba sedaya upaya tak nak ambik side sesapa. Sebab kita pun tatau hujung pangkal nya. Orang ni cakap dgn kita macam ni. Kita dengar. Tapi sebenarnya dimata orang lain lain pulak perception nya. Kita dengar juga. Ambil tahu jugaklah sebab dia tu kawan kita. Tapi nak lebih2 tak ada. Bagi nasihat sikit2 yang berupa, tak payahlah kau nak bersusah2 ati memikir hal orang. That's about it.

Tahun ni...ada banyak plan dan banyak pancaroba. Tapi pancaroba itu bagus sebab kita tahu siapa berada disekeliling kita sebenarnya. Jalan yang kita lalui tak selalunya lurus. Orang baik yang kita jumpa juga tak selalunya baik. Ada yang bermotif tersembunyi. Ada juga yang...motif tersembunyi ke tak tersembunyi ke, tah apa benda motif dia sampai sudah I taktau. I have stop being friends with few. Ohh..bukannya kita ni tak bagus memutuskan silaturrahim? But silaturrahim macam ni, tak ada pun tak apa. Biarlah. I don't fight...but I sure ignore. Kalau you antara yang kena ignore tu, selamat lah ye. Jodoh kita sudah habis. You tak pandai hormat perasaan saya, maka saya harap janganlah kita melalui jalan yang sama.Boleh gitu aku?

Yes, diwaktu free, I will do my own good samaritan facebook line, yakni memberi nasihat (kepada yang meminta) dan mendengar luahan perasaan (kepada yang nak meluah) manusia-manusia berjiwa kacau dalam friendlist I tu. I was talking to this young girl who is getting married soon. She wasn't sure. Macam2 dipikirnya. When she told me macam-macam, I asked..apanya yang macam-macam? She was vague. Bunyik nya macam banyak la sangat masalah so I asked her to list them down. With the list, we both go through it together one by one. Adalah 2,3 aje sebenarnya that is bothering her. But the list keep adding. Semuanya anxiety. Last2 I cakap dengan dia..you ni fikir banyak sangat lah. So I bagi dia nasihat yang siapa2 pun boleh bagi sebenarnya..yang jangan membebankan diri dengan benda yang kita tak boleh tanggung. Nak menanggung ikut kemampuan gitu. Ye lah..macam gi shopping lah..bershopping lah mengikut kemampuan dan credit limit Mastercard, kan?

(Why are we thinking too much)

She loves her boyfren. By the sound of it, they have went through a lot. He seems like a nice guy. Sudah kawan 2, 3 tahun juga. I think many of us like to think that marrying someone is also solving a problem. What is the connection? I listen to her talking...to me benda yang takde masalah pun jadi masalah. Orang bermasalah ni selalunya defensive. Benda yang pada kita nampak macam takde hal, pada dia benda tu menggunung bebannya. Orang bermasalah juga..suka berpusing-pusing. Masalah sebenarnya B...tapi dia doklah menyusahkan kepala hotak nya pasal A. So with this girl, what is actually bothering her is B problem but she keeps on talking about masalah A yang kurang penting. Then I realised that she is reluctant to talk and to solve the real problem.Meaning? Err, katalah masalah dia boipren nya curang..hati kata blah lah saja. Otak kata...alamak kenduri dah dekat...langkah penyelesaian yang patut diambil? Entah...nantilah. Orang tu dah mintak mahap. Tapi yang sebenarnya hati kita masih sakit. tapi..biarkanlah hati tu sakit. Bila hati tu sakit...benda lain pun ikut sakit juga. Contoh tau ni...

Then I cakap...buat apa bercakap atau nak pikir pasal tu? If you are not bothered to do anything then...diam sajalah. But of course lah I tak bagitau dia benda ni. She is way too fragile. She is scared. Scared that when the wedding day is near, dia dgn boipren nya dok bergaduh gaduh lagi. Gaduh pasal apa? Pasal macam-macam lah Makji. Ohh...sungguh vague. When I probe further, she shrugged it off as, malas nak pikir.

Okay lah.

