About Me

Thursday, May 17, 2018

Assalamualaikum Chuolssss....

Manifesto Blog Hajah Esah lepas menang pilihanraya tu hari ialah...

Update blog kalau majority jawab salam lebih dari parti pembangkang.

Camna?

Monday, December 26, 2016

Yang Sakit Itu.....

Hey uols...productivity blogging I pada tahun 2016 ni memanglah sebanyak haiwan-haiwn kepupusan. As at today, macam ada dalam 20 post je dalam tahun ni. 

Well, who reads blogs nowadays kan? Ada, tapi tak lah sebanyak posting-posting pesbuk. Nak nak I ni kan menulis bukan kerna nama, so, sampai kesudah lah takkan ada nama. Takkan ada nya jadik popular macam Dr M. 

Dr M glamer ke uols? Yaa...dia pandai mencari glamer. Right reasons, wrong reasons, who cares. Orang yang kata dia ada banyak mix mix ni kan ke pelik perangai nya? Sepelik found die tion nya. 

So with days we have left in this year, maka I akan cuba meroyan sebanyak mungkin. I akan juga melawan Ajuan Ali. Tu lagi seorang manusia pelik uols. I ingat, I ni pelik..tapi I tak pernah pulak tengok orang yang ada banyak persona cenggitu. 

I actually nak tulis pasal orang sakit. Uols tau kan, kerja I ni, bercampur dengan orang sakit. Sakit ni tidaklah dimata kasar dan juga tidaklah terlihat atau terasa oleh sipenghidap nya tu. 

Few weeks ago, I dapat message dari kak Hetty Koes Endang ni. kak ni kata, dia sungguh at the end of her tether dengan perangai anak dara dia yang macam langsuir jadian tu. Kak ni kata, anak nya murung tahap tenuk, tapi bila I tengok anak nya tu macam takda apa-apa ja. Mak dia yang murung adalah. So kak ni mintak bantuan I dgn Loyar Sabung Ayam yakni partner in crime I. I bisik kat loyar, anak kak ni takda apa-apa lah. Kalau ya pun dia murung, cer ko tengok perangai omak nya, ko tak ke terasa nak join kemurungan sekali?

Anak kak ni pun boleh tahan penyapu sampah nya...tak sedar diri dan tak sedar dek untung. Selalunya orang yang tak sedar dek untung ni berjaya mencapai kejayaaan memangsakan orang lain. Cara kak ni cakap dengan kami, anak nya ni dah dirasuk setan Seksyen 7 nunn...maka satu keluarga tu porak peranda kecuali anak dia yang hampeh tu. 

Sebagai manusia biasa, apakah nasihat yang patut kita bagi pada anak harun macam tu uols? Ya...kita nasihatkan omak apak nya halau je budak tu dari rumah. Ye lah, sebab dah besar berbulu macam tu suruh lah keluar rumah kan? Kalau kecik konet memanglah I cadangkan makpak dia bagi kat orang ja kalau dah perangai hampeh camtu.

Tapi mak nya yang juga pegawai gomen tertinggi tu idok lah ada upaya nak melawan anaknya yang hampeh lagi tak guna tu uols. Malah nak di outsource nya kepada I suruh I suruh anak dia keluar rumah. I pun cakap, eh kak, agak2 lah, rumah you tu bukan nya rumah I, apahal pulak lah I nak halau orang yang dok dalam umah tu, ye tak?

Akhirnya anaknya berjayalah jugak dipujuk keluar rumah, tapi belum sempat mak nya buat kenduri kesyukuran anak nya berjaya berambus, anaknya tu dah lari balik kerumah balik. Maka seraya itik serati lah mak dia telepon kami mintak bantuan. Seperti biasa dan mudah, kalau uols takmau orang masuk umah u, uols toksah lah bukak pintu kan? Tak, mak dia membuka pintu seluas-luas alam untuk anaknya yang sedang memaki hamun mak nya tu.

Dan I pun cakap lah dengan mak nya, macam ni je lah kak...selagi kak tak nak berusaha berubah yakni terus mahu membiarkan anak kak yang bunguks tu terus membuli dan menjadi hantu dalam keluarga kak, maka idoklah saya ni boleh menolong. Bahkan, sesiapa dokter pakar pun takkan terdaya menolong kak. Maka dari tu, hubungilah saya kalau kak dah tersedar dari lamunan ataupun 2 minit sebelum terjun KLCC ya? 

Tu diahhh uols. Speaking about betapa rakus nya seseorang tu mahu menjadi mangsa sebab ketagihan simpati. Agaknya kak Hetty Koes Endang ni memang sukakan drama untuk menstimulate hidupnya yang mungkin boring tu.

Macam Ajuan Ali lahh...apa masalah nya? Entah..hanya dia yang tahu. Memaki orang ja kerja nya. Pastu kata orang jahat dengan dia. And two wrong is going to it right lah gitu? Orang maki, dia maki lagi dahsatt and proud about it. Sakit betul jiwa nya. 

Uols tahu kan pasal retis yang dulunya ada scandal gambar photostat? Dia ada dua anak special needs. Dah bujang lah jugak. Retis ni openly cakap anaknya adakalanya ganas lah bantai-bantai dia, bantai bibik..amukan dalam rumah segala...tapi dia juga cakap dia takkan tunduk pada ubat-ubatan sebab taknak anak nya sedated gitu. 

Kalau dah ko buat pilihan takmau mengurangkan keganasan anak kau, ko pun toksah komplen kan? Toksah lah kata anak ko ganas ke etc etc. Bebaru ni dia pi upload pulak video anak dia sepak dia...pastu buat sora sedih kenapa XYX pukul mak? 

Uols rasa kalau first time budak tu tangan nya laju tapi kalau dibalas dgn kelajuan tangan mak nya yang sama jugak, akan adakah adegan anak pukui mak? Tak da kan?

So siapa yang mencari penyakit?

