About Me

Friday, November 25, 2011

Tunggu Menunggu Membawa Puaka

Iskkk, sebagai penunggu fulltime sejak balik Malaya ni, I dah naik fed up pulak dengan ketidak perincian rancangan orang-orang keliling I. Mencik tawww.

Contohnya, ni sedara I yang sorang ni...dalam pesbuk berdegar degar nak jumpa I and buat pulak statement macam I ni adalah orang yang paling susah dia nak jumpa. Tapi hasilnya bila I dah agree nak jumpa dia? Lunch time nak booking I katanya. So menunggulah I dalam kelaparan dan kebingungan...yelah...lunch time nya pukul berapa kannn? Pundek sungguh.

Then orang yang bangsa membuat temujanji tanpa time ni, wehhh....suruh kita tunggu and dia pulak tak muncul2. Isk...jahatnya. Kalau cakap nak mai petang, cakap lah pukul berapa kannn? Petang start dari pukul 2 sampai pukul 6.59pm. Susah benarkan nak bagi time?

Ada pulak....nak jumpa kita. Dah tau kita ni takde drebar, mai lah ambik. Dah la bus takde teksi macam lahanat. Kita dah buat favour untuk dia (ye, saya akan mengungkit!) Last-last, dah le kita susah2 datang jumpa dia...nak hidang air jauh sekali lah pastu saya dibiarkan macam bodoh saja? Saya cari jalan datang, saya kesudahnya cari jalan balik. Dia dapat apa yang dia mintak. Teruk saya kena sindir MC bila saya balik basah2 kena hujan sensorang....hah, lainkali baik laaaa sangat dengan orang ye? Air kopi pun tak dapat. Bengang betul I.

Kekasih gelap I pulak, sebelum I tiba di Malaya, siap merajuk bagai...bila I dah sampai....dia dok jadi tikus lab lah pulakkkk....(Jumpa dua kali, mana cukup? Nafkah batin pun tak lepas)

Saya adalah bengang.....


Sent from my BlackBerry® wireless device

Monday, November 21, 2011

Abang Teksi Bersuara Zain Azman

Boleh tak I menaip tajuknya saja dan mengisikan bahan tulisannya kendian? Saya tidak bertenet di Malaya ni dan saya jua sibuk menggumuks kan body.

Nanti saya sambung naaaa.....

Peace y'alllll (pastu tunjuk isyarat dua jari lucah---AC Mizal tu main tiru aje kannnn, dia sedau tak dia bukan buat sign peace?!)

Sent from my iTouch 4th Generation

Saturday, November 05, 2011

Merdeka Kah Seksualiti????

I was told by my friend recently about this movement. Apparently it started 2 years ago or so...dalam hati I kata, wahhh, sudah berani orang kat Malaysia kann? I think presently mereka ada some sort of awareness week. My friend, she is straight as an arrow is one of the organiser. Knowing her, I know this is all for equality and diversity.

Orang Malaysia yang lain kata, movement ini kononnya nak ngikut Matsalleh yang keterbukaan nya lain macam. But kat sini pun tak jugak orang2 putih dan tak putih ni suka dengan sexual preference yang katanya tak normal ni. Banyaknya case homophobic attack, jangan cakap laa kann?

Weh, apa yang normal sebenarnya dalam diri kita ni? Kita pun tak tahu apa dia. Kalau XX suka XY itu dirasakan normal oleh puak2 XX dan XY tu maka normal lah ia. Orang perempuan bujang dan lelaki bujang bercanda dipasiran pantai dan dipasiran tah hapa-hapa lagi yang depa tu boleh bercanda ialah normal jua. Begitu jua orang pompuan yang tidak bujang dan lelaki yang tidak bujang membuat benda yang sama. Normal lahhh sangat..but salah lah kann dimata masyarakat dan undang2.

Menurut pihak2 yang membangkang SM ni, SM ni kononnya nak mempromosikan seks bebas. Bila I check tengok, takde le pulak program 'Mari Ber Orgy Beramai-Ramai' or anything that suggest let's just shag the first cute boy that we come across in Bukit Bintang. Yang adapun, filem, talk show etc etc...so harmless you wonder apalah yang nak dimarahkan sangat. Bukannya orang tu buat roadshow kat tengah2 pekan sampai jalan jem kann? Seks Bebas? So, do they define sexual act within the same gender as bebas? Bukankah seks itu sentiasanya bebas? Maknanya, kalau kita nak, bila boleh buat dengan sesiapa dan apa yang kita suka tanpa restriction. Kalau seks itu tak bebas, manakan adanya orang Melayu berani hambik video mereka tengah berkongketan dan masukkan dalam blog? (sumber dari Kiah)

They announce that any LGBT activities are jijik alike the binatang. I certainly have not heard about LGBT movement amongst the ayam, kambing dan kangaroo.

So, lecturer rogol anak murid, bapak mati bini rogol anak budak sekolah rendah...all those maksiat laki orang, bini orang etc etc, tidak jijik kah?

So, memakan rasuah..memaki hamun dan menyamakan orang sebagai binatang adalah normal bagi orang yang normal, ye?

Ye, saya setuju dengan konsep hidup berlandaskan agama. Ini memang perlu. Tetapi, agama aside, kita mesti ingat, kita ni manusia. Mereka juga adalah manusia yang ada hati dan perasaan. Menyakitkan hati manusia yang lain boleh ke? Kadang2 kita rasa bila kita dah ada pegangan agama yang tinggi, kita secara automatik nya boleh menghakimi apa pengakhiran hidup orang lain.