How many of us suka benar resign to konsep malas nak pikir ni? Ramai.

You always tell your friends about your husband philandering ways...and still going. Your concerned friends tried helping you to see though it but your attitude to our problem is always, malas nak pikir.You fikir bila you nak fikir. Hari ni kalau rasa nak ambik off day fikir, you stop thinking. Besok lusa benda tu datang balik and fact is, esok lusa benda tu masih lagi jadi masalah tertangguh dan berpanjangan. You think for now it is bearable.

So, I cakap lah dengan si adik ni, macam ni lah. Masalah you, hidup you. Kalau you nak biar benda ni berakar dalam kepala tu dan lama2 akar tu jadi keras, itu pilihan you. But you mesti ingat, masalah you melibatkan orang lain yang mungkin bergantung nasib or harap pada you. Selagi you tak selesaikan, selagi tu you akan menyakitkan hati orang dan hati you sendiri.

Tapi saya nak jaga hati dia, makji....kata nya.

Ye lah, jaga hati lah ni. Tapi you yang tak tentu arah. Sekarang ni sibuk kerja boleh lah bertangguh nak selesai masalah. Besok masalah ni akan datang depan muka you balik. By the time you nak tunggu masa sesuai, kemungkinan ada masalah baru yang bertambah lagi daripada masalah yg ini. And you ended up with two maybe three masalah yang sama.

I cakap dgn dia, kalau you rasa keputusan you nak jaga hati dia, maka itulah keputusan you. Jangan pusing belakang lagi. Sebabnya, you choose to put him first and you 2nd. Tak payah pikir lagi. Redha saja.

Tapi hati saya sakit, makji...

Then, you know what to do. If you want to wait...you wait. Don't stress. But always remember, problem ni kalau disimpan, jadi besar, bukan nya jadi kecik.

We leave it at that. She sounded so stress. Ye lah, bila tengah rajin pikir ni, stress lah. But she like to do the malas nak pikir act and of course, consciously and unconsciously, accumulating smaller issues into big fat one.

Mengapakah kita...dalam pada nak jaga sangat hati orang, suka sangat menyusahkan diri sendiri?

Sent from my iPad

Saturday, December 08, 2012

Some Stories

Kawan-kawan yang dikasihi....cehhwahhh....yes, I sangat busy. Maklumlah nak Xmas kan? Duduk dinegara orang putih macam ni lah...bila nak masuk je musim perayaan diorang kerja yang selalunya ber deadline lambat2 tetiba jadi serta merta sebab orang yg in-charge nya bakal berchotti Xmas. Kalau takat chotti Xmas aje tak apa...sampai ke NY lak tu.

A happy birthday to all the December children who turns 40 this year :)

Let's do local news. Yes, contrary to the legend yang orang Malaysia suka kata org overseas taktau hal dalam negara sendiri, I do read Malaysian newspaper. Tak kisah lah sokabar tu pro or anti gomen. Everyone have their own versions of stories to tell. Kita yang membaca ni kenalah memakai otak, ye tak?

So, this girl died. Jatuh tingkap on the way nak jumpa boipren. Centa punya pasal terlupa dia akan impact gravity yang tak akan nya menolong bila benda yang digunakan untuk menampung berat badan adalah tudung-tudung yang diikat simpul aje adik oii. Aruah appa I selalu kata, kalau orang tu mati awal, Allah sayang padanya, tak mau dia buat dosa banyak2 atas dunia ni. She was only 16. Nak jumpa boipren makpak tak kasi. Kena kurung dalam bilik. Boipren pulak mengamuk dalam twitter marah kat makpak budak pompuan tu. Ohh..susahnya menjadi parents. Buat ni salah, tak buat nanti..orang kata tak pandai kontrol anak.