Saturday, November 12, 2016

Kaunter Pertanyaan - Episode Cik Kiah

Hola uols...sihat ke?

Dalam pada I ni ber istiqamah nak menghapdate blog, macam-macam lah dugaan kesihatan yang menimpa. Camnilah nasib orang tua uols...ada je benda dalam badan yang memintak diselenggarakan...

Kepada peminat-peminat Cikgu Rokiah...eh, Cik Kiah...harap bersabar lah dengan nya buat masa ni. Walaupun dia dah pindah rumah baru, dia belum lagi unpack kotak-kotak nya. Nak ditegur...dah malas. Tah hapa pasal Cik Kiah suka nau menyimpan barang-barang jurrasic yang dah patut disedekahkan kepada mana-mana free market yang memerlukan, tuhan sajalah yang tahu.

Pindah rumah baru ni kan uols, tak kena gaya mahu bercakaran laki bini. Masa I dan MB's membeli flat kami dipinggir hutan yang banyak rusa tu...dari pada memilih rumah yang sesuai sampai ke barangan dalam rumah tu, tu pun boleh jadi punca gaduh. Lumrah manusia, nak nya yang benda diluar batas kemampuan. Benda yang tak berapa nak mampu, dimampukan jua sebab memikirkan yang kita ni ha yang akan duduk tidur baring memandang dinding lantai dan ceiling rumah, so alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ketiak masam, kan?

Between 3 of us, MB 1 lah yang ber taste Paris Hilton. Lantai kayu takmau yang laminate punya..nak gak kayu yang berkilat. Pintu yang dah okay nak jugak ditukar kepada french door. Ada option langsir murah, roller-blind yang mahal nak mampos jugak yang dia pilih. 

In the end, I dengan MB2 hanya pasrah dan sekali sekala mengingatkan berapa duit yang boleh dipakai. Ye lah, MB1 tu rajin lupa diri dan lupa yang dia tu makan gaji bukannya memiliki empayar Trump.

For those yang tak tahu, MBs are my flatmates.  MB2 pulak, banyak angguk ja uols..dia tu tak suka bersengketa.Tapi bila MB1 dah melampau dalam membuat demand, MB2 akan mengeluarkan taring jua. 

Tapi MB1 sangat komited dalam membuat rumah kami macam rumah manusia. Betapa sakitnya badan I dan MB2 mengangkat dan mengalih kosimeja dek nak mengikut feng shui yang betul, tak leh nak cerita uolsss. Sini takda ying, situ takdak yang...sini tak dapat south west, situ arah suehh. Kerana tak tertahan dengan mulut MB1 yang akan me lecture betapa malangnya nasib akan menimpa jika rumah tak berkemas, maka I dengan MB2 balik je kerja terus kemas dan unpack apa yang patut. Maka dek kerana itulah selepas saja mendapat kunci, redecoration dan kerja-kerja pembersihan siap dalam masa tak sampai sebulan. 

Berbalik pada Cik Kiah, uols berdoalah saja dia cepat unpack dan menyiapkan rumah nya. Procrastination tak habis-habis ni takda gunanya. 

However, point yang nak diketengahkan dalam posting ni kan uols...ialah betapa pentingnya kita mempunyai hosmet yang tahu tanggungjawab. 

Kita selalu rasa yang hosmet yang ideal ialah hosmet yang tak mengganggu hidup kita. Well, tak mengganggu tu juga adalah bonus tapi, kalau hosmet tu setakat nak menjadi furniture yang tak bersuara, alangkah baik nya kita kahwin je ops...alangkah bagus nya kita ber house mate kan orang yang kerja kat showroom Ikea. 

Tahu jugak dia apa benda yang sesuai nak letak kat mana, colour apa..dan mengikut budget. Yang penting nya, bila kita tanya dia or bila kita berkehendakkan sesuatu, budak show room Ikea tu akan merespon. 

Apa gunanya rumah yang cantik tapi hosmet macam sial ye uols?

Semoga Kiah dan hosmet nya mendapat hidayah dan meng unpack barang-barang mereka dari kotak dan segeralah membuat jamuan memanaskan rumah. 

Sekian. 

Wednesday, November 09, 2016

Merajuk Lah Pada Yang Sudi


Uols yang dikasihi.....
Sebagai pompuan ni, our automatic answer to not knowing how a guy feels is to just blame it on how confusing men are. 
Kan? Tapi adakah puak jejanz ni confuse uols? Entah lah...yang I rasa, depa ni suka nau buat-buat confuse or tak pun ada selective confuse ness gitteww. People (elehh..these people are men) always said that men is a pretty simple creature. Well, most men are..but kalau you pulak set-set yang terjodoh dengan fuhh-simpang-malaikat-44 punya cerewet lah jantan, that will be the different scenario altogether. 
Nothing is THAT simple about man. Kalau jantan ni mudah, idoklah masalah seantero pompuan sedunia is ni is to understand their husband. Men are like iguanas most times and at their best of times. I ada kawan yang selama hari ni, kami dok memuji betapa mithali nya laki dia...my friend ni takyah angkat jari la nak melayan anak...pada dasarnya. But I tell you, persembahan lakinya dikhalayak family dan para kengkawan bini nya adalah lain dengan reality deme tu kat rumah.
Laki dia yang nampaknya macam tak banyak mulut adalah pak Cik Wok skala progressive yang amat suka menceceh dan membebel bila ada benda tak kena malah boleh tahan juga dalam department mengambil tahu hal orang. 
Who would have thought?
They often fancy themselves as the one yang kunun nya typically straightforward and coolheaded. Kita yang dikata nya tend to be indecisive and unsure. Well, not denying that but mereka pun boleh lah tahan indecisive nya kan?
Menurut kata loyar Sabung Ayam, perkahwinan dalam erti kata sebenarnya adalah melayan kegilaan laki kita.Masalah pompuan yang paling utama ialah, we don't really say what we want to say.  Yes, simple thing like that and we can't handle. Apesal, me also don't know sebab I'm so guilty of doing it myself.
Masa I ber chenta, all I want is my partner is to pay attention to me 600% walaupun mulut I akan cakap, it's okay, you get on with your things and I'll understand. Hakikat nya bila kawan tu ralit tengok House of Cards dan tak tanya langsung khabar sakit perut you yang you dok bagitau dari pagi tadi, adalah sungguh memilukan hati you. Pundek tol...hal Frank Underwood dia kesah, I ni sakit perut, ada ke nak tanya nak I picit, nak I sapukan ubat..or tanya can I just get you anything???  
So when it gets to a crunch where you dah tahan dengan ketidakkesahan nya pada you, you will start mengungkit hal-hal tiada perhatian ni, the partner will just simply say...why didn't you tell me you nak I picit perut you? When this happens secara automatic nya kitalah yang akan nampak macam bodoh as we are trying to be petty and difficult.
Cuba kalau dia yang sakit perut...kita yang macam nak mati mengimport angin dia kan? Tu belum masuk lagi kepandaian dan kesanggupan kita menghadakan benda yang tak ada...yakni, kalau rumah takda pisang, sanggup kita meredah hujan malam mencari kedai menjual pisang. Ehh...tercakap masalah sendiri pulak...oops!
Tu kalau yang dalam perhubungan ye uols. Kalau uols pulak set-set baru berkenalan dgn jantan, your new crush may think your hot stuff at first, but you may scare him away read too much into his “mixed signals” or if you move too fast.
I have had my share of reading way too much into things and getting the wrong impression. dah la dapek wrong impressions, pastu kita pulak terbuat keputusan drastik disebabkan wrong impressions tu. 