Sebagai orang Islam, kita marah kalau kita rasa ada orang tidak Islam nak menghancurkan or talking bad about agama kita. Tapi yang kita tak sedar, mereka pun marah juga sebab kita selalu buat macam tu kat agama mereka dan bangsa mereka.

This LGBT lot, I am sure it took a lot of guts to come out, be open and demanding for equality. But what sort of equality they are hoping in todays's world?

But didn't we know by now that the oppressor will eventually become the repressor. So, aren't they as bad as each other?

Malaysia ni rasanya terlampau banyak and ramai moral policing nya. Tapi tak bertempat. Sekejap kata orang Melayu Muslim takleh minum arak tapi kenkadang yang situkang tangkap nya pun sama menonggang jugak. Anak kita pun kadang2 kita susah nak kawal, apatah lagi orang2 dewasa yang ada akal fikiran dan duit sendiri. Sebagai yang mengetahui, memang sebaiknya kita memberitahu dan menegur apa yang salah. Tapi bukan kerja kita menghukum moral orang dan mengalakkan kebencian.

Semenjak bila pulak kita akan masuk neraka kalau jiran sebelah rumah kita Presiden Kaum Mak Nyah Malaysia? Bukankah sebaik saja kita akil, baligh dan berakal , kita menanggung dosa kita sendiri? Sebagai kawan, kita bagi nasihat lah...tapi janganlah menyumpah supaya orang tu ditelan bumi. Bila nasihat kita orang dah tak nak pakai, kita berdoalah supaya Allah membuka hati orang tu...

Beringatlah, orang yang conscious dia tak 'normal' ni...besar anxiety nya. Lagi you tekan, lagi dia melawan. Nasib kita, kita tak tahu. Kita panggil orang macam ni binatang, tah esok lusa binatang akan terbit dikalangan kita sendiri.

Merdeka kan lah hati kita dari sifat-sifat antagonis ni. Allah itu maha mendengar, mengasihani dan pengampun. Barang siapa yang memelihara kehidupan seseorang manuasia, seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia keseluruhannya. (5.32)



(Mode insaffff ni)

Friday, November 04, 2011

Lagu Motivasi Yang Paling Saya tak Suka

Wahai putera-puteri bangsaku (yeee haaaaa)

Ayuh segera menuju (ke dewan makan)

Mengikut gerak langkah maju (sebab siapa sampai dulu dapat pilih ayam besar sikit...)

Bersatu mencari ilmu (dan mengarang TOYOL)

Di zaman sains dan teknologi (komputer AMSTRAD yang baling lembu boleh mati tu)

Negara perlukan jasamu (hiksss)

Janganlah rasa malas lagi (hari-hari pun malas Cikgu..)

Bersama memegang teraju (read siapa yang patut kita wakilkan untuk gaduh dengan Captain Asrama Budak lelaki)

Di Sekolah Budak tak Lepas Masuk TKC lepas penilaian darjah lima hehehe)

Tuntut ilmu jangan jemu (saya benci penangkulan mantik)

Ikrar taat setia pada guru (Cikgu Kimia tu mengandung setaip tahun)

Berdisplin selalu (ohh takde makna nya)

Hari ini hari mulanya (lepas kantoi dengan Ustazah pi pekan tak pakai tudung)

Hari esok berjaya (escape lagi pi dating dengan budak ITM Arau)

Lengkapkan segala yang ada (err pinjam kau nya scientific calculator bley?)

Ke kuliah kita segera (Kuliah kau kata? Pi Qiyamullail pun sebab kena ugut...)




Sekian....(kalau you all pandai, cuba teka ni lagu apa? hehehee...Budak Lurpak, ko takleh jawab ye?)

Thursday, November 03, 2011

Kerana Centa

Hari ni saya sibuk sepanjang hari. Saya keluar negara pagi tadi tapi saya sudah pulang ke rumah dgn basah lencunnya. Tiada activity centa-centa ni hari melainkan merajuk dgn MC sebab semalam dia lupa BBM saya sebelum tido ----macam shialll kan cerita ni?

Tapi, semalam saya telah berkorban demi centa. Korban yg cemana tu ye? Semalam saya pi meeting dan dating (dgn JT) on the way balik, saya nampak kedai cash & carry ni. JT tanya saya, jom kita singgah, I want to stock up katanya. Saya tanya, cash and carry? Apa ada kat situ? Dia kata cash and carry tu seropa Tesco Sainsbury camtu, bley beli barang rumah. Dia tanya, you tak pernah pergi ke? Saya cakap tak. Dia cakap, ohhh you duit banyak, mana pandang cash and carry. Kalau tak ngenangkan kami berdua kat tengah2 kedai, mau I lempang mukanya. I pun jawab, yelah...cakaplah camtu 44kali, mudah2 han banyakkkkkk la duit I.

So off we both masuk cash and carry tu. Macam Makro kat Malaya. I dok hikut dia masuk aisle sana sini and I perasan orang pandang2 I dgn dia...and dia pulak (pada perasaan I lerr) berfeeling macam gi shopping barang umah dgn gf gituh. Terus I kata, ehhh...I nak tengok area sana tu, kita jumpa kat cashier ye? Tak sempat dia jawab I dah lari.

So, I did bought something. So special...for someone speSIAL hinggakan I sanggup naik turun bas hangkut benda ni. Sungguh tak glamer...

But for you (you know who you are) I brave it...