And the celebrity got married. Yay. I don't even know any of them. Ye lah..ahkak kan meninggalkan Malaya dimasa zaman kefemesan Jasmin Hamid, Aida Rahim dan Haliza Misbun? So bila dengar nama-nama pelik macam Pasah Sandak, Diana Dayak, etc etc...manalah ahkak kenal dik? Zaman tu, pesbuk pun tak ada...kalau minat kat retis, idok nya boleh follow account twitter diorang. Tapi rasanya zaman tu Jasmin Hamid takdelah pulak bawak pregnancy kit nya pi jumpa Mama Juwie kan? Pastu bila orang mengata...buat statement saya rasa tertekan pulak. Dah kau yang pi kompang apasal? Practically telling the whole world that you don't waste anytime to be 'at it' lepas kenduri abis.

And the newlywed got divorced. Jodoh dah tak ada...bukan salah saya...pak mentua saya yang mulut becok tu pun tau. Kitorang hari ni kahwin, besok dah start gaduh. Tu lah...kawan tak lama, tak menyempat nyempat nak kahwin. Ye lah..ye lah. Orang yang berkawan bertahun pun lagikan berperang dan tak get on sampai sudah. But biarlah kann...kita ni bukannya dia. Kalau daripada bertekak sampai nak makan tido berak pun susah, baik lah bercerai.

Ohh Ustazah Abby Abadi. Ni lah bahana nya...ohh I maybe wrong, but there is some of us who really take pride of being the outspoken one. Tak puas hati, lepas...no holds barred gitu. Tapi lupa nak timbang bab hati tak puas dan otak yang tak berapa penuh. Masa kes kena naya dgn ex laki, sebabkan mulut yg tak reti dok diam, daripada org nak kesian banyak, jadi tak nak kesian langsung. Syukurr...Allah dah buka pintu hatinya nak menjadi mukmin yang baik. Tapi kita semua tahu, manusia ada ketaksempurnaan mereka. Hari ni dia nak ajak kawan2 masuk syurga....besok dia kata nak berdakwah melalui lakonan. Lusa, dia berburuk sangka dengan orang. Macam ni lah dik...pergilah cari Aunty Noorkumalasari. Tu dia baru orang respek. Mencari pahala aje keroje nya.

Ohh...ni lagi best. Adik kita yang baru habis darjah enam tu. Berpakwekan budak 19 tahun. Oiii..mengenyam betul adik, lari umah boipren pastu taknak balik. Kesian makpak...malu, terpaksa bagi kahwin. Nak selamatkan maruah keluarga. And I really think the father is referring to his anak pompuan yang dah menggeletis tu. Teruklah parents nya kena kata dgn NGO activist kanak2 yang rata2 nya mengutuk tindakan bapak nya bagi anak dia kahwin. Laaa....nak buat apa lagi. Kalau budak tu kena paksa lain lah cerita kann? Ni dah dia pun mengelintin buat statement kat sokabar 'saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai isteri' tak ke kau rasa nak cekik dia, tak pun nak cekik diri kau sendiri?

I like to ask the boy..dah kau tu yang tua nya, tak boleh ke kau cari budak2 baya kau sendiri nak dijadikkan gilpren? Ni budak jahnam err darjah enam tu jugak laaa yang kau nak hangkut bawak merata pun. Bodohhhhh!

And I like to ask the NGO yang kononnya acting in every children best interest, ko kutuk makpak budak tu, apa hasilnya? Nak kutuk, kutuk lah jabatan agama yang bagi kebenaran tu..ni kalau nak ngutuk sangat lah kann. Budak2 sekarang pakai unipom lightblue pun dah pandai buat video cerita blue dia dalam semak dgn boipren. Bagilah pendidikan moral...suruh budak2 tu belajar menghargai diri sendiri. Kalau diri sendiri pun dah takde rasa hormat hence sedap aje nak bagi free kat boipren, mana nak ada rasa hormat kat orang nya?

Cheerios :)

Sent from my iPad

Wednesday, November 21, 2012

Update Sekejap

So I received your comment..asking how to get in touch.

For the question if that Al Rajhi bank account still active...jawapan nya, iya. Kalau nak menderma, silakan lah ye :) Terima kasih :)

To get in touch with me, personally...though via admin, pergilah ke website Help & Hope tu...I am sure you will find a way to email. Terima kasih :)

Okay...bab you nak donate your prized possession to us. Silakan lah. I thought I should say this that perhaps however way you may wish to generate cash if entirely up to you. Nak ajak kengkawan donate ke, orang kampung donate ke..nak curik duit laki buat donation ke (ye lah..daripada dia pi tabur kat mana2 kann?)  I really do not want to sound ungrateful but I am also preparing myself to yet another janji pilihanraya.