How many of us have to live with decision bongok takpun consequences of our decision bongok? Ramai uols. But what can we do about it now? Jadi bahan wallowing self pity lah sekali sekala kan?

We are good at reading signs. I doubt we read wrong signs. Crazy people have ways of making you feel that you're one or turning into one. So I nak bagitau, takyah uols bersusah payah learning how to know when you're getting the wrong idea or or learning how to stop or avoid it will save you a ton of heartbreak. 

Men change their minds like anything. Yes, they have ability of moving their brain to the bottom of their legs and think on it. Not that they're able to read you like a book too. No. Nobody can do this. Even a mother can be deceived by their child...ye lah, you all nak argue pasal mom knows everything kan? How many of you had lied to them and got away with it? 

The point I'm making is, there is no point to psycho analyse, after we have had so many problems of the same. In relationship especially. 

Here's ceritaku cerita mu...well, this is my blog, so I am allowed, kan? Bukan macam sorang tu...wall orang pun penuh kisah dia. 

You have read about how my relationship ended...or something like that, I can't even remember because masalah nya tahapa-hapa. But yes, yang I chenta macam nak mampos, yang tu jugak lah menyakitkan hati I. I have moved on. But I punya moving on pun, inclusives ocassional going astern. Macam laknat ye uols. So something happened 2,3 months back. So I am back to square one...ocassionally sakit ati. But I think we are both hanging on to what we love about each other.

Here's what you can do to cope, if you still want to. Uols kena ingat ye...kita ni kenalah merajuk pada yang sudi. I cakap ni bukan apa uols, kalau dah bertahun uols tu dilayan macam papan basuh kain...or only needed when it served certain purpose, u think again lah. Do not sell yourself short. Alangkan Syanie tu ada orang nak ye uols..walaupun almost always ended up with jantan gampang. The quality of the man is a different subject altogether. U maybe married to some siamang yang tak guna seduit pun but he send you occasional sweet nothing text. I punya other half tu, nak kata dia pandai memujuk idok lah...but I do get noticed. Quite a lot now. So it is bearable.  

You can actually stop taking everything to heart. If he says he can’t do things for you at that spur of time, don’t automatically think he hates you. Maybe he’s just busy or maybe he just had something planned already. That goes for whenever he says “No,” too. Don’t take it as rejection, use it as a learning experience. Maybe he doesn’t like that activity or maybe he just doesn’t want to do what you asked. 

Pastu kan uols, you can second-guess yourself and the things you do. This is arguably the most common way girls lose themselves when pursuing what they want i.e. a man. You’re really just making yourself crazy when you read the texts you sent him over-and-over again. You can’t change it, and he’s going to see it anyway. There is nothing you can do about it, so just trust your instincts.

Kalau that guy ada Pesbuk or group whatsapp, every girl on his friends list is not out to take him away from you. Nor that depa ada rahsia yang depa taknak you tahu. If ada rahsia pun bior lah uols..it is probably some bangang things that matters to them anyway. You should probably back off a little bit if you find yourself constantly looking at his pictures, friends list, wall posts and comments. You’ll start to take everything he says and does personally if you don’t, and you may even catch yourself asking him about it. 

If you agonise over everything he said and everything you said back, you’re going to lose it. It’s as simple as that. You’ll only waste time twisting every word to mean 20 different things. Just let things happen and go with the flow. If it isn’t meant to work out, it won’t. If you really want to know what a man is thinking, ask him yourself. Don’t ask your friends, and certainly don’t ask his. Don't over analyse his moves and his every words or even what he post for hidden meanings. Just because you're doing it (sebab kita kan gila!) it doen't mean that he is too. Everything he says may not always going to be about you. Further, you shouldn’t assume that every word he types or says is negative. He might just be trying to make conversation. In terms of body language, don’t assume his gestures mean something when they may not in reality. You’ll end up questioning both his motives and your own.

So, I bukan apa uols...rata-rata nya kita ni dah meniti umur dan boleh mati bebila masa je. Mana yang dah ada anak, they are to think of too. This is too tiring...messy and memualkan. Yes, we cannot know anyone but ourselves better. If we value ourselves, janganlah menyeksa diri. Kalau dah takda value dan kalau si dia tu pun tak nak berusaha mencari kesalahan dia yang menyakitkan hati you, ingat ya...ramai lagi yang boleh dibagi peluang. 