I have had so many people janji..janji dan janji. If making promises is one way of feeling good, lifting up people hope only for a short second exhilarate you, then I will not blame one for doling so. I am all for good mental health. As much as I want to look after mine, I do hope everyone look after theirs too :) I will not stop you from doing what you want, in fact if your intention is for a good cause, semoga dan hanya Allah yang dapat membalas  budi baik you.

But I have ceased getting excited. Come what may. Tu konsep nya sekarang. I have a greater responsibility for those who have donated...and that is, to make sure things happened.

I really appreciate all the good intention.

Much love,
Me & Loyar Sabung Ayam


Sunday, November 18, 2012

About Takdir

It is my biggest bugbear bila orang...to me lah...menyalahgunakan konsep takdir ni. Ishh...this is other than the overstatement of Insya Allah.

Today...I saw comments by somebody I don't know likened me to a kaffir and feels that my faith and aqidah is diluted badly because of my location of abode. Well, this is another story for another day lah ye. Tak kuasa I nak memikir banyak problem dalam satu hari.

Speaking of takdir. Here is my story.

A friend of mine lost her life recently, almost immediately following a road accident. Shock. Shock. Shock for me. Me and her, not close. But we talk. She is the school librarian and she is known to be strict but somehow not to me. Because apparently, menurut sumber fitnah pada masa itu, we came from the same kampung. Hek elehhh..budak MRSM tak habis-habis dengan institutionalised racism nya.

Over the years...I come to know that she is working as a cikgu. I have known her to be super active in school so I was expecting that she should be...somehow...more than a cikgu, not that I think cikgu is not a grand profession, but teaching requires extra ordinary skills.Not that she has none..but..isk, susahlah nak explain.

But yes, she is a cikgu. She went to ITM to study something and later on re trained as a cikgu at some local Uni. So yes, she become a cikgu. We befriended again through FB and she was amazed by my transformation ---from a student paling diam, tak happening, I guess she is too polite to say that I ni takdelah berapa stand out sangat academically dulu..and to her me 20 odd years ago is a huge difference to me now.

My answer...as similar to same questions from schoolmates, is that...my rezeki. Lain-lain. I complimented her life, to me is an accomplishment too...happily married for over 20 years and with grown up kids. Kalau nak dicompare dgn I yang sokmo salah bearing. She said it was her takdir...resigning her future to submit to her parents wish...to marry a son of a family friend and her life just took off accordingly from there. 18 years old and kena kahwin. Dream of pursuing studies had to be put on hold or maybe never at that time. But she told me, it is what her parents wanted and it was...her takdir. I told her that I heard about her wedding when I was in PPP and did not think it was a real news sebab I told her candidly that I never thought of her of the cepat kahwin one...scandal pun tak ada masa sekolah tup tup kahwin. Again...is her takdir, she said.

Somehow her submission to her parents wish is rewarding. Idoklah dia dapat King of Swaziland or laki yang berfeeling2 majikan dgn bini sendiri. She somehow managed to go back to study and got her own career as a cikgu. She said she is happy and blessed. But she did say...that she hope anak2 dia belajar and kerja dulu baru pikir nak kahwin. She didn't want them to be like her. Macam bunyi resentment aje dengarnya...but I am sure she has her point.

Accident happened. She died instantly. Her family survived. We were all shocked. Condolences was pouring in. She was a very likeable person. I did my bit sending her Al Fatihah. Friends was talking about her young children losing a mother.

One friend said....dah takdir.

Wahhh.........tetiba, darah I menyirap. Minggu kematian my fren tu memang minggu kenaikan darah keparas tertinggi. In between kerja I yang kadang2 stress nya macam setan, benda yang I nak buat macam banyakla pulak halangan nya...and I pulak tengah gigih menjadi counsellor kawan I yang di emotionally abused dek laki nya, with takdir word digunakan untuk menutup kekurangan dia...so flag another takdir....sikawan I yang ini...dah memang takdir dia nak mati accident.