No one like to be proves wrong. Kalau dia yang salah pun...sedapat boleh dia akan mengaitkan you jugak. Tu jantan setan nama nya. I am not saying that we are always right..but there's a reason why we get set off on a wrong foot. Ya, we jumped to stupid conclusion or made bad decision..but, kalau kita ni dilayan dengan baik, takkan lah hobi kita nak jadi pompuan meroyan lak kan?

Siapa pi Sushi King, dia lah yang makan wasabe. Tu je lah. 



Sunday, November 06, 2016

My Pretty Girl & My Fatboy

Hola uols...I dah berjanji I nak hapdate kan? 

Beberapa purnama yang lalu, I balik ke rumah I di Londong sinun. Biasalah..I kan kacang...kadang-kadang I pi balik mencari kulit I. Pastu I blah balik. 

Antara faktor pemberat kaki nak balik kampung sinun islah anak-anak meow I. Uols tau la, Soial Worker meow I cawangan Putrajaya akan senantiasa menghantui I, malah..masa anak-anak I kecik-kecik dulu, social worker inilah yang dok pi ajar deme tu hantar whatsapp kat I, time I gi poya-poya. Tak senang vurit I nak melahu...bila ada yang ngadu kena cubit la, telinga masuk semut la...bibik kurung dalam toilet la...

But anak-anak Meow ni apa tahunya uols..walaupun katanya mempunya perasaan maha sensitip, tetap gak pergantungan mereka pada you hanyalah kepada wet food dan kibbles. Meleser gak kat kaki kita sekali sekala...weihh, kenalah tunjuk sayang kat kita walau sekejap...sebelum deme buat perangai lanun balik pi terbalik kan pasu.

I ada ramai kucing ya...tapi yang alpha nya adalah dua ketul tu. Satu tu mmg favourite I dari dia kecik. Yang satu lagi tu favourite mummy nya, yakni social worker Putrajaya tu. Tu ja yang digomolnya bila mummy datang visit. 

Bila I balik ke Malaya yang ....tak tau la apa nak cakap dah ni, my favourite tu dah hilang. Khabar nya dia ghaib dari awal bulan June. Macam dua minggu lepas I berangkat. Dia ni mmg lone ranger sikit dan suka menyeksa batin I yang lemah ni dengan tak balik ber hari-hari. Pernah dia hilang 3 minggu dan I pun dah macam pompuan meroyan, berdoa tak putus-putus mintak dia balik...dah zasss, dia balik ketuk pintu dan mintak makan macam tak da apa-apa. Haiyoooo anakku... 

Si Gumuks kesayangan Mummy pulak...ditimpa kecederaan. Tataulah apa yang diserang or menyerang dia tapi sampai patah lah tulang rusuk nya. Dan luka kaki nya. By the time I balik, luka dia makin teruk. Ya lah, dijilat-jilat nya kannn....mana nak kering. Dipakaikan collar dia amukan. Tapi I tak ada ditanahair so penjaga-penjaga berbayar nya lah yang I harapkan menjaga si Gumuk tu. 

I pulang kepangkuan dia yang dari 7 kg ke 4 kg uols. Untuk species kucing, that is vast. We are not talking Syanie's weight loss lepas gastric band (yang seriously, nampak macam sama je I rasa) 

Si Gumuk hilang selera makan..and I tell you, I hantar dia ke vet yang paling bagoss, tak kisah lah bill nya banyak mana pun. I was hopeful. At times it seems like he is getting better. Tapi dia makin kurus and Vet is fearing the worst.

Ya uols...rahsia paling besar I, I have never asked Allah...really seriously for anything...sampai nangis - nangis.  I ask for the favourite one yang hilang to return, and I beg Allah to save the Gumuks. Betul2 punya berdoa uols. I siap suruh orang yang dok depan Kaabah pi doa lagi.


But in the end,  force feeding feeling like it wasn't humane anymore. I put him to sleep and it broke my heart. I balut dia dgn T Shirt favourite I and kebumikan dia waktu maghrib. Seriously...I tak tidur dalam bilik lepas dia mati sebab I dok ternampak-nampak dia akan memanjat katil.

Dengan kematian si Gumuk, maka I assume si favourite Girl pun dah mati jua. Penyeksaan fikiran ni ada had nya uols. Macam chenta, kalau dia untuk you, dia akan datang pada you.

Uols...sampai sekarang ni kenkadang I akan panggil-panggil nama nya just for fun. I dok teringat bau masam nya...perut gendut nya...

It isn't easy losing a companion. Ni adalah balasan Tuhan pada I lah...dulu I jahat dgn meow-meow. Sekarang ni, kucing kuraps pun I nak peluk.  

Uols, tu je lah cerita sedih I 3 bulan lepas....




Wednesday, November 02, 2016

Contrived Eloquence

Hola uolsss...tajuk I macam bagosssss ja kan? 

Terima kasih atas ingatan uols yang nampak sangat ada kepentingan sendiri yakni mahu I terus memuaskan nafsu pembacaan uols, tak githooo?

Uols, productivity I di tanah malaya ni samalah lembab nya dengan keadaan politik kita yang macam gampang. Dalam kegampangan ini, I tak faham dengan penyokong tegar kerajaan memerintah. Tah hapa lagi yang boleh dipandang kat kabinet dapur tu tatau lah. 

I pun tamau cakap hal politik semasa ni uolss....I bukannya LSS dan AA yang menjadi pujaan Pro Bini Kak Wos tu. Kebarangkalian I akan kena tangkap dan dituduh menghasut pun akan tinggi gittew.

So marilah kita membuat penilaian semula tentang hal-hal semasa yang telah berlaku disekeliling kita...nak?

1. Kes Kakak Perlakung
Uols sure dah tau pasal Kak Sopie kita tu...you know that Mak Nyah insof tu...tau kan? I really don't know what he is trying to do. Dia ingat Mak Nyah ni satu cita-cita ke, where you can just wake up from your deep sleep pastu, ehh I nak jadik pompuan lah. Persetan dgn fitrah kejantanan I. Githoo. 

Benda benda krisis dalaman cenggini sepatutnya remain didalaman je uols...takyah uols nak terbit reality series pulak. Semua tu kan mengundang perhatian? So, kak Sopi ni mahukan perhatian kann? Ke kak Sopie ber prinsip marilah kita semua maknyah sekelian menuju kejayaan...ye lah kalau dia sorang je berubah yang lenlain tetap strutting high heels kat depan muka dia, maka terseksa jugak jiwa raga nya kan?

Tak cukup dgn live updates perubahan dia...dia cari lagi perhatian dgn nak bagi henbeg kasut mahal dia...laaa hawla wala Kak Sopie...Kak Sopie suka benau treat pengikut kak Sopie macam ayam tunggu dedak...apa pekdah nya Kak Sopie? 

Dan akhirnya, Kak Sopie seperti yang I jangka kan, tak mampu melawan setan dalam badan nya yang dah dibela sekian lama. Tu lah kan...nak berjuang kejalan benar ni, benda pertama yang menjadi batu penghalang adalah diri kita sendiri. 

Dan saya harap, dengan perubahan semula Kak Sopie ni, janganlah Kak Sopie mintak balik henbeg dan stilettos yang dah Kak Sopie bagi-bagi kat peminat tegar Kak Sopie tu ya? Buruk puki Kak Sopie kelak..hik hik hik...oops!

2. Kes Cik Ta
Okay...semalam kan uols, rangkaian burung biru penuh pulak dengan cerita Cik Ta. Uols tau la pasai apa kannn? Cik Ta takleh travel sebab tak bayar duit cukai. Katanya dia tak mampu. Nak bayar sikit pun tak mampu.

Cik Ta ni seperti yang dikenali Mak Piah, adalah seorang yang ting tong uols...ni set-set cakap tak guna batu jemala. Kita ni mengharapkan batu jemala dia tu secantik muka nya. But that's her la...orang buat joke 3 bulan lepas, semalam baru dia gelak. 

Dengan tayangan perdana dia dok travel kesana kemari...dengan lifestyles yang macam CEO Bangsa Johor, ye lah..ko ada bagi anak ko prezen BMW sebab dia pass SPM? Kancil buruk pun belum tentu...and kalau berduit nau pun, ko bayorkan down payment ja...tapi Cik Ta zasssss bagi keta kat anak dia yang sejibik ghopa Azuar tu kannn, Mak Piah?

Tapi Cik Ta boleh plak cakap dia takdak duit nak bayor cukai tapi ada pulak plan nak pi sambut besday anak kat UK nun....wahh, bukan ke duit lebihan tu buat bayar hutang dulu? Bley lagi dia kata, nasib baik anak saya tu kecik lagi, kalau tak sure dia kecit ati tak leh gi oversea sambut hebesday dia.

Pitammm mak nyah ehhh.....ada tak orang nak sedekah supplement B Complex kat dia?

3. Cerita Angin
Another kegilaan mutlak manusia sekarang ni...yang menjadi jadi kat Pesbuk tu kan uols adalah...mempercayai khabar angin tak pun membaca new sekerat sekerat pastu buat rumusan macam laknat. Rumours are newsworthy these days. Betapa wonderful nya civilisation we live in kan? Some people even share and comment on rumours....nak saja I kata get a life...but ngenangkan I ni minority dalam thread tu, maka hasrat tu dipekasam kan dan dijadikan modal penyakit hati. 

Tu belum yang bagi running commentary tu..macam dia lah duduk satu meja meeting dgn orang yang dikomen nya tu. Yang buat surat terbuka nya...haiyooo. Suka benau orang buat surat terbuka sekarang, kepada orang yang you tuduh makan duit anak yatim...kemain nya uolsss.Tu belum lagi surat Pak Ustaz kat artis yang bukak tudung tu.

 4. Pak Cik Tag
Uols, uols ada kat kawan yang sesuka jiwa ja tag uols kat Pesbuk tu? I ada seekor Tyrannosaurus ni tau uolsss...dah la dia rajin hapdate dengan segala berita bergambar, di tag nya pulak kengkawan dia sekor-sekor. News around us is too depressing and you know we can easily get a barrage of the negative news and comments coming our way, i.e. news orang eksiden, ada pulak yang rajin hantar gambar putus putus tu uolsss....haiyaaa. Things just come through your newsfeed kan? Nevermind that you have to deal with real live social issues at work ke, at home ke...

I rasa nak je cakap, yes I am well informed, thank you of the shit that goes around...so please la spare my mental health by not tagging me. I am no social bunny and I don't know why you nak I tahu pasal you pi makan dgn sipolan-polan yang I tak kenal. Your shit does not contribute to my life or my energy to make my world better. Tapi tak tercakap...

Pulak tu this guy akan tanya....apasal you tak approve tag I, bley?

Till later uols...I promise I will write again.





Friday, September 16, 2016

Update

Very the dah lama tak hapdate uolssss......

But tak palah..takda orang baca pun. Kan? 

So I thought I share this comment some anonymous sent me. So macho lah he had to resort to being anon.

But hey, siapalah yang berani didunia nyata sekarang ni? Orang yang berani akan menulis di FB dan menunjukkan muka.

Orang penakut macam I, akan bersembunyi disebalik blog.

This guy commented about a flak I made about guys yang suka-suka buat lupa. Haaa...aruah siamang I lah kan...but let's just digest how easy men brushes off things...