But pray tell me....kalau dah jalan kita patut bawak 40mph, dah diwarning jalan tu kawasan kemalangan tapi kita masih jugak nak rempit 110mph...ditambah dgn hujan, bila terbabas, takdir ke tu?

While I can accept takdir my fren ni dah tertulis ajalnya nak mati accident, bukan ke kalau sipembawak kereta tu menggunakan otak nya, dah tahu jalan tu jalan kampung tapi nak jugak bawak macam Ayrton Senna, accident can be avoided? I hope that the driver will now see that as a direct message from Allah, sebab anak bini dah komplen suka benar bawak kereta laju-laju, selfish tahap tangkuban perahu...kalau nak berlumba, pergilah circuit mana-mana, ye tak? Bukannya dalam kampung, selekoh tajam dan hari hujan.

I read in Harian Metro about org tua kena parang dek anaknya yg sakit jiwa. Relatives are quoting takdir. Kau dah tahu budak tu sakit, apasal tak buat apa2.

Can we, on a same account...bila baca cerita Mat Rempit mati terbabas....say that's the Mat Rempit's takdir?

Kebodohan manusia berotak yang masih baik fungsi nya...takdir Allah lah ye?



Sent from my iPad

Thursday, November 15, 2012

Mixers

Menurut orang2 di hopis saya...mixers ialah nama lain bagi maruku yang saya rajin kunyah tapi dah berenti sebab ianya menyumbang kepada penambahan lapisan badan.

Mixers can also mean...a blender. Orang putih ni banyak betul bahasa nya...yang berbunyi sama tapi bermakna lain-lain. Macam..kalau depa cakap fakkkkyuuu, bukanlah diorang tu nak f*** you ataupun berdoa mintak you kena f***, tengok tone suara jugaklah kan...kalau disertai petir dan hujan percik percikkan, makna nya marah lah tu. Kalau cakap fakkkyu dalam gelak ketawa, maknya marah lah jugak but versi gelak2 suruh you blah.

I think it is more confusing in English. Agaknya pasal tu lah orang selalu kata, orang putih kalau berkomunikasi, akan berkomunikasi terang2...takde simpan2 dalam hati dan takde pun nak mengguna teknik telepathy. Juga tiada menggunakan ayat2 mudah seperti...yelah, ikut lah..hmmm..hmmm...moving forward..etc etc..dan expect sipendengarnya memahami isi hatinya (yang busuk) itu. Hiks...yes..sindir tetap sindir ye... matik la tajuk dgn posting tande kena mengena.

I have many girlfriends who tells me about their marriage woes. Dalam ramai2 orang, aku gak yang ditanya dicerita hal dalam kain dengan laki nya. Men tells me stuff too...but I find them men very decisive than women. Ye lah...jantan kan malas pikir. Malas fikir tu satu, but in terms of practicality, men deal with one problem at a time. Kita pompuan ni aje yang suka menyambil. Generally lah ye. Tak setuju..tak apa.

I read about this nenek in Kelantan ke Trengganu ke yang kawin cerai banyak kali. Kalahhh Lizebet Tukang Jahit tu. Ada yang cerai mati ada yang cerai hidup. Then I know of friends yang kawin cerai beberapa kali...err, lebih dari dua kali. And course bebaru ni, keluarlah cerita pasal anak tukang masak tersohor tu kannn. Memula bapaknya buat statement bongkak congkak, ehh apasal you all tanya I, pi la tanya orang tu (anak menantu dia). Dan besok lusanya keluar lagi statement dari Pakji Tuakng Masak tu...ohh mereka dah bercerai tapi saya sayang kat ex menantu saya tu macam saya sayang boipren saya oopss hai tersasul...anak saya sendiri. Pulak dahh? Then I pi la baca blog gossip retis yang of course la segala details pun keluar termasuk la si ex menantu tu ghopanya pernah jadi menantu orang lain juga....sebanyak dua kali. Ohh kisahnya.

But yes, kalau jodoh tak ada, tak kan nak menahan hati ye tak? Nak dibunuh kang, kita pulak masuk penjara. Kalau dia tu ada sakit jantung kronik, boleh gak kita standby ular plestik buat surprise (terus kau mampos) party kann? Cannot tahan, good bye lah kan?

Alasan orang bercerai ni...banyak. Some kena cerai sebab..laki or bini dah tak nak. Jumpa orang lain hati sudah berubah maka nyah lah kau. Some people just realised that banyak benda yang kurang rasa with the current or previous one, bila dia jumpa the new one. Pernah lah sorang security guard tempat I kerja kat KL dulu...bercenta dengan budak UM dan si guard ni, lagak macam orang bujang keluar dating hari2 dgn aweknya. I am not sure if he tell the girl that he is married but bila ditegur oleh kengkawan nya, dia kata lah..ohh dengan si gilpren ni, dia sedang merasa apakah maknanya centa (cepatlah cekik diri sendiri) dan dengan bininya...ialah pilihan keluarga. Ni dia orang jantan. Macam2 lah kurangnya sang bini...dan si gilpren tetiba pulak memenuhi kriteria. Pundek lah sangat. Tapi yang I tengok..dalam kononnya dia tak bahagia bersama bininya, sibininya tu mengandung jua.

Some will say...ni alasan budak2 zaman sekarang ye...that we realised that we want different things. Kau nak ketea Ferrari and I want motor kapcai, ke gitu? I thought that when we committed to someone, we already know what we want, kan? Ke tengah2 jalan, ko tetiba dapat hobi baru? But yes, that reason sort of make sense. Sometimes, your life circumstances changes. Kita nak buat benda ni..partner kita pulak tak suka and that really get in the way of you both dan mulalahhhh start gaduh-gaduh. Benda kecik, benda kena sapu bawah carpet semua boleh keluar.

Some of us committed at the time we felt ready to commit. Everything seems falling into places at that time. I was in that situation before. Past relationships didnt work and I was desperately wanted to move on. Yes, at that time our situation can make us think that we are ready.

Truth is, we will never be ready. I pernah dengar kawan I cakap..ni masa dia nak kahwin yang she hope to nurture her love with this guy after diorang kahwin.Kawan tak lama. Kahwin..lagilah tak lama.

Ada pulak yang cakap dengan I..dia kawin dgn lakinya sebab...dialah masa tu jantan yang perfect dimata dan dipoket. I need to be saved...katanya.

Well, did you get married to be saved? Saved from what lah? Macam-macam lah alasan nak menyedapkan jiwa kan, masa tu?

Oh what about yang baru lepas keluar dari mulut buaya...tetiba macam tak serik2 pulak nak masuk mulut rimau? Bercerai kali pertama tersangatlah serik nya..pastu, tup tup..belum setahun dah nak menikah baru?

But ni semua bergantung kepada ketahanan mental kita sendiri lah kan? Kalau kita ni set2 takleh hidup tanpa pasangan dan terasa nak meroyan sentiasa bila dok sensorang, maka se eloknya...carilah pasangan baru. Lantak lah apa orang nak kata, kan?

Being with someone else can make us lose sight of our own self. So, masa free macam ni lah you nak regain balik your true identity before you got contaminated dengan partner you. Like sebelum kahwin you are this happy go lucky person, pastu dapat pulak jodoh dengan ikan tongkol, kita pun benjangkit perangai tongkol orang tu last-last si empunya perangai tongkol tu pulak yang pi tuduh you berperangai. Macam lahanetssssss lah sangat.

It is good to take control once in a while. Ye lah..kalau buat baik aje sokmo dan menjadi alas kaki, kita lupa apa strength kita sebenar nya.

The once upon a time good thing will somehow eventually become rubbish if it is not utilised. And, it is our habit to keep rubbish with us. Some rubbish are useful...but the bad one that you really need to get rid of. If you are not careful the bad rubbish may turn you into a rubbish too, and you ended up become the bad one.



Sent from my iPad