'gonna put my comment for you.

guys leave girls because they are ugly (you probably are). girls leave guys because they're boring (we probably are).
 

so...work it out. if you are either ugly or boring.
 

you write blog because you want people to listen to you. but they don't because you are ugly, so you make a blog. if you dont post this comment, that proves nothing and everything.
 

accept the fact and find something that suits you. no point of getting something out of your league and whine about it. it's just gonna make your private part bigger. the one at the bottom.thanks.

life's always wonderful.'


That last part I tak faham...perhaps this guy think that I am out of his league. Well, if your league consist of Accapan or Khir Toyo and the like, yes...I am glad that I am not in that league. Takpalah Dik...I am seriously not hard up of you, your kind and certainly your big private part. 


Friday, June 24, 2016

Cerita Ku Cerita Mu

Uols, dibulan Remdan ni ijinkan lah I bercerita pasai manusia ni.

If you read me long enough, you might know who this person is. Tapi kalau uols tatau, uols bacalah dendiam ya.

Dulu kalau orang cakap 'there's a rose among the thorns', orang tu akan cakap pasai seorang pompuan dan dikelilingi jantan. The image of the pompuan supposedly is ayu-ayu gitu, ehh, when I say ayu-ayu, please don't count Raghad Kurdi as ayu-ayu ye? Nothing ayu about her...even when she pose lentok2 atas bahu lakinya. Ayu tahik la sangat. Roses are supposed to be malu-malu and disanjungi kumbang-kumbang tu...takpun another image yang sesuai ialah Emily Blunt ditengah-tengah Acappan, Muniandy, Param dan Rajagopal. 

The rose should stay the way she is seadanya...takyah nak jadik tajam-tajam macam duri-duri tu. The wanita ayu should remain ayu dan membiarkan jantan menjadi jantan dan bermuka tak malu.You know..when jantan can just piss about anywhere, kita takyah lah jadi cenggitu. Kita misti ada sifat pemaleww. 

So this Rose...once upon a time, dia kata muka dia ada iras-iras KimK, you wonder where could the resemblance be...pubic hair ke sama kaler? That's more like it. Pastu dia kata..ada orang kata dia macam Nilopah. Pendek kata kan uols, uols tenunglah gambo Nilopah tu berjam-jam, takkan ada nya uols nampak persamaan. Persamaan muka takdak langsung, persamaan size jauh lah sekali.

This rose is heritage proud. Dia kata dia ada keturunan set-set yang dok area laut mati sana. I ni dah bekerja dengan manusia dari macam2 benua dah uols, dan yang I tahu dari mulut kuda, keturunan laut mati yang Si Rose ni vangga-vangga kan ittew adalah setarap paria middle eastern saja. Tapi kita misti berbangga dengan keturunan kita kann......so takpa lah. Let Rose hang on to that.

I rasa si Rose ni baik orang nya. I dah jumpa dia dua tiga kali. Dan dua tiga kali jugaklah I rasa si Rose ni...ada sel yang macam tak berhubung dalam kepalanya. Bila saya jumpa kawan-kawan yang mengenali diri si Rose ni, mereka pun cakap benda yang sama jua. Kata mereka Rose ni pelik orangnya. But pompuan sama pompuan...melainkan kita dah benci sangat, kita jarang lah nak kutuk pasal seorang pompuan yang lain kann. 

Si Rose ni...secara terang-terangan dimata orang lain, sama ada dia sedar atau tidak (tapi saya rasa dia sedar lah..cuma dia tak berapa nak connect dengan reality penerimaan orang lain ja) adalah sangat sukakan attention....dan jantan. Opps!

I bagi uols contoh...I dengan Mak Piah dan aruah kawan I Kiah cakap pasal Asrap Muslim..maka si Rose pun akan menyibuk sama dan kata ex boipren dia takpun ada jantan seiras Asrap Mulim ada berminat dan berhajat dengan dia. Dan cerita Asrap Muslim versi si Rose ni akan berlarutan sampai ke adegan dia dan Asrap Muslim nya berjalan-jalan di Hyde Park dan membeli sun tan cream kat Boots dekat Bayswater sana. 

Rose takkan sekali-kali nak cerita berlatar belakangkan supermarket Giant. 

Hatta kalau uols bercerita pasal domestic violence dengan boipren pun, Rose pasti akan menumpang sekaki dengan cerita dia dengan secret admirer dia yang kaki pukul. Cerita nya akan bermula dengan adalah this macho guy I was dating but I dah halau sebab he almost tampar I akan secara tak semena-mena akan masuk.Gituhh. Bak kata aruah Ani BNS (pun dah aruah ni sebab dah lama tak nampak) apasal la kawan u tu Makji, tak habis-habis cerita ku cerita mu.

Those were the days. 

Nowadays, Si Rose ber aspirasi apolitical. Katanya dia neither here nor there. Nak kata atas pagar pun tak jugak sebab I rasa dia ni set-set I Love My PM. Well, tak kisah lah uols, you and your ideology kann. Segala kem dia bersidai. But uols tahulah yang taksub politic ni kan ke semuanya jantan...tu lah yang I kata dia ni suka kat jantan. Sebab dimana saja ada jantan, disitu lah dia. Ada jugak dia di page-page kelolaan pompuan, tapi dia kurang menyerlah disitu. 

Aruah Kiah kata I suka skodeng si Rose...takda makna nya uols. I ni bukannya pegawai kerajaan tertinggi yang ada masa untuk power nap in between tanggungjawab kepada anak bangsa dan negara. Nak bukak FB pun, harap kan kat telepon sebesar puk* apalah sangat yang I boleh baca. So kalau nak follow pro PM ka, pro ex PM ka memanglah kurang masa. Tak macam si Rose yang ada saja dimana-mana dan meninggalkan tapak kaki. 

Thanks to FB, tapak kaki dia lah yang selalu terkeluar kat wall feed I. Dan dari situ lah I tahu si Rose ni famous jugak lah dalam group group politic (jantan-jantan) ni. Si Rose ni adalah groupies yang famous gittew katanya. 

Thanks to my wall feed jugalah, I nampak same unsavoury comments about si Rose ni....kadang-kadang komen tu terlampau harsh dan sangat malu untuk I baca. Rupanya si Rose ni dah ada reputasi sebagai batu api. Selain dari batu api...Rose juga dikatakan sebagai suka bercakap lucah walaupun ber image Muslimah. Komen-komen berbisa terhadap Rose ni dikeluarkan dek jantan-jantan. Diorang kata Rose is the type boleh fish out ayat-ayat Quran and at the same breath, bercakap topic 18SX. Sampai satu tahap si Rose telah digelar 'excited spinster' dan memerlukan jantan dengan kadar segera. I yang baca pun malu. 

Uols. Media sosial ni kenkadang sial juga adanya. Bahasa kenkadang tu tak langsung melambangkan bangsa. I rasa si Rose ni dah tahu risiko berumah ditepi pantai maka dia tak kisah dilambung ombak. Malah I rasa Rose syiok kot kena lambung. 

Sebagai kawan prihatin I pun report lah kat Aruah Kiah. See, Aruah Kiah was gravely glued to cerita melayu fantasi bangang that I think she needs to hear cerita kisah benar ni. Masa tu, si Rose punya bahan cerita hanyalah menjadi alat gelak ketawa I dengan Kiah. 

But apart from the dark remark people made about Rose, adakalanya Rose ni level headed jugak. This can be evident from what she wrote. She made good and intelligent comments too. So kalaulah tak kerana Rose ni mencuba sehabis daya nak score point dengan puak jantan-jantan or wannabe one of them badass boys, I rasa Rose ni okay lahhh. 

Cuma yang I terasa sangat menyampah ketahap berapi-api, bila Rose ni tak menjaga adab dalam percakapan nya (ehh penulisan nya) Ye lah uols..Rose ni orang bijaksana. Beragama lahh as compared to I yang takda masuk specific religious school and she is most likely dari pamili yang baik-baik. So one would expect Rose must at least jaga kehormatan nya..jaga status nya. 

Bila dia masuk group Mat Macho A, maka Rose pun beria-ria mengampu-kutuk siapa si A ni kutuk. Kadang2 sampai lebih sudu dari kuah. I kadang2 nak tanya Rose...just because you dan orang2 yang you tak suka tu berbeza fahaman politik, perlukah nak panggil orang tu pondan gemuk, mamma boy la...whore la...

Rose...you rasa you size 10 ke Rose? 

Bila dia masuk group Mat Macho B, Rose pun beria-ria ampu-kutuk siapa si B kutuk. Infact, kalau ada orang yang tak setuju dengan B, Rose will come to his rescue dan marah balik orang tu. Begitu sekali Rose mengampu uols. Hik hik hik. 

Bila para pro PM kutuk orang opposition, ada sekali I nampak depa cakap pasal loyar pompuan ni. Loyar pompuan ni, dah nama pun support opposition, memanglah lantang kann. But selantang-lantang loyar pompuan tu, dia jugak yang menangkan kes budak yang mati sesia kena tembak polis tau. Rose dengan selamba buat komen terhadap loyar ni..is she still farking that XYZ. Wah wah Rose..mulut mu...kenapa jadi personal sampai cenggitu sekali Rose? 

Satu hari I ternampak Rose panggil anak Bang Nuar tudung selebet. Wah wahh....nak je I balas komen Rose masa tu. I nak cakap oii Rose, budak tu lawa Rose..as compared to you yang macam badak berendam. Anak Bang Nuar tu uols, pakai tudung periuk pun tetap nampak hot okayyy?

What I cannot tahan is that..bila group jantan kutuk2 pompuan, Rose pun sama join sekaki kutuk pompuan tu. Wahh.. just because ko nak score point dengan jantan-jantan tu, ko boleh pulak jatuhkan kaum ko sendirik ya?

Kesimpulannya....I merumuskan yang Rose suka glamour. Yess...rasanya Rose dah pun glamour...maybe sebab reputasi batu berapi tak pun sebab kenkadang Rose writes her opinion sensibly.

But if only Rose tak jadik hostile in her comments...yang secara terangan-terangan nak meraih bintang bintang dari puak jantan. I rasa jantan-jantan tu pun tahu Rose adalah groupie tegar dan worship the gravel the walk on....

Dan semoga Rose memperolehi jantan....ahaks!

Friday, June 17, 2016

Update

Here's what been said....pompuan gila saja yang kan percaya lakinya 100%. I wonder can the same be said about makpak, siblings or anak?

Look at us. Do we really lead the life of what others think of us? Or what others believe how we live it? Actually what been said about trusting spouse 100% wasn't the reason prompting this entry. I seen cases of double life and I think, I might be leading one, or even more. And people who are close to me maybe thinking yang I ni set-set pijak semut pun tak mati. 

I bukan nak cakap pasal double or triple life. I am sure at certain stage of our life, kita kena role play, ye tak? Kita kena jadi isteri mithali tapi belakang, sakit hati kat laki. Or, kita kena jadi majikan who berazam takkan dipergunakan oleh pekerja. Or kita nak jadik gilpren yang setia tanpa dimain kayu 2,3 dek pakwe kita. 

Thing is when you are too cautious, you jadi penat. You constantly musing whether to do or not to do, to believe or not to believe. Nak ke hidup camtu?

I was talking to my friend about our friend yang dah 4 kali bertukar laki. Considering dia ni pun baya-baya I, this friend of mine kata yang her circumstances is unusual. Ye lah...kawin cerai, kawin cerai. Bunyi nya macam tak best. But looking at it with a sharp perspective...it can either be ;-

1. When she feels love, she acts on it. Kahwin lah. What's so difficult about getting married? Takda nak decide-decide whether nak kahwin dengan yang ni ka, dengan yang tu. 

2. Dia berani buat keputusan..ya lah, one marriage didn't worked out, so berambus lah kan? Buat apa nak save, save, save...dalam pada nak buat misi menyelamat tu dah membuang masa...cinta makin tak ada...so cut the losses lah kan? So we should waste no time wallowing self pity, maka kita pun keluarlah dari kegelapan tu and mencari hidup baru. What is there to be serik about? 

I received few proposition in my time. Ada yang I betul-betul suka...tapi dalam suka-suka, rupanya dia ada orang lain juga. Bila you dah sayang...at times you either didn't realised or refused to see things thats coming that has hazard potential. Ohh this is when ada orang bagi nasihat, don't go in in love giving 100%, simpan la sikit kot-kot tak jadi and then you have like 10% to get by after that. 

Nasihat ni memang la bangang. Ke you tak tahu yang dalam hidup berlaki ni, kalau laki kita tak dirampok orang, dia akan diambik tuhan. So, dari mula sampai your timing is up, you nak hidup dalam insecurity ke?

Or, on another view of life, can't you just enter into a relationship resigning to the possibility that kalau takdir jodoh you lama, lama lah dia and kalau sebaliknya, redha sajalah.Jangan lah jadi macam Awie uols, dah buat silap, boleh pulak ngaku dia kita mandrem. Pigidah mabuk!

Well, tu kalau kita terlampau berhati-hati dalam hidup dengan laki. But what about doing something you really like in life? ----(beli handbag tak kira)

Can you not follow your passion without having to think about what if...what if ? 

Perhaps, following a passion is just the wrong way to phrase it. It sounds like it’s there in the world fully formed, you just have to dig it up under the right bush. Really, you have to foster a passion. You have to actively put some work in and try things, and try them for a little while, and get into them, and then you switch. Part of grit is actually doing enough exploration early on, quitting enough things early on, that you can find something that you’re willing to stick with. So I don’t know that there’s an easy prescription then for telling people how exactly to do that. But I think one misunderstanding, which is very dangerous, is to suggest to people that passion just falls into your lap, and it’s love at first sight. 

No, bukan macam tu ya...

Maybe, what we should do is not to be too cynical in life. Shit, happiness, grief etc etc..pleasant or unpleasant is part of a whole life package. 

Tuesday, June 14, 2016

Wardina

Or must we call her Setazah Wardina now?

Our path crossed many, many years ago. Wardina was a different person back then. Even one of my crew who knew her personally (sebab depa dua ni satu sekolah lah agaknya, I pun dah tak hengat) kata Wardina is not as innocent as she looks.

Of course la, kepulauan Acheh telah berubah setelah Tsunami. Dan Wardina pun berubah juga. Kearah yang lebih baik. Alhamdulillah.

I stand by my thoughts that, agak payah nak maintain outlook serupa Prof Muhaya kalau kita ni dulunya adalah Nabila Huda. Iskk...tabbaik I gunakan NH sebagai contoh tapi kalau uols ada cadangan nama gadis-gadis liar, meh la kasik I. Liar ni tak bermakna jahat ya. Hidup kurang boundary saja...makna nya, set yang tak berapa nak kisah untuk menjaga hati orang sangat. 

Macam Setazah Abby Adidas pre laki baru lah. Dalam pada nak memaintain image Islamic, terlepas juga sifat pemarah, pemulut lepas dan kurang berfikir nya tu. 

So, what's up about Wardina?

Wardina lamented about having privacy in relationship. She said kalau dah tido sekatil and etc etc, how come phone or password FB email cannot share. She said, semua pasangan kena tahu. She say, your phone is who you are...(ishh..tatau lak I yang I berchenta dengan Iphone 6s Plus hik hik), your partner deserves to know who you are, who you talk to and what you talk about. 

Kesian laki Wardina. But saying this, maybe laki nya pun macam dia. Share sodalam bini dimasa-masa darurat gittew.

Meh sini I nak bagitau uols, kalau ikut kan I lah...every person deserves some sort of privacy even between partners and spouses. Well, why not kan? Kita tengok lah privacy tu yang macam mana...macam, kalau kita ni jenis kaki gossip tapi partner kita tak berapa berkenan kita pokpek hal orang, maka terpaksalah gossip session tu dibuat dibelakang dia kan? 

Ke Wardina ni ada trust issue? Because it is so apparent dia menngunakan right to access privacy lakibini untuk meng cover yang dia tu lack in trust. Based on her post, she just wants to own his entirety. Her statement does strike me as coming from someone who only view her partner as her property and not manusia. Macam insecure kan? 

I was in a serious relationship before...ada jugak orang tu sorok-sorok main phone dia dan I pun lebih kurang gak lah...tapi takdalah pulak sampai nak cehck messages dia. I ni pulak bangsa who needs my own space and privacy at certain times. Rimeh lah kan kalau dok kena interoogate semedang. 

Ada benda yang kenkadang kita tak share dengan partner...well, kita kan tahu benda yang dia suka or tak suka.  I am sure my mother hides things from my dad and he does the same. Especially rahsia keluarga or stories about children yang akan mengundang kemarahan bapaknya. 

Ada pulak yang dapat partner yang memang tak nak ambik tahu hal apa pun melainkan kalau dia ada berkepentingan. 

Ke Wardina membuat posting tu untuk menyindir laki dia? Manalah tahu kan....she speaks in general kononnya tapi ditujukan secara keras dan tajam kat laki nya sendirik. 

I tell you, kalau spouse you rasa you patut tahu, dah lama dia include kan you. Why don't we view this 'unspoken privacy request' sebagai penyelamat kepala hotak dari memikirkan benda yang kita tak patut pikir. Like, elok la kita tak tahu...so kita takyah lah pikir.

But kalau hobi you mengambik tahu apa activity laki/bini, nak tahu siapa kawan FB, kawan email or dengan siapa dia dia bercakap..you buat lah. Nescaya masa you nak berkawan dan melihat dunia pun akan berkurang sebab you dok lah nak menjaga tepi kain spouse you. 

Sekian.